Rating: | ★★★★★ |
Category: | Books |
Genre: | Romance |
Author: | Anis Ayuni |
Gemersik Kalbu by Anis Ayuni
"Mengapa berpaut pada kenangan sedangkan impian boleh digapai"
buku ni antara yang first baca dulu, tapi tak review sbb masa tu tak create group ni or blog lagi.. masa weekend terasa nak baca semula and i was wondering kenapa i put this book dalam group ke2 "good". lepas abih baca baru la paham.. memang citer ni seronok dibaca.. buku Anis Ayuni i baru baca dua buah, this one and Manisnya cinta, rasanya citer Gemersik kalbu ni lagi best la..
"Guru yang sederhana memberitahu. guru yang baik menerangkan, guru yang lebih baik menunjukkan, guru yang paling hebat memberi inspirasi."
kisah cikgu Ana yang bercinta dan bertunang dgn cikgu wan yang kemudiannya mati lemas ketika menyelamatkan seorang budak. Ana tinggal seorang terkapai kapai kerana dia sendiri tidak rapat dengn keluarga kandungnya, ibunya bagai kekok bila bersama dengannya, dia banyak menumpang kasih dengan keluarga cikgu wan yang melayannya seperti anak sendiri. ketika melanjutkan pelajaran secara sambilan, Ana dan kak shikin menumpang di rumah Auntie Zarina, di situlah dia berkenalan dengan Sufian yg memberi first impression yg buruk kpd Ana. Sufian jatuh hati dengn Ana tapi ana sukar menerima orang lain kerana masih lagi ingatkan cikgu wan. Bila Ana nekad nak pindah rumah semester berikutnya kerana rimas dengan gangguan Sufian, Sufian memasang perangkap supaya Ana terpaksa mengahwininya.
Sepanjang menjadi isteri sufian, Ana dpt melihat kebaikan sufian dan dia terduga bila sufian sakit dan Ana terpaksa menjaganya di hospital. bila sufian dan sihat, ibunya pulak masuk hospital.. ana sabar melayan kerenah ibu kandungnya yg menyakitkan hati hingga menimbulkan kembali rasa kasih sayang ibunya terhadap dirinya.
Sufian mula mengatur strategi untuk menduga hati dan kasih Ana dan cuba mengalih cinta Ana dari orang yang telah tiada kpd dirinya yang terlalu menyintai Ana.. fun to read.
sure fine whatever
terbitan ALAF21 Sendirian Berhad
sinopsis belakang buku:
Raihana... pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .
Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!
Sufian... cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.
Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun
hatiku tidak serapuh salju
Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu. Di manakah titik pertemuan mereka?
RM 18.00
592 muka surat
Ni kisah cikgu gediks! Tak sepatutnya seorang guru yang menjadi contoh kepada murid2 berkelakuan seperti Ana dan Wan Ariffin. Menjatuhkan maruah guru! Sepatutnya diorang ni dah lama kena buang sekolah... Malu saya baca sikap diorang ni yang tak tahu halal haram. Apa, ingat kalau dah bertunang tu bebas buat apa saja ke? Walaupun bukan berzina, tapi diorang dah menghampiri zina. Kalau nak sangat buat citer yang romantik sebelum kahwin ni... tolong pastikan watak bukan cikgu/ustazah/ustaz atau yg sewaktu dengannya.
ReplyDeleteciter nie memang best coz klu dah baca banyak kali pun, kita akan rasa nak baca lagi novel nie...
ReplyDeleteha'ah saya pun suuuuka citer nih.. kadang2 tu biler tengok balik review2 yang dah buat, macam terfikir pulak.. naper ek aku suka buku ni sampai bagi byk bintang? then i'll cari buku tu dan baca semula.. dan memang tiada satu bintang pun yg gugur utk buku ini sbb i still love it!
ReplyDelete4ng4h >>. napa marah sangat... ni lah realiti kehidupan... ingat cikgu/ustazah/ustaz tu tak de yg 'gedik' ke??? selagi bernama manusia.. selagi itulah tiada yg sempurna..... yang elok jadikan tauladan..yg tak elok tu jadikan pengajaran....
ReplyDeletesaya sgt suka baca buku ni...actually inilah buku melayu pertama yg saya baca dan tak sangka pulak i hit the jack-pot....memang tak rugi sangat...tp i wonder why anis ayuni's other books tak berapa nak come on...too typical..
ReplyDeletesaya pun suka sangat citer ni :) kalau baca byk kali pun tak boring. hmm kita tengok lah nanti buah tangan terbaru puan anis ayuni :)
ReplyDeletedh beli dh....walau apa pun kena habiskn jugak lah...
ReplyDeletedh abis dh bc novel ne....mmg 1st impression bc novel ne mmg tfkir gak wtk cikgu gegik yg smcm je...tk kira watak pe pun,she still human...cikgu tu cuma krjaya die aje.intro mmg agak boreng skt..p dh msuk part sufian jln cerita jd mkin seronok.....p ending die agak cpt nk ttup buku lerrrr....buku ne ble dtebalkn lg...cite agak jumping2x...anyway...still nice story
ReplyDeletekiter suker jer citer ni :) baca bila2 pun rasa mcm best. hehe.
ReplyDeleteduduk dalam gua la...sekadar lakonan dan tiada kene mengena antara hidup dan mati...sekian....
ReplyDeleteduduk dalam gua la...inikan rekaan sematamata...jgn emo sgt..
ReplyDeleteany online buying untuk novel ini?
ReplyDeleteboleh beli online ke novel nie?
ReplyDeleteshandy boleh surf web karangkraf ada jual online novel ni. rasanya sekarang novel ni sudah di republish dgn banyak sekali :) tambah2 selepas novel ini di drama kan.
ReplyDelete