Rating: | ★★ |
Category: | Books |
Genre: | Romance |
Author: | Norhayati Berahim |
Untukmu Segalanya by Norhayati Berahim
"Biarku bawa rindu dan sendu yang luka ke dalam dada"
Nipis jer buku nih. sejak tahun 1999 sudah 8 kali diulang cetak.. mesti buku ni antara yang popular di kalangan peminat NB. first time jugak baca mengenai isu 'lelaki lembut'. isu agak menarik tapi penceritaan macam biasa saja, maybe sebab i've read better hasil by NB. tapi tak la mengecewakan, fun to read, as usual.
tapi.. Atia ngan Azali yang rapat sejak kecil takkan sampai dah besar panjang dibiarkan bebas keluar masuk bilik (walaupun tak buat apa2). mcm tak sesuai lah pulak, rasanya kalau they kept doing tht dah lama mak bapak diorang paksa kawin. hehe. tapi tu la.. yg tak bekenan si Azali ni sikit2 lempang sikit2 lempang.. rasanya at least tiga kali dia lempang Atia dengan kuat dlm buku nih. Patutla Atia nak kat Nicky.
Mukasurat 48: "Tiba-tiba Nicky memberhentikan keretanya di tepi jalan. dia berdiri menangkupkan mukanya di stereng kereta dan menangis teresak esak."
err mcm mana Nicky buat tu ek? berdiri, and then menangkupkan mukanya ke stereng, unless stereng tu portable.. hik hik hik..
sure fine whatever
Sinopsis Belakang Buku:
Kenangan cinta memang indah untuk diingat. Momen-momen manis bagai berputar di layar ingatan. Ada air mata dan tawa ria. Begitulah lipatan kenangan yang disimpan Atia. Cinta Atia pada Azali, hanya bertepuk sebelah tangan. Atia kemudian mengundur diri. Orang tak sudi, dia pun tak mahu menonjol diri.
Atia kemudian berkenalan dengan Nicky, seorang lelaki lembut yang memiliki sebuah butik. Layanan dan kemesraan Nicky telah memikat hati Atia. Nicky jatuh hati pada Atia yang sangat mengambil berat tentang dirinya. Nicky berterus-terang untuk kembali ke pangkal jalan dan menjadi lelaki sejati.
Malangnya, hasrat pasangan kekasih ini dihalang oleh Azali dan keluarga Atia. Akhirnya, hanya surat wasiat Nicky yang ditatap oleh Atia sedangkan lelaki lembut itu sudah pergi menemui ILAHI.
RM 7.90
168 mukasurat
No comments:
Post a Comment