Showing posts with label thriller. Show all posts
Showing posts with label thriller. Show all posts

Friday, July 6, 2012

Sutera bidadari

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Mystery & Thrillers
Author:Ramlee Awang Murshid
Sutera bidadari
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Editor: Rubiah Aksah
terbitan Alaf 21
RM22.00
sabah/sarawak: Rm25.00
547 mukasurat


"Hanya nama-MU sentiasa terlafaz di hati nan kerdil ini"

mengujakan dan mendebarkan sambungan kelima kisah laksamana sunan ini. hijab sang pencinta dan cinta sufi yg kurang mnyengat membuat aku bertagak tagak nak sambung sutera bidadari. namun setelah setahun terperam, aku buka juga naskah ini dan hasilnya, memang best edisi kali ini.

pengembaraan yg panjang dlm edisi kali ini tidak membosankan malah pengalaman membaca 4 edisi sebelum ini menimbulkan nostalgia yg mengujakan. sang dewi dan saifullah memang misteri kemunculan yg menimbulkan tanda tanya besar. bila luna terserempak dgn sang dewi di inderapuri, memang aku dpt mengagak siapakah dia dn terus takdpt lepaskan buku ni hingga ke mukasurat terakhir. Saifullah pula mempunyai aura dan langkah yang sangat mirip kepada Saifudin namun dia adalah lelaki abad 21 yang hidup mewah dalam keadaan misteri.

Pencarian raja roman a.k.a taghut memang penuh cbaran namun pengakhiran pertemuan saifudin dgn raja roman itu sunggah tak disangka hingga aku mengalirkan air mata.

RAM bijak meletakkan ending yg membuat aku pun tak sabar nak terbang ke Inderapuri utk bertemu Ratna yg dirindui. Berapa banyak wanita ayu muncul dlm perjalanan perjuangan LaksMana sunan, namun Ratna Cinta Sang Ratu tetap kukuh di hati.

sure fine whatever
rinn

meRinnTis Blurb & sinopsis


SAIFUDIN - Muncul semula dari Tasik Hulu Melaka setelah enam purnama dalam pengawasan dan rawatan Hang Tuah. Pengembaraan pun bermula ke Negeri ATas Angin utk memburu Taghut durjana. Pelayaran telah mengundang banyak pancaroba. Namun, dia tetap berazam dan bertawakal memburu musuh yg telah banyak menyesatkan manusia.

RAJA ROMAN - Setelah Sang Petala berlepas diri, Taghut terkapai-kapai hilang kesaktian. Lebih mendukacitakan apabila dia kematian permaisurinya... Sutera. Namun, dia masih berazam utk menghapuskan Laksamana Sunan sehingga ke hujung nyawa.

MAKHLUK SUMPAHAN - Sang Dewi muncul akibat sumpahan Maharani Pulau Utara sebelum kerajaan itu runtuh suatu waktu dahulu. Sang Dewi menyeru nama Saifudin menerusi lontaran suara naluri. Sang Dewi kerap memerangkap Saifudin dalam alam tidak berdinding.

SAIFULLAH - Pada abad ke 21 ini, dia memburu sisa kejahatan yang berlanjutan dr tahun 1511. Abid Kamal dan Shahril turut menyertainya kerana Saifullah mirip Saifudin yang pernah hidup pada tahun 1511.

RAMLEE AWANG MURSHID - Sutera Bidadari bukan hanya mempamerkan aksi lasak yg menguja pembacaan malah turut memanipulasikan emosi kerana karya kali ini menggabungkan kedua-dua elemen yg tidak terungkai sehinggalah ke noktah terakhir.



Wednesday, August 17, 2011

Hati Bergetar Rindu

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Mystery & Thrillers
Author:Dhiya Zafira
Hati Bergetar Rindu
Penulis: Dhiya Zafira
Editor: Mazuen Yahaya
Terbitan Alaf 21 Sdn Bhd
RM21.00
Sabah/Sarawak: RM24.00
530 mukasurat


"Mengapa gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia sendiri lahir daripada sebuah kemesraan?"


Kalau anda kali pertama membeli dan membaca karya Dhiya Zafira, tentunya tak menyangka ianya novel romantis thriller kerana kulit buku ini tidak langsung menggambarkan sentuhan thriller dalam novel ini.


Awal-awal lagi kita sudah diperkenalkan kepada 'Angel' pembunuh bersiri. Dia adalah pemburu wanita-wanita cantik yang curang. Ari yg berada di tempat yang salah, di waktu yang tak kena, menyebabkan dia turut terseret sama dalam senarai buruan Angel. Kes ini juga membawa kita mengenali Sid yang bertanggungjawab untuk kes Angel. Ari yang ditemui dalam keadaan separuh mati membawa kita menyusuri kisah silam yang terselindung antara Sid dan Ari. Kisah Angel, Sid dan Ari diceritakan secara bersulam dalam teknik 'flashback' yang disusun kemas. Bukan senang nak menceritakan 'past' dan 'present' secara 'back to back' seperti ini tanpa mengelirukan pembaca. Terima kasih kepada penulis dan editor kerana sangat teliti dalam menyusun kronologi kisah ini dan membuat aku tidak pening malah merasa untuk terus membaca hingga helaian terakhir :)


Kisah silam Sid-Ari yang disulam dengan aktiviti-aktiviti Angel yang mendebarkan membuat pembacaan menjadi rancak dan lancar. Rasa tak sabar nak menyingkap rahsia pertelingkahan Sid dan Ari. Segalanya didedahkan sedikit demi sedikit seperti mengumpan kita untuk terus menyelak setiap helaian novel ini dengan penuh rasa ingin tahu. Aku faham apa yang Fauzan rasa bila Sid tu asyik buat cerita tergantung saja. Memang rasa nak sekeh kepala Sid :) kenapa la Fauzan tak tolong kita sekeh Sid sedas.


Selepas Angel tertangkap, terasa rentak cerita ini jadi tidak meriah dan jalan cerita jadi biasa-biasa, mungkin kerana dah selalu jugak baca novel yg ada kisah watak-watak utama dibawa ke Tanah Suci menunaikan umrah. Kemunculan semula copycat Angel setelah Ari dan Sid kembali dari mengerjakan ibadah umrah menghidupkan semula suasana bertenaga kisah ini. Bab-bab terakhir memang mendebarkan dan happy ending di penghujung ceritakan merupakan hadiah yang paling manis buat pembaca yang penat-penat tumpang panik.


Kalau nak banding kisah 'Hati Bergetar Rindu' dengan 'Jauh Kau Pergi', aku lebih suka JKP. JKP telah meletakkan penanda aras yang agak tinggi buat Dhiya Zafira.

Reunion watak-watak hero & heroin dari novel-novel Dhiya Zafira yang lalu kelihatan meriah :) Scene Jimmy tengok mms anak-anak buahnya yang dihantar oleh Afi kelihatan tidak ada kena mengena dengan kisah dalam Hati Bergetar Rindu. Bagi yang tidak mengikuti kisah mereka dalam 'Jauh Kau Pergi' mungkin akan berasa keliru mengapa scene itu menumpu kepada mereka 'out of the blue'. Apa-apa pun memang tak sabar nak baca kisah Jimmy :)


sure fine whatever
Rinn


blurb/novelcinta @ multiply/sinopsis belakang buku:


Hidup ini adalah rangkaian perjuangan demi perjuangan. Maka, jangan ada yang menyerah, berputus asa dan menganggap perjuangan hidup adalah satu yg sia-sia. Tetaplah tegar meskipun yg lain berguguran. Tetaplah tersenyum walau perjuangan ini terasa pahit dan berliku. Sesungguhnya, DIA tidak akan mensia-siakan usaha kita.


Ari ~ Bersamamu aku memahami makna bahagia, tetapi mengenalimu juga membawa aku ke lembah derita. Dalam dunia ini, tiada insan yg mahu dikhianati. Lebih-lebih lagi daripada orang yg paling dipercayai dan disayangi.


Sid ~ Segala jerih yang kita lalui, semoga ada senyum pada esok hari. Percayalah... kita semua hanya mahu bahagia. Percayalah... kebenaran hanya mampu dilihat oleh mata hati, dan Ari... yakinlah ALLAH sudah memilih yg terbaik buat kita.


Ini kisah mereka yg mencari kebahagiaan. Kisah mereka yg terbeban dengan dosa silam. Kisah mereka yg mencari keampunan. Kisah mereka yg mahu mencari jalan pulang. Kisah mereka yg harus mengerti dan memahami apa makna sebuah perjuangan.


Tuesday, February 1, 2011

Seikat Kembang Merah

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Imaen
Seikat Kembang Merah
Penulis: Imaen
Editor: Noor Suraya binti Adnan Sallehudin
cetakan pertama jun 2010
RM20.00
sabah/sarawak: RM23.00
9789675118418
495 mukasurat


"Cinta itu resah gelisah bercampur rindu kelesah dan renyah bercampur mahu"


Tetiba jer aku rasa mcm ada persefahaman yg ketara antara Imaen dan Bahrudin Bekri sejak buku pertama diorang ni. Buku Imaen aku baca semua tapi buku che Din, tak terkejar aku nak baca semua. Produktif sungguh! Tapi aku akan cari masa dan buku2 tu utk dibaca insyallah :) Penulis2 ini menyampaikan kisah cinta thriller yang terselit mesej2 teguran dan kadang2 terasa sinis mematuk hidung walaupun kita tersenyum atau tergelak. Gaya Imaen lebih serius (walaupun ada komedi) berbanding Che Din yang menceritakan kisah2nya dalam irama komedi sepenuhnya. Apa2pun karya kedua-dua penulis ini sentiasa membuat otak kita berfikir. Bukan cerita kosong semata-mata.


Imaen bercerita tentang Gary dalam kisah ini. Seorg jejaka yg memilih jalan hidup yg kelabu, gelap utk menyara hidupnya. Pekerjaannya telah membuat dia tersingkir dari keluarga. Di kelab malam dia bertemu Nina yg jatuh cinta padanya. Bagi Nina, Gary adalah sebutir permata dalam kumbahan. Lelaki yg cocok utk dirinya. Macam susah pulak nak percaya, seorg lelaki yg minum2 sampai mabuk2 langsung tak pernah terlanjur dgn Nina yg memang gilakannya. Tapi Nina tu memang pura2 jual mahal kerana mahu Gary menganggapnya seorg yg menjaga maruah diri.


Gary jatuh cinta pandang pertama pd Tahani, gadis bertudung labuh yang manis. Gary tahu serta merta, itulah bakal isterinya. Macam2 cara dia cuba ngorat Tahani tpi tak berjaya. Dia siap jumpa bomoh utk tundukkan Tahani tapi sebaliknya yg berlaku, dia yg bertambah2 gilakan Tahani. Dgn bantuan rakan2 penjenayah dia merancang satu rompakan di farmasi tempat Tahani bekerja dan berlagak hero menyelamatkan maruah Tahani. Rancangan itu menjadi kerana Tahani sudah mahu berbaik2 dan bersembang2 dgnnya. Gary jugak merapati ayah Tahani, sorang ustaz.


Gary cuba meninggalkan dunia penyeludupan tetapi mendpt halangan. Ketika Tahani sudah membuka hatinya buat Gary, Nina muncul membuka cerita gelap Gary kepada Tahani. Gary terus kena reject 100%. Dendam telah membuat Tahani menjadi mangsa lagi tapi masa kejadian tu Tahani tu pulak macam rilek jer sampai tension Datuk Kazar tu nak gertak Tahani. Tahani ingat tu lakonan Gary and the gang lagi. hehe.


Di hujung2 cerita aku terasa keseluruhan cerita akhirnya menumpu kepada Nina. Semua ini berlaku adalah utk membentuk Nina yang lebih baik.


Cerita ni jadi amat menarik selepas Gary berjaya 'melarikan diri' dari berkahwin paksa dgn Nina. Memang tak sabar2 nak abiskan tambah2 pula rentak cerita menjadi 'fast phase' sehinggalah ke akhir cerita :)


sure fine whatever
rinn


sinopsis/alongside@multiply/blurb:


Lalu siapakah harus dipilih kalau di sana cantik di sini menawan?


Ketika aku melangkah keluar, ada yg tertinggal di sini; angan-angan, harapan dan seluruh hati. Sbg gantinya aku membawa bersama wajahnya, dan rindu padanya - Nur Tahani gadis bertudung labuh.


Aku memang telah jatuh cinta pada dia. 'Bidadari' versi dunia atau akhirat seperti dia hanya layak digandingkan dgn org beriman.


Bagaimana mungkin perempuan cantik, berprofil tinggi dan terlahirr dlm gedung Gucci spt Nina mahukan aku? Dia hanya layak bersanding dgn lelaki kategori 'arresviste-hooray henry'. Sedangkan aku hanya lelaki terbuang. Kelas kambing! Paria! Dalit!


Benarkah, kalaulah cantik itu pintu kpd cinta, setiap lelaki kena bertapa dalam gua dan jalan pejam mata?


Lalu aku melambung dadu terakhir. Kalau aku kalah sekalipun, aku sudah tiada apa2 lagi utk rugi. Sama ada aku lambung atau tidak dadu itu, aku tetap merana; merindukannya separuh mati dan mencintainya seumur hidup.


Terimalah seikat kembang merah daripada IMAEN; yang tetap menulis novel action-romantic, tetapi kali ini nadanya berbeza.

Monday, November 1, 2010

Jauh Kau Pergi

Rating:★★★★★
Category:Books
Genre: Mystery & Thrillers
Author:Dhiya Zafira
Jauh Kau Pergi
Penulis: Dhiya Zafira
Terbitan Alaf 21 Sdn. bhd
Cetakan pertama 2010
RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90
isbn: 9789831245699
528 mukasurat


"Daerah paling sepi di dunia adalah hati tanpa cinta"


Aku rasa ni antara buku yg ramai pembaca yg ada blog suka baca sebab sangat mudah mencari review novel ni di internet dan kesemuanya adalah review yg sangat positif. Bagi aku Dhiya Zafira sudah berjaya meletakkan namanya di kelas yg tersendiri dalam penulisan novel action thriller.


Dhiya Zafira meneruskan kecemerlangannya dlm melagukan cerita melayu berentak romantis-thriller. Memang menyediakan perisa berbeza dalam penghasilan novel melayu Malaysia. Dalam timbunan cerita2 cinta yg mendayu-dayu, Jauh Kau Pergi memberi denyutan berbeza kepada pembaca. Kadang2 kalau cerita cinta semendang pun buat kita bosan juga, sekali sekala terselit cerita sebegini, memang membangkitkan mood utk membaca.


Hero yg diangkat dalam novel ini adalah seorg askar komando. Seperti melengkapkan pulak koleksi hero melayu beruniform di laut, udara dan darat :p Kalau Jemari Seni ada Mazni Darwisya's Amru si mat selam, KarnaDya pulak ada Aina Emir's Arash si wira angkasa dan terbaru Alaf's Dhiya Zafira mengangkat Rif, si mat teyrap sbg hero;) Bagi aku ketiga-tiga hero beruniform ini mempunyai perwatakan yg menarik dan terserlah aura 'heroism'nya.


Di sebalik perwatakan macho, Rif sebenarnya adalah seorg lelaki yg sensitif dan penuh emosi. Afi menjadi buruan setelah kematian abgnya, seorg komando yg menjalankan operasi sulit. Rif dan kawan2nya cuba menghulurkan bantuan sebaik mungkin utk Afi yg sebatang kara gara2 dibuang keluarga sejak ayahnya berkahwin dgn ibunya, seorg omputeh. Mulanya aku heran naper Rif spent too much time dgn Afi sedangkan dia ada tugas rasmi yg tersendiri, rupa2nya Afi tu adalah sebahagian dari tugasnya. Bagi yg pernah baca karya Dhiya Zafira, watak yg disangka mati tapi masih hidup bukanlah sesuatu yg baru kerana beliau pernah menggunakannya dalam novel sebelum ini. Ini mengurangkan sedikit elemen kejutan semasa membaca kisah ini.


Cerita yg penuh aksi ini terasa tidak susah utk membayangkan aksi lasaknya mungkin kerana aku selalu jugak tengok cerita2 action packed dan penulis menggunakan bait2 kata yg terbaik utk membayangkannya dgn mudah kepada pembaca.


Kenapa ya Jimmy meninggalkan klue kepada AFi utk disampaikan kepada Rif? Itu sudah terang-terangan akan meletakkan Afi dalam bahaya. Nasib baik nenek diorang tak kena pulak sebab dialah org pertama yg memegang amanat Jimmy. hmm ni kena tanya penulisnya nih. Dgn kepakaran Jimmy dan Rif, mereka tentu boleh mengelakkan Afi dari terlibat dalam semua ni. TApi kalau tak disebabkan semua tu, tak merasa la Afi lari turun bangunan dgn menggunakan tali atau shopping baju baru dlm keadaan memakai seluar bercetak gambar popeye. hehe...


sure fine whatever
rinn





blurb/sinopsis belakang buku:


Aku tidak pernah memilih dia sbg pelindungku. Aku tidak pernah menganyam impian utk hidup bersamanya. Kasih terhadapnya tidak pernah lebih daripada yg sepatutnya. Sesungguhnya, dia tidak pernah ada dalam perancangan masa depanku. Dia hanya seorg sahabat.


Namun, sesuatu berlaku menyebabkan haluan kami bertemu. Tiba-tiba aku memilih dia. Aku mula mengait benang rindu buatnya. Aku kasihkan dia lebih daripada segalanya. Tetapi dia ternyata bukan utk ku. Aku bukan pilihan dia! Menyerah kepada takdir bukannya bererti menyerah kalah kerana manusia ditakdirkan utk menang, bukan?


Rif - Muliakah hubungan yg dipenuhi pendustaan? Sucikah cinta yg tercemar keraguan? Untuk dia... aku sanggup hadapi semuanya. Kerana dia, aku rela mempertaruhkan nyawa. Hanya utk dia... aku redha. Ada apa dengan dia yg menjadikan semuanya serba tidak kena?


Afi - aku tidak mampu bersaing dgn masa silam utk terus melangkah ke hadapan. Betapa Jauh Kau Pergi, namun aku tetap setia menanti...


Monday, May 10, 2010

Cinta Edisi Terhad

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Lynn Dayana
Cinta Edisi Terhad
Penulis : Lynn Dayana
RM19.90
sabah/sarawak: RM22.90
cetakan pertama 2010
Alaf 21 Sdn. Bhd
489 mukasurat


"Cintamu membawaku ke langit biru..."


Permulaan cerita sudah membuat kita terasa aura 'thriller' yg bakal menyelubungi kisah ini. Walaupun menjadi mangsa runtuhan bangunan, ketiga-tiga watak utama cerita ini panjang umur, dan itulah menjadi titik permulaan perubahan besar dalam hidup mereka. Tanpa mereka sedari ada insan keempat yg turut menghayati luahan rasa mereka ketika menunggu bantuan tiba. Insan keempat yg bakal membela nasib yg mereka walaupun ada nyawa yg bakal dikorbankan... jeng jeng jeng...


Lynn Dayana kelihatan seperti semakin selesa dan serasi menyulamkan kisah cinta dan thriller dalam satu novel. Pengisahan thriller-misterinya membuat kita ingin tahu apa yg tersembunyi di sebalik kisah ini dan kisah cintanya juga mencuit perasaan.


Tentula aku paling suka kisah Zira Maya & Qairil. :) Zira Maya seorg anak angkat yg dahagakan kasih ibu. Ibu angkatnya tidak pernah menganggapnya sebagai anak. Hanya ayh angkatnya yg memberi kasih sayang tanpa berbelah bagi dan meninggalkan harta kekayaan kpdnya. Dia membesar menjadi seorg wanita berkerjaya yg kelihatan sombong dan bongkak (dan bos yg garang). Ibu angkat dia tu cuma gunakan Zira Maya utk bermegah2 dgn kawan2 kerana Zira Maya seorg gadis yg sgt cantik. Tapi Zira Maya tetap rasa terdera.


Pertemuan dgn Qairil (selepas kejadian bangunan runtuh) membuat hidupnya terganggu. Qairil seperti dpt mengesan the soft side of Zira Maya yg terkenal dengan sikap wanita besinya. Kehadiran watak Elisha sedikit membunuh kegembiraan aku terhadap perkembangan hubungan Zira Maya & Qairil. Dah la family Qairil pun dah suka kat Zira tu... Apada Qairil tu dah ada makwe, still nak ngorat Zira. Tapi makwe dia tu ntahapa-hapa jer perangai. Patut ar Qairil ushar org len.


ha ada sapa2 yg akan panjat gunung Kinabalu dlm masa terdekat ni? elok la baca buku ni utk panduan apa preparation nyer :)


Kisah Haida dan Fariz adalah lebih misteri. Setelah sekian lama bertunang, Haida dihantui dosa lalu. Fariz cuba memahami tetapi Haida semakin menjauhi. Walaupun si petualang sudah tiada namun rasa bersalah tetap menghantui dan membuat dia merasa menjauhi Fariz adalah lebih baik kerana dia merasakan dirinya tidak layak utk lelaki seperti Fariz. Aku tekejut juga bila tau siapa Dahlia tu sebenarnya. Memang unexpected!


Paling geram baca kisah Julia Hana yg menjadi mangsa suami curang. Julia adalah isteri yg baik dan disenangi ibu mertuanya. Tapi Hairul sudah hanyut dlm cinta nafsu. Julia terdera. Sedih giler biler dia tak sempat gi tengok mak dia yg meninggal dunia tu dan Hairul tu buleh tak nak amik tau langsung. Memang sangat puas hati dengan nasib Hairul akhirnya. Bila tau ex bini dia pandai buat duit, sibuk pulak nak tuntut hak. hishhhh memang badigol.


Orang keempat yg menjadi misteri dlm citer siapa? dan siapa yg dia buru? kena la baca sendiri ;)


sure fine whatever


sinopsis/blurb:


Di bawah timbunan batu-bata, mereka memulakan bicara. Kisah hati yg sepi, hidup yg malang dan cinta yg tidak kesampaian. Mereka sama-sama bermimpi mahu mencapai bintang, namun mereka sedar kaki terantai ke bumi.


Bagi Haida Fatma, pertemuan itu mengujakan dan dia mahu mengubah kehidupan. Masa silam yg hitam mahu dibersihkan buat bekalan masa hadapan yg lebih sempurna.


Pada Julia Hana pula, terperangkap di bawah runtuhan bangunan menyedarkan dirinya yg si suami sudah hilang rasa cinta. Jadi dia harus membebaskan diri daripada terus terbelenggu!


Rasa kasih, sayang, malah setitis cinta... sudah lama tidak singgah di hati Zira Maya. Yang ada cuma kekosongan. Dia lupa makna bahagia. Dia alpa dgn materialistik dunia. Dihampiri Malaika maut, dia berasa kerdil dan terpinggir.


Tragedi bangunan runtuh itu menemukan mereka bertiga. Perjalanan hidup yg sepi kini seakan terisi. Namun, adakalanya menyayangi amat sukar dilakukan apabila batas diri terus menghantui. Bahagia itu milik mereka yg berusaha.


Mampukah mereka meraih cinta yg terhad haknya?

Sunday, February 7, 2010

9 Nyawa

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ramlee Awang Murshid
9 Nyawa
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Terbitan: Alaf 21 Sdn. Bhd
Cetakan pertama 2010
isbn: 9789831244876
RM19.90
sabah/sarawak: RM22.90
517 muka surat


"Mata hati tidak pernah berdusta"


lagi thriller yg menarik dari Ramlee Awang Murshid. Aku tertarik dgn tajuk dan juga cover novel ini yg tajam menikam.


Kebolehan Hakim (yg hilang deria penglihatan) sedikit mengingatkan aku kepada cerita the Ghost Whisperer, tapi dlm citer tu org yg dah mati, tapi dalam kisah ini Hakim boleh mendengar desahan suara2 roh yg jasadnya dlm keadaan koma. Kalau diorang dah mati, suara2 diorang tidak kedengaran lagi di alam paranormal itu.


Khairil yg disangka watak tempelan saja dalam cerita ini rupa2nya berperanan besar di sepanjang cerita. Memang bagus cara watak ini disulam dalam cerita tanpa menimbulkan syak apa2. Bagaimanapun bila baca novel RAM so kiter akan cuba meneka yg tak disangka dan aku dah mengagak perkaitan Carl dan Khairil and he is no good walaupun kemunculan dia sangat2 charming sehingga Pn. Azizah yg sangat berhati-hati pada awalnya pun boleh tertipu jugak.


Kisah Intan Suryani dan Hakim yg diceritakan secara berasingan di awal cerita akhirnya menyulam menjadi satu di penghujung cerita membawa pembongkaran misteri yg disangka sudah lama tertanam tanpa kesan.


Intan Suryani melungsuri masa silam yg mendedahkan segala-galanya, namun sempatkah dia terjaga dan membetulkan segala-galanya? Mungkin Hakim dapat membantu.





sinopsis/blurb:

INTAN SURYANI


Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula... menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mempunyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah 'nyawa' yg diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya... ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri terbujur kaku.


--------
HAKIM


Sibuta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dgn penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN... mata hatinya lebih 'celik'. Dia bisa mendengar suara mereka yg berada di sempadan, antara hidup dan mati.


Mereka berdua bertemu jua... di alam paranormal. Pertemuan itu merungkaikan sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yg tidak disangka-sangka terungkai. Dan satu persoalan lain pula muncul - mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal?


Wednesday, January 20, 2010

Rahsia Agenda Alam Hitam II: Vamprha

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Mystery & Thrillers
Author:Zehann ur Rakhie
Rahsia Agenda Alam Hitam II: Vamprha
Penulis: Zehann ur Rakhie
Cetakan Pertama: 2008
isbn: 9789675106354
595 mukasurat
Terbitan Pekan Ilmu Publications


Kalau dalam part 1 dulu kita menunggu saat kelahiran Massurya yg dari keturunan
Alam Hitam tetapi beliaulah yg diramal bakal menjadi pemusnah kuasa besar itu.
SEbelum baca buku ni make sure korang baca 1st part dulu. Memang best.


Dalam sambungan ni, first part tu terasa mcm baca buku translate lah sbb banyak
menyebut nama tempat dan nama watak2 inggeris.


kisah ini membawa kita mengikuti Pengembaraan Massurya ke Eropah dan Tanah
India, demi menjejak dan menghapuskan kuasa alam hitam. Jenis pengembaraan yg
putting together missing pieces, penuh dengan halangan yg melangkau imaginasi.


satu2nya part sayu adalah cerita Rappu tentang Kiram dan rusanya. huhu... nangis
beb.


Part lakonan yang menjadi pembunuhan betul tu mengingatkan aku pada cerita
"Interview With The Vampire". Lepas scene tu aku terus tak tengok citer tu
sampai habis, sebab memang ngeri dan geli.


Bagi yg meminati kisah2 mistik dan fantasi tentu tak susah nak menggambarkan
pengembaraan klasik ini. Terasa macam menonton wayang pun ada jugak.


sure fine whatever
rinn



sinopsis/blurb:


Pencarian Massurya Syah telah membawa dirinya mengembara ke benua-benua asing.
Dia mengharungi peristiwa-peristiwa aneh dan berhadapan dengan ancaman yang tak
putus. Kembara telah melangkaui sempadan antara realiti dan alam tersembunyi.


Wahai saudaraku ketahuilah, pemegang rahsia ke7 itu tertakluk pada prilaku.
apabila kuasa dan ilmu menyatu, hanya iman jadi penentu, antara Dia dan aku,
antara Khalik dan dewa palsu. Empunya diri akan mengenal urusannya akan yg hak
pulang ke asal bagai roh kembali ke Sang Penciptanya.


"Kesamaran yg paling nyata adalah pandangan ke permukaan semata. Kita tidak akan
mengetahuinya secara pasti sehingga kita terjun ke dalamnya danmenyelam ke dasar
lubuk" - Massurya Syah

Street Vendetta

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Mazni Aznita
Street Vendetta
Penulis : Mazni Aznita (Anita Aruszi)
Penerbit: Buku Prima
Cetakan Pertama: 2009
isbn: 9789675234538
RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90
631 mukasurat


"Cinta harus dikejar atau akan hilang di gugus-gugus waktu.
Love is always a beautiful thing in hour hearts. Sweet and sour!"


Saya ada la baca lebih kurang 4 buah buku dah dari karya penulis ini. Ini lah
kali pertama rasanya cerita cinta thriller penulis ini berbaur dengan elemen2
komedi yg mencuit hati. Sebelum ini karya2nya lebih bernada serius. Suntikan
elemen komedi tu ternyata berjaya menceriakan lagi kisah ini.


Heroin citer ni, Bella, bukanlah stereotype gadis2 yg sentiasa diangkat sebagai
heroin novel. Dia adalah gadis biasa tapi suka bergaya. Biar papa asal bergaya.
Sanggup berhutang asalkan gengsi terjaga. Pertemuannya dgn Kojie tercetus semasa
Kojie ditugaskan menarik kereta Bella yg dah berbulan tak dibayar. Nekad betul
Bella tu mempertahankan keta dia sampai bawak lari gi Cherating. Terbawak lari
sekali ngan Kojie pulak tu. haha.. memang lawak citer ni.


Tujuan asal ke Cherating adalah utk mengejar cinta lama. Kojie yg sudah mula
terpaut dgn Bella kreko tu frust la. Lagi satu yg lawak tu part, nenek yg
tumpang keta diorang tu... huhu... serem la nenek tu. Ingat ker dia melarang
Bella mengaji sbb 'panas' dgn ayat2 suci yg dibaca Bella. Tapi rupa2nya Bella tu
ngaji tak betul, makhraj, idgham semua tak kena. haha...


Cerita sebenar bermula apabila Bella dan Kojie terpisah. Bella mula menyedari
perasaannya namun dia terkejut apabila bertemu dgn Kojie versi smart bergaya dgn
pakaian pejabat. Kojie ke tu? atau orang lain? Kenapa Kojie tak kenal dia?
Kenapa orang panggil dia Fakruzi? Tiba2 saja dia diberitahu Kojie telah
meninggal dunia dlm sebuah kemalangan ngeri. Bella tak penah menyangka
kehadirannya bakal membongkar rahsia yang paling besar dalam keluarga Dato'
Abdullah, pemilik Trans-Corporation, bapa Fakruzi.


sure fine whatever
Rinn




sinopsis/blurb:


Mungkin inilah takdir aku! Sampai bila-bila pun aku takkan berjaya memperolehi
cinta yg aku harap-harapkan, bisik Kojie sambil menarik nafas panjang. - Kojie


Lidah Anabela serta-merta kelu seribu bahasa. Tatapan mata Fakruzi membuatkan
dia berada dlm keadaan serba salah dan bingung. This is totally a mess, Bella.
Takkan dalam sekelip mata Fakruzi boleh menyukainya! - Anabella


"Maafkan aku Kojie kerana hanya baru sekarang, aku cuba utk mengenali siapa kau
sebenarnya. Baru sekarang aku cuba untuk menggali semula wajah yg hilang dari
ingatanku."-Anabella


Tidak! Dia mungkin hilang dirinya, tapi dia tidak boleh kehilangan Annabela.
Meskipun dia tidak ingat siapa Anabella sebelumnya, dia tidak ingat tentang
pengalaman yg ditempuhinya bersama Anabela ke Cherating seperti yg diceritakan
gadis itu padanya dulu namun ada sesuatu yang dia benar2 pasti. Sesuatu yg
memberi kekuatan dlm dirinya. dia pasti - Fakruzi.


"Itu sajakah yg kau nak ckp pada aku? Setelah selama ini kau permainkan aku mcm
org bodoh. Kau tahu aku merindui kau, tapi kau hanya berpeluk tubuh. Kau biarkan
aku tertanya-tanya dan macam org gila memikirkan siapa kau dan siapa Fakruzi." -
anabella.


-------
Saya bermula dgn novel bergenre percintaan dan misteri. Dan entah sejak bila
saya mula menulis tentang genre yg sedikit berbeza. Jika ditanya di mana
permulaannya, saya sendiri tidak tahu menjawabnya. Jika ditanya apa yg
membuahkan idea? Maka jawapannya adalah anda yg telah membaca blog dan karya2
terdahulu saya. Di situlah kekuatan dan keazaman saya bermula dan tercetusnya
ilham utk Street Vendetta. Kisah Bella dan Kojie digarap dgn watak2 mereka yg
berada dekat dlm kehidupan saya sendiri dan mungkin juga kehidupan anda!
~Mazni Aznita~

Sunday, August 16, 2009

Sigaraning

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Imaen
Sigaraning
Penulis: Imaen
Terbitan Jemari Seni
Cetakan Pertama 2009
isbn: 9789675118135
RM20.00
Sabah Sarawak: 23.00
478 mukasurat


Cerita ini memang penuh dengan falsafah rasa yg mahu penulis kongsi dengan kita. Banyak teguran utk kita yg Imaen ketengahkan dalam novel ini. Ada yg membuat kita tersenyum sinis dan ada juga yg membuat kita rasa terpukul.


Dalam menyampaikan falsafah rasanya, Imaen menggunakan peristiwa Ali menjumpai wang 2 juta utk 'memegang' rasa curious pembaca bagi meneruskan membaca novel ini hingga ke muka surat terakhir.


Cerita mula2 yg masa Ali jumpa wang 2juta di Tanjung Malim tu membuat saya terimbas kembali kepada scene Suhaimi di tmn bunga bersama camcordernya dlm 'Bohemian'. Perasaan yg sama menyimbah ketika membaca scene itu, di mana bermulanya hidup Ali dan Suhaimi menjadi pelarian daripada gengster.


Ali Imran kelihatan seperti tak der la resah sangat dengan duit 2juta dlm simpanannya. Dia lebih resahkan sikap orang melayu sekarang, MusliMartnya, Salina dan Evey. So most of the time aku jadi mcm tak teringat dah kat 2juta yg dia jumpa tu.


Orang jahat dlm cerita ni digambarkan seperti mafia italia... tapi biler aku baca, aku rasa macam set2 villain citer tamil atau citer hindustan. Diorang dlm citer Sigarning ni ada kalanya menakutkan dan ada kalanya membuat kita rasa nak tergelak.


Kan kalau tengok citer tamil/hindustan villains yg jenis ada falsafah yg dia suka sebut berulang-ulang atau pergerakan tangan/badan yg menjadi trademark mereka (bak kata imaen, 'sek sek bom bom' versi orang jahat - haha aku suka la frasa tu.) atau mungkin aku rasa diorang mcm villain citer tamil/hindustan sb aku lebih banyak tengok citer2 tu daripada citer mafia Italy hehhe.. errr citer The Godfather aku tak penah tengok langsung! Errr naper ke Godfather plak peginya? Aku banyak dengar mengenai cerita ini dari filem "You've Got Mail" kalau tak silap The Godfather tu pasai mafia2 lah kan? *garu pala *


Aku rasa cerita thriller dan org jahat cerita ni lebih menarik daripada 'percintaan' antara Ali dan Evey.


Apa korang nak buat kalau gengster tu mai mintak balik duit 2juta tu tapi korang dah dermakan semuanya sekali? How do you get out of that? haaa baca la buku ni kalau nak tau apa tindakan Ali Imran tu.


Salina adalah cinta sejati buat Ali tapi Salina dah tak nak kat dia. Puas dia merayu, sampai tahap kena tangkap polis, Salina tetap tak nak kat dia. Evey semakin mesra dengan Ali dan bagaimana mereka boleh mesra apabila satu masa dahulu Ali pernah mengangkat tangan utk menampar Evey kerana menganjurkan konsert jingkling nona di malam israk mikraj? :)


Baca la utk tau kisah yg terkandung padat dalam novel ini.


sure fine whatever
rinn







sinopsis belakng buku:


Kami hanya dua jiwa yg terpapas ketika menunggu kereta api di sebuah halte kehidupan tinggi. Aku lelaki yg akan menaiki kereta api siang, dan dia pula perempuan yg telah membeli tiket kereta api malam. Perjalan satu hala: kami sendiri tidak tahu ke mana destinasinya.


Perkongsian yg kami panggil 'cinta' itu sebenarnya saling melambai tangan dan bertukar senyum. Kemudian ketika peluit berbunyi, baru aku sedar realitinya: kereta apiku mula begerak, kami semakin berjarak. Hanya bayanganya yg melekat di cermin jendela. Kami semakin menjah. Hanya senyuman manisnya masih terlekat di jendela hati.


Aku bukanya muncikari yg menjual jiwa kepada iblis utk hidup mewah.


apa yg harus dibuat, sekiranya terjumpa duit RM2juta dan tas 'harta berharga'? Terhormatkah jika 'dipinjam' sebentar dgn niat akan memulangkannya kemudian nanti?


Kasihan Ali Imrah, tauke Pasar Mini MusliMart yg diburu gengster kiri dan kanan... gara-gara 'pinjaman' tidak sengajanya itu. Pada waktu terdesak, tiada yg dpt menolong selain daripada Dia!


IMAEN menulis utk mereka yg sedia berkongsi falsafah rasa. IMAEN menulis utk anda, yg menanti karya thriller dlm bahasa nan indah.



Friday, October 3, 2008

Bila Nysrah Kata Tak Mahu

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Parenting & Families
Author:Aidil Khalid
Bila Nysrah Kata Tak Mahu by Aidil Khalid
Terbitan Jemari Seni
2008


"Kemunculan pengarang berpotensi ini pasti memeriahkan dunia sastera tanah air
~ Faisal Tehrani, Sasterawan"


Nysrah seorang gadis manis yang penuh emosi, penuh rasa ingin tahu. Sangat real. Kagum betul dengan cara Aidil Khalid menghayati dan melakarkan watak2 pelbagai warna dalam novel ini. Sangat sangat berkesan penyampaiannya.


Cerita ini sangat real, menutup buku ini adalah seperti menutup sebuah akhbar harian. Terasa Nysrah is still around, lingering, tak der closure. Saya kurang puas dgn penutup kisah ini walaupun penulis sendiri membuat special appearance di akhir cerita. Saya masih tertanya-tanya.. apa khabar Nysrah sekarang? Betul2 macam baru lepas baca berita dalam newspaper. Cerita yang sama sekali tidak mengarut, amat mendebarkan, menyakitkan.. aduh seperti ada tangan yg meramas jantung. Reality bites. Jgn salah faham ye. Delivery citer ini bukan seperti delivery berita dalam akhbar, cuma perasaan saja rasa macam tu. Kisah ini sangat tersusun, tidak memeningkan. Ini sekadar luahan rasa seorg pembaca santai.


Memang susah nak berenti bila dah mula membaca kisah ini. Nysrah seperti open target. Bila2 masa saja dia akan kena peluru sesat. Dirinya sentiasa dlm bahaya dan org sekelilingnya seperti tak peduli. Kalau saya seorang ibu membaca kisah ini gerenti saya takkan benarkan anak belasan tahun saya belajar2 jauh2 begitu. Bayangkan orang yang tugasnya menjaga keselamatan yg menjadi orang yang meragut segala-galanya dari Nysrah. Penyelamat-penyelamat yang digaji dalam kisah ini yg menjadi duri. Budi yang hanya mahu berbudi ketika Nysrah masih suci juga menjadi elemen penyumbang kepada rasa sakit hati. Apa khabar ya Nysrah sekarang? Rasa kerisauan terhadap Nysrah hampir sama darjahnya dgn risaunya saya dengan keselamatan adik2 saya (saya ada 4 adik perempuan).


Nysrah seperti menerima pembalasan dari ketelanjurannya dgn Budi tetapi insan2 lain yang 'tidak baik' dalam citer ni ada juga yang tidak menerima pembalasan setimpal.. tu salah satu sebab lagi membuat saya tak puas membaca kisah ini. Seperti masih ada lagi perkara yang perlu disampaikan. Aduh, nampak sangat saya membaca utk lari dari realiti kan? hmmm apa khabar ya Nysrah sekarang?


sure fine whatever
Rinn


Sinopsis belakang buku:


Apa yang Nysrah tak mahu?


Cerita ini mengungkap tentang Nysrah, si manis 17 tahun yang berkereta api sendirian, berulang alik dari Tanah Merah ke Bahau pada setiap kali cuti sekolah tiba. Cerita penuh debar, penuh benci, penuh sinis, penuh pengajaran, namun sarat dengan hakikat ini, akan membuat kita berfikir seratus kali, sebelum melepaskan anak gadis berkelana malam-malam seorang diri ke mana-mana!


Kenapa pula Nysrah tak mahu?


Inilah sebuah cerita tentang Nysrah, dan perjalanannya. Tentang masa indah bersama teman-teman, jua tentang rasa indah dalam usia suntinya tatkala hatinya disapa kasih dia. Namun kenapa ada yang tega calarkan citra indahnya?
Cerita Nysrah dengan dia. Cerita Nysrah dengan Dia.


Aidil Khalid menulis secara telus dan lantang. Penulis muda, mantan Minggu Penulis Remaja (MPR) 2007 – anjuran Dewan Bahasa & Pustaka ini, memaparkan isu yang tidak terduga. Pelajar perundangan ini mempertaruhkan naratif yang jitu untuk membawa Bila Nysrah Kata Tak Mahu ke dunia sastera.


Harga: RM18.00
ISBN No: 978-967-5118-05-0

Tuesday, September 16, 2008

Bohemian

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Imaen
Bohemian by Imaen
Terbitan Jemari Seni
Tahun 2008


Dalam keseriusan bercerita Imaen mampu mencuit hati pembaca, membuat kita tertawa bersama watak2nya. Itu yang sangat saya suka dalam gaya penyampaian Imaen. MAsih terimbas gaya penyampaian yang sama dalam Labyrinth dulu. Dalam Bohemian ni saya sedikit rimas dengan penggunaan nama2 orang femos yang saya tak kenal.. Rasanya dlm Labyrinth dulu pun ada tapi saya tak lah lost sampai macam ni. haha bukan salah Imaen tapi salah saya sbb tak berpengetahuan luas dlm benda am seperti ini. notepad dlm hp saya penuh dengan nama2 yang saya tak familiar spt Michael Crichton, Ermenegildo Zegna, Quentin Tarantino, Sigmund Freud, Robert Le Roy, Butch Cassidy & Sundance Kid, Iwan Fals, harold Lyold, Tian Chuan, Kamal Bamadhaj, Dawud Wharnsby Ali.. errm rasanya ramai lagi. Selalunya kalau membaca, ada perkara yg saya tak familiar memang saya akan catat dan cari apa maksudnya kat internet. Sejujurnya, saya rasa rendah diri bila baca novel ni dan sangat kagum dengan pengetahuan am Imaen.


tapi bagus jugak la.. ntah brapa kali saya bukak balik notepad tu dan search kat internet utk nak mengenali siapakah mereka2 itu. Bagus jugak menambah pengetahuan. Saya ni memang tak ketahuan bab2 mcm nih.


Rasanya org yang kenal dgn nama2 di atas mungkin boleh enjoy kisah ini dgn lebih baik lagi. Mungkin juga target pembaca kisah ini adalah those yg suka pembacaan berbentuk ilmiah. BAcaan ilmiah seperti ini menarik kerana diselang seli dengan thriller, romantis dan komedi yg mencuit hati.


Kisah Fadlan-Nadira memang sangat menarik. Diorang ni memang complete opposite dan itu tidak menghalang mereka dari saling menyimpan perasaan kasih antara satu sama lain.


complete opposite yg macam mana? Fadlan ni jenis2 alim dan seorang pemuzik jalanan yg bercita-cita menjadi penyanyi terkenal dalam genrenya yg tersendiri. Nadira pulak seorg peguam, gadis melayu utara yang berambut perang (celup) yg gemar memakai skirt.


Dalam mengira perkara2 negatif tentang Nadira, Fadlan resah memikirkan mengapa gadis itu yang dia rindukan. Nadira pun resah jugak memikirkan kenapa dia tertarik dgn lelaki penganggur yang selebet penampilannya. Nadira tidak suka permainan ragbi yg dianggapnya permainan para banduan kerana jersinya belang2 tapi bila Fadlan salah seorang pemainnya dia sanggup berpanas di tepi padang :). Part ni membuatkan saya teringin nak baca balik novel Bara by Abdul Rahim Awang. Teringat-ingat pulak pada Dr Haryati, Rosli dan ragbi :)


Debar kisah ini lebih kepada Suhaimi, seorang lelaki biasa yg menjadi pelarian diburu penjahat. Fadlan terlibat secara tidak sengaja apabila camcorder yang menjadi kunci terlerainya kes ini berada dalam simpanannya secara tidak sengaja. Kebijaksanaan Fadlan telah menyelamatkan Suhaimi walaupun camcorder tersebut telah diragut. Dan kebijaksanaan Fadlan jugaklah yg membuat Nadira yg degil dan suka memberi alasan, mula berbaju kurung. :) sweetlah Fadlan ngan Nadira nih. Patutla Kak Ima suka sangat dgn citer Bohemian nih. Imaen memang mempunyai sentuhan semula jadi membuatkan kisah thriller berbaur romantis menjadi bahan bacaan yang seronok dibaca. :) terima kasih Imaen.


sure fine whatever
Rinn


Sinopsis belakang buku:


Cinta membuat kita tidak memandang apa-apa yang datang daripada kita, walaupun ia sebesar mana sekalipun. Sebaliknya, kita hanya akan memandang apa-apa yang datang daripada orang yg kita cintai, walau sekecil mana pun. Cinta membuat kita membuang sifat sendiri, dan mengambil sifatnya sebagai ganti.


Aku
Pemain muzik jalanan
melayari malaysiakini.com
merambu-rambu cari duit
pakai seluar bertampal di lutut
berambut panjang cecah bahu


Dia
seorang peguam
baca Business Times
gaji ribu-ribu
pakai skirt nampak lutut
berambut copper blonde celup


Siapakah dia yg berani mencuri tenang dan damaiku, lalu menggantikan ia dgn resah gelisah?


Siapakah dia berani merampas hening bening malam dengan huru-hara yg tidak keruan ini?


Siapakah dia yg berani mengusik lenaku dgn bygnya?


Dia, yg tidak pernah ada dlm senarai bidadari anganku! Tidak pula pernah sekalipun wujud dlm daftar mimpiku!


Dia, yg dari hujung kaki hingga hujung rambut bukanlah perempuan yg aku mohon lewat doa-doaku kepada Tuhan.


Setelah Vendetta (Gurindam Jiwa) dan Labyrinth. IMAEN melakar risalah pemuzik jalanan - busker- berbicara tentang cinta antara Fadlan dan Nadira, dgn bahasa mantap penuh falsafah, namun disajikan dlm nada manis cara Bohemian.


RM20.00
475 mukasurat
ISBN 9789675118036



Monday, September 8, 2008

Rindu Belum Berhenti

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Dhiya Zafira
Rindu Belum Berhenti by Dhiya Zafira
Terbitan Alaf 21
Tahun 2008


"Perasaan ini kan kubawa hingga aku pergi"


Romantis thriller! Dhiya Zafira berani mencuba genre yang sekali sekala kita terserempak ni. Memang kisah yang menarik utk dihayati dan terselit misteri2 tersendiri utk pembaca singkap satu persatu dalam membaca novel ini dari muka surat pertama hingga muka surat terakhir. Selepas membaca Kudamba Bahagia, saya tak sangka DZ berjaya menulis kisah romantis thriller begini. Secara umumnya persamaan yg ada hanyalah dari segi kisah 2 insan yang pernah ada perasaan kasih antara satu sama lain, terpisah, dan kemudian bertemu semula lalu cinta antara mereka bertaut semula. Tapi tautan cinta mereka ni bukannya dihalang orang tua ker family tapi melibatkan sepak terajang, gengster, undang-undang dan senjata berbahaya.


perwatakan murni disembunyikan dgn baik hingga dia tak disyakki langsung ada kaitan dgn kes cubaan membunuh Adni. masa awal2 cerita saya suka murni yang bersikap spt analyst yang boleh membaca 'bahaya' dan 'kesedihan' Zack dgn hanya melihat wajahnya.


Demi keselamatan Adni, Zack menjadi bayang2nya dan demi keselamatan gadis itu juga Zack menculik Adni.


"Percaya atau tidak sayalah orang yang akan selamatkan awak."


kehadiran Zack dlm hidup Adni bagai puting beliung yg sekelip mata memporak perandakan hidupnya namun ada sesuatu tentang Zack yang memancing kenangan lamanya. Kenangan 10 thn lalu yg takkan padam.


Mana mungkin Zack melupakan gadis cilik 15thn yang berani meluahkan perasaan kpdnya 10 tahun lalu. Bermcm cara Zack cuba menghalang perasaan itu namun dia sudah terpaut. Dia tidak menyangka pelariannya selama 10 tahun mengembalikan dia kepada gadis itu.


DZ byk menggunakan nama2 alternatif utk watak2 ciptaannya utk menjadikan misteri kisah ini lebih menarik seperti Zack-Izz, Adni-Dinie, Hashimi-Khairy.


Masa scene di mahkamah tu, ketika keputusan mahkamah dibacakan ke atas Zack, saya tercari-cari atas kesalahan apa keputusan itu dijatuhkan? menculik Adni? atau penglibatannya dalam kumpulan black? Adni sendiri tentulah menolak yang dia diculik, dia sebenarnya diselamatkan.


Kisah ini tidak berakhir di situ. Rindu yg belum berhenti membuatkan Adni mencari dan memburu cinta Zack. Zack tak dapat lari ke mana2 kerana Adni dah menjadi bayang2nya di rumahnya sendiri. Ligat kepala otak Zack memikirkan cara utk menakut-nakutkan Adni supaya pergi meninggalkannya tapi sebaliknya yang takut dengan tindakan-tindakan Adni.


sure fine whatever
Rinn


Sinopsis belakang buku:


Dia ada segala-galanya, sehinggalah satu hari semuanya berubah. Jenayah yg terancang menyebabkan tiba-tiba dia menjadi pelarian. Dia keseorgan sehingga lelaki bermata sedih itu datang. Tanpa sedar, dia meletakkan seluruh kehidupan di tangan lelaki itu. Lelaki yang diketahui amat berbahaya, namun Adni yakin lelaki itulah penyelamatnya.


Zack, lelaki berdosa yg mahu meninggalkan kisah silamnya yg gelap. Bersama Adni mereka menjadi pelarian. Antara memburu dan diburu, mereka perlu menyelamatkan diri utk meneruskan kehidupan. Demi Adni, dia rela andai maut yg menjemputnya pulang.


Jenayah terhadap Adni, jenayah terancang. Penuh momen yg menggetarkan jiwa. Senjata yg dicipta manusia, apakah tujuan di sebaliknya? Menjadi perisai menyelamatkan diri atau mengurangkan jumlah manusia di muka bumi?


Antara Zack dan Adni laluan ke syurga bermula dengan maraknya api neraka. Bila hati manusia diselubungi dgn dendam, berpaksikan kesumat mampukah cinta menghapuskan semua kekeliruan yg dtg? dapatkah Adni menemui cintanya semula?


Adni - Kudamba Bahagia bersamamu.
Selagi Rindu Belum Berhenti aku akan tetap menantimu. Aku akan tetap menanti kerana Kau Tercipta Untukku.


RM18.00
480 mukasurat
ISBN 9789831243602

Monday, August 25, 2008

Garis-Garis Deja Vu

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:John Norafizan
Garis-garis Deja Vu by John Norafizan
Terbitan Jemari Seni
Tahun 2008


Kali pertama saya membaca karya penulis ini adalah novel Tunjukkan Aku Satu Bintang. Juling mata tengok novel tu, tebal giler... tapi bagi saya novel tersebut sangat memorable walaupun not my cup of tea. Ternyata semasa membaca GGDV saya masih boleh mengingati dengan jelas siapa father Thomas Rodriguez, siapa Lenny, siapa Daniel. Malah sister Mary ngan Dirty diana pun saya ingat! Ni kira saya la pulak yg mengalami deja vu semasa membaca GGDV nih. Nampaknya saya lebih senang mengingati novel2 yang menampil kan kelainan. Memang banyak novel genre biasa dan romantis yang saya baca dan saya suka tapi kadang2 tu saya gagal membezakan antara satu sama lain. Cerita ini seperti kesinambungan kisah Tunjukkan Aku Satu Bintang.


Novel ini dialunkan 4 kisah secara berasingan Ashraf, Nini, Damien, Suraya, . Permulaan bab bertajuk Rumi dan Mimpi Damien. tapi citernya lebih kepada kata2 Rumi dan juga keluhan hati Ashraf. Tak der pulak Damien. Di bab kedua dah masuk kisah Suraya.


Ashraf seorg suami yg akur kehendak ibubapanya utk menerima Nini sbg isteri. Berita Nini mengandung membuatkan dia mahu mencari Laila di Jordan. wanita itu pernah menjadi isterinya dan ketika terpaksa berpisah Laila sdg mengandung. Perjalanan getirnya di pdg pasir menemukan dia dgn Attayak ali & keluarga. Sulaiman, anak kecil jatuh dlm penjagaan Ashraf dan kini dia bertanggungjwb mencari ayah kpd anak itu.


Nini rasa berdosa pada suaminya. Atas bantuan Sedek, dia terbang ke Jordan menjejak suaminya. Namun kapai terbang kena hijack lah pulak. Sedek mati terbunuh lalu menemukan Nini dgn Numair, salah seorang pengganas yg jatuh cinta pandang pertama dgn Nini.


Damien anak kecil yg ditinggalkan baba ketika ibunya koma. dia terkontang kanting tanpa arah. Watak ini mengingatkan saya kepada Daniel dlm Tunjukkan Aku Satu Bintang. Geramnya saya pada Jenny yg merampas beg Damien berisi wang 2000 pound yg ditinggalkan baba. Rasa mcm nak tenyeh2 jer Jenny keparat tu.. tak sangka takdir menjadikan mereka sahabat yg paling baik di dunia. Mereka nekad memulakan pengembaraan menjejak semula baba Damien.


Suraya, seorg atheis. Dia dilahirkan sbg seorang Islam. Cinta pada Father Thomas telah menjadikan dia murtad lalu memeluk agama kristian. Akhirnya dia hilang kepercayaan kepada mana2 tuhan. Eilin menyebabkan hatinya mengingati semula Islam dan Jack Corbin mengembalikan keyakinan dia kepada Allah yang satu.


Setiap mereka dalam perjalanan penting dalam hidup mereka. namun titik pertemuan mereka satu. Kalau nak tau apa kaitan mereka semua ni, kena la baca kisah ni :)


kisah drama berat tapi saya tak pening menghayatinya. Namun ada ketika2nya saya rasa seperti baca buku terjemahan. mungkin sbb penggunaan nama2 watak inggeris dan tempat2 luar negara.


sure fine whatever
Rinn


Sinopsis belakang buku:


Kata Rumi:
pasangan yang bercinta bukan bertemu di satu tempat akhirnya
mereka sudah bersama sejak dari azali lagi


Inilah sebuah cerita cinta yang ditulis dlm nada berbeza. dua benua. Tiga negara. Empat nyawa. Dan satu takdir yg tersimpul mati.


Sebuah episod pengembaraan yg merentasi garis-garis deja vu
satu pelarian tanpa noktah
dan rentetan pertemuan2 aneh seorg Damien


Kenapa setelah sepuluh tahun berselang,
Ashraf harus mencari laila yang hilang
sedngkan isterinya, Nini ditinggalkan pergi?


Dan begitu mahalkan harga cinta, sehinggakan Suraya meninggalkanNya demi dia?


Sebuah lagi karya segar daripada John Norafizan, seorg jurutera yg mahir menyusun peristiwa-peristiwa cerita; pengarang yg sentiasa mendaulat kan bahasa ibunda pada setiap karya-karyanya.


RM22.00
640 mukasurat
isbn 9789675118005

Tuesday, May 27, 2008

Urana Exham

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Kusyi Hirdan
Urana Exham by Kusyi Hirdan
Terbitan PTS Publications


Kali pertama saya baca kisah sains fiksyen dan fantasi berbahasa melayu. Saya memang peminat siri tv science fiction dan juga movie especially star wars.. aduh.. memang giler la dengan citer2 yg ada spaceships mcm starwars, battlestar galactica, farscape, semua tu. Dunia yang cuba diketengahkan oleh Kusyi Hirdan dalam "Urana Exham" juga mirip2 dunia seperti ini tetapi dunia itu mgkin bumi di tahun 4050. Konflik politik sedikit memeningkan saya tetapi senang pulak saya ingat bangsa di dunia itu spt Super, Olere, Madawi, Songkok dan ada juga Miri yang dari descriptionnya ada ala2 hobbit dari middle earth.


Kalau dilihat dari cover nya mungkin ramai yg meneka ini kisah sains fiksyen yang sesuai utk kanak2, tapi lepas baca tu saya dapati ni kisah orang dewasa dan ada kisah cinta juga antara dua watak utamanya iaitu Urana dan Exham.


Saya tiada masalah untuk memahami kisah ni (rasanya la!) bagaimanapun penceritaan sebegini membuat saya rasa kekok membacanya. rasa macam baca buku translate pun ada jugak.


Isu utama ialah isu pergolakan politik di dunia Oshab, perebutan kuasa. golongan minoriti spt songkok tertindas. Keadaan begini mengujudkan satu golongan pemberontak yg dikenali sbg Medex yg mahu keadilan bertapak di dunia Oshab. Urana seorg gadis Songkok yang diletakkan harapan tinggi utk membawa perubahan kepada kaumnya. Menjelang usia 20tahun ilmu kepahlawanannya sudah mencecah tahap 12 yang agak mustahil dicapai mana-mana manusia.


menarik juga cara utk mengenali siapa super, siapa olere, madawi atau songkok melalui nama mereka. kalau dari keturunan super, biasanya salah satu huruf dalam nama mereka akan ada huruf x, kalau olere pula nama mereka bermula dgn hurf 'u', madawi ada capital M di penghujung nama mereka manakala songkok pula bermula dgn Ki utk lelaki & Ka untuk perempuan.


Urana seorang songkok, so sepatutnya dia Olere tapi nama sebenarnya adalah Ka Urana dan dia sengaja didaftarkan sbg Olere demi menjayakan misi terbesar Songkok yang mengambil masa berpuluh tahun.


heronya pulak Exham (dari super).. dia ni, aduihla.. menjelang usia 30 tahun baru dia lulus tahap 6! haha.. tu pun mungkin sbb atuk dia yang campur tangan. Exham masih terkial-kial dgn kaki hidraulik robotiknya yg mahal sedangkan Urana dah steady dan mampu melompat hingga 10 meter sedangkan Exham kalau dpt lompat setinggi satu meter pun dah kira bagus.


Medex menemukan mereka dan Exham turut terlibat dalam perancangan itu. Mereka mahu menukar pucuk pimpinan secara halus. Exham mesti kawin dgn Urana. Datuk Exham yang dijangka akan mati bila2 masa tentu saja akan diambil alih oleh Exham dan nama Urana mungkin sudah cukup kuat utk menyatukan Olere dgn Super. so, mereka hanya perlu mengalahkan Madawi.


Ni kira citer kawin paksa jugak nih. Tapi rancangan mereka sedikit berubah apabila Exham tiba2 hilang dan Ki Monzo (pakcik Urana) muncul dgn perangai yang sedikit berubah. Sebenarnya Ki Monzo terbunuh dan Exham menjalani proses penukaran wajah sementara utk menyamar sebagai Ki Monzo. Semasa penyamaran itu dia mengenali Urana secara peribadi dan dia bahagia bila mengetahui Urana pun syok kat dia gak. Tetapi terlalu byk yang perlu mereka tempuhi, objektif mereka memerlukan pengorbanan yg amat besar.


sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:

Tahun 4050. Dunia Oshab bergolak. Tiga bangsa majoriti berebut kuasa. Bangsa-bangsa minoriti menjadi mangsa. Pemimpin yg didorong dendam & tamak haloba, dgn bala tentera separuh robot separuh manusia bersengketa sesama mereka.

Exham, cucu pemimpin bangsa majoriti Super dan Suryan M, abg pemimpin bangsa majoriti Madawi, berpaling tadah dan bersatu. Mereka membentuk persatuan pemberontak Medex, Kumpulan yg beroperasi secara haram demi menghapuskan kezaliman di dunia Oshab.

Urana, gadis dari kaum minoriti songkok, menyertai Medex. Di situ Urana bertemu Exham. Pertemuan itu sungguh bererti, namun pertemuan itu juga mencetus tragedi.


RM17.00
230 mukasurat

Monday, May 26, 2008

Berakhirnya Mimpi

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Siti Rozilah Jantan
Berakhirnya Mimpi by Siti Rozilah Jantan
Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd


"Aku tak pernah menyayangi seorg perempuan seperti aku menyayangi Johana. Aku dah cuba lupakan dia tapi aku tak berdaya. Aku tahu dia sudah ada kekasih yg lebih kacak daripada aku, tapi hati aku ini masih degil."


Nama 'Siti Rozilah' di cover buku ni yang menarik perhatian saya utk mencapai buku ni. Ada dua kisah yang berjalan serentak dalam novel ini. Satu mimpi yang pernah menjadi realiti dan satu lagi ada realiti semasa. Kedua-duanya dilalui oleh Johana. Dia menjadi mangsa apabila misteri mimpinya terbongkar dan ia meragut nyawa lelaki yang menyintainya sepenuh jiwa. Lelaki yang dicintainya ada kaitan rapat dgn mimpi2nya semenjak sebuah manuskirp misteri singgah di tangannya. Fuad bukan saja mewarisi kekayaan dan gelaran keturunannya, tetapi juga sesuatu yang menakutkan. Penceritaan tidak pantas tapi tak puas baca.


sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:


Johana terperangkap dalam kehidupan masa lalu yang membingungkan. Kehadiran wanita misteri menyerahkan sebuah manuskrip, mengundang mimpi aneh dalam hidupnya. Lalu dicuba menyelesaikan kekusutan yang terdampar di Istana Pawana yg mampu membongkar segala misteri mimpinya itu.


RM6.90
155 mukasurat

Thursday, April 10, 2008

Gerhana Hati Lara

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Hani Sofea
Gerhana Hati Lara by Hani Sofea
Terbitan Kaki Novel Enterprise

"Hati menjadi lara selagi hidup diselubungi gerhana..."

Awal-awal lagi prolognya telah membuat saya rasa excited nak baca. Ada thriller. Tambah2 bila dah mula masuk bab pertama, watak Adham dan Fatini adalah adik beradik.. macam mana boleh membawa kepada scene dalam prolog. Memang teknik yang bijak utk memancing perhatian pembaca.

Ada satu scene di awal cerita yang mungkin hampir sama dgn prolog membuatkan saya tertipu dan rasa itulah yg dipaparkan di Prolog tapi rupa2nya ada kejutan yang lebih besar menanti di akhir-akhir cerita.

Hani Sofea bijak mengatur cerita dan menyelitkan kejutan yang sukar diduga pembaca. Karya sulung yang menarik perhatian dan penghujungnya sudah menjadikan saya tak akan lupa pada cerita ini dan penulisnya. memang mengejutkan.

Teknik penyampaian yang bagus cuma background cerita sebegini bukan kegemaran saya, namun ia berjaya membuat saya membaca tanpa henti dan menghabiskannya dalam masa tidak sampai 3jam. Terima kasih Hani Sofea.

Serba sedikit tentang kisah ini.

Kisah kemiskinan Fatini sekeluarga memang sedih. Fatini dilanda konflik jiwa bila mendapati dia tertarik kepada Adham, abgnya sendiri yg turut menyimpan perasaan terhadapnya. Larangan2 ibu dan ayah mereka supaya mereka tidak selalu bersama atau bersentuhan menimbulkan persoalan di minda Fatini.

Makin tertekan hidup mereka apabila ayah mereka mati dibaham harimau. Fatini berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading, namun berita pertunangan dan pernikahan Adham dgn sahabat baiknya Mastura menghancur leburkan hatinya. Dia cuba mengubah hala cintanya kpd Azuan dan menerima lelaki itu sebagai suami.

Adham memendam perasaan kecewa dgn cinta tak kesampaiannya kpd Fatini. Mastura bahagia di sampingnya namun warkah cinta yg terukir nama Fatini mengejutkan Mastura dan kemalangan yang berlaku meragut nyawa Mastura. Adham semakin tertekan, anak2nya tidak dihiraukan. apabila terbuka kisah yang dia hanya anak angkat, Adham berkeinginan mahu memperisterikan Fatini tetapi Fatini masih isteri Azuan. Kegilaannya makin terserlah dan ibu mereka akhirnya menghembuskan nafas terakhir.

Fatini yg sedang dalam perjalanan utk menziarahi ibunya terlibat dalam kemalangan yang akhirnya menyebabkan dia cacat dan meragut nyawa Azuan.

Adham akhirnya berjaya menggenggam hati Fatini yang masih panas. Literally. Fuh.

sure fine whatever
Rinn



sinopsis belakang buku:

Semenjak usia muda, hidup Fatini diselubungi oleh gerhana yang melarakan hati. kemiskinan keluarganya menjadi umpat keji penghuni kampung Sg Som. Keadan menjadi semakin gerhana saat dia mendambakan cinta Adham yang terlarang.

Demi mengubah masa depan keluarga, Fatini berhijrah ke kota. Kekasih hatinya, Adham telah melamar Mastura, sahabat baiknya sendiri.

Lara Hatinya tuhan yang tahu.

Namun luka di hatinya diubati oleh lambaian kasih Azuan. Malangnya, kebahagiaan itu sesaat cuma. Fatini kehilangan dua insan tercinta sekali gus menjadikan dirinya cacat. Dia terumbang-ambing melawan gelora disisihkan oleh darah daging sendiri. Celaka datang menimpa apabila rahsia diri Adham yang sebenar terbongkar.

RM18.00
440 mukasurat

Saturday, January 12, 2008

Zahrah de Tigris

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Khairyn Othman
Zahrah de Tigris by Khairyn Othman
Terbitan Jemari Seni

Sejauh mana sekuntum bunga mekar yg menghuni bumi yang dihujani peluru2 tak bermata mampu bertahan? Mungkin Nisa mendapat berkat doa2 orang yang mengasihinya.. kedegilannya memang set2 nak kena luku lapanbelas kali. Tapi kerana kedegilan itulah dia bertahan di tanah asing yang pastinya bukan 'hujan emas'. Dia sanggup berhujan batu di negara orang kerana sayangnya pada manusia seagama dan sayangnya pada Yg MAha Esa. Pd mulanya Nisa spt dimotivasi oleh gaji setinggi 12,000 sebulan utk mendarat di tanah Iraq sbg guru.

Di Lembah Tigris dia menabur budi, memendam rindu pada keluarga. Nisa seorang srikandi dgn caranya yg tersendiri. Di Lembah Tigris ini juga hatinya terpaut, tetapi kata cinta tidak diluahkan, tak mungkin kerana cinta ini cinta terlarang. Tetapi Dr Patrick Devereux spt tak paham2 istilah cinta terlarang. Nisa rasa seperti sudah jauh benar dia berlari dari lelaki itu tetapi tup2 dah ada kat sebelah. Doktor dari Perancis ni memang romantis dan jiwang-jiwang, kalau hati sudah suka...

Kisah perang sebegini kalau disajikan dalam bentuk rencana, berita, dokumentari... hmm terus terang saya katakan saya hanya baca tajuk besar saja. (Dulu)Sudah banyak penderitaan peperangan yang saya baca dan tengok dalam media2 masa yg terdpat di negara kita, dan ianya seperti tiada penghujung. Byk kali juga air mata simpati saya mengalir melihat wanita dan anak2 kecil malang di sana.. hingga kini, realiti begini seakan tiada penghujung. mungkin saya sudah bosan dgn berita2 sebegitu..

Latar belakang kisah begini mungkin kurang menarik perhatian pembaca novel cinta santai tetapi (setelah membaca ZdT) kisah cinta Nisa juga sangat menarik. Khairyn berjaya menyulam kisah cinta dan kisah perang di Iraq dgn baik. Kedua-duanya menjadikan saya tak sabar2 nk tahu apa penghujungnya buat Nisa, berbaloikah perjuangannya? Dpt kah Nisa membenihkan kefahaman Islam ke dlm jiwa Dr Patrick yg tidak percaya kewujudan tuhan. Cintanya yg mendalam kepada Nisa tidak dapat juga mengubah fahaman ateis nya. Kecewanya saya dgn takdir yg menimpa Dr. Patrick, namun tragedi itu perlu utk memungkinkan Nisa bertemu dan hidup bersama cinta sejatinya. :) terima kasih Khairyn for the happy ending!

Ntah berapa kali saya melafazkan syukur kpd Allah kerana di Malaysia tiada anak2 yang mati ditembak ketika berebut gula-gula. Tidak perlu berkumpul di bilik bawah tanah utk menyambut Israk Mikraj yg kemudiannya menjadi bilik dipenuhi mayat kerana dibom. nak mengungkapkan ayat2 ini semula pun sudah membuat air mata saya bergenang.

Dalam novel ni juga ada entry nisa dalam blognya yg diselang seli dgn cerita oleh 3rd party. Ada sesetengah part waktu atau masa yang dipaparkan di blog Nisa tu mengelirukan... kalau pukul 13.00 am tu pukul berapa? pagi ke? malam ke? siang ke? *garu pala* Ermm kadang2 tu rasa mcm baca buku translate pulak :)

errr.. awat review ni panjang sangat ye?? hehe

sure fine whatever
Rinn

Sinopsis Belakang Buku:

Zahrah de Tigris… adalah Khairunnisa Si Kembang Tigris…

Anak gadis dari Malaysia yang menuntut di Tanah Ratu ini, memang degil orangnya. Dilarang makin keras, dirayu pula makin tegar. Dia berkelana bersendirian mencari sebuah cinta. Cinta yang paling hakiki: cinta Rabbul Izzati.

Nisa pasrah menerokai sebuah kota yang pernah menjadi puncak peradaban Islam suatu waktu dulu. Kota Baghdad yang pernah terkenal dari masyrik ke maghrib itu sedang berantakan: dihamburi mortar dan peluru. Cerita pilu, Kota Negeri Seribu Satu Malam itu menjadi Kota Ngeri Seribu Satu Malam.

Menjadi guru dan jurubahasa, membuatnya mudah memahami budaya orang-orang di Lembah Tigris. Begitu sudah di situ lain pula ujiannya; dia terpaksa keraskan jiwa, kuatkan semangat tetapi perlahan-lahan hati perempuannya diketuk jua. Namun cinta mereka tak mungkin bersatu kerana Doktor Patrick Devereux, seorang ateis.

RM20.00

Wednesday, December 19, 2007

Metamorfosis

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Tomi Jefri
"Lumrah kehidupan perubahan ke arah kebaikan
perubahan ke arah kejahatan
ada imbuhan setimpal"

Bila tengok cover dan tajuk, saya ingat ker ni kisah cinta mendayu-dayu semata-mata... tapi banyak kisah tersembunyi di sebalik Metamorfosis. Tomi Jefri ada keistimewaan tersendiri mengalun kisah thriller dengan gaya bahasa yang tidak keterlaluan. Watak utamanya tetap gadis jelita yang menawan tetapi 'hard-to-get'.

Liza seorang gadis berkejaya yg menyimpan misteri besar dalam hidupnya. Dia hidup tanpa ayah dan ibu bersama dua adik yang disayangi. Jimi dan Joshua sama2 jatuh cinta pada Liza tetapi Harris terlebih dahulu menyintai Liza, tetapi cinta sejak zaman sekolah itu tidak membawa ke jinjang pelamin. Pertemuan semula dengan Liza membuat Jimi mahu merebut cinta Liza dan membawanya pergi jauh dari Malaysia, tetapi rupa2nya Jimi dihantar kepada Liza dengan satu agenda yang besar oleh isteri Thomas Koh. Bila Liza gagal dijerat, Jimi beralih
kepada adik liza, Aida. Kenaifan Aida membuat Jimi senang memerangkapnya. Tetapi Jimi tidak tahu yang bapa Aida dan Liza (yg telah lama menghilang) jauh lebih berkuasa dari orang yang mengupahnya. Saya pun mulanya tak sangka yang Thomas Koh adalah bapa kandung Liza, Aida dan Reza. Ingat ker dia amik berat pasal Liza dan Aida sbb diorang tu kan awek2 cun.

Liza rupa2nya masih setia pada Harris tetapi Harris pulak dah nak bertunang dengan orang lain. Joshua tu hampeh semacam jer.. nampak kakak (Liza), jatuh cinta ngan kakak, nampak adik (aida), jatuh cinta ngan adiknya pulak.. Nasib baik Reza tu lelaki. hehe.

sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:

Selepas metamorfosis...
Kepompong berubah rama-rama

Selepas metamorfosis...
Pemalu berubah penggoda
Gadis berubah wanita
Cinta berubah dosa

Selepas metamorfosis...
Bagaimana pula dengan cinta?

RM7.90
220 mukasurat

Sunday, December 2, 2007

Moga Kau Mengerti

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Lily Haslina Nasir
Moga Kau Mengerti by Lily Haslina Nasir
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd

"tak bisa kulupa dirimu tiap kali simpulan memori terurai kembali"

perghh sarat perasaan saya lepas baca buku ni. latar belakang buku ni memang saya dah tau sedikit sbb yam dah baca. saya elak baca sinopsis so saya agak tertanya-tanya siapakah bakal suami Adeena yang kejam tu, Dr Adib ker Kamali. At one point macam confirm jer Dr Adib tapi Kamali rupanya.. fuh tak sangka sungguh. Ngeri jugak mengenangkan ada lelaki yang mcm ni dalam dunia ni. Gangguan emosi yang membawa kepada naluri yang sangat-sangat kejam. kira macam turn jadi incredible hulk la, alter ego yang disembunyikan akhirnya terserlah. mesej sarat yang diselitkan dalam buku ini menjadikan keseluruhan cerita ada kelainan. Bagi saya Epilog Cinta juga sarat tapi kisah cintanya kurang mendayu-dayu macam "Moga Kau Mengerti" .

Kisah cinta yg membuai perasaan yg tiba2 dicarik-carik oleh orang yg paling diharapkan memang lah menyedihkan. Memang sarat rasa kasihan pada Adeena ni, cuma sikap berdiam diri dia menjadikan saya geram. Perasaan geram tu melebihi perasaan simpati, mungkin sebab tu saya tak sedih sangat. Setiap kali ada saja kealpaan Adeena dlm mematuhi arahan Kamali mesti terkeluar perkataan "hah mampus!" dari mulut saya.

Part yang betul2 menjadikan saya sedih sampai nak nangis adalah setelah Adeena masuk hospital lepas kena hentam teruk dgn Kamali. Kunjungan keluarga dan kawan2nya dan cara penceritaan keadaan Adeena masa tu memang menjadikan saya pilu. Penghujung cerita yg mampu membuat pembaca melepaskan nafas lega (saya la tu). Kehadiran Dr Adib yg merawat luka fizikal dan rohani Adeena menjadikan cerita ini lengkap di mata saya. Thank you Lily Haslina Nasir. Tahniah atas pendedahan realiti yang jarang2 ada orang nak ambil tahu, especialy makluk2 macam saya ni la.. buat hal sendiri saja.

Saya suka salabiah, kaya dengan madah2 cinta yang menarik :) sampai at one point saya tertanya tanya, mana salabiah ni? di manakah terselitnya babak antara Salabiah/Adeena di awal cerita sebab selepas Adeena kawin, Salabiah hanya muncul ketika Adeena dimasukkan ke hospital.

Singkaplah realiti sebenar kehidupan segelintir insan di dunia ini melalui "Moga Kau Mengerti".

sure fine whatever
Rinn

sinopsis belakang buku dan di Website Alaf21:

NOVEL beliau bertajuk 'Moga Kau Mengerti' kini boleh didapati di kedai-kedai buku sekarang. Anda pasti teruja membacanya.

Perpisahan membuatkan Adeena Adalia sengsara menanggung rindu. Semakin disisih wajah dan nama Kamali dari ingatan, semakin memanggil-manggil kerinduan di jiwa. Sepuluh tahun berlalu, dia tidak pernah berputus asa menanti agar dipertemukan dengan lelaki itu.

Melayari lautan kehidupan yang sesekali bergelora mempertemukannya dengan Dr. Adib yang nyata kasihnya sebening air dari pergunungan. Dia cuba memujuk diri menerima huluran cinta itu. Namun, setiap ceruk hatinya hanya menyebut nama Kamali.

Kehadiran e-mel daripada Wani membuka jalan untuk Adeena menghubungi Kamali semula. Biarpun di persimpangan yang amat mengelirukan, hatinya memilih jejaka yang dikenali sejak di bangku sekolah. Sihir cinta yang dirasai amat luar biasa. Tetapi syurga yang dicari bersama Kamali rupa-rupanya neraka yang tiada penghujung.

Adeena masih tidak berhenti berdoa, masih mengharap agar Kamali mengerti. Cinta bukan untuk dipersenda. Namun, bercahayakah cinta di hati setelah dihancurluluhkan?

RM 19.90
544 mukasurat

Thursday, August 23, 2007

Duri-Duri Permata

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Amelly Ann Kising
Duri-Duri Permata by Amelly Ann Kising
Terbitan Ghostwriter

Antara buku yg mengguna lenggok bahasa yang paling mudah difahami.
Neora, Fred, Ling-Ling, Diane, Edmund, Benedict adalah antara watak2
utama dalam citer ini. So i assume Neora ni bukan melayu, husband dia
Fred. Ling-ling kawan sekerjanya. Diane seorang kenalan baru yg tiba2
dtg mencari Ling-ling berkaitan hubungannya dengan Benedict. Edmund
pulak pecinta setia yg menyintai Ling-ling.

Kisah ini diceritakan dari persepsi 'Neora' yang sedang sarat
mengandung. tapi sifat ambil beratnya terhadap kawan menjadikannya
nekad ingin membantu. Kawan sekerjanya yang cantik jelita, Ling-ling
berkawan rapat dgn Edmund tapi kehadiran Benedict menjadikan Ling-ling
menjauhkan diri dari Edmund, lalu dia berenti kerja kerana akan
bekerja dgn Benedict. Kehadiran Diane mencari Ling-ling menimbulkan
misteri di hati Neora. Ling-ling kata Diane tu bekas isteri Benedict
yg mahu merampas Benedict darinya, tapi Diane mengaku bahawa dia
sebenarnya perempuan simpanan Benedict yg diperalatkan utk memuaskan
nafsu pelanggan syarikat insuransnya. Gambar memalukan diane mengikat
Diane dan tak dapat melarikan diri dari Ben. Diane tidak mahu gadis
muda seperti Ling-Ling menerima nasib yang sama seperti dirinya. Neora
nekad mahu membantu kawannya walalupun kandungannya semakin sarat...

sure fine whatever
Rinn
2 bintang

Sinopsis belakang buku:

Sewaktu saya menulis surat ini, saya sedang dalam pesawat menuju KL.
Saya dalam perjalanan balik ke negara asal. Saya amat berterima kasih
kerana... Neora telah memberi kekuatan kepada saya untuk membebaskan
diri daripada Benedict.

RM8.90
150 mukasurat
1 bintang