Thursday, March 22, 2007

Erti Rindu Ini

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Zara Juita
Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
Erti rindu ini by Zara Juita

"Apa yang pasti dirimu tetap kunanti selagi mentari mengintai hari"

kisah love at second chance yang menarik juga. Tapi cara penyampaian tak cukup untuk meruntun pembaca(sayala) utk sama2 merasai kesedihan watak Yana. memang tak menyangka Yana dirompak dan dirogol lalu pregnant dan membawa diri ke Amerika syarikat selama 10 tahun. even masa kematian Ikmal pon cara penyampai tidak cukup menyedihkan utk membuatkan saya rasa mcm nak nangis.. anyway jalan cerita memang mantap dan menarik. Watak Puan Sri Zulaikha yg tak merestui perkahwinan Faris-Yana agak menjengkelkan pada mulanya tapi semakin sejuk dan akhirnya gembira sbb Yana akhirnya mengandung anak Faris, tht's too easy.

byk scene yg sepatutnya boleh meruntun hati pembaca agar turut bersedih dan menangis contohnya:

- masa Razman menderita cancer dah rahsiakan dari Yana
- Yana sedih tak dpt berita dari Razman
- Yana bertembung dgn Razman dan wanita yg disangka tunang Razman
- Yana dirompak dan dirogol
- Razman menderita dan mati
- berita Yana mengandung
- keperitan hidup Yana di California
- penerimaan Puan Sri Zulaikha yg negatif
- kematian Ikmal

walau apa pun, watak Faris dan Yana memang mempunyai chemistry yang kuat dan kisah2 mereka memang ada yg jiwang la kalau baca :)

sure fine whatever
Rinn

terbitan alaf 21 sendirian berhad
Sinopsis belakang buku:

MENGAPA kau tinggalkan aku ketika cinta ini sedang mekar mengharum? Sedangkan kau tahu aku tidak bisa hidup tanpa kau di sisi. Jangan kata kau lupa saat-saat manis yang pernah kita lalui bersama. Kita pernah menabur kasih dan cinta di taman hati. Kupersembahkan segala yang aku ada untukmu. Apa lagi yang kau mahu sudah kuturutkan. Kerana cinta, kasih dan setiaku, kerana janji dan sumpah yang kau lafaz dulu, air mataku ber­linangan. Tapi kau pergi jua...

Yana mengharungi liku-liku hidup sendirian setelah Razman pergi menghadap ILAHI. Jiwanya nanar. Cinta yang terbina sejak di bangku sekolah tidak kesampaian. Luka dan sengsara di hati dirawat sendiri dalam kepayahan.

Kau kata, aku bagai lilin yang menerangi kegelapan duniamu. Kehadiranku umpama air di kali yang menyegarkan perasaanmu. Kau sedia berkorban untukku. Sedia merawat kelukaan hatiku. Ku dibuai cinta, kasih, sayang dan rindumu yang luhur sejati. Tersentak aku dari lamunan yang panjang. Mawar tanpa haruman tidak mungkin disunting buat penyeri syurga asmara. Di tangkai jua ia layu...

Cinta Fariz terlalu luhur untuk Yana. Bergetar jiwanya setiap kali berada di sisi jejaka itu. Namun, sudikah Fariz menerima dirinya seadanya? Apatah lagi keluarga Fariz terlalu me-menting­kan maruah dan prestij. Layakkah dia berganding dengan je­jaka yang berjaya menakluk hatinya itu?

RM 18.00
492 muka surat

2 comments:

  1. dah berkali2 baca pun masih nangis lagi......BEST GILER....my personal favourite!!!

    ReplyDelete
  2. penulis ni dah ada buku baru ker belum ye?

    ReplyDelete