Rating: | ★★ |
Category: | Books |
Genre: | Romance |
Author: | Halina Kamarudin |
Terbitan iBook Publication
"Ayu wajahmu menerbitkan rindu yg syahdu, Sentuhan kasih mu melenakan tidurku dan kupasti engkaulah kekasihku.."
Antara buku yang paling susah nak dapat di pasaran. mungkin sebab buku ini tidak diterbitkan dgn kerap kot. Saya tak pasti apa yang menyebabkan rasa tak puas hati bila membaca buku ni. Kisah yang disampaikan agak menarik, kisah perkahwinan 2 anak muda yang diaturkan keluarga. Razif sudah ada pilihan hati, tapi ikut pulak pilihan keluarga. Razif kecewa bila kesetiaan cintanya pada Anita punah setelah Anita terkantoi memadu asmara dgn lelaki lain. Lepas tu barulah dia mula menumpukan perhatian pada Syahira. Kemarahan pada Anita menyebabkan dia terlanjur kata menghalau Syahira keluar dari rumah. Syahira membawa diri dan Razif kehilangan Syahira. Pertemuan dgn keluarga baru membawa Syahira ke kota London. Setelah 4 tahun, Syahira kembali. Razif nekad mahu memikat kembali isterinya tapi Syahira pulang bersama sepasang anak kembar yang comel.
Saya rasa latar cerita yg begini mampu memikat pembaca.. tetapi gaya penyampaian kurang berkesan dan agak kelam kabut. Kadang2 seperti tiada 'rehat' penceritaan yang bertimpa-timpa dan terlalu pantas. Saya rasa cerita ini akan lebih menarik sekiranya susunan bahasanya diperkemaskan. apa2pun citer ni adalah antara cerita favourite penggemar2 novel genre 'cinta selepas kawin'.
sure fine whatever
rinn
Sinopsis belakang buku:
Razif merasakan telah berputik bunga-bunga kemesraan dalam rumahtangganya yg dulunya hambar. Syahira mula menunjukkan sifat manjana kepada Rzif, namun dua malam lepas Razif merasakan Syahira takut mendekatinya apabila dia berada dalam bilik mereka. apa yg pasti, Syahira hanya akan masuk ke bilik untuk tidur, itupun apabila dia pasti Razif telah tidur lena.
Syahira berbuat demikian utk menyelamatkan dirinya drpd Razif. Kalau boleh dia tidak mahu perkara yg sama berulang lagi. Dia belum bersedia sepenuhna, apatah lagi keputusan STPMnya belum diumumkan. Walaupun menjadi isteri dia telah bersedia namun utk bergelar ibu dia perlu berfikir panjang kerana perjalanan utk mencapai cita2nya masih jauh lagi. walau apapun, dia ingin ke peringkat yang lebih tinggi , itulah hasrat yg tidak pernah padam dari dalam dirinya.
RM21.00
540 mukasurat
Rinn, lama dah aku cari buku ni...tak jumpa2 kalo ada jumpa buku ni ko pm aku ok...
ReplyDeletesebenarnya ramai jugak yg nak beli buku ni lepas membacanya, tapi tak ramai yg dapat. ada gak la beberapa geng2 yang mintak ushar2 kan buku.. takpa, kalau ada nanti i'll inform u. buku2 cam ni jenis kena bli terus, kalau pegi next time mesti dh abis.
ReplyDeleteokeh...kalo jumpa buku ni lain kali, tolong beli k pastu kita contact2 :)
ReplyDeleteBa"ek lah... *tunduk jepun*
ReplyDeleteheheh tatoot ee jepun2 ni karang tak pasal2 kena pijak perut :P
ReplyDeleteHAHA.. sabo jer aku, tak per ni jepun baik yang tolong cari buku.
ReplyDeletehi rinn...sy dh dpt buku ni...kwn hadiahkan...
ReplyDeleteWAH, bertuahnya.. saya berbulan-bulan cari baru dapat.. biler jumpa buku tu hari tu terus beli 3 buah. :)
ReplyDeleteciter ni best tapi blum tahap best giler lagi..hehehe...
ReplyDeletedah give up nak beli buku ni..susahnya mencari macam nak cari jodoh :-).. sedih nah part Syahira kluar dari rumah awal pagi then tertidur kat busstop..
kesian jugak tengok razif cam orang tak betul tercari2 isterinya yg hilang (tu lah...kerek sangat kan!!)...
hmmm....
citer ni kalau diedit dgn lebih kemas, tentu lebih menarik.
ReplyDeleteeerrrr....
ReplyDeleteBUKU NI MEMANG BEST........MMG BEST GILER
ReplyDeletenovel ni memang best.........tapi taklah best sgt.........tahniah kpd penulis novel ni
ReplyDeletehaha.. ada yg best ada yang kurang lah tu.. tapi seimbang lah.. kalau yg suka citer kawin paksa memang suka la citer. cuma saya rasa iBook patut kemaskan lagi suntingan nya. Penulis ada lagi buku lain ngan iBook tau. saya pun tak baca lagi.
ReplyDeletesaya cari nOvel nie tak jumpa lhaa...kt mana lgi sya harus cri...
ReplyDeletememang susah dah nak dapat. saya ada satu copy, nak jual pun tak sampai hati sbb muka surat dia dah relai. Dedalu di hati yang terbitan iBook pun relai juga. tapi Dedalu di hati dah ada yg rela membelinya :) selepas dah warrning keadaan buku tu. Now Dedalu Di Hati dah bleh dapat versi barru. :) kalau berminat boleh order terus darri anita aruszi Dedalu di Hati tu arr_nita@yahoo.com , tak sabarnya nak pegang DDH versi baru. eh... ni dah terpesong, dok citer ttg buku sentuhan kasih tapi pi masuk cerita Dedalu di Hati. haha.
ReplyDelete