Showing posts with label lynndayana. Show all posts
Showing posts with label lynndayana. Show all posts

Saturday, November 10, 2012

Siri MCK 3: Kisyah Budak Junior Master Chef

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Lynn,Iris,Wardah,Harleem, Nurul Syahida
ini cover depannya. Ni tentulah Kisyah :) Ini adalah koloborasi 5 penulis. Aku rasa ini pendekatan yang baik kepada remaja apabila penerbit mengambil penulis-penulis popular untuk menghasilkan karya yang sesuai dengan remaja.

Merah Cinta Kita 3: Kisyah Budak Junior Masterchef
Penulis: Lynn Dayana, Iris Ixora, Wardah Munirah,
Harleem Dayam, Nurul Syahida
Terbitan Buku Prima
202 mukasurat
RM18.00
Sabah/Sarawak: RM21.00



1. Kisyah Budak Junior Masterchef
Penulis: Lynn Dayana
page 6 - 49


"Along cuma nak adik along yang manja ni berubah jadi lebih baik. Nanti kalau mama nak kahwinkan, taklah mama malu. Masak nasi tak pandai. Goreng telur tak pandai. Malu tau."

Kisyah anak bongsu yang manja. Dia ni malas masuk dapur walaupun dia sorang saja anak perempuan dalam keluarganya. Peristiwa ibunya ditimpa kemalangan menjadi titik tolak Kisyah untuk berubah dan belajar memasak. Masakan yang pada mulanya mendapat kritikan dari abang-abangnya akhirnya menjadi puji-pujian yang membuat Kisyah seronok memasak. Kepulangan ibunya dari hospital membuatkan dia bersemangat untuk menyiapkan hidangan terhebat masterchef junior :)



2. Perangkap Sugardaddy
Penulis: Iris Ixora
page 50 - 90


"Siapa kata kamu akan tinggal sebilik dengan saya? Itu berdosa namanya. Saya akan sewakan bilik lain untuk kamu. Kamu anggaplah ini adalah hadiah daripada saya."
Kisah ini membuka mata pembaca agar sedar mengenai laluan yg terpaksa ditempuh anak-anak kita apabila berjauhan dari keluarga. Dalam usia yang mentah mereka terpaksa membuat keputusan sendiri. Apa yang boleh kita buat untuk elak anak2 kita supaya membuat keputusan seperti Siti Salina?

Salina pelajar cemerlang yang berjaya menempatkan diri ke sekolah berasrama penuh. Di sana dia bertemu dengan Bella, anak orang kaya yang cantik dan bergaya. Dia teringin menjadi cantik dan bergaya juga walaupun dia hanya dari sebuah keluarga yang serba kekurangan.

Tindakan Bella menghadiahkan dia dengan pakaian cantik yang membuatkan mata-mata remaja lelaki turut berkenan dengan penampilan barunya. Bila ada budak lelaki yang cuba mendekatkan diri dan meminta nombor telefon, Salina (a.k.a Sally) terlalu teringin untuk memiliki telefon bimbit. Dia jeles juga tengok Bella berbual-bual di telefon dengan boyfriend. Dia merayu pada ibunya dengan pelbagai alasan, lalu dapatlah sebuah telefon bimbit.

Perjalanan pulang ke asrama dengan menaiki bas telah menemukan dia dengan seorang jejaka yg berpenampilan menarik bernama Didi. Setelah bertukar nombor telefon mereka saling berhubungan dan Didi dengan senang hati top up handphone Sally setiap kali credit nya kering. Sally diperkenalkan kepada Tuan Syed yang sudah berumur tetapi segak bergaya. Sally amat terpikat dengan sikap gentlemen dan sopan santun Tuan Syed sehingga sanggup mengikut lelaki itu ke Pulau Pinang dan Langkawi tanpa pengetahuan keluarga. Hebat sungguh persona Tuan Syed yang manis berkata-kata dan tidak pernah memaksa Sally.

Apa jadi pada Sally? Hmm kenalah baca sendiri sama ada dia selamat! atau diselamatkan!

Inilah sebenarnya gelojak jiwa anak remaja lepasan PMR. Mereka akan ikut kata hati. Jejaka yang menawan tentu saja membuat mereka jatuh hati dan sanggup buat apa saja. Sebab tulah ramai yang selalu pesan. Pantau apa yang anak-anak baca. Itu akan mempengaruhi perasaan dan keputusan yang bakal mereka buat.
Tahniah Iris Ixora kerana mengetengahkan cerita ini dalam nada yang baik sekali :)


3. Qistina Obses Facebook
Penulis: Wardah Munirah
page 92 - 131


"Ayah tak mahu Qistina terus begini. Ayah tak larang Qistina berFB atau bermain game. Tapi Qistina perlu faham apa yang perlu diutamakan."

Kisah Qistina yang terlalu asyik berFB sehingga keluarganya terasa hati dengan sikapnya. walaupun dalam satu rumah, Qistina menyisihkan keluarga kerana terlalu taksub dalam dunia maya. Dalam kelas pun siap boleh mimpi main game fb. Parah budak ni.

Bagaimana kalau benar-benar keluarganya menghilangkan diri dari dunianya. Dapatkah dia terus bahagia dalam dunia maya itu?


4. Kasut Bola Syafika
Penulis: Harleem Dayam
page 132 - 165


"Aku dah kata, budak tu bijak. Sibuk main bola pun masih jadi top student! Kamu kena beri dia peluang. Sampai masa, tahulah dia memilih. Nak jadi pemain bola atau jadi doktor macam yang kamu mahu!"

Kisah Syafika si manis 15 yang bukan sahaja bijak tetapi tangkas bermain bola sepak. Kisah ini berlatar belakang suasana di London yang sejuk. kasut football barbie berwarna pink menjadi peniup semangat kepada Syafika utk berusaha melayakkan diri bermain di Trafford Training Centre milik Manchaster United!



5. Shazrina dan Sweetie...
Penulis : Nurul Syahida
page 166-202


"Betul, aku nampak sweetie tu belakang Jobin. Dia tengah mengepak ngepak tapi sweetie tu cuma berdiri setempat saja di belakang dia. Sebab tu aku jerit."
Tak sah kalau duduk asrama tak dengar cerita cerita macam ni. Tapi pestaim pulak dengar hantu bungkus/pocong dipanggil sweetie (kerana hujung kepala dan hujung kaki diikat ala2 rupa bungkusan gula-gula).
Kisah Shazrina yang baru masuk asrama penuh. Kisah sweetie adalah antara highlights dalam perbualan harian budak2 asrama. Sekian lama Shazrina mendengar kisah sweetie, akhirnya dia berpeluang berhadapan dengan si manis misteri itu. Apa jadi ya? huhu... takowwwwt..

sure fine whatever
Rinn

Thursday, September 13, 2012

Tolonglah... Jangan Hukum Dia

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Teens
Author:Hazrul, N Syahida, Lynn, Aleya, Bikash
Tolonglah... Jangan Hukum Dia
(Siri 5 Merah Cinta Kita)
RM18.00
Terbitan Buku Prima
224 mukasurat

Cerita sekitar dunia remaja di alam sekolah menengah yang dikongsikan dengan nada ceria dan dekat dengan jiwa remaja. :)

Page 6 - 40
Tolonglah... Jangan Hukum Dia
Penulis: Hazrul Hafiizi

"Biarpun dia tidak jujur padaku, aku tidak sanggup melihat dia dihukum"

Kisah 4 sekawan yang mulanya akrab berubah menjadi 2 kumpulan rival. Fira menyimpan impian tinggi untuk berlayar di tengah lautan menaiki kapal di Bandar Tanjung Pelepas. Jenny dan Ai Ling mentertawakan impian Fira kerana Pelabuhan situ hanya ada kapal kargo yang tak angkut orang.

Meena menyokong cita-cita Fira. Inilah yang memecahkan mereka kpd 2 kumpulan kecil. Jenny mencabar Fira untuk bertanding dengannya demi mencapai impian Fira.

Pertandingan yang dikatakan pelik itu tidak dijelaskan membuatkan aku rasa ting tong sedikit bila membacanya.

Pertandingan pelik itu menjadi famous di sekolah mereka. Yang pastinya, pertandingan itu telah mengeruhkan lagi hubungan mereka berempat.

Aku rasa ni pertandingan 'sapa naik kapal kargo dulu dia menang'. :D

Peti merah misteri yang ditemui Fira tak jauh dari kapal kontena yang pecah di pantai di situ lebih menarik dari pertandingan pelik. Aku pun pelik.

Meena dan Fira tidak mengembalikan peti merah tu sebaliknya menyembunyikannya di celah2 batu. Kalau diorang kembalikan peti merah tu, kan senang2 jer dapat naik kapal kargo kalau jumpa manager situ.

Jenny telah berjaya memperdayakan Meena dan mendapatkan peti merah tu utk digunakan bagi menjadi pemenang pertandingan pelik yang aku pun pelik tu.

Walupun kendian cite ni melibatkan plis dan peguam, aku masih tak berapa clear mengenai pertandingan pelik yg mereka cipta sendiri itu. *garu pala*

mungkin remaja faham kot. Aku kan remaja purbakala mesolitik.


Page 41 - 78
Aqila Bukan Ratu Drama
Penulis: Nurul Syahida

Aku suka cerita ni. Bila aku cerita semula pada anak buah aku yang tak skolah lagi tu pun berdekah-dekah dia gelak.

Aqila. Dia bertekad tak akan mengalami masalah jerawat seperti Kak Ashfa. Tapi pada suatu hari, ketika dalam bas, dia tak dapt seat. So terpaksa la berdiri masa bas brek mengejut, Aqila tersembam dan pipinya tergesel dengan pipi kak Ashfa!!! Mau tak macam orang gila dia lari balik rumah.

Aqila tu terlampau takutkan jerawat hingga segala mcm krim dan ubat disapu ke muka. Asal sebijik jer jerawat dah naik ruam satu muka!

"Kenapa bas ini brek mengejut? Mukanya yang penuh jerawat batu itu melekap ke pipiku!"


Page 79 - 116
Dekatlah Jangan Menjauh
Penulis: Lynn Dayana

"Jangan dekat-dekat, walaupun kita berjiran!"

Aisya gembira sebab jiran barunya ad aanak sebaya dirinya. Boleh dapat kawan baru, namun pertemuan pertama mereka sudah bertelingkah. Disangka anak jirannya tu perempuan, tapi lelaki rupanya. Aidan = sombong.

Curiosity Aisya dianggap perlakuan ala-ala stalker oleh Aidan. Aidan ni jenis tak sayang mulut juga. Sinis sehingga Aisya terrrrrrrrrrsembur air ke arah Aidan :) kerana tak dapat menahan marah. Pergaduhan mereka terbawa-bawa hingga ke status fb.

Pertelingkahan mereka bertukar rentak apabila papa Aidan kemalangan di Adelaide dan mama Aidan terpaksa menyusul segera. Aidan yang bakal menghadapi peperiksaan besar terpaksa ditinggalkan dalam jagaan jiran mereka, iaitu, ibu bapa Aisya!

Aidan sudah tidak banyak bicara seperti dulu untuk diajak bergaduh. Mukanya yg sedih mengundang simpati Aisya. Perbualan mereka berubah menjadi aman dan menyenangkan.

Barulah Aisya tahu rupa2nya Aidan pernah mempunyai adik perempuan tetapi Nor Aishah telah meninggal dunia akibat demam panas. Aisya banyak mengingatkan Aidan kepada Nur Aishah.

Kepulangan ibu bapa Aidan mengeratkan lagi silaturrahim dua keluarga. Sekarang Aisya ada 2 abang yang sangat protektif yg memantau geraklaku hariannya. Aisya dah mula rasa terkongkong pulak sebab dah ada tukang repot :)

pg 117 - 175
Sekarang Aku Kisah
Penulis: Aleya Aneesa

"Mei Hwa si pandai yang dibenci kawan-kawan. Sombong, tidak mahu bergaul.Ada sesiapa ambil kisah?"

Sikap Mei Hwa yg kurang bergaul membuat dia kelihatan sombong di mata rakan-rakannya. Ada yang seperti dengki dengan keupayaannya untuk score A dalam semua subjek tanpa masalah.

Siti hajar mencabarnya; belajar tapi tak aktif sukan pun tak guna...
Mei Hwa ni jenis muka tak ada perasaan. Makin geramlah Siti Hajar.

Haryani menyimpan hajat untuk mendapatkan bantuan Mei Hwa dalam pelajarannya, tetapi sikap sombong Mei Hwa membuat dia memendamkan saja hasrat hati.

Cita-cita menjadi Doktor sejak kecil menjadikan Mei Hwa objective-oriented. Dia tak pedulikan apa jadi di kiri kanannya, janji dia score dlm semua subjek.

Mei Hwa cuba blend in setelah ditegur ibunya mengenai sikapnya yang jarang bertegur sapa dengan kawan2. Baru dia perasan bahawa wakil sukan, wakil perbahasan dan wakil pertandingan melukis adalah orang2 yang lebih dikenali di kalangan murid2 dan cikgu2 berbanding dirinya yg scorer dlm subjects tetapi low profile. Ada guru dan murid yg menyangka dia pelajar baru! Walaupun namanya famous, rupanya tidak dikenali sehingga ada guru pegi bagi ucapan tahniah kepada Mei Hua yang lain! "Sekarang aku kisah!" yer la... org lain2 penat2 belajar dan score, org lain pulak yang dpt pujian. So apa tindakan Mei Hwa utk menunjukkan dia 'kisah'? kena baca lah...


pg 176 - 217
Da... Hostel?
Penulis: Bikash Nur Idris

"Huh! Tinggal di sekolah asrama? Oh, tidak? Macam dalam hutan..."

Farhah dilimpahi kemewahan sejak kecil. Walaupun baru berusia 15 thn, dia sudah pandai shopping jenama2 terkenal di butik dgn kawan baiknya, Jiha.

Keputusan ibu bapanya nak hantar dia ke sekolah berasrama penuh membuatkan Farhah memberontak, namun keputusan muktamad. Malah dia hanya dibenarkan bawa telefon biasa dan blackberrynya di tarik balik.

Ibu bapanya mahu dia berubah dan berharap kehidupan di asrama dapat mendidik Farhah. Tau-tau saja Farhah sudah tercampak di ASPURI Hutan Beranang. Apalagi... berenang air mata di beranang lah jawapnya :)

Sebaik sahaja masuk asrama, Farhah terus mengumpul maklumat dan memasang strategi agar dia segera disingkirkan dari asrama.

Afna dan Fina cuba berbaik dgn Farhah tetapi perbualan telefon antara Farhah dan Jiha membuatkan Afna dan Fina berkecil hati dengan kata2 kasar Farhah. Sekelip mata dia kehilangan 2 rakan asrama yang baik hati. Farhah sendiri menerima 'tamparan' apabila terrrdengar melalui talian telefon yang terlupa Jiha matikan. Jiha, sahabat yang dianggap paling baik telah mengeluarkan kata-kata menyakitkan hati dan mentertawakan nasib Farhah yang tercampak di Hutan Beranang.

Strategi yang telah dilaksana menyebabkan Farhah tertangkap dan betul2 bakal disingkirkan, tetapi Farhah sudah tawar hati untuk balik. Dia mahu berubah di Hutan Beranang dan saksikanlah pula strategi Farhah untuk terus berada di Hutan Beranang dan tidak dibuang sekolah :)

sure fine whatever
rinn

Sunday, June 3, 2012

Cinta Perisa Dia

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Lynn Dayana
Cinta Perisa Dia
Penulis: Lynn Dayana
Editor: Mazuen Yahaya
Terbitan : Alaf 21
533 muka surat


Kisahnya menarik dan terbyg ala2 pencarian gadis melayu ketika misi pencarian menantu idaman bonda di tv9. Kisah silam Ayumi dan kehadiran Lana menyuntik elemen thriller ke dalam kisah pencarian cinta yang menarik ini. Walaupun suntikan thriller itu hanya di hujung2 cerita, tetapi cukup mendebarkan sama seperti debaran menunggu keputusan Hadif Imran membuat pilihan.


8 calon yg shortlisted setiap sorg dari bckground yg berbeza, namun Hadif lebih tertarik kpd Ayumi yg penuh misteri namun gadis itu kelihatan seperti tidak mahu dirinya terpilih.


Ayumi adalah gadis misteri yg sentiasa berhati-hati kerana dia seorg pelarian. Tapi kenapa dia meletakkan diri di tengah2 spotlight dgn menghadirkan diri di set penggambaran mencari menantu bonda itu? Tarikan rumah anak yatim bonda itu terlalu menggamit jiwanya sehingga dia lupa kedudukannya.

Ayumi seorg bijak, degil dan tegas. Terasa tindakan Ayumi kurang berhati-hati dalam keadaan dirinya dlm pelarian. Rancangan tv9 tu terlalu berprofil tinggi tambahan pula Hadif Imran adalah penyanyi popular yg kacak bergaya. Ayumi bakal menjadi buruan kisah silam yg cuba dijauhinya. Apa-apa pun, rancangan Mencari Menantu Bonda tu lah yang menjadikan kisah ini tambah menarik :)


sure fine whatever
Rinn


meRinnTis blurb/Sinopsis
Cinta itu mana boleh dipaksa. Ditolak, pasti jatuh. Dibuang, pasti sakit. Bagi Hadif Imran, cinta boleh ditangguh sehingga satu detik yang pasti. Dia sudah dewasa, biar dia yang menentukannya. Perisa vanila, coklat atau strawberi... itu haknya.

Bagi bonda, dia mahu menantu. Bonda impikan cinta berperisa iman, bersalut takwa dan dihiasi kasih sayang untuk anaknya. Hadif jadi risau bila bonda sudah naik angin! Bagaimana kalau yang dipilih bonda berwajah ratu, berlesung pipit, tetapi sengau? Atau pandai mengaji, mahir memasak, tetapi rongak giginya? Hadif buntu, bonda naik hantu! Cinta berperisa apa agaknya di akhir cerita?

Rancangan Mencari Menantu bonda rancangkan bersama TV9. Hadif resah dan kecut perut melihat calon menantu bonda. Ada yang terlebih manja, ada yang garang menggoda dan ada yang bahaya untuk dimiliki! Ketar di kaki dilindungi dengan senyuman. Bonda merencana, Hadif susun strategi. Namun kalau sudah cinta... jodoh datang juga tanpa dipaksa.

Sunday, February 27, 2011

Temu Mesra Novelis Alaf 21: Lynn Dayana




Salam all :)

sabtu lepas (26/2/2011), sempat la gi subang parade ngn kengkawan tengok sesi temu mesra dgn Lynn Dayana yg baru saja release novel terbarunya bertajuk Juara Carta Cinta. MPH Subang Parade buat kat ruang legar tempat pesta buku mph. Takder kerusi lah. tapi sesi santai lah. Penulis pun ramai yg datang memberi sokongan. Ada Meen Zulaikha, Dhiya Zafira, Shanika Latisha, Aleya Aneesa, Hezzy Azra, Laila Kamila, Ayu Emelda... ramai.. err ada lagi ka? rasanya lepas kitorang balik pun ada lagi yang datang :)

To Lynn, good luck in your future undertakings. Semoga semakin aktif berkarya. Terima kasih atas undangan dan thanks for the goodies too :) cute!

eh, rossa & niera! mana korang hilang haritu?

Thursday, February 17, 2011

Juara Carta Cinta

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Lynn Dayana
Juara Carta Cinta
Penulis: Lynn Dayana
Editor: Mazuen Yahya
Terbitan Alaf 21 Sdn Bhd
RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90
494 mukasurat
9789831246320


"Aku + Kamu = Cinta Atas Awan" - Haiqal


Kalau tengok kulit depan, kulit belakang, kita dah boleh teka siapa yg juaranya :) so, sedikit membunuh surprise cerita utk melihat penentuan juaranya.


Maya tu suka nyanyi lagu kanak2. sweet! tapi part dia nyanyi lagu injit2 semut tu buat aku terbayang2 muka 'hantu kak limah go back home'. huhu...


Kemunculan awal Haqiem dalam kisah ini cukup memikat, charming dan dia memang sangat pandai mengambil hati. Walau bagaimanapun, sikapnya terhadap Mimi yg over dan ngengada tu buat aku rasa Haqiem tu kelihatan seperti hero novel yg tipikal yang tak dapat menolak kehadiran wanita seperti Mimi dalam hidupnya. He let Mimi masuk control hidupnya/rumahnya at the same time he expect to tackle Maya's heart sedangkan semua tu berlaku depan mata Maya yg merupakan jiran sebelah rumahnya.


LD ada kelebihan menggarap watak antagonis yg cukup menjengkelkan. Memberi kita cukup rasa asam dan garam utk membenci watak2 seperti Mimi dan Nora. Malah Intan yg mulanya watak putih pun berjaya di twist menjadi watak agak antagonis yg menjengkelkan.


Maya Hanum adalah seorg novelis yg ada peminat2nya tersendiri. Dia membuka perniagaan cenderahati yg turut memasarkan novel2 tempatan. Maya ni kalau tengok taste dia, jenis suka lelaki hensem. Dari zaman sekolah, mudah saja dia tertarik dgn Reza yg hensem dan berkarisma. Semasa bertunang dgn Adnan, dia tidak dapat menolak rasa hatinya yg jatuh cinta kepada Haqiem. Maya bukanlah watak wanita sempurna yg sering kita jumpa dalam novel2. Dia adalah wanita biasa yg pernah tewas dgn perasaan. Pengalaman itu menjadikan dia lebih berhati-hati dalam memilih cinta. Dia tidak pernah mahu meniup semula bara cinta lama.


Adnan memang totally out of list la utk dijadikan pilihan. Dia tu sudah jadi suami orang dan apabila tahu isterinya, Intan tidak dapat mengandung, dia segera mengalihkan perhatian kepada bekas tunangnya, Maya. Haqiem juga turut menyesal kerana melepaskan gadis sebaik Maya. Dia berpisah dgn Maya kerana Maya tunangan orang dan menganggap dirinya tertipu sepanjang percintaan mereka. Apabila semua terlerai dan mereka bertemu semula sbg jiran tetangga, Adnan dan Haqiem cuba mengejar semula cinta Maya.


Kehadiran Haiqal menambahkan lagi peserta dalam perlumbaan itu. Kehadiran Haiqal menyebabkan kelebihan 'charming' Haqiem menjadi malap. Wataknya yg cute dan misteri menjadikan kita juga seperti Maya yang tertanya-tanya, siapa dia. Rasanya memang susah nak teka kerjaya Haiqal. Ada ke sesiapa yg dpt meneka dgn tepat? Saat kita mula merasakan manisnya cinta Maya-Haiqal, kilat datang menyambar. Ni bukan metafora, betul2 punya kilat sudah sambar itu heroin lah. Nasib baik la tak mati atau jadi hitam. Rentak cerita menambah debaran cinta bercampur debaran set2 seram tak seram sbb Maya tiba2 bleh nampak bayangan org yg mati tersiksa dlm keadaan yg kejam. ishhh Lynn Dayana, ko memang kejam. huhu...


Dalam Jika Benar Cinta, LD banyak menggaul unsur komedi dalam penyampaiannya dan aku sangat suka. Hak Cinta Terpelihara menonjolkan kelebihan LD mengendalikan banyak watak dalam ceritanya. TArikh Luput cinta dan Cinta Edisi Terhad menyerlahkan kelebihannya dalam mengalunkan kisah cinta-thriller. dan kehadiran Juara Carta Cinta menunjukkan bagaimana LD menggabungkan cinta-komedi-thriller sbg satu kisah yg sangat menarik :) Tahniah atas kelahiran novel ke5 ni. Lahirlah seorang lagi penulis prolifik Alaf 21. Semoga terus aktif berkarya.


sure fine whatever
rinn


blurb/novelcinta@multiply/sinopsis


"Mari Raikan Cinta!" - Haqiem
"Kembali sayangi aku" - Adnan


Ini kisah kejiranan yang gila. Ada pokok yg disiram air panas. sampai kiamat pasti tidak subur! Ada karipap yg berintikan julap, maka penatlah berulang-alik ke bilik termenung. Maya tersepit umpama inti sadwic yg dihimpit rapat oleh roti panas.


Jiran sebelah kiri selalu membuatkan dadanya terasa mahu pecah. Bekas kekasih yg tidak faham makna tidak. Kata hati Maya, sejarah lama tidak akan berulang kembali. Kata hati Haqiem, sejarah mengajarnya utk tidak melepaskan wanita idaman hati. Maka, remuklah jiwa Maya bila kerap diasak.


Jiran sebelah kanan pula membuatkan Maya pening. Besarnya bumi Malaysia, mengapa lelaki itu memilih utk membeli rumah di situ juga? Sudah beristeri, mengapa masih mencuri pandang pada dia?


Kehadiran lelaki yg tidak diketahui namanya itu membuatkan Maya gila! Lelaki ini kaya dgn teori.


Dunia Maya kacau bilau bak diserang garuda. Siapakah juara di dalam carta cintanya? Yang kanan? Yang kiri? Atau yg sering singgah di dalam hati?



Monday, May 10, 2010

Cinta Edisi Terhad

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Lynn Dayana
Cinta Edisi Terhad
Penulis : Lynn Dayana
RM19.90
sabah/sarawak: RM22.90
cetakan pertama 2010
Alaf 21 Sdn. Bhd
489 mukasurat


"Cintamu membawaku ke langit biru..."


Permulaan cerita sudah membuat kita terasa aura 'thriller' yg bakal menyelubungi kisah ini. Walaupun menjadi mangsa runtuhan bangunan, ketiga-tiga watak utama cerita ini panjang umur, dan itulah menjadi titik permulaan perubahan besar dalam hidup mereka. Tanpa mereka sedari ada insan keempat yg turut menghayati luahan rasa mereka ketika menunggu bantuan tiba. Insan keempat yg bakal membela nasib yg mereka walaupun ada nyawa yg bakal dikorbankan... jeng jeng jeng...


Lynn Dayana kelihatan seperti semakin selesa dan serasi menyulamkan kisah cinta dan thriller dalam satu novel. Pengisahan thriller-misterinya membuat kita ingin tahu apa yg tersembunyi di sebalik kisah ini dan kisah cintanya juga mencuit perasaan.


Tentula aku paling suka kisah Zira Maya & Qairil. :) Zira Maya seorg anak angkat yg dahagakan kasih ibu. Ibu angkatnya tidak pernah menganggapnya sebagai anak. Hanya ayh angkatnya yg memberi kasih sayang tanpa berbelah bagi dan meninggalkan harta kekayaan kpdnya. Dia membesar menjadi seorg wanita berkerjaya yg kelihatan sombong dan bongkak (dan bos yg garang). Ibu angkat dia tu cuma gunakan Zira Maya utk bermegah2 dgn kawan2 kerana Zira Maya seorg gadis yg sgt cantik. Tapi Zira Maya tetap rasa terdera.


Pertemuan dgn Qairil (selepas kejadian bangunan runtuh) membuat hidupnya terganggu. Qairil seperti dpt mengesan the soft side of Zira Maya yg terkenal dengan sikap wanita besinya. Kehadiran watak Elisha sedikit membunuh kegembiraan aku terhadap perkembangan hubungan Zira Maya & Qairil. Dah la family Qairil pun dah suka kat Zira tu... Apada Qairil tu dah ada makwe, still nak ngorat Zira. Tapi makwe dia tu ntahapa-hapa jer perangai. Patut ar Qairil ushar org len.


ha ada sapa2 yg akan panjat gunung Kinabalu dlm masa terdekat ni? elok la baca buku ni utk panduan apa preparation nyer :)


Kisah Haida dan Fariz adalah lebih misteri. Setelah sekian lama bertunang, Haida dihantui dosa lalu. Fariz cuba memahami tetapi Haida semakin menjauhi. Walaupun si petualang sudah tiada namun rasa bersalah tetap menghantui dan membuat dia merasa menjauhi Fariz adalah lebih baik kerana dia merasakan dirinya tidak layak utk lelaki seperti Fariz. Aku tekejut juga bila tau siapa Dahlia tu sebenarnya. Memang unexpected!


Paling geram baca kisah Julia Hana yg menjadi mangsa suami curang. Julia adalah isteri yg baik dan disenangi ibu mertuanya. Tapi Hairul sudah hanyut dlm cinta nafsu. Julia terdera. Sedih giler biler dia tak sempat gi tengok mak dia yg meninggal dunia tu dan Hairul tu buleh tak nak amik tau langsung. Memang sangat puas hati dengan nasib Hairul akhirnya. Bila tau ex bini dia pandai buat duit, sibuk pulak nak tuntut hak. hishhhh memang badigol.


Orang keempat yg menjadi misteri dlm citer siapa? dan siapa yg dia buru? kena la baca sendiri ;)


sure fine whatever


sinopsis/blurb:


Di bawah timbunan batu-bata, mereka memulakan bicara. Kisah hati yg sepi, hidup yg malang dan cinta yg tidak kesampaian. Mereka sama-sama bermimpi mahu mencapai bintang, namun mereka sedar kaki terantai ke bumi.


Bagi Haida Fatma, pertemuan itu mengujakan dan dia mahu mengubah kehidupan. Masa silam yg hitam mahu dibersihkan buat bekalan masa hadapan yg lebih sempurna.


Pada Julia Hana pula, terperangkap di bawah runtuhan bangunan menyedarkan dirinya yg si suami sudah hilang rasa cinta. Jadi dia harus membebaskan diri daripada terus terbelenggu!


Rasa kasih, sayang, malah setitis cinta... sudah lama tidak singgah di hati Zira Maya. Yang ada cuma kekosongan. Dia lupa makna bahagia. Dia alpa dgn materialistik dunia. Dihampiri Malaika maut, dia berasa kerdil dan terpinggir.


Tragedi bangunan runtuh itu menemukan mereka bertiga. Perjalanan hidup yg sepi kini seakan terisi. Namun, adakalanya menyayangi amat sukar dilakukan apabila batas diri terus menghantui. Bahagia itu milik mereka yg berusaha.


Mampukah mereka meraih cinta yg terhad haknya?

Sunday, March 8, 2009

Tarikh Luput Cinta

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Lynn Dayana
Tarikh Luput Cinta by Lynn Dayana
Terbitan Alaf 21
Tahun 2009


"Kasih kita 'kan abadi kerana waktu mula terhenti di saat kita bersua"


Buku ni saya dapat semasa karnival mini karangkraf 28/2/2009 yg lalu. Seronok gak dpt buku awal dari orang lain. hehe. Sapa2 yg gi karnival tu sure dah bli buku ni. Tengok tajuk nya saja dan teruja nak membaca nya. Cinta pun ada expiry date?


Lynn Dayana mencari kelainan utk menyampaikan kisah 'benci jadi cinta' ini. Misteri dan adventure yg diselitkan meletakkan cerita ini dalam phase yang laju dan agak sukar utk meletakkan buku ni selagi tak tau apa akhirnya. LD menyelitkan kata2 yang bermula dengan "kalau hati ini..." pada setiap permulaan bab dalam novel ni. Patutla kalau tengok entry blog dia sebelum ni ada macam2 jenis ayat "kalau hati ini..."


Pada permulaan cerita, perasaan Imanina terhadap Hilman agak kuat sehingga watak Airel dirasakan sangat menyakitkan hati. Tapi as the story goes Airel semakin membayangi monopoli watak Hilman walaupun Hilman tak byk muncul dlm bab2 buku ini. Mula2 tu memang la rasa Hilman tu sangat baik dan kinda hoping dia terima Imanina tapi biler dia kata dia sanggup tinggalkan tunang dia yg manja tu utk Imanina saya rasa terkilan dan macam meluat lah pulak. Nampak macam dia lelaki yg tak tetap pendirian lah pulak. Airel tu pulak, ya Allah ya Rabbi, Imanina baru nak sejuk dia dah buat org tu hot balik.


Kisah ini bermula dengan misteri. Misteri yang menemukan 3 manusia yg belum pernah bersua sebelum ini. Misteri itu menjadikan mereka akrab. Namun mereka perlu mengalahkan satu sama lain demi RM22.5juta. Persaingan mereka bertiga ni set2 persaingan yg sihat la. tapi misteri bertambah lagi apabila nyawa mereka terancam. Mereka saling mengesyaki tapi ternyata ada org keempat dalam persaingan itu. Set2 macam citer 'The Aprentice' campur 'Survivor' lah pulak. Diorg kena uruskan 3 jenis business sorang org kaya misteri dan siapa yg mengumpulkan jualan terbanyak akan diisytihar sbg pemenang dan dpt pegi bercuti. Dalam kisah ni tak der lah diceritakan sangat tentang kerja2 mereka, apa yg mereka buat utk tambah sales semua tu tak der la cerita mendalam. LD lebih concentrate kepada conflict dan misteri di sekeliling ketiga-tiga watak utama.


Konflik memang byk dlm kisah ni. bukan sekadar konflik misteri, konflik hati, perasaan, emosi pun banyak jugak. Rezzal sangat senang dgn chemistry antara Imanina dan Airel tapi diorang berdua tu pantang berjumpa kerana pasti akan meletuskan peperangan mini. Rasanya hampir dalam setiap bab si Imanina tu beristigfar menahan amarah dan menahan diri dari mengumpat dan mengeji Airel yang kuat menyakat tu.


Airel tahu yg Imanina menaruh hati pada Hilman yg sudah bertunang. Lagi lah mudah dia nak menyakitkan hati Imanina. Imanina sentiasa cuba mengelak berurusan atau bertemu dgn Airel tapi setiap kali kesusahan menimpa, Airel lah org yg pertama bergegas mencarinya. Terima kasih adalah antara kata2 yg paling sukar utk dilafazkan kepada Airel kerana apa saja perkataan yg keluar dari diorang ni pasti akan menjadi punca perbalahan.


TAwaran 22.5juta itu ada sebenarnya berpunca dari satu dendam yang dicetuskan oleh 3 wanita yang amat-amat penting dalam hidup Rezzal, Imanina dan Airel. Imanina dan Airel mahu keluar dari pertandingan itu tapi Imanina terpaksa memilih, bayar saman RM1juta atau terikat selama-lamanya dgn Airel. Kalau korang jadi Imanina, nak pilih yg mana satu? hehe.


Lynn!! tak der nama lain ka ko nak bubuh kat culprit tu. aduih.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:

Airel, seorang eksekutif muda telah dituduh pecah amanah kerana menggunakan wang syarikat. Disebabkan tuduhan itu, dia diberhentikan kerja serta-merta.


Dalam kesempitan hidup, tiba-tiba dia ditawarkan dengan harta bernilai RM22.5 juta daripada seorang lelaki yang tidak dikenali. Namun, untuk meraih harta itu, dia dikehendaki ke Langkawi. Di sana, dia bertemu dengan Rezzal dan Imanina. Mereka juga mendapat tawaran yang serupa.


Tuan Haji Kamarul, seorang lelaki tua yang sangat berpengaruh. Namun, sayang... dia tiada anak untuk mewarisi segala perniagaannya. Lantaran itu, Airel, Imanina dan Rezzal telah dipilih untuk menjadi pewarisnya. Namun, dia bukan ingin memberi dengan cara yang mudah. Tarikh luput diberikan kepada mereka untuk merebut harta ini.


Pada saat impian hampir tercapai, tiba-tiba wujud insan keempat sebagai pesaing. Pesaing yang inginkan mereka semua musnah! Musnah, supaya harta yang diidam-idamkan itu menjadi hak mutlaknya seorang. Namun, siapakah insan keempat ini dan apakah muslihat Tuan Haji Kamarul memilih mereka untuk merebut hartanya?


Sempatkah salah seorang daripada mereka memenangi pertandingan ini sebelum tarikh luput yang diberikan? Tarikh Luput Cinta... Debarannya menyesakkan dada!


512 mukasurat
RM19.90
isbn 9789831244210


Tuesday, September 2, 2008

Soft-Launch Rindu Belum Berhenti




Soft Launch Novel Rindu Belum Berhenti (Dhiya Zafira)
Lokasi : Pizzahut Maju Junction
Tarikh/masa: 30 Ogos 2008, 10 pg


Nasib baik soft-launch ni buat pagi 30 Ogos, kalau buat petang, memang tak pegi la jawabnya. Sbb petang tu dah nak balik kampung. Teringat saya masa dapat emel dari kak Kusyi Hirdan yang jugak buat majlis pelancaran siri Kembara Hafiz pd 30 hb jugak jam 2.45 petang. Masa tu dah kena ada kat terminal lah, tunggu bas. Insyallah ada rezeki lain kali saya pergi.


Saya keluar dalam lingkungan pukul 8.30-9pg. Thanks Ami sudi hantar sampai LRT sg Besi. Sampai tu terus singgah Puduraya sebab nak beli tiket balik raya. Alhamdulillah semua tiket dah dapat, tak payah la risau nak pergi balik raya ni :) Saya ke stesen Bandaraya dgn Amy yang ada program shopping sepanjang hari tu. We split kat Sogo. Teringat wajah2 penuh senyuman sambil tunduk hormat menyambut pelanggan2 awal dalam Sogo.


Saya sampai kat Maju Junction pukul 10 lebih. Masa tu orang tak ramai lagi.. org pertama yg aku jumpa adalah Suh :) Rindu la Suh lama tak jumpa. Nanti jgn lupa emel2 gambar, mana la tau ada tersangkut muka den kat dlm kamera Suh tu.


Tak jauh dari pintu masuk Pizzahut tu Dhiya Zafira dah menunggu dgn senyuman paling manis :) thanks so much sudi jemput. Kenyang betul makan aneka piza.


Sebenarnya saya tak pernah tahu pun Maju Junction tu kat mana. Selalunya sampai Pertama KOmpleks jer, tak penah pegi beyond that.


ADa jugak penulis2 Alaf yang lain spt Hezzy Azra, Lynn Dayana, Eka Fahara, Lily Haslina Nasir, Laila Kamilia, Norzailina Nordin


Pengerusi Majlis hari tu adalah Laila Kamilia. Pokcik Mersik, Carrie Kirana & wakil gengkicap pun ada :)


Tahniah Dhiya Zafira kerana berani mencuba kisah aksi thriller. :) memang thrill lah! Bagi yang mahu kelainan dalam pembacaan kisah thriller, bacala Rindu Belum Berhenti nih. Masa weekend hari tu dah abis baca. blum sempat lagi taip review.


Kebetulan pulak saya nak bawak balik novel utk adik. Ada di antaranya novel Lily Haslina & Laila Kamilia, dapat la amik signature :) Rezeki saya la nak dapat autograf Laila Kamilia sebelum dia berangkat ker Germany.


sure fine whatever
Rinn

Tuesday, August 5, 2008

Lynn Dayana Di Astro Awani




Saksikan temuramah astro awani (Linawati) dengan Lynn Dayana, penulis novel Jika Benar Cinta dan Hak Cinta Terpelihara. brapa haribulan tak ingat lah.. tapi dlam bulan Julai 2008 lah dalam rancangan WW.


Recorder: Storm MP4
video compilation guna Window Movie Maker
Format video: WMV


sure fine whatever
rinn

Monday, July 21, 2008

Lynn Dayana di Astro Awani

Start:     Jul 23, '08 11:45a
Location:     Astro Awani 501
Penulis Novel best Jika Benar Cinta & Hak Cinta Terpelihara akan ditemuramah Dang Suria di Astro Awani, jam 11.45 pagi esok dalam Rancangan WW.

Astro Chanel 501

Siaran ulangan 6.45 pagi hari Khamis kalau tak silap. :)

sure fine whatever
rinn

Thursday, May 29, 2008

Kuala Lipis, Alamanda

Kuala Lipis dan Alamanda


Akhirnya aku berjaya memenuhi jemputan Diana utk berkunjung ke rumahnya kat Kuala Lipis. Entah berapa kali tertangguh dan nyaris2 jugak pemergian kali ni tertangguh.


Sepatutnya saya ke sana pada 16 Mei 2008, bas malam. Sebaik saja habis waktu kerja hari tu jumaat tu saya terus ke stesen bas pekeliling. Saya keluar agak lambat dari ofis sebab banyak kerja betul yg nak kena settle di saat2 akhir tu. Bila sampai kat pekeliling tiket2 ke Lipis semua dah habis, so saya beli lah tiket bas pertama ke Kuala Lipis keesokannya.. So saya balik la malam tu semula ke putrajaya. Tapi masa dalam tren saya tak perasan yang saya naik tren ke Ampang, bukannya Sri Petaling.. sedar2 jer dah sampai stesen Maluri.. haha.. mencicit lari kuar tren utk tukar tren dan berpatah balik ke chan sow lin.


Kat Chan Sow Lin tu lama juga la tunggu tren sbb tren yang sampai masa tu dah penuh padat sendat dat dat semua.. nak nyusup pun dah tak celuih. Dah sampai ke stesen ERL putrajaya, saya terpaksa ke opis utk amik kereta bagi memudahkan saya ke ERL station pagi2 esoknya.. letih jugak la badan biler sampai ke rumah.. sepanjang perjalanan tu saya baca buku Sentuhan Kasih by Halina Kamarudin.. tinggal beberapa helai saja utk dihabiskan bila sampai ke rumah malam tu.


Esok pagi saya bersiap2 awal macam nk pegi keja pulak. Masa kat pekeliling tu saya beli la karipap for breakfast di gerai yang betul2 depan tangga LRT. Hampeh. Dah la tak sedap.. karipap kentang macam perangat and ada xtra inti semut yg ada sayap tu.. aduih.. susah nak cari orang berniaga kuih yang buat kuih betul2 utk dijual. Setakat buat tak mementingkan kualiti macam tu, buat makan sendiri dah la. Mati selera makan saya pagi tu. Sepanjang perjalanan saya baca novel "Ada Cinta Di Hati" by Emma Maizura. Saya ingat nak bagi diana pinjam sbb dia ni peminat setia citer2 kisah cinta lepas kawin. Teringat betapa bersungguh2nya kitorang nak cari novel "Sentuhan Kasih by Halina Kamarudin" dulu.. nasib baik la dpt beli masa pesta buku PWTC yg lalu.


Saya sampai ke Lipis sebelum tengah hari. Kedai Diana terus beroperasi hingga jam 2ptg so sempat la dia bawa saya makan nasi ayam kat kedai di situ.. lapar lah sbb pagi tadi karipap saya tak tertelan.


Petang tu kat rumah diana, makan nasi lagi, mak dia dah siap hidang dah.. so jamah jer lah. SEronok tengok koleksi buku2 yg agak lama di rak Diana. sempat juga saya habiskan membaca beberapa buku nipis yang ada di situ. dan yang highly recomended by diana adalah Menumpang Kasih Mengharap Sayang. Memang best! Sempat juga saya capture gambar cover2 lama novel Jendela Hati, Kisah Kasih dan Jauh.


Malam tu Diana bawa saya makan kat luar. Hotel apa yer atas bukit tu? *garu pala* haha tak ingat, yg ingat kitorang makan sampai kenyang giler. tak sampai 10 jam saya di Lipis, dah 3 kali saya makan nasi! adeh abeh aar diet aku.. haha. apa2 pun makan2nya memang enak sekali.


Balik jer ke rumah diana malam tu aku dah ngantuk. Aku terlena awal jugak, tapi Diana bersemangat nak abiskan baca "Ada Cinta di Hati". Esoknya pagi2 buta gi teman diana beli sayur kat pasar.


Tengah hari tu Diana masak special haha.. aku blasah nasik lagi. sabo jer aku.


petang tu ronda2 sekitar lipis. Sian diana malam tu siap goreng keropok lekor tapi aku dah terlena. hehe.. ngantuk aar, makan kenyang, asyik nak melingkar saja lah.


Sekejap jer dah sampai ahad. Thanks so much diana for your hospitality, ada rezeki insyallah saya sampai lagi kat situ :)


Paling tak sangka, weekend baru2 ni saya dpt jumpa kak ima! Nanti jgn lupa singgah lagi tau kak ima, jgn la segan2 hehe nanti saya masak oat lagi utk kak ima. Sampai juga hajat nak menemukan kak ima dgn Sue dan Lynn. before ni tak jadi sbb kak ima tak jadi datang pesta buku hari tu.


Tak rancang langsung nak tengok wayang petang ahad lalu.. ada lynn ngan sue, jadi saja. dah bertahun aku duduk sini ni la baru pestaim tengok wayang kat alamanda. Kitorang tengok citer Indiana Jones. bergambar tak hengat dgn poster2 wayang. siap posing kat kerusi Narnia lagi ha.


sure fine whatever
rinn

Sunday, April 13, 2008

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 - part 2




12 April 2008, Sabtu. Aku berkesempatan lagi ke Pesta Buku, kali ni dengan Ta. :) thanks sudi temankan saya jalan2 beli buku dan juga sudi amikkan gambar.


Sampai awal pulak hari sabtu tu, dalam lingkungan 9.30 lebih la.. sbb Ta kata nak early bird, aku tak sure burung bangun pukul berapa. haha. sampai2 jer terus tala ke toilet dan kelihatan la kak Lily Haslina tengah touch up tempek2 apa yang patut kat muka.. kan sepanjang hari tu akan bergambar sakan. huhu.


Lepas Rose & Lynn sampai, kitorang breakfast sama2 sementara menunggu Ta sampai. Mcm2 diborakkan, aku makan jer sbb lapo x sempat bekpes kat rumah. then lepas Ta sampai, terus la ke booth Alaf. Sempat la posing pagi2 sementara masih segar bugar, kang petang2 dah layu.


Sempat kena usik 'gebu' dgn kak aisya sofea.. patut aar dia sandar lebih2.. aku tengok ada gak beberapa writers kalau bergambar suka menyandar hehe..


aku memulakan beli buku2 yang kengkawan pesan, sbb mgu lepas aku dah beli most buku yg aku nak, so minggu ni tolong belikan utk orang pulak. Selesai jer yang tu kitorang ke booth Jemari Seni sbb Ta nak beli buku2 yang Sue dah pesan. Waaaah ramai betul kat booth jemari seni! Kak Su kena sewa dua booth la tahun depan! hehe.. Masa dok ushar2 booth tu terserempak ngan ahada n fitrina. Thanks sudi tegur! terharunya :) penulis pun ramai jugak! ada Ruby Hazri, ada Syud, ada Nazurah Aishah, ada John Norafizan and of course Noor Suraya pun ada. Kak yah, thanks sudi kenalkan saya kat Ruby Hazri. segan lah pulak.


Lepas beli buku yang Lynn pesan kat booth fajar pakeer (sebenarnya nak intai2 kot2 bikash dah sampai kat booth karnaDya tapi tak kelihatan), kitorang memusing2 kat tempat tu cari kaki novel nyer booth. akhirnya jumpa dan tak sangka pulak dapat jumpa Izzul Izzati. Aku suggest Ta beli ...dan mimpi pun bersatu.


Peh tu dah tak tau nak jalan mana, kitorang balik ke booth alaf. Aku banyak buat kerja2 fotografi. Sbg seorang peminat novel aku paham perasaan orang yang dok tengok author2 glamer ni. Diorang teringin nak amik gambar tapi segan. so sapa yang kat situ memang aku tanya, "nak amik gambar ke? meh saya tolong". Aku pun kalau jumpa author memang nak bergambar. Bukan senang nak jumpa. lagipun boleh tambah koleksi gambar.


Aku tak tau naper aku maleh nak jalan2. Selalunnya aku ni kuat gak meronda. Then aku tengok muka Lynn excited sambil tunjuk orang kat sebelah aku, "eh! rinn, Rinn!" tu saja dia cakap smbil tunjuk kat minah sebelah aku. "ni kipas besar kau" kata Lynn. Tengok2 Bikash Nur Idris! waaaaaaaaah sonotnya.. lepas tu semangat aku nak merayau rayau dah hilang, rasa dah complete dah pestabuku kali ni.. nasib baik la aku tak pi mana2. ada chance gak nyembang2 dan bagi Bikash sain buku2 dia yang aku bawak. Yg tak bawak pun ada, simpan utk pertemuan di lain kali. Lynn tak caya ni pestaim aku jumpa Bikash. memang pestaim bertontang mato tu lynn.


Lepas packing bag, join diorang makan. Sebenarnya dah laaaaaama nak tanya kak Norzailina Nordin, macam mana dia boleh tau ASMAWI akan kawin dengan NORASHIKIN. haha.. dia pun macam terfikir jugak. mcm mana dia boleh tahu ye? kak lina ada sixth sense. Saya cadangkan kak lina wat relaunch Arca Kasih, minta Mawi ngan Ikin rasmi kan. lagi la meletup letup jualan.


Selesai jer makan & bergambar ngan Dhiya Zafira & Lynn Dayana, aku ngan Ta pun balik la.. aku terus ke bandar tasik selatan sementara Ta turun dgn beg2 plastik di kiri kanan tangannya di stesen masjid jamek.


Esoknya, kalau ikutnya nak temankan cekputeh jumpa Ruby Hazri di booth JS tapi cp demam lah pulak! ala kesiannya.. so aku gunakan hari ahad itu utk merehatkan diri. Org2 yang aku nak jumpa minggu ni spt Bikash, Ruby Hazri, Syud dan Lily haslina dah berjaya ditemui so aku dah jadi tak semangat nak pegi last day tu. Yg lain2 yang sempat aku jumpa, ermm Kak meen zulaikha, damya hanna, ramlah Rashid (thanks sudi tegur saya). Tahun ni novelis alaf byk sedia cenderahati utk fans yg bertuah seperti Rose, Lynn, Norzailina, Meen Zulaikha dan Damya Hanna. Thanks!. Maya, harap2 satu hari nanti kita dapat jumpa ye?


sure fine whatever
Rinn

Sunday, February 3, 2008

Bersama Lily Haslina Nasir, Rose Harissa & Lynn Dayana

Tanggal 19 januari yang lalu sempat juga berjumpa dgn Lynn, Sue & Ta demi utk mendapatkan Hak Cinta Terpelihara dari tangan penulisnya sendiri.. huhu terharu.. thanks.. kenyang betul hari tu.. Ta, nice meeting u, Sue, pleasure to meet you again.. tapi kita x byk sembang tht day.. best gak kalau dpt borak2 kosong macam kat KL Sentral hari tu :)

Tanggal 27 Januari yang lalu saya menjejakkan kaki ke teratak kak Lily Haslina Nasir. Thank you Lynn Dayana, Rose Harissa dan Sue kerana sudi include saya dalam program ni :) lama tak jumpa Rose, ermm rasa mcam rindu lah pulak (*malu2) haha.. kalau cakap depan dia sah2 nak kena sekeh.

Memang meriah ler biler 3 penulis ni bertemu.. ada saja yang nak diluahkan. SEkali sekala Kak Lily H melemparkan soalan kat aku, terkedu jugak nak jawab sebab tak biasa sgt ditanya berdepan macam tu. pestaim, lama2 biasa la kot. yg aku perasan, tk banyak yang aku dpt jawab penuh sbb Rose ngan Lynn ada. Ada saja yg nak dibincangkan.

Selang seminggu saja Cinta Mekar Di Hati pulak berada di tangan saya.. Thanks Rose :) Nasib baik bawak beg galas utk menyumbat buku2 yang Lynn & Rose bawak.

Sori lah kalau saya ni tak banyak cakap.. malu ada segan ada terkedu pun ada :)

anyway thanks for everything! kat bawah ni ada gambar2 menarik semasa ada kat situ.. nak ajak diorang bgambar segan lah pulak.. maybe next time, bila dah tak segan. Lagi pun yg bawak hari tu kamera lama yg boleh amik movie jer. Yg lagi satu tertinggai kat kulim.. hampeh betul aku.

sure fine whatever
rinn

 

sure fine whatever

Rinn

Hak Cinta Terpelihara

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Lynn Dayana
Hak Cinta Terpelihara by Lynn Dayana
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd

"Hanya kau yang bisa membuka pintu hatiku di penjara masa"

Akhirnya saya terima jugak buku dari penulisnya sendiri.. hari ini dalam sejarah tu.. pestaim ;) minggu kerja yang sibuk saya sulamkan dgn membaca buku ni. MAsa kali pertama tengok cover buku ni saya rasa tajuknya agak special and quite catchy.. tambah pulak dgn cop mohor berwarna biru utk perkataan "terpelihara" mampu menangkap mata penggemar novel.

Kisah persahabatan dan cinta tetapi ada misteri yang perlu diungkai oleh pembaca dgn mengikuti kisah ini. Kehadiran watak "Ain" yang ada tetapi tak ada menjadi teras utama kisah sahabat2 ini. Qartini, Neesa, Yus, Sarah ada kisah2 tersendiri yg turut juga menimbulkan misteri sepanjang pembacaan.. LD byk bermain dgn isu misteri dalam buku keduanya ni. Tak byk 'teknik loyar buruk' dimasukkan dalam kisah kali ini.. byk "teka teki nak kena lekuk". Dlm byk2 teka teki yg diberikan, hanya satu yg saya dpt jawab dgn tepat. Memang mereng la Raihan tu. Kalau dulu Jika Benar Cinta saya katakan boleh dijadikan buku panduan loyar buruk, HCT ni pulak boleh jadi buku panduan teka teki yg susah nak teka. haha.

Sebenarnya sepanjang membaca buku ni, saya byk terkenangkan hasil tulisan "Unknown Author" semasa saya di Jiwangunited beberapa tahun yang lalu. Kisah yg dialunkan penulis misteri itu dan memang membuat peminat2 FnA tergolek-golek dilanda jiwang.. haha.. saya ni memang suka citer jiwang2 tambah2 kalau ada unsur komedi yang diselitkan. watak2 Qartini dan Eric memang menyerlah di mata saya dan saya sentiasa ternanti-nanti kemunculan mereka. Memang pasangan yang menjiwangkan hehe.. tambah2 pulak masa taip review ni saya pasang lagu "Aku Pencintamu" nyanyian Felix.. *senyum* Lynn, kena bagi Eric nyanyi lagu ni. :)

Nampaknya pengaruh filem hindustan masih kuat dlm LD sebab Eric menggunakan tactic hero hindustan "pikat keluarga" sbb Qartini tu terlalu keras hatinya utk menerima cinta.

SErba sedikit tentang kisah ini.. Bermula zaman belajar di USM. Ain, Qartini, Sarah, Neesa dan Yus, 5 sahabat yg akrab, di tengah2 mereka ada Hairi. Hairi yg mulanya dijadikan 'bench mark' utk menentukan "best woman wins". Qartini sekadar menyahut cabaran Ain dan hati kedua2 gadis itu terusik dgn kehadiran Hairi. Rayuan Ain membuatkan Qartini mengundur diri. Sarah menyalahkan Qartini apabila tiba2 Ain tak jadi berkahwin dgn Hairi. Qartini dan Hairi spt menyimpan rahsia kehilangan Ain. Sarah terus dgn teorinya yg tersendiri manakala Neesa dan yus dlm keadaan serba salah. Persahabatan itu akhirnya terlerai dan beberapa tahun kemudian mereka ditakdirkan bertemu semula apabila tibanya sekeping kad jemputan perkahwinan yang tidak disangka-sangka.. jeng jeng jeng.

Ain pergi bersama misteri yang tak terungkai.

Qartini ni tersiksa dr segi emosi lantaran latar belakang kelahirannya yg menjadikan dirinya dibenci nenek dan keluarganya. Kasih ibu dan datuknya byk merawat luka dan pengalaman hidup menjadikan dia wanita besi. Nasib baik la Eric ni jenis tak mudah berputus asa, kalau orang lain dah lama blah dah.

Sarah. menderita penyakit yg takkan sembuh. Kasihnya dicurah sepenuh hati buat suaminya, Kamal dan anaknya, Dina. Tapi bencinya kpd Qartini terlalu kuat. Dia 'pergi' bersama prasangka.

Yus. Cintanya diburu Amir, lelaki yg sudah beristeri. Amanat Sarah supaya dia menjaga Dina tersandar di bahunya setelah sarah pergi menyahut panggilan Ilahi. Dia semakin rapat dgn Dina dan keakraban itu menyebabkan dia sentiasa berada di hadapan mata Kamal. Nama mak tiri dan bapa Yus adalah Rosnah dan Johari. bila baca, asyik teringat kat pelakon Rosnah Johari tu. :)

Neesa. Konflik rumahtangganya berpunca dari suaminya, Hakim yg pasang surut moodnya, ditambah pula dgn misteri panggilan telefon yg mengatakan mereka makan harta anak yatim menjadikan Neesa meragui keikhlasan suami sendiri. Nasib baik anaknya Adila menjadi penghibur di kala duka. Siapa sangka dugaan yg tiba menjadikan Hakim lelaki yg lebih baik untuk Neesa.

Hairi. SEtelah Ain pergi, cintanya masih ada utk Qartini tetapi Qartini tidak mahu terus menjadi sasaran tohman dan prasangka buruk rakan2nya. Hairi berkahwin dgn pilihan keluarga dan perkahwinan itu menjadi titik tolak terungkainya misteri yang telah lama disimpan.

Eric. Eric dan Qartini sama2 degil dan mungkin sebab itulah Eric tau macam mana nak handle Qartini. Dia berjaya membuat Qartini menanggung rindu dan mengejar cintanya.

Bukan senang nak jumpa byk watak yg ada kekuatan dalam satu buku and LD managed to pull it off. Saya risau gak bila mula2 baca ada byk watak ni, tak ramai penulis yang berani menggunakan penceritaan begini kerana kebanyakan pembaca suka baca main characters saja. Selain HCT, Pemburu Mimpi by Saleha Hussin juga menceritakan byk watak begini tetapi sangat menarik perhatian. Thank you Lynn.. satu ni nak tanya ni.. masa Fahmi tegur gigi Adila tu, betul ker 1cm? bukan 1mm ke yg layak dipanggil 'gi'? atau 1cm tu ukur sekali dgn akar? hehe. lagi satu ni.. apersal dalam buku ni asyik Qartini jer datang bulan?

sure fine whatever
rinn

sinopsis belakang buku:

Antara mereka pengikatnya, adalah Ain. Saat hubungan yang erat terputus, Qartini dipersalahkan lalu kesemuanya membawa haluan sendiri. Lima tahun berlalu, sekeping kad undangan perkahwinan mencipta pertemuan. Luka lama kembali berdarah!

Qartini kini diburu Eric yang sanggup melupakan lingkaran kisah hitam hidup gadis itu kerana dia sendiri menyimpan rahsia.

Sarah yang berada di ambang kematian meninggalkan amanah kpd Yus agar mengasihi anaknya. Mampukah dia memikul tanggungjawab itu?

Yus yang didatangi cinta suami orang mencari perlindugan. Akan adakah hati yang terusik?

Neesa pula dikejar mimpi ngeri bila suami tiba-tiba berubah laku. Mampukah istana yang dibina berdiri kukuh sedangkan ombak ganas melanda?

Sesungguhnya, mereka tidak pernah mengimpikan laluan hidup yang sukar. Hak untuk dicintai dan mencintai, siapa mereka untuk menentukan?

Qartini - cinta memerlukan persamaan yang mewujudkan keserasian.

Sarah - Cinta itu setia yang tidak berbelah bagi

Yus - Cinta sentiasa perlukan pengorbanan.

Neesa - Cinta adakalanya penjara yang memagari jiwa

namun jika cinta itu sudah menjadi hak, maka menjadi tugas untuk memeliharanya walau perlu bergadai nyawa. Percayalah... Jika Benar Cinta maka Hak Cinta mesti terus Terpelihara! Jangan sampai ketinggalan.

RM19.90

562 mukasurat

Wednesday, October 17, 2007

Buka puasa bersama Lynn Dayana & Sueailee

7-10-2007 Buka puasa bersama Lynn Dayana & Sueailee

Tak sangka di hujung minggu terakhir hari sabtu di bulan Ramadhan yg lalu dpt mesej dari Lynn utk buka posa sama2 kat Alamanda. Lynn bwk Sue, so saya bawak Amy ngan Anis utk berkenal-kenalan dgn penulis kiter :) Kebetulan Anis tengah baca buku JBC, rasanya tahun depan habis la tu. Thanks Lynn sudi otograf buku utk rakan jiwanganku, Suh.

Pestaim bertentang mata dgn Su, before this kami byk berpantun jer di alam cyber. Macam dah kenal lama kan? cuma bila dah jumpa face to face ni, bunga pantun semua hilang pi mana taktau la. Walaupun Rose tak der, kena jugak sebijik dua 'kepala otak' dgn Lynn kat chicken rice shop tu.

Selesai makan, kitorang bergerak ke MPH & atas saranan Amy aku gunakan bajet buku bulan ni utk bli novel 'Kalung' by Zahida Zarkasi. Ntah la bila nak baca, siap bawak balik kg ni, tapi plastik pun tk sempat nak bukak lagi. Kitorang sempat jugak bergambar dgn kamera aku yg mereng sikit tu. huhu. Lynn.. sebenarnya kamera tu tak leh amik gambar. Dah rosak. so yg amy amik tu sebenarnya movie.. hehe.. balik rumah saya capture jer frame by frame, terhasillah gambar2 yang saya email tu. Su ngan Lynn macam konfuse plak sbb aku kerap tukar tempat masa 'bergambar' tu.

Tahniah buat Lynn atas cetakan kedua 'Jika Benar Cinta' dan novel baru yang bakal muncul hujung tahun ni. Sebelum balik tu sempat gak saya singgah kat google beli tiga stokin warna warni utk raya ni.

sure fine whatever
rinn

Wednesday, October 10, 2007

Tagged




Tagged!

Musim tag tag kembali! haha dulu rasanya penah kena tag dgn lynn dayana tapi tak sempat nak buat apa2 sebab masa tu baru lagi dengan blog dan website aku masa tu ada problem sikit nak access dari ofis, lama2 tu lupa terus. masa tengok beberapa web penulis minggu ni aku tengok semuanya membalas tag, tengok2 nama aku muncul tagged di blog lily suriani
dan rose harrisa. so ni kira jawab sekali harung utk 3 orang yang tagged me ok? hehe.

Memandangkan aku antara yang lambat reply tag, dan banyak yang aku dah baca so banyak la jugak yg aku nak post orang lain dah tulih, nanti nampak macam sama lah pulak tapi the kebetulan2 tu made me smile, i'm not alone in this world, ramai share benda2 yang aku rasa macam aku sorang jer rasa macam tu :) so aku ambil masa jugak muhasabah diri utk mencari 8 perkara-perkara lain tentang diri aku. Kalau tersama tu, nak wat camner ;)

8 perkara tentang diri saya:

1. mudah tersenyum, mudah mesra bila dah kenal.

2. suka balik kampung, tak suka drive.

tak penah nyer aku drive balik kampung. keta aku tu sekali jer aku drive jauh, kulim-putrajaya. lepas tu kena buat major servis abih longgaq keta tu, sian dia. kalau nak gi KL pun aku lagi rela parking kat ERL station, lepas tu amik tren gi KL. lebih rilek tak yah pening2 nak tekan klutch nak tukar gear nak tengok kiri kanan, kalau naik bas yg journey jauh tu aku bantai tido jer, sedar2 dah nak sampai.. lagipun masa naik transport macam ni la aku suka menggunakan kamera utk merakam pemandangan2.

3. suka basuh kain bila terjaga malam-malam atau pagi-pagi buta. (basuh manual ni tak guna washing machine)

4. geli tengok ulat nyut nyut

5. Tak suka gincu/bedak/mekap
Susah nak tengok secalit bedak pun hinggap kat muka aku ni. Memang tak suka. Penah dulu try la sapu bedak kat muka, peh tu ramai lak la tegur muka nampak lain dan orang tertanya tanya kenapa. lepas pada tu aku langsung tak guna dah bedak. Kalau gincu pulak, memang la penah try. Bila dah calit tu, bibir aku rasa berat tak leh katup, airliur pun rasa tak tertelan sampai meneleh kuar.. hehe... eeeee.

6. suka beli socks warna warni.

7. Suka mengumpul

masa skolah2 dulu kumpul setem (peh! skema gaban!!) betul! suka sangat tengok setem macam2 corak tu. tambah2 masa zaman skolah rendah dulu skolah keb Permatang Pauh sebelah jer dgn pejabat pos. Diorang ada sediakan buku setem pelbagai nilai utk budak2 collect and bila dah penuh, bawa semula ke pejabat pos and then you will get a Buku BSN yg akan diisi dgn nilai setem yang dah terlekat dalam buku setem tu. Masa kecik2 dulu macam tu la cara aku mula simpan duit. Mak tekejut bila tengok tetiba jer aku wak balik buku bank yang berisi RM2.00. hehe masa tu skolah rendah, pendapatan famili aku kecik jer masa tu.
kira kategori cukup2 makan. Bila dah dewasa sikit baru aku kumpul setem yg dah dicop utk simpanan (sekarang dah perturun kat adik aku yg kecik sekali)

then aku masuk UiTM. kerap gak aku call mak kat kg, aku tak guna phone syiling sbb dia punya queue perghhhhhhh berlipat lipat. so masa tu la aku menjinak-jinakkan diri beli kad telefon. kad yg masa zaman mula2 keluar dulu aku adala simpan 3 keping. masa tu tak berapa reti. peh tu kerap la jugak aku beli and kad2 tu aku tak buang sbb gambar2 dia
menarik jugak. aku ikat ngan getah jer.. makin lama makin tebai, lepas grad tu banyak la jugak kad2 aku. Aku pun beli la buku yg utk simpan business card tu and masukkan kad2 tu and nampak caaaaaaaaantik sangat. Sejak tu aku collect la 'kadfon telekom malaysia' dan 'uniphonekad'. selain dr yg malaysia ada jugak la dpt sekeping dua yang filipina, jepun, Brunei dan singapore. Sekarang ni aku dah tak tambah koleksi dah sbb dah jarang guna kad2 ni. sebelum ni ada gak kumpul ring-ring kad dan kad reload tapi tak byk gambar menarik, lagipun aku dah jarang guna. reload terus guna maybank2u... huhu.. ni bila dah citer balik ni aku rasa teringin pulak nak sambung hobi tu.


lain-lain benda yang aku kumpul, keratan akhbar dan majalah berkaitan drama siri x-files, cd/dvd/vcd drama siri xfiles, keychain and baru2 ni aku dah mula collect pelapik cawan hotel/restoren (bagi sapa2 yg rasa benda2 tak bernilai boleh pass to me utk simpanan hehe). tapi tak banyak lagi la. and oso collect sikit2 buku cerita, minat yang mula menyerang aku sejak akhir tahun 2006. (thanks kaksu and yam).

8. Suka bawa kamera ke mana-mana.
benda ni aku tak buleh tinggal, tak tau la kenapa. kadang2 tu tak der la guna sangat tapi tiap kali nak ke mana-mana aku mesti pastikan ada kamera dalam beg.

sure fine whatever
Rinn

Tagging rules
1. Each blogger must post these rules.
2. Each blogger starts with eight random facts/habits about themselves.
3. Bloggers that are tagged need to write on their own blog about their eight things and post these rules. At the end of your blog, you need to choose eight people to get tagged and list their names.
4. Don't forget to leave them a comment telling them they've been tagged and to read your blog.

and; 8 Persons to get tagged
1.
aaliyah - rakan multiply
2. maxx - jiwangan yang aktif blog nya :)
http://olskoolrockbebeh.blogspot.com/
3. has - rakan multiply
4. Yumm - orang yg selalu ada dekat dgn aku.
5. JQ - we shared lots of starwars moments. Sketches dia best!
6. Suh - rakan jiwang yg tak abis2 jiwangnya ;)
http://tobymiaw.blogspot.com/
7. eriarose - rakan multiply
8. sweetmm - yang sedang dilanda jiwang ;)
http://sweetmmsjourney.blogspot.com/

yaaaaaaaaaaaaa merdekaaaaaaaaaa...

Saturday, August 25, 2007

Lynn Dayana dan Rose Harissa di Alamanda

Tak sangka pulak dapat bertemu-janji lagi dengan Lynn dan Rose buat kali kedua di Alamanda. Terima kasih kerana sudi berjumpa dgn saya dan Yam. Saya agak lewat sbb terlepas tren di station ERL, ujan pulak tu, tapi alhamdulillah dapat jugak bertemu.

Nampaknya kali ni kat RASA bukan kat Pizza hut sbb ramei orang.. yer la hari ahad ramai la yg ke alamanda. Amboi tudung pesen2 korang ye.. huhu. Sambil makan2 sembang memang ralit sedar2 jer pinggan dah licin.

sempat gak mendengar acara bertukar-tukar komen tentang citer 'sembilu kasih' yg sedang ditayangkan kat tv di RASA tu. Aku nak nyampuk pun tak reti sangat sbb memang tak tau pun perkembangan citer tu.

Thanks Lynn, Rose sebab sudi tandatangan buku2 utk Diana & Cekputeh. All the best to both of you, hopefully 2nd book dgn Alaf keluar dalam tahun ni jugak, amin..and thanks lynn for the pizza.. ;) err teringat pulak aksi Rose yang macam nak bagi penumbuk sebijik biler aku tanya pasai hidangan pizza hut 24 bites yg kena gigit 24 kali tu.. huhu... Ada pizza jumpa lagi ye?

sure fine whatever
Rinn

Friday, June 1, 2007

Laila Kamilia, Lynn Dayana & Rose Harissa di Alamanda

27 Mei 2007, tak sangka pulak nak dapat jemputan dari Lynn Dayana utk jumpa.. Dia ngan Rose Harrisa, so saya mintak izin la bwk Yam.. takut gak kena libas ngan 'skirt' Rose yang femos tu.. Yam ada, leh gak tulung2 tepis. :) Makan kat pizza hut ni memang tak selalu.. setahun sekali la kot.. al maklum ler orang kampung. tapi apa2 yg halal insyallah boleh makan, senang jer, gonyeh-gonyeh lepas tu telan.

pestaim nyembang2 ngan Lynn, Rose dan Laila Kamilia memang tak kekok, rasa mcm dah lama kenal lah pulak, tapi segan la pulak. banyak kali jugak aku ushar2 'skirt' Rose tu.. buleh tahan jugak. hehe.. Bab ngoder2 serah kat Lynn lah.. saya bedal jer apa yg patut. Rose ni makan sopan la keh keh.. tunduk macam nak masuk lam pinggan.. bila ada benda yg dicakap dia tak puas hati sambil jeling2 tu kuar la perkataan2 'bongek', 'senget', 'mengong' dan yang sewaktu dengannya.. tu yg seronok usik tu. Lynn lebih dominan bila bersembang.. tau tau ja apa nak ckp.. saya ni kadang2 jer mencelah.. al maklumla pemalu orangnya..  Laila.. pestaim jumpa ckp2 tu pun tak der la banyak sangat, masa diorang menyembang saya lebih byk mendengar. Lepas ni i'll read ur book :) saya ni pun kadang2 blurr jugak bila nyembang dgn Rose & Lynn tu. Asyik kena gelak jer.

Thanks soooooooooo much sudi jumpa saya dgn Yam. kami terharu nih.

sure fine whatever
Rinn

Monday, May 7, 2007

Pesta Buku PWTC - 5 Mei 2007

Last Saturday sempat la pegi PWTC sempena pesta buku. Tak rugi datang awal sebab tak la crowded sangat. Hari pun cerah tak ujan. Alhamdulillah. I arrived around 11 a.m. Sampai2 tu terus masuk dewan Karangkraf sebab tu la dewan pertama kat pintu masuk. Gilanya tengok banyak buku.. yang tu nak yang ni nak. So terpaksa letak budget around RM100 saja, takut la nanti beli sakan kang terbabas, ada yang makan sup buku ujung bulan ni.
Saya utamakan buku2 yang ada penulis kat pesta buku tu sebab nak amik signature la! ehehe.. Antara yang ada masa tu Lynn Dayana, Rose Harrisa, Lily Haslina Nasir, Aisya Sofea, Zara Juita, Anis Ayuni, Norzailina Nordin, Meen Zulaikha, Damya Hanna dan Ramlee Awang Murshid. Kalau ada yang datang after 1.30 ptg tu akak tak tau la.. sebab masa tu dah naik tren balik putrajaya.. memang pi semata-mata nak jengah alaf.. tu pun dah menyenget bawak buku takkan nak singgah tempat lain..
Esoknya, Sunday tu tak dapat pegi sebab ada banyak keja kat opis nak kena settle for Monday nyer event! aduih.. jelesnya Cekputeh dapat pegi and jumpa Aina Emir dgn Noor Suraya.. Nak wat camner, tak der jodoh, may be next time..
sure fine whatever
Rinn