Showing posts with label creative. Show all posts
Showing posts with label creative. Show all posts

Wednesday, December 21, 2011

Kau Yang Aku Sayang

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Liza Nur
Kau Yang Aku Sayang
Penulis: Liza Nur
Cetakan pertama 2008
Terbitan Creative Enterprise
RM19.90
360 mukasurat
9789838938914


"Andai cinta itu milikku, pasti akan jadi milikku jua..."


Akhirnya dapat juga baca novel pertama Liza Nur. Sejak membaca 'Bukan Salahku' karya penulis ini bersama Buku Prima, aku berminat untuk mengikuti setiap novel beliau. Tinggal novel terbaru Liza Nur saja yang aku belum sempat baca iaitu Roti cicah susu kalau tak salah tajuknya.


Kau Yang Aku Sayang yang membawa latar cerita seorang artis popular dan krew-krew belakang tabir adalah jenis kisah yang jarang-jarang aku baca. Kali terakhir yang aku baca berlatar cerita artis begini rasanya cerita 26 Episod Gosip :) Karya pertama yang tidak menghampakan. Liza Nur bermula dengan baik dengan karya ini dan semoga akan terus berkarya dengan gaya tersendiri ini :)

Kisah ini tentang Suraya dan Alif yang merupakan sahabat karib sejak kecil. Alif yang montel dan berkaca mata tebal power giler menyimpan cita-cita untuk menjadi penyanyi terkenal manakala cita-cita Suraya adalah jauh lebih besar iaitu nak jadi seperti matahari yg menyinari hidup orang lain. Well, nampaknya org yg mempunyai cita-cita yang lebih spesifik lebih mudah mencapainya berbanding Suraya yang hidupnya masih lagi struggle ketika Alif sudah popular dan glamor.


Perjalanan hidup Alif dan Suraya sebenarnya tidak mudah setelah kedua-duanya terpisah. Mungkin masing-masing menyangka dirinya lah yang paling menderita sedangkan kisah sebenarnya menunjukkan penderitaan yang sama tahapnya cuma ujian Allah itu berbeza untuk mereka.


Kalau Suraya struggle untuk survive dalam hidup untuk mendapatkan segulung ijazah, Alif pula struggle bertarung nyawa dengan kanser hingga membawanya jauh dari Malaysia dan jauh dari Suraya.


Suraya hanya mampu melihat dari jauh. Alif diminati dari jauh. Tidak lagi seperti waktu kecil dahulu. Alif sudah kacak bergaya dan didampingi Tisya yang glamor dan jelita. Suraya seperti multifunction human, kadang-kadang dia menghantar pizza, kadang-kadang dia maskot menghiburkan pelanggan, kadang-kadang pula dia pelajar yang nekad mahu berjaya dalam pelajaran.


Suatu insiden telah menemukan mereka semula tetapi Alif tidak pasti adakah itu Aiya yang pernah akrab dengannya. Dia cuba mengorek rahsia namun Suraya sering melarikan diri. Huluran kasih Aziq disangka dapat mengubat hatinya yang berduka namun tanpa disangka dia sendiri melukakan hati Nori, teman serumahnya yang mengambil berat tentang dirinya. Dia menyalahkan Aziq kerana merahsiakan sejarah perhubungan Aziq dengan Nori. Walau bagaimanapun Aziqlah yang membawanya ke dunia belakang tadbir pembikinan video clip dan tanpa disangka artis untuk video clip kali ini adalah Alif. Alif cuba membangkitkan kenangan lama dengan berkaca mata tebal dan berpakaian biasa. :)


Scene Suraya naik angin bila orang tengok semacam dia pakai pyjama tweety tu lawak la :) comel!


sure fine whatever
rinn


meRinnTis blurb/sinopsis belakang buku:


Memori semalam kekadang hadir, kekadang meminggir, sesekali mengusik rasa mengocak-ngocak jiwa menjadikan hati tertanya-tanya telah berakhirlah sejarah kita yg bertahun tersimpan kemas dalam lipatan kenangan? Lalu bagaimana dengan janji2 lalu, akan terbiar lenyapkah ditelan waktu?


Dan andaiya ada kebetulan dalam hidup kita yang memungkinkan aku menemui dirimu di mana-mana, aku bersedia dengan segala kemungkinannya. Aku akur dengan takdir Tuhan andai engkau telah pun berteman. Aku rela asalkan pencarianku ini telah temui penamatnya. Dan andai waktu itu engkaut elah pun berteman biarlah janji-janji lalu lenyap ditelan waktu...

Tuesday, May 10, 2011

Ilusi Sebuah Cinta

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Diya Elora
Ilusi Sebuah Cinta
Penulis: Diya Elora
Cetakan pertama 2009
648 mukasurat
9789838939027
RM30.90
Terbitan Creative Enterprise


"Dalam pencarian ini, dia lelah menahan rasa"


Aqil Sulaiman adalah teraju utama cerita ini. Seorang anak muda kampung yang jatuh cinta pada gadis jelita di kampung itu, Sherry. Rupa Leman yang tidak cukup kacak membuat Sherry tidak menyambut cinta Leman malah mempergunakan Timah untuk mempermain-mainkan perasaan Leman. Leman menyangka cintanya disambut Sherry lalu teruja bertukar warkah. Timah yang sering membalas warkahnya turut teruja kerana mereka bakal ditunangkan. Timah mengkhabarkan berita gembira kepada keluarganya kerana ada juga jejaka kampung yang sudi meminang Timah yang kulitnya hitam dan tidak berapa cerdik itu.


Di hari pertunangan, permainan Sherry terbongkar tetapi pertunangan terpaksa diteruskan demi menjaga maruah dua keluarga. Setelah majlis selesai, Aqil Sulaiman membawa diri ke kota membawa hati yang luka.


Di kota dia bertemu dengan Suharni yang memikat hati. Gadis Indonesia itu memberi tindak balas positif pada kata hatinya namun akhirnya Leman terluka lagi apabila Suharni meninggalkannya kerana jatuh cinta pada jejaka lain.


Peluang bekerja dengan Mr Chan yang memiliki bengkel besar membolehkan Leman menunjukkan potensi sebenarnya dalam pekerjaan sebegini. Dia lebih selesa dikenali sebagai Aqil kini. Keikhlasan Aqil berjaya menambat kepercayaan Mr Chan dan anak gadisnya yang jelita, Miss Chan. Aqil bercinta dengan Miss Chan namun, janji ikatan pertunangan dengan Timah tetap memburunya. Demi melunaskan tanggungjawab, Aqil rela kembali ke kampung untuk menikahi Timah walaupun 3 tahun sudah berlalu.


Kepulangan Aqil ke kampung dengan bengkelnya yang semakin gah di tengah-tengah kampung telah mencuri perhatian ramai orang termasuklah Sherry yang semakin 'glamour'. Aqil kini adalah jejaka kacak yang berkereta mewah. Sherry tidak mengenali Aqil sehinggalah sepupu Aqil memperkenalkannya kepada Sherry. Sherry terasa sangat menyesal kerana melepaskan Aqil kepada Timah dahulu.


Timah gembira menyambut kepulangan tunangannya yang kembali untuk melunaskan janji. Namun hasutan Sherry telah menyebabkan Timah merasakan dirinya terlalu hodoh untuk jejaka kacak dan kaya seperti Aqil. Timah melarikan diri di hari pernikahan mereka dan meninggalkan nota agar Sherry menggantikan tempatnya sebagai pengantin perempuan.


Sherry memang tidak sabar-sabar mahu menunaikan permintaan Timah, malah sudah siap berpakaian pengantin. Tetapi Aqil menolak dan tidak mahu beristerikan Sherry. Dia amat kecewa dengan tindakan Timah kerana dia sudah bersedia untuk menjadi suami yang terbaik untuk Timah.


Dua tahun berlalu dan Sherry tidak pernah berputus asa untuk memikat Aqil. Aqil pula tidak pernah terkesan dengan godaan Sherry. Dia sabar menanti Timah untuk memberikan penjelasan. Kemunculan Halimaton mencuit sanubari Aqil. Perkenalan mereka membibitkan kemesraan lalu membawa ke ikatan pertunangan. Sherry terbakar dengan tindakan Aqil dan Aton lalu merancang agar ditangkap khalwat bersama Aqil tetapi gagal. Malah dia membakar kedai Aton untuk menunjukkan kemarahannya. Tindakannya tidak mendatangkan apa-apa faedah kerana Aqil tetap tidak mahu memperisterikannya.


Di saat akad nikah dilafazkan, Aqil keliru dengan nama Norbaya Abdullah. Dia mahu menikahi Halimaton dan bukannya Norbaya Abdullah. Aton mengakui itu nama sebenarnya. Malah dia pernah dikenali dengan nama Timah. Timah menghilangkan diri kerana dia mahu merubah diri agar setanding Aqil yang sudah berubah. Dia mahu Aqil jatuh cinta pada dirinya dan bukannya menerimanya hanya kerana terpaksa.


Aqil tidak dapat menerima hakikat dia sudah ditipu. Cerita diakhiri dengan Aqil meninggalkan kampung sekali lagi kerana kecewa dengan wanita.


Pada pendapat aku, cerita ini mempunyai kronologi cerita yang sangat menarik, tetapi sayang seribu kali sayang, cara penyampaiannya sangat tidak kemas dan pembacaan menjadi tersekat-sekat. Tiada emosi dalam penceritaan sedangkan kalau kita perhatikan perjalanan kisah ini ada banyak situasi yang boleh dibina dengan emosi yang pelbagai. Penamat di penghujung cerita membuat aku rasa letih membaca buku yang lebih 600 muka surat ini. Aqil Sulaiman boleh berubah dari segi mental dan fizikal tetapi dia tidak boleh menerima hakikat yang Timah juga boleh berubah dari segi fizikal dan mental. Aqil Sulaiman dengan mudahnya boleh memaafkan Sherry yang membakar kedai Aton dan merancang untuk ditangkap khalwat dengannya tetapi tidak dapat memaafkan Aton yang merahsiakan bahawa dirinya sebenarnya adalah Timah yang telah kembali sebagai seorang wanita yang lebih menarik. Aqil merasakan dirinya mangsa permainan wanita dan terus mengucapkan selamat tinggal kepada cinta.


sure fine whatever
rinn


blurb/alongside/sinopsis


Cinta... hadirnya membawa seribu kenangan yang tak mampu dilupakan... perginya mengguris sekeping hati yang mendambakan ketulusan kasih dan kepercayaan. Aqel Suleiman setulus namanya, cintanya hadir bersulamkan cacian, perginya emrantau merubah kehidupan dan mencari sinar kebahagiaan... Akhirnya dia kembali mengubah status dan pandangan.


Namun, takdir terus mempermainkannya, sekali lagi hatinya dikecewakan oleh gadis yang setia menati untuk disatukan setelah dia cukup bersedia berdepan dengan kenyataan menerima gadis yang bukan pujaan. Adakah pangkat, rupa dan status menjadi ukuran dalam mencari cinta yang abadi? kehadiran Halimatun membawa sinar kebahagiaan dalam hidupnya....


Mampukah cinta yang bersulam pendustaan dilestarikan...









Wednesday, March 30, 2011

Jangan Ada Benci

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ana Wenta
Jangan Ada Benci
Penulis: Ana Wenta
Cetakan pertama 2009
400 mukasurat
RM20.90
9789838939010
Terbitan: Creative Enterprise


"Di sebalik kehilangan ini...
kuharapkan hadirnya sinar bahagia"


Kisah Farid dalam novel ini aku rasakan mendatar walaupun beberapa gadis datang dan pergi dalam hidup Farid. Kisah bermula dengan keadaan Farid yang tengah patah hati dengan Mastura. Sabrina hadir mengubat luka dan menjadikan Farid semakin mengenali masjid dan sejadah. Lepas belajar Sabrina memperkenalkan Farid kepada Murni dan kemudian Sabrina sekeluarga berhijrah ke Brunei.


Turut diselitkan kisah abg Farid yang berhutang dengan Along dan dilema cikgu Nora memilih utk menerima Leman atau Kassim. Tapi siapa pun yg dia pilih antara kedua tu, dia tetap jadi isteri kedua.


Farid melepaskan Murni menjadi tunangan Azman. Pada masa yg sama dia kelihatan seperti masih mengharapkan kehadiran Mastura atau Sabrina walaupun kedua-duanya sudah menjadi milik orang lain. Murni hadir semula ke dalam hidupnya setelah dia memberi syarat yg tak dapat ditunaikan Azman. Akhirnya mereka berkahwin. Lepas kawin baru Farid tahu yg Sabrina terpaksa menangguhkan perkahwinan kerana bakal suaminya kemalangan.


sure fine whatever
alongside



blurb/alongside/sinopsis belakang buku


Di saat hati terasa akan kehilanganmu aku ibarat jam yang patah jarumnya. Hilang arah, hilang punca dalam menentukan waktu, masa seakan panjang tanpamu malam pula begitu sunyi kurasakan seolah-olah tiadanya siang. Hati diselubung awan nan lara lantaran hasrat tak kesampaian, lalu kututup hati ini buat insan yg bernama wanita.


Aku sebenarnya seorg insan yg lemah dalam menghadapi erti sebuah kehilangan. Tatkala kau hadir dalam hidupku aku seboleh mungkin cuba mengusir rasa itu pergi, saat rasa mula merajai hati... aku yg menanggung rasa itu. Tak kusangka mimpi kita serupa bilamana Tuhan satukan kita dgn ikatan suci utk kali ini, kau takkan ku lepaskan lagi.





Wednesday, March 24, 2010

Anjung Warisan

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Salina Ibrahim
Anjung Warisan
Penulis: Salina Ibrahim
Terbitan: Creative Enterprise
Cetakan Pertama 2002
isbn: 983-893-477-1
RM15.90
289 mukasurat


"Benarkah tiap persoalan berakhir dengan jawapan."


Kisah seorg gadis muda, Hani, yg nekad mempertahankan warisan keturunannya. Dia rela terdampar di kawasan perkampungan walaupun dia dibesarkan dalam hiruk pikuk kota. Dia merasakan tanggungjawabnya utk menghidupkan Anjung Warisan tinggalan Raja Lastari.


Raja Lastari wanita cekal yg kecewa dengan ketamakan suami. Walau pertumpahan darah berlaku, dia tetap mempertahankan Anjung Warisan dari terlepas ke tangan pengkhianat. Semangat cekal itu seperti menyambung aliran dalam nadi Hani.


Memegang title guru telah membawanya kembali menghidupkan Anjung Warisan yg kian suram. Bersama Megat Zikri dia berazam memberi nafas baru pada Anjung Warisan yg dianggap sbg beban oleh ayahandanya.


Fadhli yg disangka tulang belakang syarikat ayahandanya rupanya membuat onar di dalam diam. Fadhli tu nampak macam ikhlas menunggu Hani membuka hati buatnya, namun respond Fadhli selepas cintanya ditolak oleh Hani membuatkan sisi gelapnya mula tersingkap. Baguih gak, ada la chance Megat Zikri ngorat. ;) Kalau tak, mesti dia frust tengok Hani bertunang ngan org lain.




sinopsis / blurb:


Kembali ke Ranah Siantan, menggamit rindu zaman kanak-kanak... Di sini ada nostalgia silam yang menuntut pengorbanan. Di celah-celah rindu yg terbiar... tiba-tiba antara kita hilang titik persamaan, dan jurang kian menjauh.


Bukan tidak lelah melayan perasaan bersalah... namun dia harus memikir ke hadapan, bukan menoleh ke belakang. Kerana yg berlalu, biarkanlah berlalu...


Persinggahan

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Parenting & Families
Author:Norhisham Mustaffa
Persinggahan
Penulisan Norhisham Mustaffa
RM15.90
Terbitan Creative Enterprise
9789838935289
255 mukasurat


"Apakah dia layak disanjungi?"


Aku lebih senang meletakkan kisah ini dalam genre kisah kemasyarakatan. Penulis berjaya melayarkan kisah ini dengan penuh seni dan turut menyelit perlakuan2 masyarakat melayu. Adabnya, sopannya, manisnya, dan juga sisi gelap seperti sinisnya, dengkinya, nafsunya, sombongnya, aibnya.


Wanita bukanlah subjek utama kisah ini tetapi Penulis menggarapkan cerita ini dgn diselitkan watak2 wanita/gadis melayu seperti Maimun yg mesra, Sopiah yang pintar serta Leha yg menggoda. Kesemua mereka ada ciri-ciri gadis melayu yg wujud di sekitar kita, namun takdir mereka berbeza. Ketiga-tiga mereka ada hati pada Oslan. Oslan meletakkan hatinya pada Maimun, namun dia bukan pilihan keluarga Maimun. Sopiah pula lebih rela Oslan yg melamarnya supaya dia dapat meneruskan pelajaran yg dicintainya, tetapi dia terpaksa akur dgn keputusan bapanya. Leha pula bukanlah gadis liar, tetapi sifat manja semula jadinya membuat org kampung dan suaminya menganggap dia seorg penggoda. Suaminya, Wan Derauf selalu dilanda cemburu dan mendera isteri sendiri. Namun budi bicara Oslan telah merubah Wan Derauf dan mereka sekeluarga makin bahagia. Tak sangka betul Wan tu mati eksiden dan pihak2 yg dengki kat Oslan memerangkap dia bersama Leha. Namun sikap berani Oslan utk dibawa ke balai polis dan ada bukti2 yg boleh menunjukkan dia diperangkap membuat musuh2nya pulak kecut perut. Aku paling geram kat ustaz Karim tu lah... kalau perangai elok tak pa la jugak.


Semuanya gara-gara dia org baru di situ dan dia juga boleh bersilat seperti sorg guru persilatan yg aktif di situ. Oslan lebih merendah diri berbanding anak2 murid Awang Sahak yg selalu mendabik dada. Oslan berjaya jugak sedikit sebanyak menggertak mereka dgn mengatakan dia bersetuju utk masuk gelanggang silat sekiranya guru Awang Sahak yang bersilat dgn nya. Walaupun kedengaran angkuh tapi aku suka dengan kata2 terlajak dari Oslan tu.


Oslan berjaya menempuh gelanggang itu tanpa pertumpahan darah, eh, peluh pun tak dan tumpah apabila guru kpd Awang Sahak melihat bunga silat Oslan yg dia sangat familiar. Ala teringin la nak baca cemana Oslan cepuk Awang Sahak tu. biar pengsan anak2 murid dia yg angkuh tu. haha. macam dia kalahkan Jalil jebon hanya dengan rentak mengelak saja dah bleh buat jalil tersungkur.


Sebenarnya di kampung tu ramai yg senang dgn Oslan yg ikhlas mengajar di situ namun sikap org berpangkat kat kampung dan anak beranak dia yg turut angkuh tu yg mmbuatkan Oslan dipandang serong.


Paling tak sangka biler mak Oslan bekenan kat Leha! huhu.. mungkin sbb dia tak nak Oslan gi Terengganu utk kerja yg jauh lebih baik dan gaji mencecah RM2000 berbanding keje sekrg yg hanya RM700.00. Untung ar Oslan dpt bini kaya, baik hati dan seksi pulak tu. heh heh. plusss anak segera yg comel2 montel2 dua org.


sure fine whatever
rinn



sinopsis/blurb:

Dia berkelana mencari harga diri dan menabur bakti pada org kampung halaman yg jarang sekali dikunjungi. Dia tidak pernah terfikir akan berhadapan dgn penentangan, kejian dan hasad dengki. dia juga tidak datang utk menjadi hero di kalangan penduduk Becah Samun... namun itulah yg terpaksa dihadapi dan ditangani. Dicemburui, dikeji dan dianiaya. Dia tidak diberikan pilihan. Dia cemburui, dikeji dan dianiaya. Dia tidak diberikan pilihan. Sama ada mahu atau tidak, dia harus bangun utk menghadapi segalanya ini, bukan utk diri sendiri tetapi juga maruah mereka yg berada di sekelilingnya.

Sinar Kasihmu

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Mohd Hizam Hj. Ali
Sinar Kasihmu
Penulis: Mohd Hizam Hj. Ali
Cetakan Pertama 2001
Terbitan Creative enterprise
RM15.90
263 mukasurat


"Demi janji arwah ibumu, aku kau peralatkan"


Lembah Bayu sudah berada dalam genggaman Asyikin. Satu projek yg bakal melonjakkan syarikat kecilnya yg diusahakan bersama sahabat baiknya, Ikmal. Kehadiran Muzammil seperti memohon simpati kerana Lembah Bayu milik ibunya yg menyimpan kenangan sgt berharga dlm keluarganya. Asyikin hanyut dengan mainan emosi ciptaan Muzammil hingga Lembah Bayu terlepas dari genggaman. Terlepas ke tangan Muzammil, anak muda yg penuh dengan agenda.


Namun agendanya sedikit terganggu dgn kehadiran Asyikin yg menyentuh perasaannya. Dia tidak mahu terlibat dengan Asyikin tetapi apabila melihat wanita itu dengan lelaki lain, dia jadi cemburu. Dia cuba mencuri hati Asyikin walaupun terpaksa menggunakan anak comelnya, Imran.


ASyikin tak dapat mengelak dari berfikir yg Muzammil cuba memainkan perasaannya dgn lamaran yg tak diduga. Dapatkah Asyikin menolak Muzammil sedangkan dia selalu rindukan Muzammil.


Ikmal ada kisah sendiri. Pada mulanya dia seperti ada hati degan Asyikin. Perkahwinan paksanya dgn Izlynn mulanya tidak diendahkan. Tetapi simpati pada Izlynn berubah sayang. Apa taknya dapat bini model yg lawa tu... dengar kata pulak. Izlynn sanggup tinggalkan kerjaya demi Ikmal. Dia rela mencari bidang lain yg lebih elok utk diceburi. Ikmal jatuh hati pada isteri sendiri. Ikmal pun risaukan keadaan Asyikin dgn Muzammil. Tapi apabila Muzammil sanggup menawarkan agar syarikatnya membantu menguruskan projak Lembah Bayu, Ikhmal spt berpihak pada Muzammil.


Ada beberapa mukasurat yg hilang memang sangat2 mengganggu pembacaan, hampir 10mukasurat pulak tu, dan ada pulak muka surat yg berulang cetakannya. pening pening.


Penceritaan yg biasa2 saja tapi penulis ada cerita yg menarik utk disampaikan tambah2 dengan membayangkan kisah dunia korporat yg serba elegan dan menarik. Walau bagaimanapun perasaan Muzammil diceritakan dgn tidak konsistent dan alasan menyembunyikan status diri dan arwah isteri yg telah meninggal tu seperti tak munasabah.


Apa2pun citer ni happy ending :)


sinopsis/blurb


Tidak ada salahnya membina cinta baru di atas tapak runtuhnya cinta lama. Bersama harapan yg bukan sedikit, dia membina angannya sendiri. Dia ingin berhati waja. Namun ada ketikanya dia lelah menjadi dirinya. Persoalan demi persoalan hanya mampu disimpan. Mengutarakan bimbang persoalan membuahkan persoalan.

Sunday, February 14, 2010

Benang Biru

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Siti Zabeha Ibrahim
Benang Biru
Penulis: Siti Zabeha Ibrahim
Terbitan Creative Enterprise
Cetakan pertama 2002
RM17.90
isbn: 9789838934787
343 mukasurat


"Aku tidak mengharap kau penuhi janji-janji lalu..."


Misra adalah org yg komplikated yg suka menyulitkan situasi dirinya. Dia sudah menjangkau umur 30-an dan kekecewaan dgn Nizam membuat dia serik bermain cinta dgn lelaki. Mirzan cuba mengambil hatinya atas galakan keluarga, lama-kelamaan hatinya terpaut juga pada Misra, tetapi Misra masih jinak2 merpati. Walaupun dipinang dan dipaksa bertunang, Misra berani menemui keluarga Mirzan dan menyuakan Noralita utk diperisterikan Mirzan kerana wanita itu lebih lama menyimpan perasaan kepada Mirzan. Cerita mudah yg aku rasa dibelit2kan oleh sikap Misra yg sangat berhati-hati dan memilih, malah most of the time dia sebenarnya tidak langsung berminat utk bersuami.


Di helaian2 terakhir, muncullah Amil yg lebih baik dari Mirzan yg hanya memikatnya atas saranan keluarga dan juga lebih baik dari Nizam yg bercinta dgnnya tapi berkahwin dgn org lain. Amil tidak berlengah utk mendekati keluarga Misra dan mencuit hati Misra.


Kehadiran Amil kurang terasa impaknya kerana kemunculannya yg amat singkat dan kemudian menjalinkan ikatan seumur hidup dengan Misra.


sinopsis/blurb


Benarkah mengalahku itu menyebabkan kau dan aku terluka? Mencipta derita dan sengsara... lantas menyepikan diri tatkala diri dicari-cari! Jemu rasanya mencipta bahagia. Letih rasanya bercinta... sendiri2 jua sudahnya. Perlukah aku mengalah dan sembunyi lagi? Krana aku perlu menjadi manusia normal walaupun tidak berpasangan kesudahannya.

Thursday, January 21, 2010

Bila Sena Kembali Berbunga

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Amaruszati Noor Rahim
Bila Sena Kembali Berbunga
Penulis : Amaruszati Noor Rahim
Cetakan ketujuh: 2004
Terbitan: Creative Enterprise
RM15.90
isbn: 9838932086
288 mukasurat


"Biar mereka menikmati keindahannya"
"Mereka dipertemukan semula di bawah lembayung harapan, merealisasikan sebuah impian utk melihat sena kembali berbunga..."
"Aku cuba membahagiakan semua org api aku tak mahu org lain bahagia di atas penderitaanku"


Cerita ini ada mengingatkan aku pada novel kompilasi penulis ini yg pernah aku baca. Masa mula2 sajalah. Yang lain tu tak der la sama. Antara buku lama yg paling ramai rekemen suruh baca. Aku ingat ka sad ending sbb ada sambungan. Selepas dpt beli buku 2nd part, barulah aku baca novel ni :)


WAtak Datin Salmah tu memang watak klasik mak-mak yg cari menantu ntah hapa2 utk anak dia. Datin Salmah jelas hanya memandang harta dan darjat sehingga si Ay yang seksi giler dan suka berkawan dgn mcm2 lelaki tu yg dia pilih utk dijadikan menantu. Zek tolak mentah2 kerana sejak zaman sekolah lagi dia berkenan sangat dengan Fika yg baginya jauh lebih layak menjadi isterinya. Memang sebu rasanya biler berhadapan dgn Datin Salmah yg pandai melawan kata. Memang terkelu lidah. Dia akan buat apa yg dia nak sampai Zek ditunangkan jugak walaupun jelas menolak. Rasanya kalau Zek buat stail ustaz2 ajak dia jemaah masa tengah shooting mesti Ay tu lari bersepah tinggalkan dia. hehe.


Fika tak mahu meletakkan harapan tinggi pada Zek yg menjadi harapan dlm keluarganya yg kaya berbanding dirinya yg miskin harta. Tetapi rasa hatinya tidak dapat ditolak kerana dia sudah lama jatuh hati pada Zek. Masa dan jarak yg memisahkan mereka tidak dapat melusuhkan perasaan masing2. huhu... memang kes chenta sejati lah ni.


Jaafar dan Amir cuba menyunting Fika tetapi Fika ada sebab2 sendiri utk menolak kedua2 lelaki tersebut. Diorang tu perangai macam org zaman batu. Belajar tinggi2 tapi tidak penyabar. Suka mengongkong dan bongkak. Memang patut pun Fika reject. Belum dpt lagi amik fika jadi bini, dah nampak perangai tak elok. Lepas tu marah2 pulak biler kena reject. apa ra...


Zek nekad memasang perangkap utk membuka tembelang Ay kerana tak mahu kawin. Akhirnya perangai buruk Ay terserlah biler kena tangkap basah, siap ada reporter lagi. Memang malu habis la. Masa tu barulah Datin Salmah sedar dan segan pulak dengan Fika. Kenalah Zek menjejak Fika hingga ke bawah pohon sena utk memujuk hati sang kekasih... huhu... asyik!


tak sabar nak baca 2nd book. Macam tebai jer... aduih...


sinopsis/blurb


Bersama sena yg masih berguguran, Zakri di perantauan cuba menggapai pelangi. Afikah pula dlm pelarian mengusir bayangan semalam. Mereka dipertemukan semula di bawah lembayung harapan, merealisasikan sebia impian utk melihat sena kembali berbunga...

Wednesday, January 20, 2010

Kasih Antara Kita

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Norisah A. Bakar
Kasih Antara Kita
Penulis: Norisah A. Bakar
Terbitan Creative Enterprise
Cetakan pertama 2008
584 mukasurat
isbn: 9789838938845
RM26.90


"Cinta datang tanpa disedari, perasaan cinta itu sukar utk digambarkan"


Bagi yg mengikuti karya-karya Norisah A. Bakar tentu tak ketinggalan memiliki
novel Kasih Antara Kita ni. Sedikit sebanyak memberi kita peluang menjengok
kisah hidup di Singapura.


Kisah manis yang mampu membuat kita tersenyum. Kisah ini adalah tentang Nur
Asyikin yg menyintai Zulkarnain tetapi zulkarnain seperti tidak mahu ada ikatan
perasaan antara mereka. Dia menjauhi Syikin dan pergi ke luar negara. Syikin
faham dengan isyarat2 Zulkarnain, dia membuang segala perasaan yg pernah ada
untuk Zulkarnain.


Zulkarnain mula menyimpan rindu buat Syikin dan mula menyulam kasih dengan
Syikin tetapi Syikin sudah tidak menghiraukan dirinya. Syikin kelihatan lebih
terpaut dengan Ahmad Zakuan! siapa Ahmad Zakuan? Doktor? Majistret? Lawyer?
Well, dia cleaner kat pejabat Syikin. Perhatian Ahmad Zakuan kepada seorang
remaja yg penah rosak perangainya sedikit sebanyak menaikkan daya penarik Ahmad
Zakuan di mata Syikin. Syikin tidak dapat menolak perasaannya kepada lelaki itu.
Namun hati ibu patut dijaga. AWal-awal lagi mak dia dah warning supaya jgn
berkawan dgn Ahmad Zakuan kerana bimbang persahabatan akan bertukar menjadi
kasih sayang. Jika anak2nya yg lain berjaya dijodohkan dengan lelaki berharta,
Syikin juga mesti mendapat jodoh yg setaraf.


Kesian Syikin. Musibah yg menimpa tambah2 selepas kematian ayahnya menjadikan
ibunya tertekan dan bantuan Ahmad Zakuan sekeluarga membuka mata ibu Syikin.


Kisah Nur Suhaila, Nur Suraya dan Nur Amira menambah variasi kepada kisah ini
tapi saya paling tertunggu-tunggu nasib Ahmad Zakuan dan Syikin lah ;) Syikin
dituduh awek yg syok kat Ahmad Zakuan kerana hartanya membuatkan Syikin
tertanya-tanya, siapa Ahmad Zakuan yg selalu bawak van cleaner tu sebenarnya.


Watak Mohsin memberi impak yg tersendiri walaupun pada awalnya seperti tempelan
yg menyakitkan mata saja. Tapi biler tengok overall, Mohsin ni baik sangat cuma
nasib berbisness tk menyebelahi dirinya dan memang pun sikapnya meletakkan
isteri dan anaknya dlm bahaya.




sinopsis/blurb:


Perasaan cinta bukan rasa mutlak yang boleh membawa ke mahligai perkahwinan. Nur
Asyikin punya hati terhadap Zulkarnain. Namun cinta mulis yang diidamkan oleh
Nur Asyikin ditolak oleh jejaka itu. Tetapi selepas berjauhan dan tinggal di
Australia, rasa menyesal dan cinta mula berputik di hati Zulkarnain. Timbul
perasaan untuk mengait benih-benih cinta yang telah diabaikannya selama ini.
apakah daya, hembusan angin yg lembut tidak dapat menyampaikan hatinya itu.
Cinta dan hasrat hati Zulkarnain terkubur jauh kerana jarak antara benua yg
telah memisahkannya. Nur Asyikin pula berdepan dgn pelbagai dugaan hati dan juga
kehidupannya seharian. Bagaimanapun, roh cinta kemudiannya hadir dalam dirinya.


Ahmad Zakuan lelaki yg kurang dipandang ramai kerana statusnya hadir dlm hidup
Nur Asyikin. Sayangnya, pelbagai dilema timbul menghalang penyatuan hati antara
mereka berdua. Ahmad Zakuan cuba melamar Nur Asyikin. Cuma mampukah dirinya
diterima oleh gadis yg menjadi dambaannya itu? Hanya jodoh, keadaan dan kekuatan
cinta antara mereka yg mampu menyatukan kedua-duanya di jenjang pelamin.
Doakanlah penyatuan mereka itu.


Emosi

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Norhayati Berahim
Emosi
Penulis: Norhayati Berahim
Penerbit: Creative Enterprise
Cetakan Pertama 1999
isbn: 9838933651
RM17.90
300 mukasurat


"Kau biarkan rinduku jatuh berguguran"


Nama Azali dan Alia kedengaran sangat familiar. Rasanya aku dah penah baca novel
NB yang menggunakan nama2 ini. Yang pasti kisahnya memang tidak sama langsung
dengan kisah2nya yg lain.


Dalam 'Emosi' ini, Alia dan Azali adalah sepupu yang pernah membesar bersama dan
Alia trauma semasa dgn Azli di waktu kecilnya kerana ayah Azli suka mendera Alia
dan Azli ni sekadar menurut tindakan bapanya. Masa tu dia masih kecil dan nakal.


Ibu saudaranya tak tahan dengan penderaan yg diterima Alia lalu menghantar Alia
utk tinggal bersama atuk dan neneknya.


Azli dibesarkan di luar negara oleh ibunya. Azli ni kira jadi manusia la biler
mak dia yang didik. Alhamdulillah.


Kepulangan Azli ke kampung dan ke rumah atok dan nenek menggugat ketenangan
Alia. Luka lama berdarah kembali. Azli tak menyangka Alia menyimpan dendam zaman
kanak2 mereka hingga kini. Lebih menyulitkan keadaan apabila Azli jatuh cinta
pada Alia, gadis yang tenang dan baik hati. Haaa cemana ya nak ngorat orang mcm
Alia tu?


Azli ni pun satu, masa dah sure nak dapat Alia tu, baru la sibuk nak berkawan
dengan Rosiah tu. Dah tau dia tu ada rekod buruk bab2 merosakkan pertunangan
orang, yang dok berkawan jugak sapa suruh. Aduih. Part ni memang rasa nak sekeh
kepala Azli ngan nozel pam minyak kedai dia tu. eeeee geram aku.


sure fine whatever
rinn



sinopsis/blurb:


Usah ditanya pada sebuah kelukaan, kelak parutnya akan kembali berdarah. Biarlah
kemaafan itu menjadi dendam yang terindah.

Monday, October 5, 2009

Jalan Pulang

Rating:★★
Category:Books
Genre: Teens
Author:Nur Hazma
Jalan Pulang
Penulis: Nur Hazma
Cetakan Pertama: 2004
isbn: 9789838934886
RM14.90
244 mukasurat
terbitan: creative enterprise



"Dia terlalu rindukan kasih sayang seorg ibu"


Cerita budak sekolah la.. hehe.. aku bantai baca jer sbb tengok ada nama Nur Hazma kat depan tu. Kalau budak2 skolah baca sesuai sangat la citer ni.


Wahida adalah budak tingkatan dua yg tinggal dgn bapanya kerana ibunya sudah meninggal dunia. Dia seorg student yg pandai dan menjadi kebanggaan bapanya. Pencapaian akademik Wahida berubah apabila dia mula berkawan dgn Amira dan Tania. Dia semakin leka dan selalu keluar tanpa pengetahuan bapanya. Amira dan Tania suka berkawan dgn Wahida yg senang jer nak belanja diorang.


Wahida memberontak apabila bapanya nak kawin lain. Tapi apa kuasa dia utk menghalang perkahwinan itu. Salmi, ibu tirinya adalah wanita yg baik hati, tetapi Wahida tak dapat menerima Salmi sbg pengganti ibunya. Dalam memberontak, Wahida tersentuh juga dgn kelembutan dan kesabaran Salmi.


Tanpa pengetahuan Wahida, rupa2nya Amira ngan Tania tu pencuri. Wahida marah2 apabila Salmi menuduh mereka tu pencuri dan Wahida terus lari dari rumah terutamanya setelah ditampar ayahnya kerana bersikap biadap.


Wahida pergi bermalam di rumah Tania. Masa kat situlah dia sedar, dia bertuah sbenarnya beribu tirikan wanita sebaik Salmi.


sure fine whatever
rinn






sinopsis/blurb:


Wahida dahagakan kasih sayang seorg ibu setelah ibunya meninggal dunia. Ayah pula sentiasa sibuk dgn tugas di pejabat. Terasa hilang tempat utk meluahkan isi hati. Dan apabila kesunyian semakin menghimpit perasaan, dia terpaksa memilih jalannya sendiri. Dia merelakan dirinya hanyut dlm arus kebebasan akhirnya memerangkap diri sendiri.


Monday, September 21, 2009

Kompilasi Ada Cinta Di Matanya

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Zuraidah Othman
Tajuk: Kompilasi Ada Cinta Di Matanya
Penulis: Zuraidah Othman
Penerbit: Creative Enterprise
Cetakan Pertama: 2001
Harga: RM27.90
isbn: 9838934364


"Andai itu sudah ditakdirkan"


Sebenarnya aku pun tak tau akan kewujudkan naskah kompilasi ini. Tapi memang aku suka dgn gaya penyampaian Zuraidah Othman terutamanya setelah membaca Suci Wajah Rindu. :) Akhirnya aku dpt memiliki naskah ni masa pesta buku pwtc 09 yang lalu.


Ada lima kisah pendek dlm kompilasi ini. Setiap satu meninggalkan kesan yg tersendiri. Ada happy ending, ada sad ending. Zuraidah Othman gemar menggunakan elemen 'benci jadi cinta' dlm kisah2nya sbg tarikan. Kalau kita tengok Suci Wajah Rindu dan Takagi Sayang pun, kedua2 heroin nya benci sungguh kat si hero tu.


Kisah 1: Ada Cinta Di Matanya
109 mukasurat


Kisah pertama ini adalah lebih kepada komedi romantis. Fitrah adalah gadis biasa yg bekerja di sebuah tadika. Dia membawa diri dari kampung setelah kecewa buah hatinya berkahwin dgn sahabat baiknya sendiri atas kehendak keluarga.


Tiba2 dia dibuang kerja gara2 Luqman Hakim yg menuduh dia menampar anak buahnya, Khairul. Luqman menyesal dgn tindakan terburu-burunya lalu cuba memperbaiki keadaan, namun Fitrah bukanlah seorg yg senang dipujuk. Dia cuba memberi peluang pekerjaan kepada Fitrah namun setiap kali mengetahui Luqman terlibat, dia akan lintang pukang lari dan ada sekali tu meninggalkan Luqman termangu memeluk sebelah kasut yg dipakainya.


Cerita ini disampaikan secara berselang seli antara kisah semasa dan flashback namun tidak memeningkan malah menghiburkan.


Mcm2 Luqman buat utk memikat Fitrah tapi Fitrah tak layan. Ada skali tu Luqman ngan tak malunya mai rumah and kongsi makan megi ngan Fitrah. Fitrah dah sabotaj megi tu letak cabai byk2 sampai Luqman 'hilang' berhari-hari hingga Fitrah pulak jadi tak menentu bila tak ada sebarang gangguan dari Luqman sehingga membuat Fitrah mencari Luqman di rumah. Luqman tahu dia tidak bertepuk sebelah tangan bila mendapati Fitrah jeles bila tengok dia berbual mesra dgn bekas tunangnya, Shalin.


Fitrah sudah berputus harap utk mendapatkan kerja dan decide utk balik kg. Lagipun dia dah frust dgn Luqman tu. LUqman kejar Fitrah sampai kat rumah. Sian Fitrah merempit ngan basikal dia lintang pukang balik rumah.


Siapa sangka Fitrah akhirnya dirisik keluarga Luqman tepat jam 12 tengah malam masa matanya tengah kelat dan berbaju tido. LUqman takut org potong line. Lgpun mak Luqman dan bekenan kat Fitrah masa mai melawat Luqman yg tersadai sakit lepas makan megi berapi yg Fitrah buat. hehe.

--------------------------

Kisah 2: Di Penghujung Senja
112 mukasurat


Kelahiran Fatiha dalam hidup Pn. Zainah menjadi tanda ingatan derita dari hidup lampaunya yg menjadi mangsa sepak terajang suami. Setelah bersuami baru, Fatiha dibela kerana terpaksa.


Kehadiran Alfian menjadikan Fatiha dicerca sbg perempuan jalang oleh ibunya walaupun Alfian yg terhegeh-hegeh. Ini menjadikan Fatiha sangat membenci Pian yg selekeh berserabut itu. Namun Alfian lah yg membawa dia keluar dari derita dan menyimbah kasih sayang kepadanya. RM10,000 yg Pn. Zainah mahukan dilonggokkan di hadapannya dan Fatiha dibawa pergi. Lagipun bapa tirinya yg dipercayai sepenuh hati telah mencemarkan kepercayaan itu.


Di saat dia mengira detik bahagia, malang menimpa dan meragut Alfian dari hidupnya buat selama-lamanya.


Geram jugak dgn Pian tu. Dah la tinggal berapa jam lagi jer nak kawin ngan Fatiha, still nak gi tolong Anita yg jelas ada agenda nak memusnahkan kebahagian Alfian & Fatiha. Tak taulah apa nasib Fatiha setelah kematian Alfian. Ceritanya tamat setakat part Alfian ditemui mati dlm sebuah kemalangan bersama Anita.


------------------------
Kisah 3: Irama di Persisiran
139 mukasurat


Cerita ini ada manis dan ada pahitnya. Sesuainya dipanggil kisah 'bitter-sweet'? hehe.. apa2pun I'm quite satisfied with the ending walaupun bukan happy ending.


Atika rimas dengan cerita2 yg dibawa Fizah tentang kisah cinta asmaradananya. Lalu Atika cuba utk menutup mulut Fizah setelah berjaya membuat Fizah terlopong dengan kisah cinta rekaannya tentang kekasihnya yg ntah sapa2 bernama "Izudin Ahmad". Malang bagi Atika kerana Fizah rupa2nya kenal dgn Izudin ahmad malah telah mencanang cerita Atika kepada semua manusia yg dikenalinya.


ATika yg kaget menjadi bertambah kaget apabila 'kekasihnya' itu menghubunginya dan meminta mereka bertemu utk menjelaskan kedudukan sebenar kpd isterinya. Namun Izudin sbenarnya ada agenda lain. dia mahu Puan Marina percaya yg dia betul2 ada hubungan dgn Atika dan mahu urusan penceraian mereka dipercepatkan kerana dia telah dibuang Puan Marina ketika mereka hidup bersama, namun kini Marina mahu kembali kepadanya.


Permulaan itu telah membibitkan kemesraan antara Atika dan Izudin.


Geram betul dgn Mama Maria, mak tiri Atika yg tak malu datang minta duit dari janda suaminya. Seronok dan puas membaca perang mulut antara mama maria-atika. Puan Marina, x-wife Izudin tu rupa2nya adik kepada Mama Maria. Mama Maria tu apa lagi lazer la mulut dia dok ngutuk Atika perampas dan peruntuh rumah tangga org sedang dia tu sendiri perampas suami org dan merampas kasih bapa ATika yg sudah tidak pedulikan anak2nya dgn Puan Azizah.


cinta Atika sudah semakin kukuh buat Izudin yg sentiasa menyokong dan memberi semangat kepadanya ketika berdepan dgn musuh2 cinta mereka iaitu Marina & Maria. Namun Atika tersentuh apabila mengetahui Izudin dan Marina ada anak kecil comel bernama Fifi. Tak tergamak dia merampas kasih dari Fifi. Mama maria tu merajuk sakan dgn suaminya yg mahu merujuk kembali dgn Pn. Azizah dan mahu menebus kesalahannya terhadap Atika (dua2 atika dan azizah menolak, tak mahu dah la laki mcm dia tu).


Dah la merajuk, anak2 ditinggal pulak pada Pn. Azizah. Hampeh nak mampus laki-bini tu. Atika menebalkan muka pergi memujuk Mama Maria (supaya ibunya tak payah bersusah payah menjaga anak2 mama maria). dan dengan menggunakan kuasa cintanya, dia memujuk Izudin utk kembali ke pangkuan Pn. Marina dan Fifi. Puan Marina terkedu dgn tindakan Atika yg sanggup mengorbankan cintanya dan membina semula masjid mereka yg telah roboh. huhu.. sedih giler... Tapi rasanya elok la daripada Atika membina kebahagiaan dari kesengsaraan orang lain.


------------------
Kisah 4: Hati Yang Terusik
118 mukasurat


Walaupun kisah ni dikategorikan happy ending, tetapi ini lebih kepada kisah bittersweet juga. Dalam manisnya cerita ini ada kepahitan yg perlu ditelan.


Yasmin, bukanlah dari keluarga miskin. Namun cabaran Maznah telah disambut penuh yakin utk bekerja di rumah Pn. Nora sbg pembantu rumah. Dan dia mahu membuktikan kepada Maznah yg dia akan bertahan lama di rumah itu. Anak2 lelaki Pn. Nora memang sangat baik tetapi Nabilah bukanlah mudah utk digula-gulakan malah Yasmin selalu menjadi mangsa herdikan anak kecil itu. Kehadiran Zaidi, adik Pn. Nora menambahkan pening kepala Yasmin dan hampir2 membuat dia menarik diri. Namun bila membayangkan Maznah tersenyum kemenangan, dia menjadi tabah dan terus meredah hari2nya sebagai pembantu rumah di situ. Dia bgtau makcik dia dia gi kelas menari sepanjang hari. hehe.. kena dok gi 'menari' kat dapur orang jadi tukang masak, tukang cuci semua tu.


Pelik juga mulanya sbb Pn. Nora tu kelihatan selalu menyebelahi Yasmin walaupun yasmin tu tak der la pandai masak. Rupa2nya ada kisah tersembunyi.


Gaduh-gaduh kecil dan besar antara Zaidi dan Yasmin menjadikan mereka saling terpesona namun dua2 tak reti nak meluah perasaan sbb dua2 macam rimau. pandai cari gaduh saja. Pn. NOra gembira dgn bibit2 yg semakin kelihatan itu namun hatinya gusar kerana sekiranya rahsianya terbongkar, sudah pasti Yasmin akan mengamuk.


Di saat cinta Zaidi dan yasmin mula seirama dan saling meluah perasaan, rahsia yg digenggam terlerai juga. Rupa2nya Pn. Nora adalah isteri muda ayah Yasmin! anak2 Nora adalah adik2 tirinya sendiri. Memang Yasmin mengamuk dgn bapanya tapi bapanya bijak memujuk dan menceritakan pengorbanan Nora utk keluarga mereka. Bapanya mahu kan anak2 lelaki tetapi ibunya sudah tidak mampu memberi zuriat kepadanya.


Rasa mcm cepat pula yasmin terpujuk malah menerima cinta Zaidi. Kelihatannya Yasmin bersetongkol dgn bapanya utk merahsiakan perkahwinan kedua bapanya.


----------------------------

Kisah 5: Saat Rindu Berdetik
135 mukasurat


Surprisingly kisah kelima ni aku paling suka. And surprisingly ni bukan happy ending. Aku rasa puas dgn ending cerita ni, walaupun sedih tapi puas hati.


Ridwan dan Azlin berkahwin atas kehendak keluarga. Azlin setia melakonkan watak sebagai isteri yg baik di hadapan ibu bapa mertuanya. Ridwan pulak masih setia dgn kekasihnya, Rozita. Rozita tu, sekali tengok terus maknya tak berkenan. Sosial giler penampilan dia dan memang tak masyuk dgn org yg set2 org2 kampung. Sebabtulah maknya memaksa dia berkahwin dgn Azlin.


Setelah 3 bulan, Azlin semakin menyintai Ridwan tapi Ridwan hanya tersenyum sinis dan tergelak besar setelah membaca luahan hati Azlin dlm diarinya. Namun kehadiran ibubapanya selama seminggu di rumahnya membuatkan Azlin melakonkan watak isteri yg baik dan menjamu Ridwan dgn makanan2 yg best2. Setelah ibubapanya balik, Ridwan mengalami sedikit kemalangan di dalam rumah dan Azlin setia merawatnya. Bayangan Rozita semakin menghilang dan dia mula menyedari keistimewaan Azlin yg dilihat oleh ibu bapanya. Rozita takkan mampu melayan Ridwan seperti itu.


Azlin gembira dgn perubahan Ridwan yang semakin mesra tetapi kehadiran Rozita di rumah mereka mengalih tumpuan Ridwan. Azlin lari balik kampung dan menanam tekad dalam hati, sekiranya Ridwan datang mencari dia dan membawa dia balik, dia akan memaafkan Ridwan dan percaya mereka akan bahagia bersama.


Akhirnya Ridwan kembali, tetapi dgn membawa berita yg merobek hatinya. Rozita mengandung setelah terlanjur dgn Ridwan dan Ridwan memohon kemaafan Azlin dan mahu Azlin setia bersamanya. Namun Azlin sudah terluka dan sudah tiada maaf buat lelaki spt Ridwan yg telah memusnahkan kepercayaannya. Duka yg disimbah Ridwan menjadikan Hati Azlin semakin cekal dan dia takkan tumbang.


Ridwan sudah kehilangan isteri yg terbaik utk dirinya dan tinggallah dia dgn Rozita yang manja giler dan kuat memerintah serta kuat membebel tu.. haha padan muka.


Yang kesiannya mak ngan ayah Ridwan la yg kempunan nak dapat menantu baik mcm Azlin sbb menantu2 dia yang lain semuanya lebih kurang jer mcm Rozita tu. Dah la tak der anak perempuan.. aduih...


datinella! dah baca blum kompilasi ni?


sure fine whatever
rinn



Sinopsis/blurb:


Kehadiran Luqman dlm hidup Fitrah membibitkan dua rasa. Perasaan benci dan rindu berselang seli menghantui dirinya. Ingin digapai cinta Luqman, nostalgia periuk nasinya dicurahkan pasir bermain-main di fikiran. Ingin ditolak cinta itu, Fitrah tidak tahan menanggung rindu. Ke mana haluannya kini dan di mana hatinya ingin diletakkan?

Sunday, September 6, 2009

Kesturi

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Fatinilam Sari Ahmad
Kesturi
Penulis: Fatinilam Sari Ahmad
Terbitan: Creative Enterprise
Cetakan Pertama: 2001
Harga: RM22.90
isbn: 9838934542


"Usah diusik rasa hati yang rajuk..."


"Siapakah yang menghidupkan api cinta dalam dirinya... kalau bukan aku"


Membaca kisah ni mengingatkan aku kepada cerita La Usurpadora, citer drama latin yg femos satu masa dulu. Aku rasa macam penah taip jer ayat tadi. haha.. sebenarnya ada satu lagi cerita yg mengingatkan aku kepada kisah La Usurpadora tu iaitu Seindah Gubahan Kasih by Mina Mahanie.


Watak kembar perempuan, sorang baik ya amat amat dan sorang lagi jahat. Yg jahat get the guy and yang baik terpaksa menyamar jadi yg jahat semasa yang jahat tu hilang. secara umumnya begitulah kisah ni. Tapi Fatinilam Sari ada cara tersendiri utk menjadikan kisah ini menarik dan diselitkan thriller yg mendebarkan. Watak2 citer ni dari latar sosial yg kebaratan seperti interaksi lelaki-perempuan tanpa batasan, siap pegang2 tangan, cium2 pipi and 'minum-minum'.


Kisahnya tentang 2 adik beradik kembar yg sama paras rupa tetapi peribadi berbeza, Lisa dan Eisha.


Lisa gadis berani manakala Eisha pula lebih banyak menghabiskan masa di rumah dengan lukisan2nya.


Di permulaan kisah ini Lisa didapati mengandung dan masa gi check up tu dia pi guna kad klinik milik Eisha. Lisa berjaya membuat Eisha menggantikan tempatnya utk keluar bersama bosnya, Norman.


Kembalinya Eisha dari date pertamanya bersama Norman dan menyamar sbg Lisa, Lisa telah menghilangkan diri dan meninggalkan pesan agar Eisha terus menjadi Lisa buat sementara waktu.


Eisha pergi ke pejabat sebagai LIsa.


Norman mendapati dia semakin tertarik dgn Lisa yg sudah lama menjadi setiausahanya. Entah kenapa baru2 ini saja dia begitu terpikat dgn Lisa.


LIsa sudah berpesan supaya Eisha jgn biarkan dia jatuh cinta dgn NOrman tetapi Eisha gagal dan turut hanyut dengan perasaannya sendiri sehingga dia dan Norman terlanjur.


Norman mahu bertanggungjawab dan mahu mereka segera berkahwin.


Eisha serbasalah sama ada hendak membongkarkan rahsia atau menunggu Lisa pulang. Norman terus menunggu dan menunggu.


Menjadi Lisa juga menjadikan nyawa Eisha terancam, wajahnya telah ditoreh dan meninggalkan parut kekal di wajahnya.


Lisa pulang akhirnya. Dia meninggalkan baby nya pada Mak Tua dan pergi melawat sekali sekala.


Lisa melihat lamaran NOrman sbg peluang utknya menjadi kaya. Perasaan Eisha diketepikan dan Lisa yg mengahwini Norman. Norman cuba berbaik-baik dgn adik iparnya tetapi Eisha lebih banyak menjauhkan diri.


Norman semakin menyedari Lisa sudah berbeza dari Lisa yang dicintainya. hmm kena baca sendiri la part mcm mana rahsia Lisa terbongkar dan rahsia hati Eisha juga terbongkar.


memang exciting baca novel ni :)


sure fine whatever
rinn


sinopsis/blurb


Eisha... fahamilah hakikat kehidupan. Ketentuan takdir adakalanya tidak tersingkir dgn keinginan sendiri. Pengorbanan biarpun pahit... kadangkala buahnya manis. Lalu luka di hati usah dilayan. Biar kita yg merasainya...



Saturday, September 5, 2009

Kompilasi Selimut Malam

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Samsiah Mohd Nor
Tajuk: Kompilasi Selimut Malam
Penulis: Samsiah MOhd Nor
Terbitan: Creative Enterprise
Cetakan Pertama 2001
isbn: 983-8934577
Harga RM21.90


"Mampukah digumpal seribu rasa benci..."


Sebenarnya dah lama dah abis baca kompilasi ni. Hari ni baru tergerak nak buat review. Mood membaca tengah bagus, taknak ler stop2. :) termasuk buku ni mau ada 7 buku yg aku tak review lagi. huhu...


Kompilasi ni mengandungi 3 cerita karya Samsiah MOhd Nor.
1. Selimut Malam
2. Koqin Karemo
3. Bebunga Lalang


Koqin Karemo aku dah siap baca n review lama dah dulu. Selimut Malam dgn Bebunga Lalang memang tak penah baca lagi.


Cerita 1: SELIMUT MALAM


Reo adalah seorg jejaka kacak yg terkenal dgn sikap playboynya. Dia jatuh cinta pada seorg gadis manis, Alia. Mereka bercinta dan kemudian terpaksa berpisah sementara ketika Alia melanjutkan pelajaran ke luar negara.


Alia sedih bila dia kembali kerana sudah lama Reo tidak menghubunginya. Dia sangka Reo sudah ada kekasih2 baru lalu melupakan dia.


Alia pi cari Reo kat rumah dia tapi mereka sekeluarga telah berpindah setelah satu tragedi berlaku. Pencarian Alia berakhir apabila dia menemui Reo, adiknya Suria yg kini tinggal bersama ibu mereka di tempat lain. Tetapi keadaan Reo sangat menyedih kan. Dia terlantar di pembaringan setelah terkena buatan orang yg dengkikan Reo.


Cinta Alia terlalu setia dan suci untuk Reo, lalu dia menolak cinta lelaki2 sempurna fizikal spt Herman dan Bunyamin.


Atas persetujuan Alia, mereka berkahwin dan memulakan hidup sebagai pasangan suami isteri. Bunyamin kecewa dan cuba dekat dgn Alia dgn cara bertunang dgn Suria, adik Reo.


Reo kesunyian apabila Alia sering balik kerja lewat. Alia cuba sebaik mungkin utk meluangkan masa untuk Reo, namun tuntutan tugasnya semakin menekan dan Reo semakin kecewa dan mengadu pada ibunya. Reo ni dlm keadaan sensitif perasaannya sbb dia lumpuh kaki dan tangan. TAmbah-tambah ibu mertuanya (ibu Alia) galak menyindir dirinya yg serba kekurangan.


Alia terjebak dgn Bunyamin. Dalam keadaan tidak sedarkan diri, mereka terlanjur sehingga Alia mengandung. Reo terdengar perbualan mereka lalu merajuk panjang dan menghembuskan nafas terakhir tk lama selepas itu.


Kesian Alia meneruskan hidup dlm keadaan mengandung. Herman cuba memikat Alia tapi Alia spt tidak memberi jawapan pasti sehinggalah cerita ini ditamatkan.



-----------------

CERITA 2: KOQIN KAREMO
LINK: http://novelcinta.multiply.com/reviews/item/199

Kisah cinta remaja STPM skolah. Pelik betul nama watak utama dalam citer ni, 'koqin karemo'. Sikap dia pun pelik gak. Mak pak dia hantar belajar skolah kat kg sebab kat bandar dia ni macam tak belajar. Kehadirannya di sekolah baru menarik perhatian. Sikapnya memikat hati beberapa pihak, dan turut juga mengundang rasa tk puas hati beberapa pihak. Bila latar belakang keluarganya terbongkar, dia anak orang kaya rupanya. Tetiba jer gadis yang amat membencinya (Julina) berubah menjadi mesra. Koqin agak tersentuh dgn kehadiran gadis ini sebab wajahnya seiras dengan x girlfrend dia. Rakan sekelasnya ARsila menyimpan perasaan kat Koqin ni sehingga sanggup mempertahankan Koqin bila dia dituduh melawan ketua pengawas. Persahabatan dgn ARsila dan Ajak menjadikan Koqin lebih menitik beratkan pelajaran.

perhubungan Koqin dan Juliana dicemburui boipren Julina, merangkap ketua pengawas yg memang dendam ngan koqin ni. Koqin kena blasah teruk dan Julina pulak menjadi sangat caring kat koqin ni. Arsila mula rasa cemburu. Koqin sudah mula memahami perasaan ARsila dan hanya tersenyum dengan sikap Arsila yg resah, bila peperiksaan tamat barulah koqin meluahkan perasaannya terhadap arsila.


Saya kurang suka dgn nama pendek yang diguna untuk Arsila, iaitu Ars.. kalau in english, macam sensored jer bunyi nyer.. Wanita kat cover tu siapa ye? tak nampak remaja seperti watak2 dalam citer ni pon, takkan mak koqin kot :p :)

sure fine whatever
rinn


-------------------

CERITA 3: BEBUNGA LALANG


Bebunga Lalang mengisahkan seorg gadis bernama Flora. Dia ni sedih sbb tunang dia, Boko baru meninggal dunia dlm sebuah kemalangan dan masa tu dia tengah exam. Abis semua paper dia fail sbb menurutkan hati dia yg walang.


Kehadiran Johan membuat dia resah sbb Johan mahu mengganti tempat Boko di hati Flora. Lama la jugak Flora nak menerima Johan.


Di saat Flora mula membuka hatinya buat Johan, dia sedar, kawannya Dzuliga pun dok syok giler kat Johan, walaupun sah-sah dia bertepuk sebelah tangan. Flora serba salah sbb dia merasakan dia semakin hilang Dzuliga sbg kawan.


Bagi aku, kalau Dzuliga tu gadis yang baik hati, sopan santun, tak pa la jugak si Flora ni korbankan cinta dia pada Johan tu. Masalahnya Dzuliga tu perangai buruk bebenor. Siap sabotaj FLora dan sentia buat Flora kelihatan tak baik di mata rakan2 yg lain dan Flora memang tau tentang perkara ni, malah Dzuliga tu mcm talam dua muka


Saya rasa tak berbaloi Flora mengorbankan kasihnya demi persahabatan dgn org macam Dzuliga yang memang kita nak elak bertemu dan berkawan. Saya rasa keputusan yg diambil Flora sia-sia dan belum tentu Johan mahu menerima Dzuliga tu.


sure fine whatever
rinn







sinopsis:


Setianya bak kemboja berguguran setelah di dinoda teman sendiri. Hidupnya pula bak bebunga lalang ditiup angin tanpa arah, walaupun pohon sindora setia menanti. Lalu dia meratapinya dlm tangisan bulan madu yg diselimuti malam, setelah maya pusara menggamit Reo pulang.


Friday, July 31, 2009

Diusik Sayang

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Siti Zabeha Ibrahim
Diusik Sayang by Siti Zabeha Ibrahim
Terbitan Creative Enterprise
Cetakan Pertama 2005


"Bukan sekadar memandang, menyebut namamu pun aku tak mampu, terderanya aku
kerana mencintaimu..."


Dah beberapa bulan jugak aku dok hunting buku ni tapi tak dapat2.. akhirnya
bertemu jua... :)


Mengisahkan Ain, seorg graduan menganggur. Dia sudah puas berusaha mencari kerja
namun akhirnya gagal.Akhirnya dia menjadi pemandu kepada Haji Sabiran & Hajah
Aisyah yg kesunyian. Ain berasa seperti mendapat kasih atuk dan neneknya semula
bila berada di samping pasangan ini. Sesuatu yg teramat dirinduinya. Namun
kepulangan Hafizi, anak bongsu pasangan ini membuat Ain tidak selesa. Hafizi
terlalu menguji kesabarannya tetapi demi Haji Sabiran dan Hajah Aisyah, Ain
tabah meneruskan kerjanya.


Mak ngan ayah Fizi memang selalu dok warning jgn keterlaluan sangat menyakat Ain
kerana tak mungkin org sebaik Ain nakkan Fizi tu walaupun diorang offer. Fizi
seperti tersinggung tapi hatinya terpaut dgn gadis hitam manis itu.


Bagaimana nak menarik semula perhatian gadis yg selalu disindirnya sedangkan
gadis itu terpelajar bukannya seperti anggapannya sebelum ini. Sian Ain kena
buli sampai jadi goalkeeper bola sepak! hehe.


Sedih betul masa part Ain terpaksa menggantikan kakaknya utk majlis pertunangan.
Ain ni membesar dgn atuk dan neneknya, so dia agak terasing dari family sendiri.
Abg ngan kakaknya mcm tak puas hati dgn Ain yg rapat dengan atuk dan nenek
sedangkan Ain sudah terlalu byk berkorban utk family nya. Hingga bila masa nak
bertunang tu semua macam memaksa dia demi maruah keluarga, tak seorg pun
memikirkan perasaannya.. sedih la. Sian Ain.


Tersenyum senyum jgk mengenangkan pak aji ngan mak aji dok pasang plan nak bagi
jadi jugak Ain ngan Fizi tu. Tetiba Fizi jadi berani dan ajak Ain kawin, tapi
Ain keberatan kerana merasakan dia tidak cukup cantik utk lelaki sehandsome
Fizi. Atas alasan itu jugak lah sebelum2 ni Ain melepaskan lelaki2 dlm hidupnya
utk org lain. Fizi terlalu bersungguh-sungguh dan Ain mula meletakkan beberapa
syarat maka termeterailah Janji Pinang Merah. huhu.. buat perjanjian pulak..
uish teringat pulak subjek sejarah yg ada Perjanjian Pangkor tu. haha.


sure fine whatever
rinn






Sinopsis belakang buku:


Salahkah aku meletakkan hati ini pada tempat yang tinggi? Memasang impian...
membina harapan yg muluk-muluk... bercanda bersama-sama angan angan yg
membahagiakan, antara kasih dan sayang, demimu insan yg teristimewa. Hanya utk
kau dan aku. Kita berdua selamanya... Dan keran asemua itu, Hafizi meletakkan
hatinya di sisi Farahim utk digandingkan bersama, utk dijadikan permaisuri
hidupnya. Namun Hafizi bagai lupa, 'penderaan mental'nya selama ini telah
membekukan hati seorang Farahin yg dahulunya pernah berdarah.


Diasak saban waktu dgn kerenah-kerenah yg melemaskan, cemburu yg tidak masuk dek
akal... Hafizi sebenarnya cuba mencari istimewa si gadis manis. Sedang Farahin
pula kian bungkam dan gerah berhadapan dgn konfrontasi yg tidak pernah sudah.
Kerana merasa kasih insan terbuang... Farahin meminggir bersa rajuk yg panjang.
Dan rasa cinta ini Hafizi bawa terbang jauh di bumi asing dgn harapan akan
diarak pulang cintanya yg satu ini.


RM25.90
582 mukasurat
isbn: 9789838936194

Sunday, July 26, 2009

Sindora

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Samsiah Mohd Nor
Sindora by Samsiah Mohd Nor
Terbitan Creative Enterprise
Cetakan pertama 1991


"Saling dibuai dan membuai ucapan kasih dua jejaka dia lebur dlm pilihan yang amat menyakitkan."


Bertambahla satu lagi koleksi buku Samsiah MOhd Nor dlm simpanan aku :)


Ada juga gadis yang sngat miskin yg lahir dlm keluarga yg daif diberi nama Sindora ye? hehe.. Sindora ni gadis yang gigih dan bekerja sambil belajar utk menampung keperluan diri dan keluarga di kampung. Dia mengajar tuisyen secara sambilan.


Dia menjadi rebutan jejaka kampus kerana kejelitaannya tetapi dia tidak bersedia utk bercinta, dia mahu menjadi insan yg berjaya dlm pelajaran. Dalam diam dia menyimpan perasaan cinta pada Abbot.


Dia tak menyangka Abbot pernah mengirimkan ucapan dan sajak cinta padanya tetapi guna nama samaran. Aduih la...


Kerana bosan menunggu Abbot, Sindora menerima huluran cinta dari Duke yang setia menanti dirinya dan mereka akan bertunang.


Kawan Sindora, Adlina kurang setuju dgn pilihan Sindora kerana Duke terkenal dengan sikap mata keranjangnya.


Keakraban Sindora dgn Duke membuatkan Abbot frust menonggeng. tula slow motion sangat. padan muka. dia meluahkan perasaan di saat Sindora sudah menyerahkan hati kepada orang lain. aduih la..


Bila buka semester baru Abbot barulah jadi lebih berani tapi sayang Sindora sudah jadi milik orang lain. Akibat salah faham apabila terjumpa Abbot bersama Sindora, Duke naik angin. Hilang seluruh kepercayaannya pada Sindora. lepas tu diorg putus tunang.


Abbot seperti ada peluang tapi beranikah sindora utk berkasih lagi?


sure fine whatever
rinn








sinopsis belakng buku:


Seperti dinding benteng Padang Kota, Sindora teguh menanti percikankasih Abbot, tetapi lemas dlm simbahan ombak cinta Duke. Suatu peristiwa menyebabkan dia terpaksa meninggalkan jejak2 kenangan di pantai asmara, membebat hati yang terus lara dgn ras kasih terhadap keduanya.


RM6.90
isbn: 967-9987-76-0
182 mukasurat

Saturday, June 13, 2009

Cerita Cinta

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Anis Zainol
Cerita Cinta by Anis Zainol
Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd
Cetakan Pertama 2007


"Egokah aku kerana menjadi rebutan dua lelaki?"


Tebainya buku ni! tu la first impression aku.. aku ni kalau buku tebal2 memang lambat sikit rasa nak membacanya. dah berbulan2 buku ni aku peram hehe.. nasib baik takjadi jeruk.


Tapi bila dah mula tu, sekejap jer dah bleh habis sebenarnya :) Anis Zainol ni penulis baru kan? dia ada novel lain ke? Aku memang kagum la penulis2 baru skrg ni, buku tebai2 sungguh...


Kisah buku ni tentang Athirah. Dia ni dah ramai org masuk meminang tapi ditolaknya. Kali ini ayahnya bertindak menerima pinangan kerana dia yakin keluarga tersebut adalah terbaik utk anak kesayangannya, lagipun dia tak mau Athirah terus mengelak dari berkahwin.


Athirah terpaksa menerima Megat Afiq, anak kepada Datin Sofea. Ketika itu dia dah mula tertarik dgn Akram tetapi perasaan itu dipendamkan. Akram sentiasa ada di sisinya ketika dia memerlukan tak kira semasa Athirah nak mengisi masa lapang aku semasa Athirah nak shopping utk barng2 kawinnya. MEgat AFiq yg tak pernah ditatapnya tak pernah muncul dan ada saja hal tak dapat berjumpa.


Pada hari perkahwinannya baru dia bertemu dgn Megat Afiq yg nama penuhnya MEgat Afiq Akram!


cerita cinta mereka masih panjang dan permulaan itu menjadi pemanis perjalanan cerita ini. Ada mata dendam yg memerhati kebahagiaan mereka kerana Athirah pernah beberapa kali menolak pinangannya. Ribuan ringgit sanggup dihabiskan demi memastikan pasangan itu dilanda musibah. Di awal perkahwinan mereka ada masalah komunikasi tetapi as the story goes mereka semakin mengenali hati budi masing2 namun ada musuh dalam selimut di rumah mereka sejak Athirah mengandung.


Ada kisah lama yg tersembunyi di antara bapa Athirah dan ibu MEgat Afiq Akram.


sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:


Kita sama-sama membaja hubungan ini menjadi sebuah persahabatan yg sukar kuungkap. Kau menjelma secar tiba-tiba pada saat yang tidak kuduga. Kita mula mesra seiring masa yg berlalu. Kau selalu muncul tika aku benar-benar memerlukan sokongan dan bantuan. Namun, tanpa kusedari, masa-masa yg berlalu telah memutikkan satu perasaan yg tidak sepatutnya kuzahirkan kerana aku ini kepunaan org. Aku mengusir perasaan itu jauh ke lubuk hatiku agar tidak bisa dijejaki oleh sesiapa pun termasuk diriku sendiri.


Aku juga cuba menjarakkan hubungan kita namun aku tidak berjaya menghindarinya. Ada ketika2nya kau juga menzahirkan perasaan tidak bernama itu kpdku. Tetapi aku terlalu takut utk turut sama menyambtnya kerana tidak mahu dituduh manusia curang biarpun aku sendiri tidak pernah mengenali sapa tunanganku...


RM28.90
709 mukasurat
isbn: 978 983 893 7412

Thursday, June 4, 2009

Untukmu Hana...

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Parenting & Families
Author:Salina Ibrahim
Untukmu Hana... by Salina Ibrahim
Terbitan Creative Enterprise sdn bhd


"Kenyataan tetap kenyataan walau tanpa diundang"


Ini merupakan kali pertama saya membaca karya penulis terkenal ni. Buku2nya sudah banyak di pasaran namun baru kini saya berkesempatan memiliki beberapa buah buku karya beliau masa pesta buku hari tu :) RAsanya ni lepasni saya nak collect lah buku2 penulis ni pulak.. haha ntah brapa byk yg lain aku nak collect jugak.. aduih.. jenuh jenuh :)


Rindu pulak nak menyelak novel yang sarat dgn mesej kasih sayang kekeluargaan seperti ini. Kasih sayang ibu-anak yang terpisah kerana desakan hidup.


Hana Athirah tidak pernah menyangka yg dirinya anak angkt. Assignment nya dijadikan batu loncatan utk menjejaki ibu yang tidak pernah dikenalinya. Seorg novelis yang pernah mencipta nama. Seorg pendidik yg berkaliber. Gambaran ibu dalam mindanya tidak mirip langsung dengan wanita yg ditemuinya. Ibunya seorg yg tabah, baik hati dan cantik sekali!


Tanpa sedar dia makin akrab dan mesra dgn keluarga kecil itu. Kasih sayang semula jadi mengalir antara mereka. Cute betul Zulaikha kena pinang dgn hafiz tu.. hehe.. Zu yg kasar tu pun ada org bekenan. Badrul Mizan tak sangka akan bertemu sahabatnya (yg dicintai dlm diam) di rumah Zulaikha.


Hana Athirah menjadi gusar apabila rahsia yang dipendamnya terbongkar dan siibu mahu menyambung kasih mereka. Di tempat asing Hana Athirah tiada siapa2 utk meluahkan rasa. Badrul Mizanlah jejaka yg paling gembira apabila menerima panggilan dari Hana Athirah...

Yess!!! Seri Khairaton sungguh setia pada Imran Chua :)


sure fine whatever
rinn



Sinopsis belakang buku:


Pilu dan keliru... segala-galanya bermukim di jiwa. Benarkah dia waris tunggal, penyambung keturunan mama dan ayah? Tetapi kenapa minat mereka tidak serupa... kecenderungan berbeza? Segala-galanya mengganggu, bersatu menjadikan kesempurnaan bagaikan asing tiba2. Diakah yg lupa diri atau sejarah silam yg menjadikannya walang? Dia kalap.


Mentari yang bersinar ceria rupa2nya membawa cerita duka. Dia bukan permata mama. Dia bukan srikandi papa. Dia entah siapa2... entah susur galurnya di mana? Entah keturunannya apa? Lalu Hana Athirah memulakan misinya sendiri2. Namun tatkala berhadapan dgn kenyataan semangatnya bagaikan hilang. Terbang.


Ibu rupa2nya seorg wanita sejati. Ibu rupa2nya seorg sri kandi. Ibu kiranya masi sendiri2... dia kian keliru dgn kasih sayang ibu yang tidak bertepi.


RM20.90
isbn: 978983 8935531
407 mukasurat c

Friday, May 8, 2009

Rinduku Di Angin Lalu

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Norisah A. Bakar
Rinduku Di Angin Lalu by Norisah A. Bakar
Terbitan Creative Sdn Bhd
Cetakan Pertama 2005


"Jangan kau taburi api cnta antara kita. Segala-galanya telah tamat... segala-galanya telah berlalu ditelan waktu."


Kali pertama berpeluang baca novel NOrisah A. Bakar. Sebenarnya kekerapan beliau berkunjung ke multiply saya yg menggalakkan saya mencari novel2 beliau :) terima kasih atas kesudian menjengah pondok buruk saya yg bersawang :)


Cerita ini menarik walaupun dialunkan dalam nada serius.


cerita ini berlatarbelakangkan suasana di Singapura. Kisah gadis melayu Singapura yg bertudung yg baru mula bekerja. Kehadirannya di kalangan gadis2 yg lebih selesa berpakaian ringkas dan singkat menjadikan dia perhatian ramai.


Alias awal2 lagi sudah terpaut dgn kesantunan Raihah, namun, kepulangan Zahin menyekat peluang Alias. Zahin bersungguh2 mahu memiliki Raihah kerana ada dendam yg tersembunyi. Hamzah (abg Raihah) telah merampas gadis kesayangannya, Marini, dan mengahwininya. Sekarang dia mahu Raihah jatuh cinta padanya dan dia akan membiarkan Raihah kecewa, sudah pasti Hamzah juga akan terbias rasa kecewa itu.


Namun rancangannya menghadapi gangguan kerana Alias juga berminat dgn Raihah. Lalu Zahin terus memaksa ibunya menghantar rombongan meminang walaupun Raihah bukanlah dari latar keluarga yang dihormati kerana ayah tirinya seorg penagih dadah yg sedang dipenjarakan. Dia mahu melunaskan dendamnya walaupun terpaksa memperisterikan Raihah.


Namun cemburunya makin memuncak setelah Raihah menjadi isterinya. Macam mana nak kecewakan org yg sudah mula dicintainya? hehe tu la dendam beria-ia. Masa nak kawin itu ingat ker Zahin dah nak batalkan saat2 akhir dan malukan Raihah sekeluarga demi melunaskan dendam, tapi biler dengar Alias sanggup ganti, terus dia berdesup pegi rumah Raihah. hehe.


Dendam Zahin melayang hilang setelah mengetahui sebab sebenar Hamzah memperisterikan Marini. Hamzah berani membuat perkara yang mungkin Zahin sendiri tak mampu melakukannya.


Thanks kak for signing the book! :)


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Aku mencintai... menyayangi mu dgn sepenuh hatiku. Namun menerima khabar yg dirimu telah dimiliki, haruskah aku mengganggu kebahagiaanmu lagi? Perlukah aku melampiaskan rasa marah dan dendamku pd sahabat yg telah mengkhianati erti persahabatan sejat? Atau mencari gadis lain yg lebih baik... yg setia dan mampu memberikan aku cinta yg suci. Yg kini berada di hadapan mata... yang saban waktu dpt kuintai hatinya... yg saban hari mencuri pandangan dan menerbitkan rindu dendam. Kenapa harus menafikan hati sendiri? Kenapa perlu ditolak perasaan sayang yg datang bertandang? Seperti kau, aku kira setiap insan mempunyai hak dan alasan di dalm menentukan pilihan... kerana 'cinta' datangnya bukan sesuatu dlm menentukan pilihan... kerana 'cinta' mampu menumbangkan kubu keegoan walau dipancang dgn dalam.


Lalu Zahin beralih sayang... dia tidak perlu mengecewakan Raihah, kekasihnya hanya kerana cinta silam yg tidak kesampaian. Dia perlu berpijak di bumi nyata... Marini bukan miliknya lagi. Walau Marini meninggalkannya dgn seribu cerita yg menyedihkan... Walau Marini pergi dgn seribu cerita yg menyedihkan... walau Marini pergi dgn seribu satu alasan. Marini bukan siapa-siapa pdnya kini. Marini telah dimiliki lelaki yg bergelar suami. Lalu perlukah direbut kisah silam yg telah menjadi sejarah? Kerana sejarah hanya utk dikenang, bukan utk diulang. Walau sesekali dia begitu rindu utk menjejak memori cinta yg pernah merek ciptakan bersama. Dan yg sesekali itu... dia bagai tidak mampu untuk menghindarinya...


RM24.90
565 mukasurat
isbn 9789838936637

Thursday, April 23, 2009

Diari Sayang

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Fatimah Kassim
Diari Sayang by Fatimah Kassim
Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd
Cetakan ketujuh tahun 2003


"mungkin itu satu pengorbanan yang selama ini dirahsiakan"


Kisah cinta suami isteri yang bermula setelah diijabkabulkan tanpa rela. Atie menyangka Faris terpaksa menikahinya kerana kemahuan keluarga, namun Faris sebenarnya jatuh cinta pandang pertama dan bekerjasama dgn abg Atie untuk memastikan Atie menjadi isterinya. Atie terpaksa berpisah dgn kekasihnya.


3 tahun berlalu. Hubungan mereka semakin akrab, namun ibu Faris tidak senang hati kerana belum bercucu. Kematian abg Atie meresahkannya kerana dia sudah tiada tempat bergantung, dia bagai orang asing di kalangan keluarga suami.


Rasa cemburu membara apabila Faris mengambil bekas kekasih sendiri (Rosmah) sbg setiausaha.


Geram pulak memikirkan si Atie memilih Dato' Johan sbg tempauh meluahkan perasaan kecewa terhadap suami. Walaupun Dato' Johan sudah lama jatuh hati dgn kejelitaan Aite, dia tak mahu meruntuhkan masjid yg sudah lama terbina.


Berita kehamilannya diharap mengundang bahagia, namun kehadiran Rosmah ketika Faris terlantar di hospital membuat Atie putus asa dan menghilangkan diri.


Diari Atie membuka cerita hatinya kepada Faris tentang betapa cintanya dia pada Faris dan betapa cemburunya dia pada Rosmah. Terbang keraguan Faris lalu dia pergi memburu cintanya dan anak2 yg bakal lahir.


Tragedi tak diduga. Walaupun selamat bersalin, Atie tergelincir lalu mengalami pendarahan dan meninggal dunia. Faris berjanji akan setia pada Atie dan menghabiskan sisa hidupnya yg tak panjang juga. Tinggalah pasangan kembar sebagai penyambung generasi. Mak si FAris tu lepas Atie mengandung barulah dia baik dgn Atie. Kesian menantu dia.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku.


Kadangkala sepi itu indah. Tapi bagi mereka sepi itu bagai api dalam sekam. Biarpun demikian, diharungi juga hidup mereka dgn tabah. Pada satu titik mereka dianugerahi segarit cahaya penyesuaian. Mereka menjangka panas hingga ke petang tanpa menduga hujan di tengah hari.


RM12.90
191 mukasurat
isbn 9838931284