Thursday, March 22, 2007

Satu Janji

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ramlee Awang Murshid
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Satu Janji by Ramlee Awang Murshid

Rasa lama pulak nak start baca buku ni, dah beberapa hari di tangan ni tapi belum sempat nak buka and baca sebab dua tiga hari ni sibuk pulak cari tapak baru utk letakkan my reviews sbb my yahoo 360 page dah kena block kat ofis! adusss.. now semua review dah transfer ke website baru (multiply) and agak berpuas hati la dgn website tu.. masih dlm usaha utk improve lagi..

once dah start baca memang tak lepas la. Puas hati dapat baca kisah thriller homoside yg penuh tanda tanya. Ada diselitkan kisah cinta Luqman yg bertepuk sebelah tangan. The twist in the tale yg dimainkan di sini memang menarik dan ada part2 yang kita tak dapat teka langsung kebenarannya.. kisah ini seolah olah ada dua cerita tapi semasa menghampiri penamat, kedua-dua kisah ini bertangkup kemas dan ada kesinambungan. RAM bijak menggunakan resepi novel cinta yang popular iaitu percintaan selepas perkahwinan. Selain dr itu resepi buat roti canai pon ada jugak! :)

kisah ni bermula dari kes pembunuhan Datuk Abdullah, bapa angkat Luqman. Luqman menggalas tanggungjawab di pejabat. Polis memerhatikan khalid, CEO di pejabat Luqman kerana disyakki sbg dalang pembunuhan. Pertemuan dgn Adelia menjadikan Luqman jatuh cinta dan menyamar sbg penebar roti canai utk menghampiri Adelia. Dia mahu Adelia jatuh cinta padanya, bukan harta bendanya. Tetapi Adelia sudah punya pilihan hati, kerana ketelanjuran janji adelia pada keluarga, pinangan Luqman terpaksa diterima.

Laila pula terperangkap dalam dunia pelacuran setelah dijual oleh teman lelakinya sendiri. She end up dgn orang2 yang diupah membunuh Datuk Abdullah (subra dan Jay), mereka berniaga dadah dan perempuan. Laila berjaya menitipkan clue kpd pihak polis tetapi terperangkap sbg pemuas nafsu kpd Jay supaya dpt bersembunyi daripada Subra dan jimmy yg boleh membunuh bila2 masa saja.

Menarik juga bila Laila sebenarnya anak kepada tukang cuci di syarikat Luqman, wanita tua itu rupa2nya ibu tiri Luqman. Masa baca mula2 tu ingat ker Makcik Munah tu ibu sebenar Luqman, tapi rupa2nya ibu kandungnya mangsa sikap cemburu isteri pertama. Penculikan Adelia menjadi titik permulaan segala-galanya terungkai.

ish.. banyak yg menarik, kena baca la kalau nak tau citer nyer..

Tak sangka ada watak SUHANI dlm citer ni! hehe sama nama ngan adik kiter! tp di muka surat 302 ada kesilapan nama suhani kerana nama salina telah digunakan.. maybe tersilap taip kot. or asalnya RAM nak guna nama Salina but then tukar kepada Suhani?

sure fine whatever
Rinn

terbitan alaf 21 sdn bhd
sinopsis belakang buku:

Balas dendam, pencarian keluarga kandung, keadilan, kasih sebuah percintaan, air mata dan kesetiaan seorang lelaki yang bernama suami, adalah satu janji yang melingkari hidup Luqman.

Tragedi pembunuhan ayah Luqman, telah membuka satu rahsia yang menjadi hijab jalur pengkhianatan. Pada ketika inilah Luqman menemui Adelia Mustapha. Kasih dan cinta Luqman, rupa-rupanya menjadi racun berbisa di hati Adelia.

Janji yang begitu teguh di hati Luqman akhirnya membawa musibah. Dengan segala kudrat, Luqman berusaha bangkit untuk menggapai janjinya semula. Dan di hadapannya ada seseorang yang telah menghulurkan tangan untuk membantu Luqman melaksanakan satu janji yang pernah terungkai.

RM 19.90
568 muka surat

2 comments:

  1. satu janji ni memang best :) tak sangka RAM pun ada buat kisah cinta selepas kawin.

    ReplyDelete