Tuesday, September 1, 2009

Novel Ogos Alaf 21



Aku tau dah masuk bulan September, tapi Alaf baru update website nya dgn novel2 baru bulan Ogos. Yang novel Dhiya Zafira aku dah post sebelum ni. Sekarang aku post tambahan lagi 2 novel baru alaf 21 utk melengkapkan edisi Ogos iaitu novel dari Maria Alina dan Meen Zulaikha.

 

Maria Alina nyer ni 2nd novel lah Makna Cinta. Novel first dia dulu Rahsia Hatiku. Aku ingat aku penah jumpa dia ngan Dhiya Zafira kat pwtc, tapi bukan masa pestabuku, masa tu pameran apa ntah. Masa tu aku bli buku 1st Dhiya Zafira dan buku 1st Maria Alina. Dhiya Zafira dah masuk 3rd book dah sekarang.

 

Meen Zulaikha nyer 3rd book akhirnya kuar juga.. lama gak aku ternanti nanti :) Gerimis Rindu sounds great! :)

 

ni aku pastekan sinopsis nya ya?

 

haaaa bonus Ogos Alaf 21 tak announce lagi. dengar2nya ada buku Aisya sofea.. mana ni????? hehe.. sabaq sabaq, bulan posa kena sabaq... *tarik nafas *

 

---------------------------------

MAKNA CINTA
Penulis: Maria Alina
512 mukasurat
RM19.90
ISBN: 978-983-124-449-4


Sinopsis:


SEPANJANG zaman remajanya, Zulaikha sering dicemuh, dihina dan diherdik rakan-rakannya kerana dikatakan anak luar nikah. Yusuf antara mereka yang sering menjatuhkan air mukanya. Hanya kepada nenek tercinta, dia memperoleh ketenangan dan semangat dalam mengharungi liku-liku hidup.


Masa berlalu, Zulaikha diterima sebagai siswi di sebuah universiti tempatan. Dia mula bangkit menjadi gadis yang cekal dan dambaan ramai siswa yang terpikat akan kecantikannya. Tidak ketinggalan Yusuf yang merupakan pelajar senior di situ.


Ke mana sahaja dia berada, Zulaikha sering dibayangi wajah Yusuf. Lelaki itu benar-benar ingin memikatnya. Zulaikha rimas. Namun akhirnya, hati gadis itu cair jua. Perlahan-lahan dia mula menaruh hati terhadap Yusuf.


Ketika pulang
cuti semester, keluarga Yusuf datang ke rumah untuk meminangnya. Diri mana yang tidak girang bila dia mengharapkan untuk disatukan dengan lelaki itu? Namun, hatinya tersentap bila pinangan itu bukan daripada Yusuf, tetapi daripada abang lelaki itu pula.

------------------------

GERIMIS RINDU
Penulis: Meen Zulaikha

Halaman: 512

ISBN: 978-983-124-461-6


Harga: RM19.90


Sinopsis:

AILANI dibesarkan oleh neneknya dengan penuh kemanjaan dan kemewahan. Apa sahaja yang diingini akan dipenuhi. Akibatnya, dia menjadi liar dan gemar berlumba kereta haram. Tragedi bermula apabila Ailani terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan neneknya terbunuh. Seluruh keluarga menyalahkannya atas kejadian itu. Pertelingkahan ini menyebabkan Ailani menjadi pelarian.

Atas desakan hidup, dia menjadi pemandu teksi limousin airport. Biarpun jiwa mudanya memberontak, namun semuanya terpaksa dilakukan untuk menyara diri. Konfl ik terus berlaku bila Ailani menjadi pemandu peribadi Dato’ Rahim. Dia rasa terhina dengan sikap dingin dan sinikal Fatimi, anak lelaki tokoh korporat itu.

Di mata Fatimi pula, gadis ego seperti Ailani hanya berniat untuk mengikis kekayaan ayahnya dengan terbongkarnya rahsia sekeping cek. Dia makin rasa tercabar bila gadis itu dilantik pula sebagai pembantu khas ayahnya. Bagi Fatimi, Ailani
mesti dihalang. Lalu dia merencanakan sesuatu. Ailani pula sudah bersedia untuk menghadapi tindakan Fatimi. Kini, barulah bertemu buku dengan ruas!







2 comments:

  1. kan? kan? kan? jom rembat masa pesta buku alaf nanti. 30% diskaun tuuuuuuuuuu

    ReplyDelete