Rating: | ★★★★ |
Category: | Books |
Genre: | Romance |
Author: | Anis Ayuni |
Manisnya Cinta by Anis Ayuni
ni buku kedua karya Anis Ayuni yg saya baca. menarik juga baca cara nazmi merahsiakan dirinya yg sebenar, ditonjol diri yang tak terurus, berpakaian serba kekurangan sbb dia seorang pemandu bas. Cinta Ifti dan Nazmi adalah cinta pandang pertama walaupun masa tu Ifti bersama-sama 3 anak2 yg dianggap seperti anak2nya sendiri hingga Nazmi salah sangka tetapi tetap menaruh hati terhadap Ifti.
Ifti dlm dilema jugak sbb tertarik kpd seorang driver bas, rakan2 sekerja juga meragui kemampuan Nazmi menerajui rumah tangga sekiranya mereka berkahwin. Hubungan mereka berterusan dan Cairo menjadi tempat mereka meluahkan perasaan. masing2 ada rasa cemburu tetapi Ifti tidak dapat menahan cemburu bila nampak nazmi berjalan sambil menolak stroller bersama seorang perempuan.. lalu percintaan mereka putus di tengah jalan...
Ifti ngan nazmi ni kalau bergurau sikit2 cubit, sikit2 cubit, cubit pipi la, lengan la, perut la, bahu la.. dlm citer lain pon ada cubit2 gak tapi rasanya dlm citer ni la paling banyak sekali.. rasanya kalau kumpul semua sekali mau dah lebam2 Nazmi ngan Ifti tu..
Sure fine whatever
Sinopsis Belakang buku:
apakah nilai sebuah cinta bagi seorang gadis berlesung pipit bernama Ifti Liyana?
Sejak bertahun-tahun, sayangnya pada Fredo tidak pernah melimpah. Nalurinya sentiasa menidakkan, benarkah mereka bercinta? Akhirnya, mereka kian jauh dan lelaki itu membawa haluan sendiri. Dia sendiri pasrah!
Namun, pandang pertamanya dengan Nazmi, memutikkan perasaan yang aneh. Lelaki itu yang sekejap ada dan hilang seperti menyeru-nyeru semangatnya. Dirinya ibarat mengejar bayang-bayang. Namun, keegoannya sering kali menepis kata hatinya. Tetapi bagaimana dengan rindu yang sarat ini?
Berbolak-balik rasa hatinya. Antara keinginan untuk menyayangi dengan rasa pesimis terhadap kejujuran seorang lelaki. Dalam benci ada rindu, dalam sayang dia jadi keliru, apakah Nazmi benar-benar setia pada yang satu?
Ah... sukarnya melafazkan kata maaf bila prasangka hampir meleburkan sebuah impian. Ifti Liyana akhirnya akur, cemburu buta dan hipokrit bukanlah sifat terpuji. Dia mengakui, Nazmi lelaki sejati yang diimpikan selama ini.
RM 17.00
480 muka surat
Sukanya dengan watak Nazmi (Jimmy nama manjanya). Watak yg slumber. Driver kapal terbang, tapi berlagak macam driver bas je... kelakar bila dia tak tahu enjin wolkswegen ada kat belah belakang. Dia sibuk pulak bukak but depan dan tercari2 enjin keta tu yg dah 'hilang'. Lawak siot!
ReplyDeleteKesian si Ifti. Dia tak tahu pun pakwe dia tu pilot... menjadi betul lakonan si Jimmy ni...
Jimmy wat smooth landing biler makwe naik kapai terbang yg dia bawak... cute ja
ReplyDelete