Showing posts with label nurhazma. Show all posts
Showing posts with label nurhazma. Show all posts

Wednesday, November 3, 2010

Manisnya Alunan Rindu

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Nur Hazma
Manisnya Alunan Rindu
Penulis : Nur Hazma (a.k.a Fatin Nabila)
RM20.90
Sabah/Sarawak RM23.90
509 mukasurat
terbitan Fajar Pakeer
Cetakan Pertama 2010


"Cinta kita umpama pelangi, munculnya sesudah hujan"


Novel ni bagai pengubat kekecewaan aku selepas baca karya penulis ini, Syurga Di Hati. Kronologi cerita ini lebih tersusun dan menyimpan kejutan yg tersingkap sedikit demi sedikit bagi watak Ilham.


milya dan haris adalah sepupu yg saling menyimpan perasaan sayang. Haris ke luar negara sambung belajar. milya bagi respon positif kpd harapan haris utk hidup bersama apabila dia kembali nanti.


pertemuan milya dan ilham menimbulkan kemarahan milya kerana sikap ilham yg tidak sopan di hadapan ibu bapanya dan ibu saudaranya. Ilham ada sebab tersendiri utk memendam rasa marah terhadap keluarga itu. Laila yg dianggap spt kakaknya sendiri tidak dipedulikan suaminya, Johan (sepupu Milya). Pertemuan antara Milya & Ilham selepas itu sentiasa mencetuskan pertengkaran.


Ilham sebenarnya seorg jejaka yg pendiam. Dia mempunyai tanggapan buruk terhadap ibu sendiri yg meninggalkan dirinya bersama ayah yg berpendapatan rendah demi mengejar kekayaan. Salah satu sebab mengapa dia mudah membenci wanita.


Keluarga Milya berhajat menjodohkan Milya dgn anak kenalan rapat mereka, Aunty Suhaila yg bernama Ikmal. Kebetulan pula Milya semakin rapat dgn kakak Ikmal, Ilani. Milya keberatan kerana masih mengharapkan Haris.


Pertemuan singkat dgn Ilham telah memikat hati Ilani walaupun Ilham biasa2 saja ketika berhadapan dengannya. Ilham lebih berminat berlawan panahan mata benci ke arah Milya. Ilani sangka nama Ilham adalah Fikri sbb selepas diorang bersembang Ilham hulurkan kad nama sahabatnya kepada Ilani. Dengan menyangka Fikri adalah Ilham, bermulalah sesi berbalas-balas sms antara Ilani dan Fikri yg kebetulan frust dgn kekasihnya, Shada, yg sudah ada teman baru di luar negara.


Tanpa disangka Ilham terpaksa mendapatkan bantuan Milya ketika keretanya rosak. Dia dalam keadaan terdesak ketika itu dan kebetulan Milya yg lalu di situ. Tanggapan Ilham terhadap Milya mula berubah.


Ilham dpt tahu yg Haris merupakan kekasih baru Shada di luar negara. Dia cuba menghamburkan kemarahan kepada Milya yg disangka adik kepada Haris. Dia terpana bila mendapati Milya sebenarnya kekasih Haris. Frust la Milya.


Persetujuan Milya utk menjadi model butik ibu Ikmal membuatkan Ikmal gembira sbb boleh rapat dgn Milya. Tapi Milya tak suka.


Ketika Milya ke rumah Ilham utk memulangkan alat ganti tayar keta, Ilham sedang dlm keadaan tidak sihat. Dan sekali lagi dia terhutang budi dgn Milya yg bersusah payah membawanya ke hospital. Budi Milya kali ini membuat Ilham jatuh sayang. Interaksi Ilham dan Milya selepas tu kelihatan manis ;)


Milya cuba utk tidak jatuh hati pada Ilham kerana dia tahu Ilani selalu berbalas-balas sms dgn 'Ilham' (Fikri disangka Ilham). Pertemuan Ilham dgn Aunty Suhaila (ibu Ikmal) bakal membongkar sejarah silam. Siapa Ilham sebenarnya? hmm kena la baca sendiri :)


sure fine whatever
rinn


blurb/sinopsis belakang buku:


Milya Khaleeda, dia gadis yg sangat setia. Bersama Haris, janji dipadu. Setia akan dipertahankan biarpun jarak dan masa memisahkan. Berjauhan bukan halangan utk tidak berlaku setia.


Ilham Hambali, lelaki pesimis ini tidak percaya pada cinta. Alur hidupnya hanya benci utk perempuan dek sebuah kisah yg melukakan. Baginya cinta sekadar cakap kosong yg melekakan lelaki. Cinta membawa derita kepada lelaki. Lalu dia sedayanya menjauhkan diri daripada cinta. Menghindari daripada didekati cinta.


Aturan Allah menemukan keduanya dlm sengketa. Pertengkaran dan perbalahan seakan sebati dlm hari2 Milya Khaleeda dan Ilham Hambali. Pertembungan mencetuskan pergeseran. Namun sebuah insiden membongkar kisah kasih Milya dan Haris. Gadis itu menjeruk rasa dek kecewa dan kelukaan cinta. Mencetuskan diari baru antara Milya dan Ilham. Bermulalah sebuah kisah yg sarat dgn dugaan yg sukar ditempuhi.


Menggapai bahagia bukan semudah tercetusnya perasaan kasih dan rindu yg membuai. Halangan yg berliku, bolehkah mereka lepasi? Kepulangan haris dan cinta yg tertunas di hati Ilani akankah menjenguk hati Milya dan Ilham?



Saturday, October 31, 2009

Syurga Di Hati

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Fatin Nabila
Syurga Di Hati
Penulis: Fatin Nabila
Terbitan alaf21
Cetakan Pertama 2009
isbn: 9789831244319
RM19.90
500 mukasurat


"Kaulah ratu hati yang bertakhta di sanubari ini"


Antara penulis favourite aku :) Penulis yang sering mengalunkan kisah2 tipikal novel melayu tapi aku sukakan sentuhan karyanya yg ada nada segar. Namun novelnya kali ini aku rasa ada kekurangannya tapi tak pasti di mana.


Kisah Erin dan Ariff yg bermula dengan salah faham dan benci membenci juga agak kurang chemistry nya. Terasa seperti karya ini seperti karya pertamanya pulak.


Dalam cerita ini teraju utamanya adalah Erin dan Ariff yg bertemu dlm suasana amarah, namun kemudian satu 'kebetulan' telah menemukan dan memesrakan mereka. Cinta hadir dan mereka mahu menghalakan perhubungan mereka namun mendapat tentangan dari keluarga Erin kerana perbezaan darjat dan juga usia mereka yg masih muda utk melayari hidup rumah tangga.


AWal2 lagi aku geram dgn watak Erin yg seperti tidak bersungguh menyanggah wasangka Shak terhadap hubungan mereka. Dia juga tidak menceritakan tembelang sebenar Shak kepada keluarganya utk membuktikan Shak bukan sebaik yg keluarganya sangka. Kalau betulpun nak jaga nama baik Shak, dia patut menceritakan perkara itu demi masa depannya supaya tak terpaksa berkahwin dgn lelaki lidah bercabang mcm Shak.


Amanat nenek akhirnya menjadikan Erin isteri kepada Ariff. Ibu Erin menjadi racun dlm rumah tangga Ariff sehingga mereka sering berbalah sehingga membawa kepada perpisahan. Ariff tiba2 menghilangkan diri, malah berhenti kerja. Erin yg sedang berbadan dua dilanda tekanan emosi tapi ibunya sentiasa di sisi mendamaikan hidupnya walaupun pelajaran terganggu dan terhenti.


Berita Erin mengandung menyebabkan Arif keluar dari penyembunyian dan masih cuba memendam rahsia punca kehilangannya dari pengetahuan Erin. Tapi Erin makin membencinya. Dia mahu mengembalikan cinta dlm hati Erin tetapi rahsia yg dipegangnya terlalu besar utk dipecahkan dan mungkin akan menghancurkan keluarga Erin.


Perubahan perwatakan Shak dari jahat menjadi baik tu seperti tiba2 jer.. macam tak meyakinkan pulak perubahan watak dia. Tapi memang dia betul2 jadi baik dan akhirnya menerima hakikat Erin bukan utknya. Dia mula mengalihkan kasihnya kepada Lynn, kakak Erin yg baik hati. Sahabat baik Ariff pulak berjaya mencuri hati abg Erin yg keras hati dan sombong tu. Lepas syok kat kawan Ariff tu barula perangai abg Erin tu ok sikit, kalau tak, keje nak join mak dia menyakitkan hati Arif jer.. aduih.


Kalau korang berminat nak baca novel2 dia sebelum ni aku suggest baca Dakapan Rindu & Bahagia Kasihmu. Novel dia dengan Tintarona yg paling popular sekali adalah Bukan Terlarang (dia guna nama Nur Hazma)



sure fine whatever
rinn




sinopsis/blurb:


Akibat mabuk bercinta Erin dan Ariff bertekad mengakhiri perhubungan mereka dgn ikatan perkahwinan. Hangatnya darah muda menjadikan mereka tidak memikirkan darjat dan usia masing2 yg masih terlalu mentah dlm melayari bahtera rumahtangga. Dan akibatnya, sebaik kedua-duanya melangkah ke gerbang perkahwinan, rumah tangga mereka berantakan kerana kurangnya persefahaman sesama mereka. Krisis demi krisis berlaku hanya kerana perkara2 remeh hingga akhirnya membawa kepada perpisahan.


Berbulan lamanya Ariff menghilang tanpa pesan. Tiada isteri yg menemani dan berkongsi suka dukanya. Dia hanya pulang apabila mendapat tahu keadaan isterinya yg sarat mengandung. Sekali lagi kesabarannya teruji apabila terpaksa berdepan dgn caci maki mertuanya bila dituduh suami yg tidak bertanggungjwb dan mementingkan diri.


Sbg lelaki, Ariff mempunyai dua pilihan. Mengenepikan maruah dan egonya demi sebuah kehidupan rumahtangga yg bahagia ataupun melupakan terus alam indah berkeluarga yg terlalu banyak likunya.



Monday, October 5, 2009

Jalan Pulang

Rating:★★
Category:Books
Genre: Teens
Author:Nur Hazma
Jalan Pulang
Penulis: Nur Hazma
Cetakan Pertama: 2004
isbn: 9789838934886
RM14.90
244 mukasurat
terbitan: creative enterprise



"Dia terlalu rindukan kasih sayang seorg ibu"


Cerita budak sekolah la.. hehe.. aku bantai baca jer sbb tengok ada nama Nur Hazma kat depan tu. Kalau budak2 skolah baca sesuai sangat la citer ni.


Wahida adalah budak tingkatan dua yg tinggal dgn bapanya kerana ibunya sudah meninggal dunia. Dia seorg student yg pandai dan menjadi kebanggaan bapanya. Pencapaian akademik Wahida berubah apabila dia mula berkawan dgn Amira dan Tania. Dia semakin leka dan selalu keluar tanpa pengetahuan bapanya. Amira dan Tania suka berkawan dgn Wahida yg senang jer nak belanja diorang.


Wahida memberontak apabila bapanya nak kawin lain. Tapi apa kuasa dia utk menghalang perkahwinan itu. Salmi, ibu tirinya adalah wanita yg baik hati, tetapi Wahida tak dapat menerima Salmi sbg pengganti ibunya. Dalam memberontak, Wahida tersentuh juga dgn kelembutan dan kesabaran Salmi.


Tanpa pengetahuan Wahida, rupa2nya Amira ngan Tania tu pencuri. Wahida marah2 apabila Salmi menuduh mereka tu pencuri dan Wahida terus lari dari rumah terutamanya setelah ditampar ayahnya kerana bersikap biadap.


Wahida pergi bermalam di rumah Tania. Masa kat situlah dia sedar, dia bertuah sbenarnya beribu tirikan wanita sebaik Salmi.


sure fine whatever
rinn






sinopsis/blurb:


Wahida dahagakan kasih sayang seorg ibu setelah ibunya meninggal dunia. Ayah pula sentiasa sibuk dgn tugas di pejabat. Terasa hilang tempat utk meluahkan isi hati. Dan apabila kesunyian semakin menghimpit perasaan, dia terpaksa memilih jalannya sendiri. Dia merelakan dirinya hanyut dlm arus kebebasan akhirnya memerangkap diri sendiri.


Saturday, August 15, 2009

Sutera Kasih

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Nur Hazma
Tajuk: Sutera Kasih
Penulis: Nur Hazma
Penerbit: Utusan Publications
Cetakan Pertama 2005
813 mukasurat
Harga RM31.50
isbn: 978967617243


"Sehangat kasih bersemi...
Semurni cinta di hati"


Aduh! Buku tebal! Aku jadi tak kisah dgn harga atau tebalnya sbb sudah tertark dgn nama pengarang di kulit buku :) Aku memang tak lepaskan peluang utk baca karya penulis ini bila ada peluang.


Bagi saya Sutera Kasih tidak mengangkat tema baru. Ia adalah satu kisah yg biasa kita baca dan Nur Hazma ada cara tersediri menyampaikan kisah ini. Memang tak terasa ketebalan buku ini, tegok2 jer dah abis. Aku rasa kisah ini menarik walaupun tidak menampilkan kelainan. Ianya mungkin mudah termixed dgn kisah2 lain yg selari dgnkisah ini.


Sutera Kasih adalah tentang Alia, anak yatim piatu yg bekerja sebagi pembantu rumah setelah teraniaya oleh keluarga bapa saudaranya. Majikannya, Pn. Sofiah sangat baik hati dan melayannya dgn baik sekali, tidak seperti 2 anak lelaki dan suaminya, Tn. Zakaria.


Kelembutan Alia memikat hati Faris yg baru putus tunang dgn Emelda. Namun Farhan spt tidak tesentuh dengan kehadiran Alia, dia sukar menerima Alia sbg pembantu rumah keje nya asyik maaarah saja. Semua perkara tentang Alia dianggap tak betul dan dipandang hina. Sikap playboy Farhan mendapat balasan setlah ditipu Baizura kerana Farhan pernah cuba menodai sepupu kesayangannya. Satu kemalangan telah meragut keupayaan Farhan utk berjalan.


Alia tabah melayan Farhan yg byk songeh tu. Kesabarannya akhirnya memikat hati Farhan. Farhan tidak tahu yg Alia dan Faris bercinta secara rahsia dan menyatakan hasrat utk memperisterikan Alia. Alia keberatan kerana dia lebih menyintai Faris. Farhan tu tak dpt menerima kenyataan yg Alia tak mau kat dia. Faris tidak mahu memberi tekanan perasaan kpd Farhan lalu meminta Alia menunaikan kehendak Farhan. Aduih... jenis lelaki mcm ni la yg den tak bekenan. Memikirkan hati orag lain daripada hati makwe sendiri.


Walaupun watak Farhan sangat-sangat menjengkelkan, tpai dia cepat meluahkan perasaan cintanya dan tidak merahsiakan perkara itu dari orang lain. Tak macam Faris tu yg risau tak tentu pasal. Hasrat Farhan direstui Pn. Sofia.


Saya sangat rimas dgn cara Faris mengawal keadaan sehingga jadi sangat tak terkawal. Dia lebih pentingkan perasaan adiknya daripada perasaan kekasihnya, mudahnya nak passing2 awek kat adik. Aku agak kurang senang dengan kisah sebegini. ni dari segi taste cerita saja ye. Citarasa peribadi jer nih.


WAlau apapun penyampaian Nur Hazma emang membuat kita tak sabar nak menatap muka surat terakhir.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Terasa marak dan membara cintanya kepada lelaki itu. Mana mungkin dgn mudah melupakannya dan menyerahkan cintanya kepada orang lain. Teringat akan perintaan Faris, agar dia menerima cinta Farhan, hatiya beralun seperti ombak deras. Sekeping hati bukannya boneka yg boleh dicampak kepada sesiapa jua.


Senyumnya mengundang hiba. Bagaimanakah mahu dijawab persoalan itu? Tidakka segala apa yg pernah dilalui besama adalah jawapan sebuah kekecewaan? Mana mungkin dapat diterima dgn senyuman tulus apabila harapan yg dibina lebur dan berkecai sebelum waktunya.



Friday, November 7, 2008

Bahagia Kasihmu

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Fatin Nabila
"Aku menanti angi membawa salam kasihmu ke ruang dadaku"


Penulis yg sama utk novel Dakapan Rindu :) Kali ini dia muncul lagi dengan Novel baru Bahagia Kasihmu. RAsanya masa pesta buku antarabangsa yang lalu baru saya tau yang Fatin Nabila dan Nur Hazma adalah orang yang sama. Dua novel Nur hazma yg saya dah baca adalah Bukan Terlarang dan Dialah Di hati. KEdua-duanya sangat menarik :)


Surprisingly ada rasa puas sebaik saja menutup novel ini. Ada yang membuat saya tersenyum. Heroinnya, Tasnim, seorg yang cantik manis tetapi mempunyai sejarah hitam kerana dia pernah menjadi warga sekolah budak2 nakal, Taman Seri Puteri. Di situ dia berubah menjadi insan yang lebih baik.


Fatin Nabila memperkenalkan Puan Zakiah di awal cerita tapi saya tak perasan langsung yang Zakiah yg sama adalah ibu Zarul. Twist yang menarik. Puan Zakiah merupakan org yang sentiasa memberi semangat kepada Tasnim utk meneruskan kehidupan semasa di Tmn SEri Puteri, tetapi apabila anaknya sendiri jatuh hati pada Tasnim, dia membantah sekeras-kerasnya.


Tasnim menyembunyikan kisah silamnya tapi kehadiran Nazril membongkar segala-galanya. Kebetulan pulak Nazril tu adik kepada Needa, menantu pilihan ibu Zarul tapi Zarul tak berkenan kerana ada rahsia Needa yang dia tahu. pakcik Idris seolah-olah memaksa dia memilih Needa kerana ada agenda besar tersembunyi.


Saya suka dengan cara Fatin Nabila mengolah perubahan Puan Zakiah. SEsetengah cerita terlalu mudah seorang ibu berubah fikiran dan menerima menantu pilihan anaknya. Tapi Puan Zakiah menjalani transformasi yang tidak mendadak. Kemalangan yg menimpa dirinya, Kehadiran Ehsan, menantu bukan pilihan menyelamatkan dirinya sehingga diri sendiri lumpuh, kehilangan Zarul, kehadiran Tasnim yang menjaganya melebihi ibu sendiri. Semua itu membuatkan puan Zakiah menyedari kesilapannya dan Zarul tak pernah silap membuat pilihan. Semua perkara ini tidak dipanjang2kan. Ia diceritakan dengan padat dan berkesan dalam beberapa helai muka surat sahaja.


Saya amat tersentuh dengan interaksi Tasnim dan ayahnya ketika di hospital. Mungkin saya teringat kat arwah ayah saya (al-Fatihah). Babak2 akhir memang sedih bangat. Tangkap nangis wo. Saya senang dgn watak Zarul yang bukan pak turut. Dia sentiasa menunjuk protes bila ibunya menyuruh dia berkahwin dengan Needa, malah dia sangat2 berterus terang dengan ibu bapa Needa yang dia tidak menyintai anak mereka. Selalu sangat baca watak hero yg dah suka kat heroin tapi masih nak ikut kehendak ibu bapa kawin dgn wanita lain n then tak berterus terang pulak tu dengan ibu bapa wanita berkenaan atau wanita itu sendiri.


TAsnim-Zarul. Saya paling suka interaksi mereka selepas berlaku salah faham kat gerai rojak. Tasnim marah2 sebab Zarul menghilangkan diri sehingga tak pedulikan ibunya yg terlantar di hospital. manakala Zarul pulak fikir TAsnim tak nak kawin ngan dia sbb dia dah jadi penjual rojak.

Dgn restu keluarga, Zarul cuba memikat Tasnim semula tapi Tasnim tu dah pandai jual mahal. Ikut perancangan Zarul dia mahu bertunang dan berkahwin tahun berikutnya tapi Tasnim mengakui dia tak bersedia. Jawapan yang Zarul tak nak dengar. So Zarul buat rancangan rahsia. Tau2 jer 2minggu kemudian Tasnim dah kena kawin ngan dia.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


DIBURU masa silam, Tasnim sentiasa kegelisahan. Kepahitan semalam mendera perasaan. Terus, dia tidak berani mencintai. Jauh sekali membiarkan dirinya dicintai. Dia sentiasa sedar di mana dia berpijak. Di penjuru mana dia berdiri.

Kemunculan Zarul, memang tidak diduga. Tanpa sedar, lelaki itu menjadi watak penting dalam hari-harinya. Dia seolah terikat dengan Zarul. Ingin menjauh, tetapi makin dekat pula jadinya. Dalam diam, sedetik rasa mula bertunas dalam jiwanya.

“Awak adalah perempuan yang berjaya membuka pintu hati saya. Siapa pun awak sebelum ini, saya tak kisah.Izinkan saya bahagiakan awak.”

Tasnim terkedu. Pertemuan mereka tidak pernah dirancang. Perkenalan mereka tanpa salam. Lalu, semudah itukah dia melafazkan kata cinta?

Kata pujangga, apabila hati disimbahi cahaya cinta, sinarnya akan dapat dibaca pada seri wajah. Begitulah hebatnya kuasa cinta. Jadi, wajarkah dia menolak hakikat sebuah kehidupan?

Hakikatnya, cinta itu permulaan sebuah derita. Dibayar dgn air mata sekalipun belum tentu mendatangkan bahagia sekelip mata.

Pergilah cinta, andai itu mampu mengembalikan kebahagiaan. Biarkan sahaja bahagia kasih itu berlalu, andainya itulah harga sebuah kepahitan yang perlu dibayar. Biarlah rindu ini terus tersimpan dalam lipatan memori cinta.


Harga : RM 18.00
Halaman :464
ISBN : 978-983-124-345-9

Wednesday, April 23, 2008

Bukan Terlarang

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Nur Hazma
Bukan Terlarang by Nur Hazma
Terbitan Tintarona Publications Sdn. Bhd


"Cinta bukanlah satu cagaran!"


Tebai betul kisah cinta lepas kawin hasil karya Nur Hazma nih. 800 lebih wo. Tengok tajuk jer dah bleh agak ni kisah kawin paksa. Buku ini baru saja diterbitkan sekitar 2007 tapi popularitinya agak mengkagumkan, terutama di kalangan peminat2 novel kisah cinta selepas kawin atau kawin paksa nih.. Biasanya lepas baca atau pinjam, diorang akan cuba mencari buku ini utk dibeli walaupun harganya lebih RM30.00


Bagi saya kisah ni buat saya tersiput-siput lah.. haha.. banyak betul 'blushing' scences.. rasanya perasaan yang sama masa saya baca kisah "Kasih Yang Suci" Meen Zulaikha tu.. sama jer standard gatalnya si Seth ngan ngan Imran tu. haha.. Kesian Elena ngan Maisara. dah ter cross over pulak.


Dari segi penyampaian cerita, Nur Hazma memang salah seorang penulis yang saya senang dgn gaya penulisan dan peyampaian ceritanya spt kisah "Dialah Di Hati" (tintarona) yg ala2 benci jadi cinta. Yang lain yang saya suka adalah "Dakapan Rindu" (Alaf21) yg menceritakan kisah kawan jadi kekasih.. dan kali ni pulak kisah cinta lepas kawin.. kira Nur Hazma mencuba genre2 biasa tetapi berbeza antara satu sama lain utk novel2nya. Novel dia yang lain saya belum berkesempatan utk membacanya.


Nur Hazma byk menceritakan luahan perasaan Imran dan Maisara antara satu sama lain.. masa diorang tak berapa baik tu.. saya suka la baca.. tapi lepas dah baik tu macam pagi petang siang malam ailebiu ailebiu lah.. kadang2 rasa macam berulang2, tapi apa2pun saya rasa itu antara sebab mengapa orang suka baca buku ni.. Masa mula2 tu Maisara berusaha memikat hati Imran dgn menjadi isteri yang baik.. Biler Imran pulak dah nak berbaik, Maisara pulak stat jual mahal.


Situasi couple citer ni membuatkan saya teringat pada Hakimi dan Afrina dalam "Kuseru Kasihmu", walau bagaimanapun kedua2 kisah ini amat berbeza.


Kisah ini tentang Maisara yang bersahabat baik dgn Imran sejak di kampung lagi. Dia menaruh hati pada Imran sejak di bangku sekolah. Imran menganggap Maisara kawan baiknya, malah membawa Maisara ke kota utk bekerja dan tinggal serumah dgn Makwenya, Tina. Maisara memendam rasa kecewa namun tidak pernah cuba meruntuhkan hubungan cinta Imran dan Tina, malah dialah yg kadang2 menjadi pendamai antara mereka apabila bergaduh.


Keadaan menjadi haru biru bila ibu dan bapa Imran (yg masa tu pi ssinggah rumah Maisara) terserempak dgn Imran yang pakai kain batik dan T-shirt Maisara sbb tumpang mandi kerana ujan lebat. haha.. kantoi.. Kenapa pulak mak bapa imran singgah rumah Maisara, tak pi terus rumah Imran? tak kisah lah.. yang menjadikan Imran terpaksa berkahwin dgn Maisara adalah kerana Mak Imran memang dh berkenan sgt2 kat maisara dan menggunakan alasan ini utk mengahwinkan mereka dgn segera. Imran ni jenis tak boleh tengok mak dia menangis. Dia akan cuba membuat mak dia gembira. Dia membuat perjanjian dgn Maisara, bersaksikan Tina yg mereka akan bercerai dan dia akan kembali kepada Tina.


Tina tidak dapat menahan rasa curiga terhadap Imran dan maisara yg sudah tinggal sebumbung walaupun bilik berasingan. Tambah2 mak ayah Imran rajin betul berkunjung ke rumah Imran dan terpaksala diorang share bilik.


Maisara menjalankn tugas seorang suri rumah dgn baik walaupun Imran masih menganggapnya sekadar sahabat baik. Imran mula mengesyaki Maisara apabila seorg rakan sekampung membuka rahsia yg sara sudah lama jatuh cinta dgnnya. Imran menuduh yg Maisara sengaja memerangkap dia supaya dia terpisah dgn Tina. aduh.. byk la kalau nak citer.. utk nak tau kisah selanjutnya, baca la citer ni ;)


sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:


Maisara merenung lama wajah Imran yang sedang lena, lelaki yang terpaksa dikahwininya. Sememangnya hati Maisara rela bersuamikan Imran. Sejak zaman sekolah lagi dia mencintai Imran. Namun, cinta itu tetap menjadi rahsia hatinya.


Sesungguhnya, Maisara menyintai lelaki itu sepenuh jiwa raganya dan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dgn rela sedangkan Imran menganggapnya tidak lebih daripada seorg sahabat baik. Perkahwinan mereka pun atas dasar terpaksa. Cinta Imran hanyalah utk Tina.


Kemesraan Imran terhadapnya sebagai pasangan suami isteri hanyalah sebuah lakonan semata-mata, demi menjaga hati emaknya yang amat menyayangi Maisara sbg seorang menantu. Namun, Maisara tidak tahu sampai bila dia mampu bertahan, merelakan dirinya seumpama pohon yang semakin layu kerana tidak disiram. Dia mahukan keadilan utk diri dan maruahnya sebagai wanita.


Mampukah dia meraih cinta Imran atau akan berkuburkah perkahwinan mereka seperti yang telah dirancang oleh Imran?


RM35.00
883 mukasurat

Wednesday, March 21, 2007

Dialah Di Hati

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Nor Hazma
Terbitan Tintarona
Dialah Di Hati by Nur Hazma



"Mana mungkin aku jauh darimu... kerana hatiku ada padamu"


what can i say, errmm a pleasant book to read. agak stereotype tapi ada cara pendekatan yang tersendiri. Penceritaan watak mampu menarik minat pembaca membacanya. kisah cinta yg bermula dengan permusuhan kemudian bertukar menjadi percintaan, diselitkan dengan rencah salah faham dan cemburu, memang boleh membuat pembaca yg berminat dengan genre ni tak lepas buku ni selagi tak abis. I only take one day to finish this book.


Walau pun watak utama, si Laila tu ego tapi tak menjengkelkan sangat sbb dia tak menipu diri. cuma cuba mengelak. SErba sedikit ttg kisah ni. Laila anak yatim piatu yg dijaga oleh ibu dan bapa saudaranya. Semasa di kolej dia sering berbalah dengan Adib Saufi yang sentiasa ditemuinya dlm keadaan yg menimbulkan kemarahan. Adib rasa maruah nya tercalar dan nekad nak buat Laila tunduk pada cintanya. tapi masa dlm proses memikat, dia yg terpikat. Bila rasa dah diluahkan
timbul pulak salah sangka hingga Laila bertindak menerima cadangan pertunangan dia dengan sepupunya demi utk membalas budi. Adib bukan seorang yg mudah putus asa kerana dia tahu hati Laila ada padanya...


sure fine whatever



terbitan Tintarona Publications Sdn. Bhd.
Sinopsis belakang buku:


Uniknya cinta. Hadirnya tanpa diundang. Datang tanpa dipaksa. Dalam diam kasih bersemi. Dalam resah hati terpaut. Gelisah mimpi menjadi titis-titis kerinduan.


Laila Syakirah dan Adib Saufi akur terhadap perasaan masing-masing.


Biarpun tanpa kata, hati sudah mula bersuara. Pada saat cinta mengharum, Laila Syakirah terluka. Adib Saufi hanya sekadar manis di bibir. Lalu, dia menjauhkan diri dari lelaki itu.


Dalam keterpaksaan, dia rela berkorban atas nama budi. Biarlah dia memendam perasaan, biarpun cinta tidak pernah pudar dari hati.


Adib Saufi tidak pernah jemu merebut semula piala cintanya. Sejauh mana Laila Syakirah lari, dia akan tetap menjejaki. Laila Syakirah tetap tegas dengan keputusannya. Hatinya sudah parah dengan tingkah Adib Saufi.


RM25.50
611 muka surat