Rating: | ★★★ |
Category: | Books |
Genre: | Romance |
Author: | Aisya Sofea |
"masa dan berjauhan bukan halangan bila jodoh ditakdirkan"
Akhirnya! dapat jugak la baca buku pertama Aisya Sofea. Berturut-turut baca dua buku yang heronya nama FIKRI. Hasil karya pertama ni nampaknya awal2 dah dapat menarik hati pembaca novel yang minat citer jiwang-jiwang.
Kalau nak ikut inti cerita tak banyak, tepung dia banyak la, tapi sedap! :)
Secara ringkas cerita ni pasai Ika yang telah bertunang dengan Zahar atas kehendak keluarga. Ika tak suka dan cuba melengah-lengahkan tarikh perkahwinan. Then Ika ke UK untuk melawat keluarga ibu saudaranya, di sana dia jatuh cinta pandang pertama dengan Fikri. Cinta bersemi di luar negara. Ika kembali ke tanah air dan memutuskan pertunangan dengan Zahar. Dia disisih oleh keluarga sendiri, disindir, dimaki, diherdik, malah dipukul. Dia sabar. Dua tahun kemudian Fikri kembali dalam hidupnya dan cinta bersemi semula. Diorang kawin. fikri tak mau memaksa Ika menerimanya dengan terburu-buru manakala Ika beranggapan Fikri mengahwininya kerana kasihan.
sure fine whatever
Rinn
Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
Sinopsis Belakang buku:
Ika bertemu dengan Fikri ketika sedang membawa diri jauh di negara orang. Saat hati keliru diamuk resah, pertemuan tidak terduga dengan Fikri bagaikan satu mimpi indah.
"Aku mahu saja menangis kerana akhirnya membenarkan diri ini untuk menyayangi lelaki lain. Kasih sayang terhadap Fikri membuatkan tembok yang kubina selama ini roboh begitu saja..."
Bagai telah dijangka, hubungan singkat itu mendapat tentangan hebat daripada keluarga. Demi menjaga maruah, Ika terpaksa melupakan segalanya dan kembali ke alam nyata. Dia mesti membuang jauh-jauh lelaki yang pernah singgah di hatinya itu.
"Siapalah yang dapat melupakan tempat kasih bersemi? Sesungguhnya api cinta itu hangat membakar. Meski telah padam, namun baranya masih ada."
Tahun silih berganti. Bertahun berpisah dan tanpa terduga... takdir akhirnya mempertemukan mereka semula. Hubungan kasih kembali bertaut. Malangnya, hubungan murni itu sekali lagi mendapat rintangan.
Apakah kali ini mereka sanggup meredah ranjau dan duri semata-mata kerana cinta ini? Antara keluarga dan cinta... kenyataan ini sesungguhnya terlalu perit, terlalu pahit. Namun, dia terpaksa menghadapinya! Terpaksa...!
sinopsis di website Alaf 21
JAUH
Siapalah yang dapat melupakan tempat kasih bersemi? Sesungguhnya api cinta itu hangat membakar.
Meski telah padam, namun baranya masih ada. Masa dan kejauhan bukan halangan bila jodoh telah ditentukan.
Harga RM12.00
242 mukasurat
Bestkan cite dia. Seronok mase dorang kat UK tu. Cara Aisya sampaikan cite dia kat pembaca, seolah2 kita yang mengalami situasi tu sebab dia gunakan ganti nama 'aku' dalam setiap novel2 dia.
ReplyDeletesaya suka dgn sambungan kisah ini dalam "Buatmu Kekasih" :) saya suka sangat dgn watak ika yang lebih matang.
ReplyDelete