Wedding Adik
31 mei 2008 (Sabtu)
Antara event yang paling besar dalam keluarga aku tahun ni. Terasa lebih meriah tahun ni, mungkin sebab lepas 2 kali experience wat kenduri kawin, so kali ketiga ni lebih smooth dan seronok. Masa first dulu lintang pukang jugak la.. haha ada orang cari tuan rumah tak jumpa. org yg sambut tetamu lelaki adalah adik lelaki aku (sebab arwah ayah dah tak der, dia tak merasa terima menantu. adus sedih la pulak), dan tuan rumah yg sambut tetamu perempuan adalah mak aku.
masa 2nd wedding 2 tahun lalu, aku pengsan sejam. haha, orang cari tak jumpa. Tahun ni aku berjaya mengelak dari pengsan. Kitorang nyer uniform tahun ni kira paling best la.. Masa wedding kaksu dulu kitorang pakai baju cream dgn kain batik sedondon. n masa wedding suhani, kitorang pakai baju kurung batik kaler maroon (sekali tengok macam baju asrama pun ada jugak), tahun ni masing2 beli jubah sedondon kaler hitam, bunga merah. Aku mula2 tak suka la pakai jubah tapi lepas pakai tu seronok pulak, macam artis la pulak orang sakan amik gambar.
tahun ni nampak improvement adik lelaki aku yang dah semakin pandai layan tetamu berbanding beberapa tahun dahulu kami lebih banyak bergantung dengan pak lang anak beranak utk bantu kami. Thanks to Pak lang, mak lang, kak chaq, ngah li and kak chik kerana jadi mak andam.
Mimah, thanks so much sbb sudi datang kenduri ni.. dah lama tak jumpa.. sihat walafiat ye sejak jadi orang arab nih! :)
Mak pulak, dia senyum jer.. sapa mai kat dia semua dia salam. Mata dia tak berapa clear. kalau aku hulur tangan pun dia salam jer sampai tak perasan sapa yang dia salam. haha.. kalau nak pegi mana2 kitorang suka cakap "mak nak pi dah ni! see u in court ok?" mak aku akan senyum dan jawab "OK!" hehe..
Kenduri tahun ni kebetulan serentak dgn jiran yang selang tiga buah rumah. ramai gak yang salah rumah, silap salam tuan rumah, tengok2 pengantin tak kenal.. haha.. nasib baik rumah dekat-dekat.
petang sebelum khemah diroboh, kitorang sempat pegi merasa nasi kenduri rumah sebelah :) segan la pulak sebab orang tengok semacam jer biler satu geng pakai baju serupa gi makan kenduri. mesti diorang ingat kumpulan nasyid nak perform.
Tahun depan insyallah, kalau ada rezeki, akan ada satu lagi kenduri kawin. INSYALLAH.
Masa majlis bertandang keesokan hari nya, siap ada silap pulut dan demo silat lagi ha.. aduih tak tertengok aku aksi2 ganas dua orang saling mencepuk. Memang real tapi aku rasa ganas la aksi tu.
sure fine whatever
Selamat Pengantin Baru buat adik Rinn...
ReplyDeleteGlitter Graphics & Comments
Thanks for the warm wish :)
ReplyDeleteakum baru jumpa kawan serumah saya mimah di arab saudi tq so much rinn rindu saya terubat. dari masain48@yahoo.com
ReplyDelete