Tuesday, September 1, 2009

Novel Baru: Memori & Dimensi Cinta


Ni ada dua novel baru di pasaran. Memori saya dah nampak kat rak2 di MPH. Dimensi Cinta belum terserempak lagi. Memori tu terbitan Buku Prima manakala Dimensi Cinta terbitan KarnaDya.

 

 

Tajuk : Dimensi Cinta
Penulis : Nora Fuad

Penerbit KarnaDya

Cetakan Pertama: 2009



"Pahitnya menjadi ubat

Manisnya menjadi racun

Demi cinta kutelan keduanya"





Sinopsis:


Sukar membayangkan dengan mata kasar bagaimana akrabnya dan unik nilai persahabatan antara Lukhman Hakim dan Zaid Harith yang terbina sejak kecil. Mempunyai hampir segalanya yang diperlukan untuk hidup mewah dalam zaman milenium ini, kedua-duanya hanya perlu mencari cinta bagi melengkapkan jiwa Adam mereka.


Zaid Harith terlebih dahulu bertemu Nur Suraya, lalu jatuh cinta. Nilai cinta Zaid ada pada VilaCinta impiannya. Lukhman sebaliknya menyimpan hati denganNur Suraya ketika kali pertama bertemu sebelum diperkenalkan oleh Zaid secara rasmi. Kedua-dua rakan baik itu jatuh cinta kepada gadis cantik bernamaNur Suraya itu. Gadis itu kebingungan dalam meletakkan tanda dalam hubungan mereka. Dia menjadi keliru dalam menentukan pilihan hatinya.



Siapakah pilihan Nur Suraya? Adakah Lukhman? Atau Zaid? Atau Taufik, kekasih lamanya? Apa ada pada cinta? Cukupkah sekadar bertukar cahaya ‘alfa’? Adakah cinta perlu diberi tanda? Pilihan antara hubungan saudara dan cinta sukar dipilih, seperti kata pepatah, ditelan pahit, dibuang sayang.

 

 

-----------------------------

 


Tajuk:Memori

Penulis: Naz Areesya Ameen

Penerbit:Buku Prima

Cetakan Pertama:2009

503 mukasurat

isbn:978-967-5234-68-2

harga : RM18.90

sabah /sarawak: 21.90





"Telaga cintaku telah kontang saat kau lontarkan sengsara ke dasarnya"






blurb/sinopsis:



Karya Terbaru Novelis Selumbar Kasih



Dia hanya berdoa agar suaminya itu bertemu dgn kebenaran suatu masa nanti. Dia rela menanti walaupun seribu tahun lagi. Kerana cintanya buat Zainuddin seluas lautan yg terbentang luas - Suhairah



Semakin dia berusaha utk melupakan Suhairah, semakin menggebu-gebu kerinduan di dadanya. Semakin dia berusaha utk membenci Suhairah, semakin dia rasa terseksa - Zainuddin



Abang mencintai Su, walaupun abg tidak pernah memiliki diri Su. Abang boleh jadi sesiapa sahaja utk Su. Dan abang akan sentiasa ada untuk Su di saat susah dan senang. Itu sudah cukup untuk buat abang bahagia - Haidar




"Dah terlambat bang. Kalau dulu, Su menanti. Su harap abg akan kembali. Su dahagakan kasih sayang abang. Tapi...abang tinggalkan Su. Abang jatuhkan hukum sebelum Su diadili " - Suhairah



------------------------
Dua org wanita yg begitu dekat dgn seseorg menjadikan bahu saya sebagai sandaran di saat mereka dilanda krisis rumahtangga membuat saya selalu berfikir. Kadang2 mentafsir dan mencongang tentang jumlah wanita senasib dgn mereka di luar sana. Kerana itu, terdetik di hati saya utk menulis kisah ini. cinta itu indah. Cinta tidak sesekali menjadikan kita lemah sehingga membenarkan diri kita diperhamba atau diseksa sesuka hati. Cinta perlu diletakkan pada tempatnya agar ianya terus bermakna dan berharga di mata setiap insan. cinta tercipta utk setiap makhluk di dunia. MEMORI adalah novel kedua saya setelah novel pertama saya berjudul SELUMBAR KASIH bersama Buku Prima, semoga anda terhibur membacanya ~Nas Areesya Ameen
------------------------

blurb/sinopsis dari website buku prima:



Dia telah berusaha menjadi seorang isteri yang sempurna untuk seorang suami. Dia tidak pernah merungut tatkala tanggungjawab rumahtangga terbeban di bahunya seorang, bahkan dia rela menjadi hamba untuk seumur hidupnya demi seorang lelaki bergelar suami. Haruskah dia menyerahkan kasihnya yang masih bersisa di dalam hati? Atau, dia harus memberi kepada yang lebih berhak memiliki?



No comments:

Post a Comment