Rating: | ★★★★ |
Category: | Books |
Genre: | Romance |
Author: | Fatin Nabila |
Penulis yg sama utk novel Dakapan Rindu :) Kali ini dia muncul lagi dengan Novel baru Bahagia Kasihmu. RAsanya masa pesta buku antarabangsa yang lalu baru saya tau yang Fatin Nabila dan Nur Hazma adalah orang yang sama. Dua novel Nur hazma yg saya dah baca adalah Bukan Terlarang dan Dialah Di hati. KEdua-duanya sangat menarik :)
Surprisingly ada rasa puas sebaik saja menutup novel ini. Ada yang membuat saya tersenyum. Heroinnya, Tasnim, seorg yang cantik manis tetapi mempunyai sejarah hitam kerana dia pernah menjadi warga sekolah budak2 nakal, Taman Seri Puteri. Di situ dia berubah menjadi insan yang lebih baik.
Fatin Nabila memperkenalkan Puan Zakiah di awal cerita tapi saya tak perasan langsung yang Zakiah yg sama adalah ibu Zarul. Twist yang menarik. Puan Zakiah merupakan org yang sentiasa memberi semangat kepada Tasnim utk meneruskan kehidupan semasa di Tmn SEri Puteri, tetapi apabila anaknya sendiri jatuh hati pada Tasnim, dia membantah sekeras-kerasnya.
Tasnim menyembunyikan kisah silamnya tapi kehadiran Nazril membongkar segala-galanya. Kebetulan pulak Nazril tu adik kepada Needa, menantu pilihan ibu Zarul tapi Zarul tak berkenan kerana ada rahsia Needa yang dia tahu. pakcik Idris seolah-olah memaksa dia memilih Needa kerana ada agenda besar tersembunyi.
Saya suka dengan cara Fatin Nabila mengolah perubahan Puan Zakiah. SEsetengah cerita terlalu mudah seorang ibu berubah fikiran dan menerima menantu pilihan anaknya. Tapi Puan Zakiah menjalani transformasi yang tidak mendadak. Kemalangan yg menimpa dirinya, Kehadiran Ehsan, menantu bukan pilihan menyelamatkan dirinya sehingga diri sendiri lumpuh, kehilangan Zarul, kehadiran Tasnim yang menjaganya melebihi ibu sendiri. Semua itu membuatkan puan Zakiah menyedari kesilapannya dan Zarul tak pernah silap membuat pilihan. Semua perkara ini tidak dipanjang2kan. Ia diceritakan dengan padat dan berkesan dalam beberapa helai muka surat sahaja.
Saya amat tersentuh dengan interaksi Tasnim dan ayahnya ketika di hospital. Mungkin saya teringat kat arwah ayah saya (al-Fatihah). Babak2 akhir memang sedih bangat. Tangkap nangis wo. Saya senang dgn watak Zarul yang bukan pak turut. Dia sentiasa menunjuk protes bila ibunya menyuruh dia berkahwin dengan Needa, malah dia sangat2 berterus terang dengan ibu bapa Needa yang dia tidak menyintai anak mereka. Selalu sangat baca watak hero yg dah suka kat heroin tapi masih nak ikut kehendak ibu bapa kawin dgn wanita lain n then tak berterus terang pulak tu dengan ibu bapa wanita berkenaan atau wanita itu sendiri.
TAsnim-Zarul. Saya paling suka interaksi mereka selepas berlaku salah faham kat gerai rojak. Tasnim marah2 sebab Zarul menghilangkan diri sehingga tak pedulikan ibunya yg terlantar di hospital. manakala Zarul pulak fikir TAsnim tak nak kawin ngan dia sbb dia dah jadi penjual rojak.
Dgn restu keluarga, Zarul cuba memikat Tasnim semula tapi Tasnim tu dah pandai jual mahal. Ikut perancangan Zarul dia mahu bertunang dan berkahwin tahun berikutnya tapi Tasnim mengakui dia tak bersedia. Jawapan yang Zarul tak nak dengar. So Zarul buat rancangan rahsia. Tau2 jer 2minggu kemudian Tasnim dah kena kawin ngan dia.
sure fine whatever
rinn
sinopsis belakang buku:
DIBURU masa silam, Tasnim sentiasa kegelisahan. Kepahitan semalam mendera perasaan. Terus, dia tidak berani mencintai. Jauh sekali membiarkan dirinya dicintai. Dia sentiasa sedar di mana dia berpijak. Di penjuru mana dia berdiri.
Kemunculan Zarul, memang tidak diduga. Tanpa sedar, lelaki itu menjadi watak penting dalam hari-harinya. Dia seolah terikat dengan Zarul. Ingin menjauh, tetapi makin dekat pula jadinya. Dalam diam, sedetik rasa mula bertunas dalam jiwanya.
“Awak adalah perempuan yang berjaya membuka pintu hati saya. Siapa pun awak sebelum ini, saya tak kisah.Izinkan saya bahagiakan awak.”
Tasnim terkedu. Pertemuan mereka tidak pernah dirancang. Perkenalan mereka tanpa salam. Lalu, semudah itukah dia melafazkan kata cinta?
Kata pujangga, apabila hati disimbahi cahaya cinta, sinarnya akan dapat dibaca pada seri wajah. Begitulah hebatnya kuasa cinta. Jadi, wajarkah dia menolak hakikat sebuah kehidupan?
Hakikatnya, cinta itu permulaan sebuah derita. Dibayar dgn air mata sekalipun belum tentu mendatangkan bahagia sekelip mata.
Pergilah cinta, andai itu mampu mengembalikan kebahagiaan. Biarkan sahaja bahagia kasih itu berlalu, andainya itulah harga sebuah kepahitan yang perlu dibayar. Biarlah rindu ini terus tersimpan dalam lipatan memori cinta.
Harga : RM 18.00
Halaman :464
ISBN : 978-983-124-345-9
kak rinn, penjual rojak ke apam balik? rasanya mcm apam balik aje... tapi iejay tak puas hati sikit pasal apasal lah zarul pi pilih bidang jual apam balik dekat tepi jalan bila dia berhenti drp tempat kerja lamanya tu... tak kan semata2 kerana tasnim pernah bagi perumpamaan yg penjual apam balik tu bagus sebab bila dia nagkat aje dari pan terus buat yg baru (something like this), terus zarul pilih bidang ni... bukanlah salah jadi penjual apam balik tapi kan lagi bagus kalau dia buat something more creative like franchise apam balik ke... asal drp dierctor company, bila berhenti terus jual apam balik (sekalipun ya lah masa tu dia dlm pelarian drp tasnim dan family)... isyy... tak paham den...
ReplyDeleterojak :) kat bapak dia tiba2 teringin nak makan rojak. rezeki dia lah nak teresermpak dengan zarul. dia nak biasakan dengan berniaga kecil2lan dulu kot. hehe menyokong lak aku nih. tapi akak suka biler penulis buat watak zarul tu tak menerima buta tuli calon ibunya. kalau calon tu ok tak per jugak. ni ntah apa2. heran sungguh aku dgn mak2 dalam novel nih. asyik bekenan bakal menantu yg ntah apa2.
ReplyDelete