Wednesday, March 21, 2007

Dialah Di Hati

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Nor Hazma
Terbitan Tintarona
Dialah Di Hati by Nur Hazma



"Mana mungkin aku jauh darimu... kerana hatiku ada padamu"


what can i say, errmm a pleasant book to read. agak stereotype tapi ada cara pendekatan yang tersendiri. Penceritaan watak mampu menarik minat pembaca membacanya. kisah cinta yg bermula dengan permusuhan kemudian bertukar menjadi percintaan, diselitkan dengan rencah salah faham dan cemburu, memang boleh membuat pembaca yg berminat dengan genre ni tak lepas buku ni selagi tak abis. I only take one day to finish this book.


Walau pun watak utama, si Laila tu ego tapi tak menjengkelkan sangat sbb dia tak menipu diri. cuma cuba mengelak. SErba sedikit ttg kisah ni. Laila anak yatim piatu yg dijaga oleh ibu dan bapa saudaranya. Semasa di kolej dia sering berbalah dengan Adib Saufi yang sentiasa ditemuinya dlm keadaan yg menimbulkan kemarahan. Adib rasa maruah nya tercalar dan nekad nak buat Laila tunduk pada cintanya. tapi masa dlm proses memikat, dia yg terpikat. Bila rasa dah diluahkan
timbul pulak salah sangka hingga Laila bertindak menerima cadangan pertunangan dia dengan sepupunya demi utk membalas budi. Adib bukan seorang yg mudah putus asa kerana dia tahu hati Laila ada padanya...


sure fine whatever



terbitan Tintarona Publications Sdn. Bhd.
Sinopsis belakang buku:


Uniknya cinta. Hadirnya tanpa diundang. Datang tanpa dipaksa. Dalam diam kasih bersemi. Dalam resah hati terpaut. Gelisah mimpi menjadi titis-titis kerinduan.


Laila Syakirah dan Adib Saufi akur terhadap perasaan masing-masing.


Biarpun tanpa kata, hati sudah mula bersuara. Pada saat cinta mengharum, Laila Syakirah terluka. Adib Saufi hanya sekadar manis di bibir. Lalu, dia menjauhkan diri dari lelaki itu.


Dalam keterpaksaan, dia rela berkorban atas nama budi. Biarlah dia memendam perasaan, biarpun cinta tidak pernah pudar dari hati.


Adib Saufi tidak pernah jemu merebut semula piala cintanya. Sejauh mana Laila Syakirah lari, dia akan tetap menjejaki. Laila Syakirah tetap tegas dengan keputusannya. Hatinya sudah parah dengan tingkah Adib Saufi.


RM25.50
611 muka surat

1 comment:

  1. citer nih buat saya sakit hati kat c laila tuh..hampeh py pompuan...betul cakap c haris apsal ler c adib nih terangau kat minah x cukup sifat nih..citer nih penuh dialog pujuk rayu c adib untuk laila yg sengal tuh..susah2 adib ko pinang jerlah aku! he..he

    ReplyDelete