Tuesday, March 20, 2007

Kisah Kasih

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Kreisya Reisya
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd.
Kisah Kasih by Kreisya Reisya


First buku yg pinjam dari kaksu. ekcili beli utk dia for birthday, peh tu pinjam baca pulak. bukan buruk siku kan? kan? kan? Buku ni dicadangkan oleh Yam and Amy. Thanks guys. i enjoy reading this one. citer tak berat, bahasa santai and interesting. tersenyum senyum la baca buku ni. jangan sekali kali baca last page sbb nanti korang akan confuse sapa sebenarnya yang dapat Farah tu.


kisah macam cinderella. paling kelakar biler Farah mengikut cadangan Syah E, sapa yang kahwin ngan dia kena bawak kasut dia yang tertanggal sebelah semasa lari dari satu majlis. pening mak ayah dia.


this one is in my A list.


sure fine whatever


sinopsis belakang buku


Puteri Farahdika, seorang gadis menawan telah berjaya memenangi hadiah utama pertandingan 'The Search Of Cinderella' yang berupa pakej penginapan mewah hotel lima bintang di Kuala Lumpur. Dalam pesta tari menari majlis itu, Farah telah terserempak dengan Radzi, bekas kekasihnya. Kerana panik dan marah, Farah lari hingga tercicir sebelah kasutnya.


Tidak lama kemudian, seorang ahli perniagaan, Naim telah melamar Farah. Gadis itu meletakkan syarat agar lelaki itu mencari sebelah lagi kasutnya sebelum lamarannya diterima. Syarat lamaran itu pelik dan menimbulkan kemarahan ibu Farah. Akhirnya Naim menarik diri.


Dalam pada itu, Syah E, seorang kenalan telah lama jatuh hati padanya. Dengan Syah E pun, Farah meletakkan syarat bahawa lelaki itu tidak boleh menghubunginya dalam tempoh setahun.


Setahun bukan sekejap. Dapatkah Syah E setia memendam rasa yang bergelora di jiwa? Apakah Farah dapat menanggung perasaan rindu yang tiba-tiba bertandang dihatinya?


Sesungguhnya syarat itu menyeksa kedua-duanya. Namun ia telah memercikkan api cinta.


RM 11.90
348 muka surat

4 comments:

  1. Hehehe...novel ni memang menghiburkan. Macam cite dongeng pon ade...hehehe

    ReplyDelete
  2. Citer ni memang ada kelainan dan memang boleh buat kita berangan bila membacanya. :) dah baca ker sambungannya? tajuk dia Indahnya Kasih.

    ReplyDelete
  3. hahaha...puteri ni betul2 lah nak jadi cinderella....hai...prince charming siap dtg dgn kuda putih lagi...
    nasib baik cuma suruh tunggu setahun...kalau kena macam sleeping beauty >>. 100 tahun, tak ke kes naya!!!
    citer yg tak 'memenatkan' minda...

    ReplyDelete
  4. sweet love story! jiwang jugak :)

    ReplyDelete