Thursday, September 10, 2009

Ceritera Rindu

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Leeya Myra
Ceritera Rindu
Penulis: Leeya Myra
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Cetakan Pertama 2009
isbn: 9789831244302
512 mukasurat
RM19.90
sabah/sarawak: RM22.90


"Rindu itu sebuah mimpi ketika jaga"


Novel ini mengetengahkan heroin yang sanggup menghancurkan orang lain demi menuntaskan dendam. Bukan ramai penulis yg berani mengangkat watak sebegini sebagai teraju utama.


Ganti nama diri 'aku' menjadikan kita memahami gelodak geram dlm jiwa Imanina. Dia menjadikan dirinya seorang wanita yg kelihatan sombong dan tidak suka berkawan, namun kehadiran Carmen Yap Hoi Ling yg seperti tak paham bahasa membuatkan Iman tidak pernah bersendirian setelah bergelar anak yatim piatu. Carmen terus bersama dgn Iman sehinggalah mereka masuk ke alam dewasa.


Mulai saat dia bergelar anak yatim piatu, dia sering menerima surat dari 'pakcik' yang sangat mengambil berat tentang dirinya dan selalu kirim hadiah. Iman semakin lama semakin senang meluahkan perasaan kepada 'pakcik' yg tidak pernah ditemuinya.


Sehingga usianya mencecah 24tahun dan bergelar editor, dia masih belum pernah berjumpa dengan 'pakcik'.


Tugas Iman membawa kita masuk ke dunia editorial Malaysia. sebelum ni kita hanya melihat buku2 yang sudah siap di pasaran, tetapi dlm novel ini kita dpt melihat susah payahnya bagaimana nak publish sesebuah buku.


'Pakcik' dlm novel ini mengingatkan saya kepada 'daddy' dalam Dedalu di Hati.


Bossnya, Amin suka sangat kacau Iman. Bagi Iman, Amin adalah lelaki yg kuat perasan dan tak ada kerja kat opis sbb tu suka kacau dia. Tetapi Iman curious jugak sebab Amin sering membuat dia melakukan perkara2 yang teringin dilakukannya. contohnya makan kat restoran korea tu... apo namo... ha!! Seoul Garden. Masa aku balik dari kampung naik bas express haritu, ado la lalu Restoran tu.. kebetulan pulak masa tu aku dok baca novel ni dlm bas. 5 jam perjalanan tu lebih dari cukup utk aku habiskan buku ni.


Amin seperti tak berputus asa memikat Iman yg berhati batu. Namun Amin terkedu apabila suatu hari Iman tiba2 melamarnya.


Iman ada agenda besar dan Amin adalah watak penting dalam rancangannya yg akan merobohkan syarikat musuh yg didendaminya sekian lama, lelaki yg telah menyebabkan kematian ibubapanya. It's pay back time. Tetapi semakin hampir dia melengkapkan agendanya, semakin berat hatinya untuk meninggalkan Amin.


tapi aku kesian lah pulak kat Mama Zarina yg turut menjadi sasaran utama Iman sbb dia tu tak der la jahat. Cuma sejarah silam yang tak mampu dibetulkan menjadikan dia mangsa.


Happy ending! tu yang penting tu... hehe.


sure fine whatever
rinn




sinopsis/blurb:


IMANINA membesar tidak seperti orang lain bila papa dan mamanya meninggal dunia dalam satu kemalangan yang tragis. ‘Seseorang’ yang dikenali telah menyebabkan kematian itu. Sejak itu dia berazam mahu membalas dendam. Trauma rasa kehilangan menyebabkan Imanina lebih suka menyendiri. Tapi, kemunculan Amin telah mengubat kesepiannya.

Bagaimanapun sekeping gambar telah merungkai sejarah hitam yang merantai hidupnya selama ini. Dia dikejutkan hubungan Amin dengan ‘seseorang’ yang menyebabkan kematian ibu bapanya 13 tahun dahulu.

Perasaan sayang bertukar benci. Namun, Imanina bertindak menerima lamaran Amin. Sebagai isteri, lebih mudah baginya menghancurkan hidup suaminya. Amin yang dapat tahu angkara Imanina lantas pergi membawa diri.

Sejak itu, Imanina rasa hidupnya sunyi dan kosong. Sikap Amin yang membisu menyeksa dirinya yang nanar bagai mengejar bayang-bayang. Dia ingin memohon kemaafan, tapi masih adakah ruang di hati Amin buatnya?

14 comments:

  1. keluaran terbaru ke atau pun dah lama...
    kite suka sangat baca buku2 cite like this..
    tapi selalu pinjam kat library je..
    kalau cerita tu terlalu best sangat baru beli..hihihi...

    ReplyDelete
  2. baru lagi. ni cetakan pertama 2009.

    ReplyDelete
  3. akak mmg minat dgn karya penulis nie.. nnt akak nk cari...

    ReplyDelete
  4. ye? saya dah baca seeeeemua novel dia ngan alaf tu :)

    ReplyDelete
  5. dah beli,dah baca, dah dihilangkan. beli pon pasal best seller, bagai nak gile cari pastu member hilangkan.best,best.tak rugi beli.

    ReplyDelete
  6. tension kan kalau buku hilang? ni dok cari buku Zahrah de Tigris tak jumpa2.. terselit kat mana ntah.

    ReplyDelete
  7. ksh novel ni mengingatkan Niera dgn 1 drama kantonis lama x slp Irene Wong b'lakon. "pakcik" buatkan Niera t'igtkan
    "Uncle Ray" dlm drama tu. drama 2 pun utus surat gak...!!

    ReplyDelete
  8. adik saya dh beli tpi x baca lgi...saya lbh ska kalau Amin yg berdendam dgn iman,bkn sebaliknya...pstu lma2 amin mula jth cnta kat iman,msti x jdik nk tggalkan iman..msti syok ctr mcm..buat crita sndiri la plk..x ada ker ctr macam nie???

    ReplyDelete
  9. niera, kt dah lama x tgk citer kantonis. Dulu balik skolah ptg jer dah tercongok depan tv nak tengok yg slot pukui 6. irene wong? *garu pala

    ReplyDelete
  10. syz dah buleh buat citer sendiri dah tu... :)

    ReplyDelete
  11. minat giler dgn penulis nie,,,,selalu buat citer cepuMass.....hehe

    ReplyDelete
  12. kiter pun look fwd jugak citer2 leeya myra. yg dgn alaf semua dah baca buku dia.

    ReplyDelete