Tuesday, September 15, 2009

Novel Terbaru dari Fajar Pakeer, Creative & Alaf 21


Tajuk: Rindu Akan Memanggilmu
Penulis: Nur Haliza
Penerbit: Fajar Pakeer
Cetakan Pertama: 2009


"Tugu cinta sejati tak akan goyah walau tsunami merempuh"


sinopsis/blurb:

 

Cinta hadir tanpa sebarang isyarat ke dalam hati. Cinta lahir tanpa sebarang benih yang ditanam dalam naluri. Cinta sejati mempunyai akar yang kukuh, bisa berpaut di sanubari. Begitulah cinta untuk Liyana dan cinta itu adalah cinta pertamanya, membuatkan dia ternanti-nanti cinta pertamanya hadir kembali.


Dia mempertahankan tugu cintanya agar tidak dicemari oleh mana-mana cinta yang menyapa diri. Kemunculan Alfi sedikit sebanyak menggugat keutuhan tugu cintanya itu. Tembok yang memagari hati jadi semakin rapuh. Tiba-tiba Amir muncul. Lelaki misteri itu sering muncul di mana-mana, sehinggakan Amir menjadi perhiasan tidur mimpi-mimpi indah milik Liyana.


Apakah perasaan Liyana? Adakah dia mampu menyingkirkan setiap cinta yang mencuit-cuit tangkai hatinya? Berjayakah Alfi dan Amir merobohkan tembok penghadang yang kukuh melindungi sekeping hati Liyana? Dan, bagaimana pula dengan cinta pertama Liyana?

 

 

----------------------------

 

Tajuk: Aku Cinta Dia
Penulis: Sharifah Abu Salem
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
512 mukasurat
Harga: RM19.90


Dania, gadis kota yang liar, mengandung anak luar nikah. Akibatnya, bapanya mendesak agar kandungan itu digugurkan. Namun, kerana tidak mahu menanggung dosa, ibunya melarikannya ke Pusat Perlindungan Wadi Saffiyyah, tempat perlindungan gadis-gadis bermasalah sosial. Sepanjang tinggal di sana, Dania sentiasa bermunajat kepada ALLAH.

Dalam diam, dia terpaut pada sifat-sifat mulia Ustaz Iqbal salah seorang tenaga pengajar di Wadi Saffiyyah. Mana mungkin dirinya yang kotor jatuh hati pada insan semulia Iqbal? Sehinggalah suatu hari, dia menerima hadiah pemain MP3 dan al-Quran kecil daripada lelaki itu.

Apakah maknanya ini? Iqbal pernah menyatakan kepadanya bahawa dia harus mencintai ALLAH dan Rasul-NYA terlebih dahulu sebelum dia mencintai sesama manusia. Dania bimbang dengan kenyataan ini. Takut dia bertepuk sebelah tangan.

 

 

----------------------------------

 

Tajuk : Cintaku Tabloid
Penulis : Yuri Iqmal
Harga : RM17.90

Sinopsis :

“Kata orang, semakin sukar untuk kita mendapatkan sesuatu, ia akan kekal menjadi milik kita” Ada cerita di sebalik cerita. Ada duka ketika meniti saat bahagia. Dalam terpaksa dia rela. Hakikat hatinya memberontak. Dia dipaksa menanggung hukuman atas dosa yang tidak dilakukannya. Kerana itu… ada hati yang menanggung derita. Ada jiwa yang ditimpa sengsara. Menahan rasa. Menadah segala ketentuan-Nya. Di atas kertas putih bersaksikan Dia yang Esa, dirinya sah milik Nabila. Namun tiada siapa mampu mentaklik hatinya. Menidakkan kasih antara mereka. Kasih itu tetap utuh milik Fazura cintanya bersatu… Sedangkan ada nyawa ingin merasai nikmat kasihnya. Walaupun dia tahu nyawa itu bukan miliknya. Shahrul akur… cintanya hanyalah tabloid





1 comment: