Showing posts with label ahadiatakashah. Show all posts
Showing posts with label ahadiatakashah. Show all posts

Monday, November 1, 2010

Dilema Salina

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Parenting & Families
Author:Ahadiat Akashah
Dilema Salina
Penulis: Ahadiat Akashah
RM13.90
269 mukasurat
isbn 9839216205


Dilema Salina ni tak sangka pulak kisah seorg lelaki yg di persimpangan utk memilih jalan hidupnya. Nak ikut naluri kewanitaannya atau pun mengikut lumrah yg telah ditetapkan Allah kepadanya. Dalam mengikuti Salina yg dalam keadaan serba salah, kita turut dibawa menyingkap kisah lalu Salina. Bagaimana dia bermula dari sebuah keluarga kecil ke sebuah keluarga lain yg lebih berada dan langsung membawanya ke keadaan sekarang.


Naluri seorg anak membawanya mendekati wanita yg melahirkannya sebagai Azmil dan dia kembali sbg Salina, kawan kepada Siti, adik bongsunya. Mungkin pertalian darah membuat mereka mudah mesra walaupun tak seorg pun sedar siapa Salina sebenarnya. Sanusi abg sulung dia jatuh hati pulak kat Salina! adui mata keranjang. Dia tengok cantik lawa, terus fall love. Kalau la dia tau Salina tu adalah Azmil yg jadi tempat dia sepak terajang masa kecik2 dulu mesti terus nak bunuh diri. haha.


Sikap Sanusi membuat Salina membuat keputusan utk pergi dari situ. Dia bermuhasabah diri dan kembali kepada sifat asalnya sebagai lelaki. Dia membina keluarga bahagia dan menjadi lelaki bertanggungjawab. Setelah bersedia, dia kembali menjejak keluarganya, tapi hanya Siti yg tinggal. Ibunya dan Sanusi telah kembali ke rahmatullah.


Cerita yg menunjukkan bahawa pilihan di tangan kita. Kita boleh pilih utk pilih yg benar atau yg salah.


sure fine whatever
alongside


blurb/sinopsis belakang buku:


"Dia di dalam dilema,
dilema yg tak mungkin dimengertikan,
dilema yang hanya dirasakan Salina..."

Monday, August 9, 2010

Sekuntum Bunga, Sekeping Kad, Seraut Cinta

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ahadiat Akashah
Sekuntum Bunga, Sekeping Kad, Seraut Cinta
Penulis Ahadiat Akashah
Terbitan Ahadiat Akashah Sdn Bhd
RM11.90
237 mukasurat
cetakan pertama 1996


Bab-bab dalam novel ni ada tertulis tahun bagi perkara yg sedang diceritakan. Ada yg tahun 90-an ada yg tahun 2005 dan ada yang tahun 60an - 70an. Mula-mula aku mmg jadi biol sikit. Sbb bila tahun tu di bahagian atas sekali dan tak diserap ke dalam cerita, aku jadi lost sikit. beberapa kali kena flip balik ke belakang utk cek time frame cerita.


Ini adalah kisah Ryan dan Rin. Kedua-duanya mempunyai kisah hitam dalam hidup mereka. Mereka bertemu di sebuah pantai dan di pantai itu juga mereka berpisah sebelum cinta sempat bersemi.


Ryan melarikan diri dari bebanan kerja dan timpaan perasaan dilukakan kekasih. Rin pulak balik balik ke negeri asal setelah sekian lama berpergian. Ryan balik semula ke KL setelah didebik x-pakwe Rin, Rendra, yg masih tergila-gilakan Rin. Derita perasaan Ryan makin menjadi sehingga dia jadi pemabuk. Kisah Rin lebih hebat konfliknya. Dia anak sepasang suami isteri melayu tapi wajahnya sebijik wajah anak mat saleh. Setelah dewasa barulah terbongkar kisah rupa2nya ibunya memadu kasih dgn lelaki inggeris yg juga merupakan sahabat ayahnya. Patutlah ayahnya bersikap dingin terhadap ibunya tapi ayah dia tetap sayangkan dia.


Pertemuan kedua dgn Ryan membawa mereka ke jinjang pelamin. Rendra muncul semula menagih kasih Rin. Pengakuan Rendra mengidap Aids menggamit simpati Rin, entah bagaimana mereka terlanjur lagi. Aduih, dah jadi bini org masih nak bermesra dgn org lain. Walaupun sekali saja dia terlanjur, kesannya amat besar dalam hidupnya. Dia mengandung. Mulanya ingatka anak Ryan, tapi bila anak tu lahir kembar (salah sorangnya meninggal dunia) dan ada lesung pipit sebijik mcm Rendra, Rin yakin itu bukan anak dia dgn Ryan tapi anak dia dgn Rendra. Macam sejarah berulang pulak dlm keluarga Rin.


Bapa kandung Rin datang melawat keluarga mereka. Ayah Rin melayannya dgn baik tetapi dia ada perancangan jahat. Dia sabotaj bot yg bakal dinaiki Douglas dan sudah pasti Douglas akan mati ditelan laut ganas. Tapi takdir Tuhan lebih perit. Anak dan menantu kesayangannya turun menyertai Douglas lalu kesemua mereka lemas di lautan ganas. Adakah anak perempuan yg ditinggalkan Rin akan mengulang sejarah hitam Rin dan ibunya? Bersuami tapi melahirkan anak lelaki lain?


sure fine whatever
rinn



sinopsis/blurb belakang buku:


Sekuntum bunga adalah detik mula
Sekeping kad sebagai pengerat
Seraut cinta lambang dua hati menjadi satu
Dan, air mata sebagai penentu...


KL-London

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ahadiat Akashah
KL-London
Penulis: Ahadiat Akashah
Terbitan Ahadiat Akashah Sdn Bhd
RM12.90
248 mukasurat
cetakan pertama 1997


Sejak kecil lagi Irina menyimpan impian utk ke Kota London bersama ayahnya yg penyayang. Tapi sayang ayah dia jadi gila setelah gagal dlm perniagaan.


Impian Irina tetap terlaksana, namun ayahnya tidak dapat bersama dan masih belum menunjukkan tanda2 akan sembuh.


Perubahan Irina telah menarik perhatian jejaka tampan sekolahnya Teddi. Mereka sama2 melanjutkan pelajaran ke London dan di sana mereka menjadi pasangan kekasih yg bahagia. Teddi tu anak orang kaya dan kerap la jugak balik malaysia kalau bercuti. Pertemuan semula dgn bekas kekasihnya, Erni menggugat cinta Teddi terhadap Irina. Teddi jadi lupa dan semakin mabuk cinta dgn Erni. Tindakan Erni yg tiba2 saja sudi menjadi isterinya menggembirakan Teddi namun setelah anak mereka lahir, maka terserlahlah kecurangan Erni.


Teddi cuba meraih cinta Irina kembali. Dia percaya masih ada harapan bersama Irina.


sure fine whatever
rinn





blurb/sinopsis belakang buku:


Irina...
Dari KL ke London aku mengejarmu
Irina...
Setiap saat aku merinduimu
Irina...
Please say you love me too!

Sunday, August 1, 2010

Hoorey!

Rating:★★
Category:Books
Genre: Mystery & Thrillers
Author:Ahadiat Akashah
Hoorey!
Penulis Ahadiat Akashah
Cetakan Pertama 1994
Cetakan ke6 2001
RM8.90
122 mukasurat


Cerita ni telah diadaptasi ke 13 episod drama pada tahun 2002. aku pun tak perasan pulak citer ni. dulu aku kira jenis rajin gak tengok tv.


Kisah ni jenis thriller adventure. pengembaraan 5 remaja utk menghabiskan cuti semester menjadi pengembaraan penuh misteri dan melibatkan harta karun yg menjadi rebutan.


lawak la part diorang kena tipu dgn mamat tattoo udang masa nak amik sampan kat pelabuhan. tambang RM4.00 jadi berganda ganda tuuuu.. haha.


Penyerahan barang2 misteri oleh seorg pakcik yg pernah kehilangan anak isteri di pulau itu membawa remaja2 itu ke kawasan mistik pulau itu dan hartanya menjadi rebutan beberapa pihak. Kehadiran Jali membawa mereka menghampiri penemuan harta karun yg tak pernah diorang termimpikan, namun adventure mereka tidak berhenti di situ...


sure fine whatever
rinn

sinopsis/blurb belakang buku:


Di Pulau Ixora yg indah... tersembunyi rahsia yg aneh. Misterinya tiada siapa yg tahu. Sehinggalah 5 remaja mencungkilnya! Siapa yg empunya harta karun itu? Benarkah sumpahan akan melanda... sesiapa saja yg mengambilnya? Berjayakah mereka menemukan harta karun itu?

Wednesday, July 28, 2010

Snow White 96'

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ahadiat Akashah
Snow White 96'
Penulis: Ahadiat Akashah
RM9.90
Cetakan Pertama 1995
Terbitan: Ahadiat Akashah Sdn. Bhd
206 muka surat


Buku nilah yang aku bawak masa jalan2 kat KK. Aku memang suka pilih buku nipis kalau nak bawa pegi melancong. Cepat habis :) tapi tak abis jugak sbb balik dah letih. Last2 perabis lepas dah sampai semenanjung jugak. hehe.


kisah ni byk dialog dan kadang2 terasa spt membaca script apabila ada insertion reaksi watak dalam brackets ( ) dalam huruf besar, contoh macam kat page 71
(SEBAK) "Habis tu... kenapa kau layan Razman?"

kat page 72
(GELENG) "Kalau macam tu, taklah sengsara."


ada beberapa lagi la contoh. mgkin sbb tak biasa baca yg jenis macam ni sbb tu la rasa lain sikit.


Tak sangka pulak cerita ni sad ending dan agak tragik walaupun prolog nya seperti dah menceritakan endingnya cuma kita tak tahu sapa yg tersumbat dalam kereta yg remuk redam yg hanya nampak sepasang tangan bertaup erat.
gila ngeri...


Rozita adalah seorg GRO yg juga janda muda berusia 21 tahun, dah ada anak sorang. Dia jadi GRO sbg tanda protes kepada bekas suaminya, Razman, yg gemar bermesra dgn GRO.


Indra pulak seorg jurugambar yg masih lagi dibayangi cinta Tania yg telah pergi. Elina cuba meraih cintanya tetapi dia lebih berkenan kat Rozita yg iras2 Tania.


Razman cuba utk berbaik semula dgn Rozita demi anak mereka tetapi Rozita sudah serik dan bertindak menerima lamaran Indra. Semasa mengira ketibaan hari bahagia, Elina membalas dendam menyebabkan Rozita jatuh tangga lalu koma.


Bila Rozita sedar kembali, dia sudah lupa siapa Indra dan dia cuma ingat Razman adalah suaminya dan mereka sedang berbahagia dgn anak tunggal mereka.


Indra yg patah hati membuat keputusan utk membawa Elina 'pergi' bersamanya ke 'syurga'. Sayangla Indra bunuh diri mcm tu. bagi Elina mati sorang dah ler. huhu...


sure fine whatever
Rinn




blurb/sinopsis belakang buku:


Bila kau tersenyum,
bunga matahari kembang
di seluruh dunia!

Sunday, February 3, 2008

Horizon

Rating:★★
Category:Books
Genre: Mystery & Thrillers
Author:Ahadiat Akashah
Horizon by Ahadiat Akashah
Terbitan Creative

"Ketika orang lain sudah berlabuh di daratan, dia masih berdayung mengejar ufuk."

hah, jangan sekali kali cuba membuat tekaan cerita ini dengan hanya melihat wajah orang tua di hadapan buku ini. Never judge a book by its cover. Apa saya yg anda cuba teka, tentunya akan jauh tersasar. :) antara sebab mengapa saya menyenangi jugak la karya2 Ahadiat Akashah yang dizahirkan dalam buku yang tidak tebal, hanya sekadar 135 muka surat namun sempat dia menyulam kisah2 yang ada thrill dan unexpected.

Nek Tik akan menangkap wanita2 yang dirasakan berpotensi utk dijadikan salinan dirinya dan membawa legasi yang dipegangnya hingga bila2. Jgn main-main, Nek Tik ada ilmu, siap ada upacara puja memuja dan minum air dari tempurung. Siapa sangka Salina adalah Marlisa dan marlisa adalah Nek Tik? eh betul ke ni? *garu pala*

sure fine whatever
rinn

sinopsis belakang buku:

Mereka hadir di sana dengan tujuan dan keperluan sendiri...

Marlisa - bercita-cita untuk terus mengembangkan kepercayaan yang dianuti walalu terpaksa mengorbankan apa saja...

Diek - mahu berpegang kpd kekuasaan yang diwarisinya...

Salina - ingin mencari identiti yang semakin meninggalkannya

dan

Solo Sulaiman - mengejar kekasih yang menghilang.

Pertembungan antara mereka mendedahkan segala-galanya.

RM6.90
135 muka surat

Wednesday, December 19, 2007

Awek Cun

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ahadiat Akashah
"Satu dekad Satu Kisah"
"Berulang-ulang cetak, 18 ribu naskah terjual"

Salah satu sebab saya capai buku ni adalah kerana tak tebal sangat dan malam tu aku memang tak der benda nak buat.. aduih.. mana la aku tau ada hantu/roh dalam citer ni.. tak sampai separuh, aku tutup buku ni dan lampu bilik aku biar menyala sampai pagi. Esoknya baru lah aku abiskan baca buku nih.

Memang tak sangka langsung yg citer ni citer seram rupanya... Kisah remaja yang dihidangkan dalam buku ni memang mampu menarik pembaca2 remaja untuk menghayati citer ni.

Mengisahkan Danial dan Danny, pasangan kembar yang seiras tapi tak ngam langsung antara satu sama lain. Danial tak se agresif Danny yg dah macam samseng. Suatu malam bapa mereka menyerahkan sebuah kotak turun temurun kepada Danial yg merupakan anak sulung lelaki dalam keluarganya. nanti bila Danial ada anak lelaki sulung, dia pulak kena serahkan kotak tu kepada anaknya. Dia diamanahkan supaya tidak membuka kotak itu walau apa pun yang terjadi. Tapi Danial tewas di tangan Danny yg tak bertanggung jawab dan terus mencungkil kotak tu dan terserlahlah rahsia dalam kotak tu, ada duit singapore yg ada gambar todak tu.

Danny ketawa berdekah dekah manakala Danial pulak berdebar-debar menunggu sumpahan keturunan yang bakal melanda dirinya sebab tidak menjaga amanah dgn baik.Danny tu siap ajak kawan dia Grr main spirit of the coin guna duit todak tu kat rumah mak we dia yg kebetulan masa tu balik kg. Memang macam2 roh yang datang, tapi ada satu roh ni bernama Niki yang enggan pulang bila disuruh. Yang menghairankan Danial, dia yang sedang mengendap aktiviti Danny dan Grr dapat melihat Niki dgn mata kasarnya.

Niki ada agenda tersendiri, dia memerlukan cinta suci Danial untuk kembali ke alam maya dan bapa Danial memegang rahsia terbesar mengenai misteri duit todak tu.

sure fine whatever
Rinn

Sinopsis belakang buku:

"Kau nampak tak angin yang sedang bertiup tu?" Niki senyum melihat angin yang berbentuk dan bercorak itu. Ada yang nakal, dan ada yang baik. Angin juga mempunyai beberapa karektor. Niki gemar melihat telatah angin yang bermacam ragam tu...

Nampak angin? sumpah aku tak nampak. mana boleh nampak angin! Danial ternganga. Di mana aku saat ini? Adakah aku ni masih hidup ataupun sudah mati? Dia tak pasti...

RM8.90
140 muka surat

Wednesday, June 13, 2007

Sleeping Beauty '95

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ahadiat Akashah
Sleeping Beauty '95 by Ahadiat Akashah
Terbitan Editorial Ahadiat Akashah Sdn. Bhd


"Terima kasih - diatas masa yang kau berikan padaku. Kenangan itu
takkan kulupakan. Tidurlah. Pejam mata. Pabila kau bangun esok ari,
aku akan tetap setia di sisimu"


Ahadiat akashah nyata mempunyai idea tersendiri dalam menyampaikan
cerita, cerita yg mudah sebegini mempunyai twist and turn yg
tersendiri menjadikan cerita ini mudah diingati. Gaya penulisan
ahadiat akashah sentiasa santai selamba seperti biasa.


Kisah ni menceritakan tentang Adila yg baru pulang dari luar negara
kerana satu rahsia yg disembunyikan dari semua orang. Remmy berjaya
menambat hatinya dgn kisah percintaannya yg sedih dan tidak
kesampaian. Namun Adila mendpt tahu ttg tipudaya Remmy dan memasang
perangkap sendiri utk menjerat Remmy. Adila kena rape by one of her
friends masa di London dulu dan dgn bantuan Remmy dia mencari tempat
utk abortion. Sbenarnya dia tak mengandung, tapi dia tipu Remmy. Remmy
dipergunakan habis2an oleh Adila sbg 'pemandu pelancong'. Remmy yg
mulanya ingin menipu Adila spt yg dilakukan kpd wanita2 lain akhirnya
jatuh cinta dgn Adila. Tetapi adila sedang menderita kanser dan hanya
3% peluang utk hidup. Remmy menangis melihat Adila terbaring koma.
Frust giler remmy tu, yg dia tak tau, dia dah kena kelentong dgn Adila
yg kemudiannya berangkat ke London lalu berjumpa semula dgn boyfriend
nya yg masih setia menunggunya walaupun Adila mahu berpisah setelah
kesuciannya diragut. yg heran sikit macam mana orang nama Zain
panggilan manjanya jadi May?



Lagi satu yg musykil, tajuk depan buku ni besar2 nya tulih Sleeping
Beauty '95, tapi kat dlm ditulis 'Sleeping Beauty '96' yg mana satu ni
tahunnya yg sebenar. kalau ditengok pada tahun dicetak, it's 1995.


sure fine whatever
Rinn

Thursday, May 3, 2007

Untuk Tiga Hari

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ahadiat Akashah
Untuk Tiga Hari by Ahadiat Akashah

Terbitan Roket Kertas Sdn. Bhd.

"Mereka berjanji kahwin hanya untuk tiga hari"

Menarik packing buku ni, ada sarung kotak warna putih berlubang membentuk frame kepada gambar sepasang kekasih. Bila ditarik keluar isi dalamnya sebuah novel berkulit merah menyala dengan gambar pasangan kekasih di hadapan dan di belakang buku. simple tapi menarik. Ni first time saya baca buku Ahadiat Akashah.

Buku ni mempunyai gaya bahasa yang sangat selamba.. amat sesuai untuk remaja yang sukakan sentuhan santai dalam penulisan.. ataupun mungkin semua buku Ahadiat Akashah menggunakan bahasa santai dan selamba seperti ni? Tengok ar nanti, ada rezeki nanti saya baca lagi buku2 Ahadiat Akashah yg lain.

Kisah Zafrin dan Ujie yang masing2 ada sejarah cinta tak kesampaian yang tersendiri. Zafrin cintakan Balqis, anak orang miskin yang bijak di sekolah tetapi ibunya tak merestui kerana sejak kenal Balqis, Zafrin terlalu kemaruk cinta dan lebih suka menyendiri sambil melukis wajah2 Balqis. Ibunya bertindak memisahkan mereka dgn menghantar Balqis ke luar negara bsama ibunya. Zafrin frust.

ujie pulak sayangkan Remi, sahabat rapatnya tapi mereka tak pernah melafazkan cinta. Remi sudah bosan menunggu kerana dia percaya orang secantik Ujie tentu sudah berpunya, lantas Remi menerima cinta Awie (pompuan tau!). Ujie Frust.

Awal2 lagi novel ni dah meneritakan persiapan2 perkahwinan yg kelihatannya seperti perkahwinan antara Ujie dan Zafrin.. tapi rupa2nya Ujie & Zafrin mmg becinta tapi masing2 terpaksa menerima pilihan keluarga, tetapi mereka telah saling berjanji, mereka akan meminta cerai dari pasangan masing2 pada hari ketiga selepas perkahwinan mereka.

Dalam tempoh yang amat singkat itu mereka mendapati pasangan pilihan keluarga mereka ada tarikan yg tersendiri dan mereka mula berfikir dua kali mengenai janji mereka. masing2 cuba memegang janji. mampukah mereka bertahan untuk 3 hari?

Secara kenyataannya saya tidak dapat menerima konsep yg mcm ni.. tapi kalau sekadar bahan bacaan dlm novel memang menarik. Sebab, kalau dah tak nak kawin bgtau la awai2, kenapa mesti selepas 3 hari mendirikan rumah tangga baru nak bercerai.. baik sebelum dari selepas, kan? bab kawin-cerai ni bukan main2. Haram sekiranya berkahwin untuk bercerai. Di Malaysia dan Indonesia sudah ada fatwa mengharamkan perkahwinan kontrak sebegini.

sure fine whatever
Rinn

RM19.90
483 mukasurat