Wednesday, March 21, 2007

Kasih Terakhir

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Fathillah Anas
"Dia tidak boleh lari dari orang yang paling dibencinya kerana orang itu adalah dirinya!"


kisah sumbang mahram yg terjadi di kampung juga di bandar. Sedihla baca nasib yang menimpa Analia. Dia tak sedar selama ini bapa dia meragut kehormatannya sbb dia diberi ubat tidur. hingga satu hari dia rasa sakit tapi tak sangka pulak dia pregnant.. tupun masa tu dia taktau lagi apa yg dah jadi kat dia.. cuma sekali tu dia terjaga awal dan barulah dia tahu. Hakimi yg masih menyayangi dia tak dapat menerima Analia lagi, walaupun perasaannya masih ada. Mizi anak kepada insan yang membela nasib Analia menerima Lia seadanya dan memperisterikannya.


Sure fine whatever


Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
Sinopsis belakang buku:


Dia kecewa bila cintanya diketepikan begitu sahaja. dia benci bila pelariannya dijejaki walau ke mana sahaja. Dia marah bila kesuciannya diragut tanpa rela. Selama berbelas tahun, pergaulannya disekat dan kebebasannya diikat. Salahkan kerana menjadi mangsa salahlaku seorang ayah?

Sesungguhnya dia tidak inginkan semua itu...


RM14.90
343 muka surat

3 comments:

  1. Memang sedih baca citer ni. Ayah yang disangka boleh menjadi pelindung kiranya ibarat haruan makan anak. Hakimi pulak, hish... dasar lelaki! Nak yang fresh je... mementingkan diri sendiri! Kesian Analia, sudahlah dikhianati dengan ayah sendiri, pakwe pulak lari bila tahu dirinya dah tak suci. Padahal itu bukan kehendak dia. Mizi jugak yang baik, walaupun awalnya dia ni budak nakal... Haha, kena ketuk dengan rehal. Padan muka! Dia ingat Analia tu apa? Pelacur?

    ReplyDelete
  2. part kena ketuk ngan rehal tu mmg tak sangka.. rasanya tu buat kepala otak mizi balik ke kedudukan yg betul.. hehe.. mgkin salah satu sebab dia kagum dgn Analia.

    ReplyDelete
  3. suatu masa dulu pernah email kan review kat alaf 21. di bawah ni saja nak share review tersebut. thanks alaf 21 sbb sudi siarkan..

    Di kesempatan ini saya ingin menghulurkan jutaan terima kasih kepada Alaf21 kerana menyediakan ruangan ini untuk pembaca menyalurkan pendapat, berkongsi rasa, menyuarakan penghargaan yang tentunya memerlukan tempat untuk meluahkan segala-galanya. Di sini juga saya berkenalan dengan beberapa rakan pembaca yang turut meluahkan pendapat di sini. Hingga di seberang laut china selatan juga persahabatan baru berjaya terjalin. Terima kasih kepada website Alaf21. Setelah beberapa tahun membaca luahan rakan-rakan pembaca yang lain, barulah terbuka hati saya untuk turut menyuarakan pendapat dalam ruangan ini.

    Kasih Terakhir oleh Fathillah Anas! Buku ini pernah saya baca pada tanggal 1 Februari 2007 yang lalu, ternyata kisah ini meninggalkan kesan dalam jiwa saya kerana di memori saya masih segar lagi ingatan tentang watak malang Analia, seorang pencinta yang tewas dalam arus hidup. Cinta yang kuat nampaknya tidak dapat menjadikan Hakimi cukup kuat untuk menerima kuntum terlara seperti Analia dalam hidupnya. Mizi yang mulanya memandang rendah pada Analia akhirnya menjadi insan yang sanggup meletakkan Analia sebagai ratu hidupnya walaupun Analia masih menaruh harapan pada Hakimi kerana dia yakin pada cinta Hakimi. Begitulah kehidupan. Cinta tak semestinya bersatu. Mungkin peluang kedua membuahkan cinta yang paling agung.

    Simpati menggunung saya tumpah pada Analia. Kebencian teramat sangat bertunas apabila membaca baris-baris ayat berkaitan bapa Analia yang bagai haruan memakan anak. Kejamnya lelaki yang sepatutnya menjadi pelindung kepada darah dagingnya. Kebencian saya juga tumbuh buat Hakimi, tapi rasanya di dunia ini tentu ramai lelaki seperti Hakimi, tanpa disedarinya, dia memandang jijik pada Analia yg sepatutnya mendapat sokongan Hakimi. Namun bagi saya Analia cukup bertuah kerana dalam hidupnya ada Mizi yang datangnya dari keluarga yang pengasih, menghulurkan pertolongan di saat Analia terkapai-kapai keseorangan lalu memberi Analia penghormatan dan meletakkannya di tempat yang mulia dalam keluarga mereka. Analia tidak malang lagi...

    Jutaan penghargaan buat Fathillah Anas yang menggarap 'Kasih Terakhir' dengan sangat berkesan dan kisah realiti seperti inilah yang sepatutnya diketengahkan, dikongsi bersama, menyingkap betapa kejamnya realiti hidup dalam erti kata sebenar.

    Terima kasih Fathillah Anas dan Alaf21

    ReplyDelete