Tuesday, March 20, 2007

Nilai Cintamu

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Eka Fahara
Nilai Cintamu by Eka Fahara

i never read buku by Eka Fahara.. i dunno ni buku dia yang keberapa..
Masa mula2 dapat buku ni, i didn't expect much, sebab selalunya biler
dpt buku i will read dari mula sampai habis tak kira la citer dia
macam mana..


terus terang memang tak expect sangat la utk citer ni.. pada permulaan
olahan cerita agak slow menceritakan ttg nana dan hisyam yg saling
memendam perasaan.. hisyam cuma berani meluahkan perasaan sebelum
berangkat ke luar negara utk sambung pelajaran. nana berjanji akan
tunggu hisyam.


saya rasa citer titik permulaan citer ni makin best semasa hisyam di
perantauan dan start dari tula citer jadi interesting. hisyam sengaja
tak contact nana sepanjang dia berada di luar negara dgn alasan dia
tak nak distracted dari study sbb biler dengar suara nana jer dia dah
tak tentu arah. dia takut nanti kalau apa2 menimpa nana kang nanti dia
tinggalkan pelajaran dan terus balik ke malaysia. an interesting book to read.
nice ending. I LIKE!


sure fine whatever


sinopsis/blurb


Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
sinopsis belakang buku


Suatu ketika dahulu Nana merasakan, Hisyam adalah pasangan serasinya. Dianyam mimpi-mimpi indah untuk hidup bersama. Dibaja benih kasih agar subur segar meniti hari bahagia. Ketika kelopak cinta mekar mengharum, Hisyam pergi tanpa secebis berita. Saat itu segalanya mula berubah, perjalanan hidupnya mula dihimpit resah dan ketenangan jiwanya mula berkocak.


Membuka kembali cerita tentang Hisyam, umpama sengaja mengguris hati yang telah parah. Kemunculan Tasya sebagai adik tiri, menggugat segala kesabaran dan kesetiaan. Tanpa setitis hubungan darah antara dia dan Tasya, Nana terpaksa melakukan pengorbanan sebesar ini. Melepaskan sesuatu yang tak mungkin ada galang gantinya.


Akhirnya, Nana pasrah. Dia mula mengalah dan sedar diri. Lalu dia membuat kesimpulan sendiri, kasih Hisyam telah beralih arah. Hubungan cinta mereka cuma tinggal sejarah. Kalau nak dikata rebah, telah lama dia jatuh tersungkur. Pintu hatinya telah terkunci dan dia bangun dari kerebahan semalam. Hari ini walaupun dia masih mampu berdiri tapi dia hidup tanpa hati dan tanpa perasaan.


Biarlah... sesungguhnya apa yang terjadi adalah ketentuan TUHAN. Jika ada sinar kebahagiaan untuknya, dia akan menyambutnya dengan senyuman. Jika tidak... siapa dia untuk mempertikaikannya? Yang penting, kisah itu banyak mengajarnya erti sebenarnya cinta.


RM 16.00
448 muka surat

3 comments:

  1. dah ada in my own mini libry...fed-up betul dgn hisyam..ingat dia lelaki melayu terakhir ke apa???/ hahaha sekali nana merajuk....hmmm baru tau langit tu tinggi ke rendah.. fun reading...

    ReplyDelete
  2. Alasan hisyam nak concentrate belajar, and Nana tu distraction.. ala.. macam kesian kat nana kan.

    ReplyDelete
  3. tu lah.. nampak orang ada girlfren dia pun nak girlfren jugak...but then asyik ikut rasa sendiri aje...
    ingat nana tu ada talent mind-reading ke...?? hehehe

    ReplyDelete