Rating: | ★★★ |
Category: | Books |
Genre: | Romance |
Author: | Fatinilam Sari Ahmad |
Penulis: Fatinilam Sari Ahmad
Terbitan: Creative Enterprise
Cetakan Pertama: 2001
Harga: RM22.90
isbn: 9838934542
"Usah diusik rasa hati yang rajuk..."
"Siapakah yang menghidupkan api cinta dalam dirinya... kalau bukan aku"
Membaca kisah ni mengingatkan aku kepada cerita La Usurpadora, citer drama latin yg femos satu masa dulu. Aku rasa macam penah taip jer ayat tadi. haha.. sebenarnya ada satu lagi cerita yg mengingatkan aku kepada kisah La Usurpadora tu iaitu Seindah Gubahan Kasih by Mina Mahanie.
Watak kembar perempuan, sorang baik ya amat amat dan sorang lagi jahat. Yg jahat get the guy and yang baik terpaksa menyamar jadi yg jahat semasa yang jahat tu hilang. secara umumnya begitulah kisah ni. Tapi Fatinilam Sari ada cara tersendiri utk menjadikan kisah ini menarik dan diselitkan thriller yg mendebarkan. Watak2 citer ni dari latar sosial yg kebaratan seperti interaksi lelaki-perempuan tanpa batasan, siap pegang2 tangan, cium2 pipi and 'minum-minum'.
Kisahnya tentang 2 adik beradik kembar yg sama paras rupa tetapi peribadi berbeza, Lisa dan Eisha.
Lisa gadis berani manakala Eisha pula lebih banyak menghabiskan masa di rumah dengan lukisan2nya.
Di permulaan kisah ini Lisa didapati mengandung dan masa gi check up tu dia pi guna kad klinik milik Eisha. Lisa berjaya membuat Eisha menggantikan tempatnya utk keluar bersama bosnya, Norman.
Kembalinya Eisha dari date pertamanya bersama Norman dan menyamar sbg Lisa, Lisa telah menghilangkan diri dan meninggalkan pesan agar Eisha terus menjadi Lisa buat sementara waktu.
Eisha pergi ke pejabat sebagai LIsa.
Norman mendapati dia semakin tertarik dgn Lisa yg sudah lama menjadi setiausahanya. Entah kenapa baru2 ini saja dia begitu terpikat dgn Lisa.
LIsa sudah berpesan supaya Eisha jgn biarkan dia jatuh cinta dgn NOrman tetapi Eisha gagal dan turut hanyut dengan perasaannya sendiri sehingga dia dan Norman terlanjur.
Norman mahu bertanggungjawab dan mahu mereka segera berkahwin.
Eisha serbasalah sama ada hendak membongkarkan rahsia atau menunggu Lisa pulang. Norman terus menunggu dan menunggu.
Menjadi Lisa juga menjadikan nyawa Eisha terancam, wajahnya telah ditoreh dan meninggalkan parut kekal di wajahnya.
Lisa pulang akhirnya. Dia meninggalkan baby nya pada Mak Tua dan pergi melawat sekali sekala.
Lisa melihat lamaran NOrman sbg peluang utknya menjadi kaya. Perasaan Eisha diketepikan dan Lisa yg mengahwini Norman. Norman cuba berbaik-baik dgn adik iparnya tetapi Eisha lebih banyak menjauhkan diri.
Norman semakin menyedari Lisa sudah berbeza dari Lisa yang dicintainya. hmm kena baca sendiri la part mcm mana rahsia Lisa terbongkar dan rahsia hati Eisha juga terbongkar.
memang exciting baca novel ni :)
sure fine whatever
rinn
sinopsis/blurb
Eisha... fahamilah hakikat kehidupan. Ketentuan takdir adakalanya tidak tersingkir dgn keinginan sendiri. Pengorbanan biarpun pahit... kadangkala buahnya manis. Lalu luka di hati usah dilayan. Biar kita yg merasainya...
rinn, kakmar sgt suka buku fatinilam ni...dn kesturi ni 1 of my fav novel..
ReplyDeletealahaiiii..rasa macam nk bc baliklah buku ni
ha tu la.. member highly reccomend buku ni, tu yg saya beli tu.. tapi memang berbaloi :)
ReplyDeleteselalu jumpa kat lib tp x terpinjam.. lain kali nk pinjam jgk sbb org tuh kata best sngt.. :p
ReplyDeletetu la kak mar, saya sambar buku ni sebab ada yang highly recommend buku ni. dan memang takrugi beli :)
ReplyDeletememang ramai yg kata citer ni best :)
ReplyDelete