Wednesday, March 21, 2007

Emilya Zulaikha

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ariff Affandy
Emilya Zulaikha by Ariff Affandy
Terbitan Alaf 21


"Cinta yang tak bermaya, tak hilang upaya selagi janji setia dipadu"


rasanya kali ketiga baca buku dari novelis lelaki, before this i've read Sirhan Ansari's then dari Ruslan Ngah and now Ariff Affandy. ketiga tiga mereka ada gaya penulisan yang berbeza. biler baca buku Emilya zulaikha ni watak Asrul tu pelajar political science yg akhirnya masuk bidang kewartawanan tu sama plak ngan latar belakang penulis ini sendiri, beliau mengambil jurusan sains politik ketika di USM dan later melibatkan diri dalam kewartawanan.


Watak Ika, anak kecil berumur 6 tahun rasanya sbb tak der mention umur dia dengan tepat, cuma ada disebut dia sedang belajar di sekolah tadika, so i assume 6 years old lah.. kalau tengok dialog2 yang melibatkan Ika tak menggambarkan langsung dia anak kecil berumur 6 tahun, dialog nya terlalu dewasa, may be lebih dari 10 tahun dan sifat perahsia nya itu macam seorang wanita yang matang, kalau tak disebutkan umur i'd say she's at least 9 or 10 years old (kalau ikut range time lapse dalam cerita ini pada awalnya).


sedih jugak part Emy berjumpa dgn Ida di hospital masa azan maghrib tu, menyentuh emosi. tak sangka pulak watak emy dimatikan selepas pembedahan utk menyelamatkan Ida, Ida pun menyusul tak lama kemudian, kesian la Asrul, nasib baik ada Ika bersama-sama nya. tapi memang unexpected la pemergian Ida dan Emy, i thought Asrul kawin ngan Emy supaya semua orang yg ika sayang akan tinggal sekali, tapi jangkaan saya meleset, memang unexpected ending. Nampaknya ada sebab penulis menceritakan how Asrul macam tertarik jugak dgn setiausahanya, Nita, orang sarawak rupanya!


Sure fine whatever




Sinopsis Belakang buku:


Emilya! Sebaris nama yang tidak pernah luput daripada ingatan Asrul. Dia mencari bayangan gadis itu sejak sepuluh tahun yang lalu. Dunia nan terang bagaikan gelita. Keluhan hatinya membawa derita. Di mana dan ke mana, persoalan itu tidak pernah berjawab. Harapannya terlonta-lonta sendiri mencari, sedangkan Emilya tak sekalipun kunjung menjelma.


Di bawah pohon cinta mereka, Asrul mengucapkan selamat tinggal pada kenangan. Farida, dikahwininya sebagai memenuhi satu wasiat. Bagaimana dia harus membelai wanita itu sebagai isteri, sedangkan antara mereka hanya sebagai saudara? Jiwa lelakinya menangis dan Farida sendiri amat mengerti...


Akhirnya Emilya pulang. Namun, bukan Asrul yang dicari, kerana baginya lelaki itu sudah mati! Dan cinta itu juga tiada lagi. Janji setia dan impian mereka seabad lalu kerana desakan perasaan remaja. Begitulah pujukan Emilya untuk melunakkan perasaannya yang kecewa.


Tetapi ada sesuatu yang menjadi milik Asrul dan Farida yang harus diambil semula. Sama ada mereka rela atau dipaksa, Emilya nekad! Ika harus dirampas dan dibawa pergi. Asrul bagaikan hilang kata-kata. Farida pula benar-benar diduga. Tegakah Emilya merampas kebahagiaan mereka, sedangkan kesilapan lalu tidak harus berulang lagi.


Namun, pilihan ada di tangan Emilya atau Asrul mahupun Farida. Realitinya, bukan kalah atau menang, tetapi mereka harus bersatu!


RM 17.00
448 muka surat

1 comment:

  1. Asyik nak gelak je bila baca citer ni. Lawaknya slumber. Paling saya ingat "Minum air spender" hehehe... tak senonoh betul!
    Tapi akhir citer ni sadis! Isteri yg baru ingin dicintai kembali ke rahmatullah. X-gf yg dah masuk Islam pun meninggal.
    Asrul ni tak hbs2 dgn sikap gatalnya... isteri baru meninggal, dia dah dok jeling2 dia punya SU. Ada something la tu!

    ReplyDelete