Sunday, September 6, 2009

Dedalu di Hati

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Anita Aruszi
Dedalu di Hati by Anita Aruszi
Terbitan iBook Publication
RM22.00
isbn: 9789832748533
Cetakan Pertama: 2007
638 mukasurat


"Antara rindu, dendam dan budi...
Ku dambakan kasih yang abadi"


ni kali kedua saya baca karya Anita. Bukunya tebal2 wo. So masa mood membaca tengah bagus nilah kiter capai buku yg tebai2 sikit. hehe. nampaknya penulis ini memang suka memasukkan elemen misteri dan thriller dalam kisah2 romantis yang diketengahkannya. Memang menarik untuk dibaca. Suspen lah jugak memikir kan dpt ker hero kawin ngan heroin last sekali. macam la tak der benda lain aku nak pikir. haha.


Kisah ini tentang Hadzril dan Aleya yang sama2 kehilangan ibu bapa dalam sebuah kemalangan jalan raya. Mereka masih terlalu muda. Bezanya antara mereka, Hadzril ditinggalkan bersama kekayaan yg melimpah ruah, manakala Aleya anak miskin yg terpaksa dihantar ke rumah anak2 yatim kerana tiada waris terdekat.


Hadzril kesian dgn budak berusia 8thn itu dan dgn bantuan Doktor Badrul, Hadzril membantu Aleya dari jauh. Aleya membesar dengan pemerhatian dari jauh seseorang yg dipanggilnya daddy. Hadzril cuba mendekati Aleya ketika menggantikan rakannya sebagai pensyarah di kuliah Aleya. Dia juga memastikan Aleya menjalani praktikal dan bekerja di syarikat miliknya kerana dia mempunyai agenda yang besar utk membela nasib Aleya.


Namun kasih Irina tak dapat ditolak mengenangkan jasa Doktor Badrul. Aleya nekad tidak mahu menghancurkan hati Irina, anak kepada lelaki yg disangkanya daddy. Dia memang anak angkat Doktor Badrul tetapi dia tahu lelaki itu bukan daddy nya selama ini yg selalu dihubunginya secara online. Dia tidak merasakan kemesraan ketika bersama Doktor Badrul. Apabila Hadzril mengetahui anak lelaki Doktor Badrul turut menyintai Aleya, dada Hadzril jadi sesak dan dia tak senang duduk.


Di samping itu Hadzril juga cuba membongkar misteri kemalangan parents dia yg dipercayai pembunuhan terancang. Dan siapa sangka petualang nya adalah salah seorang yg sangat hampir dengannya. Siapa?


sure fine whatever
rinn




sinopsis/blurb:


Sepanjang malam dia di sisi Aleya. Tak puas2 dia menatap wajah gadis itu. Wajah Aleya kelihata comel dalam tidurnya. mengingatkan dia peristiwa dia mengucup dan memeluk Aleya di perhentian teksi tadi. Hadzril tersenyum sendiri. Dia sendiri tidak pasti kenapa dia bertindak begitu. Segala-galanya berlaku tanpa dirancang.


Irina memerhati gerak-geri Hadzril yang tekun menyiapkan kerjanya. Dia leka memerhatikan raut wajah Hadzril. Dri kening lebat itu sehinggalah ke tulang pipi dan bibir Hadzril. Segala-galanya cukup indah baginya. Wajah tampan itulah yg diinginkan menjadi pelindung dlm hidupnya. Dia ingin tua bersama Hadzril. Dia ingin mengecap bahagia bersama lelaki itu. Itulah impiannya. Itulah harapannya.


6 comments:

  1. sy dah bca novel ni.. best gile.. member hadiahkan masa besday sy... tq k.tini hadiah buku ni...

    ReplyDelete
  2. bestnyer dpt hadiah. kiter nak cari ni susah jugak sebab dah nak abis di psaran. kat kedai 2nd hand ada tapi isi muka surat dia macam nak tersembul dah kuar. hehe. buku baru dia 'street vendetta' dah baca ke? kita baca lepas ni. hehe.

    ReplyDelete
  3. alamak.... kelmarin gi popular @jb dh pegang buku ni & street vendetta but letak balik psl tebal sgt!! hehehe..
    ended up Ti beli novel2 yg lain la...
    hmm... nanti if gi sana lagi, can buy la... :))

    ReplyDelete
  4. Ti novel ni dah susah nak dapat. kalau ada sambar jer. hehe.

    ReplyDelete
  5. insya-allah..... nk kene ajak my niece la.. kene tolong bwk beg!!! hahahah..

    ReplyDelete
  6. korang... boleh tak emelkan ending novel ni ke emel i..

    laupamohd.suffian@yahoo.com..

    plis3!! i nak beli kalau aleya ngan hazril kawen.... but if irina yg dapat hazrill. tak naklah i.... sakit hati jew nanti...

    ReplyDelete