Tuesday, March 20, 2007

Pergilah Sepi

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Fauziah Ashari
Terbitan alaf 21 sdn. Bhd
Pergilah sepi by Fauziah Ashari


"Bila keriangan singgah di hati, kesepian berlalu pergi"


terbaca sbb kaksu pesan tolong beli sebab kat kulim dah abih stock. susah jugak nak dapat buku ni. thanks Diana sbb tolong belikan. sebelum pass to kak su, gue rasmi dulu lah! i like reading buku2 yg tak tebal macam nih.. tak meleret leret. senang nak paham.


kisah dua fiq yang menarik - Afiqah dgn Syafiq. takdir menemukan jodoh mereka dgn cara yg mengaib kan. Syafiq cuba menjadi suami yg baik tapi Afiqah tetap rasa teraniaya.. tapi lama kelamaan dia makin suka dgn keluarga suaminya. tapi dia ni keras hati sukar nak memaafkan syafiq.


Citer ni sebenarnya simple tapi cara penulisan Fauziah Ashaari memang menarik walaupun ini novel pertamanya.


This one is in my A List.


sure fine whatever


sinopsis belakang buku:


Andai jodoh bukan suatu ketentuan, pasti Afiqah mampu menolak kehadiran Syafiq dalam hidupnya. Apatah lagi, perkahwinan itu bagaikan satu pelarian bila terjadinya peristiwa yang mengaibkan.


Terlalu payah bagi Afiqah untuk meminggirkan segala kekecewaan dan menerima begitu sahaja apa yang ditakdirkan. Tanpa sekelumit rasa kasih terhadap Syafiq, bagaimanalah Afiqah mampu menutup kehambaran dan mencipta kebahagiaan.


Menyedari kesilapan diri, Syafiq cuba sedaya upaya mencorak kehidupan barunya. Meski sukar untuk menembusi benteng kemarahan Afiqah namun jauh disudut hati, Syafiq mohon akan sampai ketikanya Afiqah mengerti kemurnian kasihnya. Hakikat hatinya tidak dapat dibohongi bahawa Afiqah adalah cinta pandang pertama.


Kata orang... kita akan rasa kehilangan apabila orang yang dibenci telah jauh dari mata. Sayangnya, kesedaran itu terlewat hadir dan hanya menambah luka di hati. Di manakah silapnya? Syafiqkah yang telah berubah atau Afiqahkah puncanya? Tertutupkah pintu kemaafan di antara mereka hanya kerana saling curiga dan salah sangka?


PERGILAH SEPI... menjawab segala persoalan betapa bila kegirangan singgah di hati, kesepian terus berlalu pergi.


RM 12.00
368 muka surat

9 comments:

  1. dah pinjam novel from libry...good storyline....recommended reading.

    ReplyDelete
  2. kisah 2 fiq yang menjiwangkan! :)

    ReplyDelete
  3. masa 1st time baca, rasa best sangat sampai paksa akak pi beli(kesian akak aku). bila dah ade kat umah,baca balik,rasa macam biasa2 je cerita ni.

    ReplyDelete
  4. ntah la, i still like citer ni tak kira berapa kali baca... dah la citer best, nipis plak bukunya. laaaagila aku suka. :)

    ReplyDelete
  5. tu la..mula2 bca best sgt...lps bbrpa thun tu rsa nk bca plk,pnjm ngan kwn..rsa cm xde la best sgt plk..

    ReplyDelete
  6. kiter suka buku2 camni. nipis dan best. :)

    ReplyDelete
  7. dulu x mampu nk beli novel.. sbb msih bersekolah..ank yatim plk 2.. tp skrg dah ada duit skit nk cri buku nie dah x da.,. sedih sngat..

    ReplyDelete
  8. sape2 yg nk jual novel secondhand 0125804050

    ReplyDelete
  9. pergilah sepi tak dapat beli extra copy lagi. now yg ada xtra copy ombak rindu & kau yang bernama seri. Mulanya Satu cinta dah ada org beli

    ReplyDelete