Thursday, March 22, 2007

Cinta... Tiada Akhirnya

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Fauziah Ashari
Terbitan Intens Media
Cinta... Tiada Akhirnya by Fauziah Ashari
(Kesinambungan Ombak Rindu)

"Tak henti hati ini menyebut namamu. Tak henti jua degupan rindu memalu jantungku..."

tak sabarnyer nak baca buku ni sbb nak tau sangat apa la jadi kat Izzah ngan Hariz. Langkau baris dalam novel ni lebih besar dari novel2 lain, selesa jugak baca mcm tu tak sakit mata. Bagi saya sambungan citer best la, kira Hariz memulakan semula cintanya dengan langkah yang betul bagi membetulkan cara dia berkahwin dgn Izzah dulu.

pada permulaan cerita agak slow, berkisar hubungan Izzah-Hariz. Hariz ada anak dgn Mila, nama dia Armand. Tapi Mila dah nak kawin so Hariz ni risau sikit pasal anak dia yg dijaga oleh Elin, adik Mila. Izzah masih lagi seorang yang penyabar dan Hariz yg ada lagi barannya walaupun sangat sayangkan Izzah. Hariz paling marah masa Izzah langgar arahan dia supaya jgn kuar rumah. Lg satu yg dia runsingkan bila Izzah menipu dia utk mendapatkan wang RM25ribu utk diberi kepada Pakcik Taha yg menyamar sbg pemandu Hariz. Di sini jelasnya kesalahan pada Izzah la sbb tak berterus terang dengan Hariz menyebabkan Hariz semakin
menyisihkan Izzah.

Citer jadi suspen selepas Izzah diculik dan hanyut di sungai semasa melarikan diri. Hariz dah tak keruan. tu la masa ada tak layan elok2 dah hilang baru kalut, dah la izzah tu pregnant. tapi tu la lepas kena sepak ngan Roland, Izzah keguguran lagi. Lepas izzah hilang pihak polis jumpa mayat yg disyakki sebgai Izzah dan akhirnya konfirm izzah selepas ujian DNA.

dua tahun lebih Hariz kehilangan Izzah tapi dia tetap tak cari pengganti walaupun Mila, janda dia dok cuba ngorat dia balik and oso adik Mila, Elin turut menunjukkan minat pada Hariz tapi tak la seagressive si Mila tu. Mak Jah berkenankan Elin yg rapat dgn Armand dan hint2 la suruh Hariz kawin ngan Elin sbb Izzah pon dah lama meninggal dunia.

Setelah melihat gambar Suri yg ditunjukkan oleh Hazirah, cinta kembali berbunga di hati Hariz sbb rupa Suri memang sejibik sejibon muka Izzah cuma rambutnya pendek, dan agak kasar perilakunya (macam heroin citer korea stairway to heaven lah pulak, kan awek tu disangka mati selepas dilanggar kereta, tapi bertahun-tahun kemudian bertemu semula dgn hero dlm keadaan hilang ingatan dan mempunyai identiti lain, tapi takdir mereka bercinta so jatuh cinta jugak macam mana pon)

selepas dpt mencari Suri, pembaca akan keliru, betul ke ni Izzah ataupun memang Suri sbb keluarga suri bela suri sejak berusia 4 hari dan siap ditunjukkan gambar2 Izzah zaman kecik, remaja dan dewasa.

Lepas frust tak dapat kawin, Hariz bjaya memujuk keluarga suri membenarkan Suri bekerja sbg penjaga anaknya yg diambil dari Mila setelah berjanji tak akan kawin dengan Elin sekiranya dia dibenarkan menjaga Armand. Terlalu banyak ciri-ciri Izzah yg dimiliki oleh Suri menyebabkan Hariz makin yakin itulah Izzahnya. Dia ajak Suri kawin tapi Suri takmo selepas mendengar citer Syamil(bekas tunang suri) yg kononnya diculik sejurus sebelum majlis pernikahan dan percaya itu angkara Hariz.

memang misteri la identiti suri ni sebab suri ni tiada ingatan kisah hidupnya sebelum 3 tahun yg lalu.

Salleh, adik Hariz yg diberi kepercayaan menerajui Cemerlang Sufiah telah memperdaya Hariz dan kawin dgn Hazirah hingga berjaya mengumpul 41% jumlah share Sufiah holding, menidakkan Hariz sbg pemegang share utama.

banyak lagi la perkara2 menarik menyelubungi kisah Hariz-Izzah/Suri nih. Dalam nak menyingkap semula ingatan Suri pun macam2 yang berlaku.

Tapi saya macam tak convince sgt ttg keputusan DNA, adakah pakcik Taha dan Salleh berjaya menukar sample DNA mayat yang tak dikenali tu hingga menjadikan keputusan ujian forensik tu positif, sedangkan mayat itu bukan Izzah dan bukan juga Suri. *garu pala*

Happy ending tapi Izzah masih belum pulih sepenuhnya daya ingatannya dan memberi ruang yang baik utk sambungan bhg ke3. memuaskan hati, thumbs up to Fauziah Ashari.

sure fine whatever
Rinn

Terbitan Intens Media
Sinopsis belakang buku:

Rentetan Perkahwinan rahsia antara Izzah dan Hariz di Ombak Rindu dipanjangkan lagi di dalam 'Cinta....Tiada Akhirnya.

Kehidupan menjanjikan segalanya. Pahit, manis, suka dan duka. Satu perjalanan anugerah dari Maha Pencipta yang menjanjikan kematian dalam kembara kehidupan. Bagi kaki yang melangkah dan tangan yang menadah, terpulang pada insan itu sendiri mencorak hidupnya.

Inilah kisah.....CINTA .....TIADA AKHIRNYA, menyelami Izzah yang setia, hampir sempurna, menyajikan cinta pada suaminya, Hariz yang masih mencari diri dan cinta sejati.

Disulami detik cemas yang pasti mengocak minda, mendebar jiwa, CINTA....TIADA AKHIRNYA, akan menyerapi kehidupan setiap pembaca.

RM22.90
570 muka surat.

9 comments:

  1. YES!!! BETOL!! NOVEL NI MMG BEST! DIA ADA KESINAMBUNGAN LG. SKANG DH ADA BHG KE-3. LUM ABES BC, BR SPARUH...HE3 SBB NK SIAPKN ASGMNT...TP WALAUOUN BR SPAROH, SYOK! BEST! penulis pndi mskkn cerita2 dia dpd novel laen dia ke dlm novel bhg ke3 ni...bagus! keep it up!!

    ReplyDelete
  2. ha'ah.. last week baru saya beli kat kedai buku di puduraya.. tajuknya "Rindu Cintaku" baru jer start pagi ni.. tak sampai suku lagi pun.. buku ombak rindu dgn cinta.. tiada akhirnya memang best :) hopefully yg ni pun tak menghampakan.. tak sangka ombak rindu jadi trilogy.

    ReplyDelete
  3. best..saya bgi 5 star...byk sgt rintagn tuk diorang bhgia..bleh ngis tau baca novel rindu cntaku..

    ReplyDelete
  4. ada jual x buku ni lg? used pun xpa.. sya x baca lg.. selebihnya sya nak bt koleksi la...

    ReplyDelete
  5. izzattie, cuba jengah2 kat popular bookstore. Rasanya buku ni ada diterbitkan berkembar dgn Duri oleh Popular bookstore. Harga pun lebih murah sbb housebrand kan?

    ReplyDelete
  6. AP CERITA BAHAGIAN KE TIGA UH NA TAW GAK TJUK NYER PEW?

    ReplyDelete
  7. cerita aper y part yang ktiga uh nak taw gak ap smbungan nyer y ktiga uh?????tlong answer ea,ombak rindu y pertma ,kedua cinta yang tiada akhir nyer,n last ap tjuk nyer

    ReplyDelete
  8. Tajuk ketiga adalah Rindu Cintaku. Last part of ombak rindu. kalau nak baca review nya boleh click pada 'fauziah ashari' pada tags di atas.

    ReplyDelete