Rating: | ★★ |
Category: | Books |
Genre: | Romance |
Author: | Liza Mior Rasdi |
Demi Kasih... Demi Sayang by Liza Mior Rasdi
Demi kasih demi sayang… ntah kenapa tajuk ini yg dipilih oleh penulis,
adakah merujuk kepada ending cerita? Isu yang dibangkitkan dalam novel
ini berkaitan mengapa dan bagaimana seorang wanita bernama Indah Maya
boleh terjebak dalam kancah pelacuran.
Asalnya seorang gadis yg digilai jejaka2 kampungnya termasuk guru
sekolahnya yang masuk meminangnya sebaik saja tamat stpm. Ibunya mahu
menerima guru itu, terbuka rahsia yg dia sebenarnya anak angkat, anak
luar nikah tetapi dijaga baik oleh ibu angkatnya yg tak pernah luak
kasih sayangnya. Maya mahu dinikahkan segera supaya tak berulang
sejarah hitam ibu kandung Maya pada Maya.
Selepas selamat ditunangkan ibu angkatnya menghembuskan nafas yg
terakhir. Si gadis nekad utk memutuskan pertunangan, malang menimpa
diri bila insan yg diwasiatkan menjaganya meragut kehormatannya,
lantas dia nekad mengikut Naima ke kuala Lumpur, Naima rupanya
mengumpul gadis2 cantik utk dilacurkan. Maya terjerumus, dia menjadi
rebutan dan akhirnya dpt sugar daddy. Dia tinggal di banglo besar. Dia
masih dendam dengan Naima yg menghancurkan hidupnya, dia buat satu
party dan di akhir party itu naima terkulai kaku di pangkuannya.
Sugar daddy nya diburu kerana menggelapkan wang syarikat,
pertelingkahan berlaku dan terbuka rahsia bahawa lelaki itulah yang
menyebabkan ibunya mengandung dan sugar daddy nya itu juga sebenarnya
daddy dia. Maya lari. Menumpang seorang kawan akhirnya terpaksa
melacur lagi utk menyara diri. Ntah mcm mana dia terserempak dengan
salah seorang jejaka kampong pernah menggilai dia, orang yg sama
membuka rahsia bahawa dia anak luar nikah. Farid sudah insaf dan
berdikari, dia nekad mahu menjaga maya. Mereka hidup bersama tanpa
ikatan, Maya mahu dikahwini tapi sudah pasti ibu bapanya akan
menghalang kerana mereka bencikan ibu Maya yang hampir2 menjadikan
pertunangan mereka putus. Farid pergi utk memaklumkan kpd ibubapanya
yg dia akan menikahi maya malam itu juga, tapi dia kemalangan dan
meninggal dunia.
Maya yg sarat mengandung dihalau, hampir2 membunuh diri lalu
dipertemukan semula dengan anak kpd lelaki yang menodai dia semasa di
kampong. Orang yg sebenarnya dia cintai, sahabat baiknya.
Memang kisah berat la.. satu saja yang really surprised me in the end
AKU PIKIR JASMIN TU PEREMPUAN!! LELAKI RUPANYA ADUIH… masa nak ending baru tahu.. hehe..
Sure fine whatever
kisah yg berat dan menarik...cuma bodoh betul maya bila pergi semula ketempat pelacuran...tu yg tak paham
ReplyDelete