Showing posts with label irisixora. Show all posts
Showing posts with label irisixora. Show all posts

Saturday, November 10, 2012

Siri MCK 3: Kisyah Budak Junior Master Chef

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Lynn,Iris,Wardah,Harleem, Nurul Syahida
ini cover depannya. Ni tentulah Kisyah :) Ini adalah koloborasi 5 penulis. Aku rasa ini pendekatan yang baik kepada remaja apabila penerbit mengambil penulis-penulis popular untuk menghasilkan karya yang sesuai dengan remaja.

Merah Cinta Kita 3: Kisyah Budak Junior Masterchef
Penulis: Lynn Dayana, Iris Ixora, Wardah Munirah,
Harleem Dayam, Nurul Syahida
Terbitan Buku Prima
202 mukasurat
RM18.00
Sabah/Sarawak: RM21.00



1. Kisyah Budak Junior Masterchef
Penulis: Lynn Dayana
page 6 - 49


"Along cuma nak adik along yang manja ni berubah jadi lebih baik. Nanti kalau mama nak kahwinkan, taklah mama malu. Masak nasi tak pandai. Goreng telur tak pandai. Malu tau."

Kisyah anak bongsu yang manja. Dia ni malas masuk dapur walaupun dia sorang saja anak perempuan dalam keluarganya. Peristiwa ibunya ditimpa kemalangan menjadi titik tolak Kisyah untuk berubah dan belajar memasak. Masakan yang pada mulanya mendapat kritikan dari abang-abangnya akhirnya menjadi puji-pujian yang membuat Kisyah seronok memasak. Kepulangan ibunya dari hospital membuatkan dia bersemangat untuk menyiapkan hidangan terhebat masterchef junior :)



2. Perangkap Sugardaddy
Penulis: Iris Ixora
page 50 - 90


"Siapa kata kamu akan tinggal sebilik dengan saya? Itu berdosa namanya. Saya akan sewakan bilik lain untuk kamu. Kamu anggaplah ini adalah hadiah daripada saya."
Kisah ini membuka mata pembaca agar sedar mengenai laluan yg terpaksa ditempuh anak-anak kita apabila berjauhan dari keluarga. Dalam usia yang mentah mereka terpaksa membuat keputusan sendiri. Apa yang boleh kita buat untuk elak anak2 kita supaya membuat keputusan seperti Siti Salina?

Salina pelajar cemerlang yang berjaya menempatkan diri ke sekolah berasrama penuh. Di sana dia bertemu dengan Bella, anak orang kaya yang cantik dan bergaya. Dia teringin menjadi cantik dan bergaya juga walaupun dia hanya dari sebuah keluarga yang serba kekurangan.

Tindakan Bella menghadiahkan dia dengan pakaian cantik yang membuatkan mata-mata remaja lelaki turut berkenan dengan penampilan barunya. Bila ada budak lelaki yang cuba mendekatkan diri dan meminta nombor telefon, Salina (a.k.a Sally) terlalu teringin untuk memiliki telefon bimbit. Dia jeles juga tengok Bella berbual-bual di telefon dengan boyfriend. Dia merayu pada ibunya dengan pelbagai alasan, lalu dapatlah sebuah telefon bimbit.

Perjalanan pulang ke asrama dengan menaiki bas telah menemukan dia dengan seorang jejaka yg berpenampilan menarik bernama Didi. Setelah bertukar nombor telefon mereka saling berhubungan dan Didi dengan senang hati top up handphone Sally setiap kali credit nya kering. Sally diperkenalkan kepada Tuan Syed yang sudah berumur tetapi segak bergaya. Sally amat terpikat dengan sikap gentlemen dan sopan santun Tuan Syed sehingga sanggup mengikut lelaki itu ke Pulau Pinang dan Langkawi tanpa pengetahuan keluarga. Hebat sungguh persona Tuan Syed yang manis berkata-kata dan tidak pernah memaksa Sally.

Apa jadi pada Sally? Hmm kenalah baca sendiri sama ada dia selamat! atau diselamatkan!

Inilah sebenarnya gelojak jiwa anak remaja lepasan PMR. Mereka akan ikut kata hati. Jejaka yang menawan tentu saja membuat mereka jatuh hati dan sanggup buat apa saja. Sebab tulah ramai yang selalu pesan. Pantau apa yang anak-anak baca. Itu akan mempengaruhi perasaan dan keputusan yang bakal mereka buat.
Tahniah Iris Ixora kerana mengetengahkan cerita ini dalam nada yang baik sekali :)


3. Qistina Obses Facebook
Penulis: Wardah Munirah
page 92 - 131


"Ayah tak mahu Qistina terus begini. Ayah tak larang Qistina berFB atau bermain game. Tapi Qistina perlu faham apa yang perlu diutamakan."

Kisah Qistina yang terlalu asyik berFB sehingga keluarganya terasa hati dengan sikapnya. walaupun dalam satu rumah, Qistina menyisihkan keluarga kerana terlalu taksub dalam dunia maya. Dalam kelas pun siap boleh mimpi main game fb. Parah budak ni.

Bagaimana kalau benar-benar keluarganya menghilangkan diri dari dunianya. Dapatkah dia terus bahagia dalam dunia maya itu?


4. Kasut Bola Syafika
Penulis: Harleem Dayam
page 132 - 165


"Aku dah kata, budak tu bijak. Sibuk main bola pun masih jadi top student! Kamu kena beri dia peluang. Sampai masa, tahulah dia memilih. Nak jadi pemain bola atau jadi doktor macam yang kamu mahu!"

Kisah Syafika si manis 15 yang bukan sahaja bijak tetapi tangkas bermain bola sepak. Kisah ini berlatar belakang suasana di London yang sejuk. kasut football barbie berwarna pink menjadi peniup semangat kepada Syafika utk berusaha melayakkan diri bermain di Trafford Training Centre milik Manchaster United!



5. Shazrina dan Sweetie...
Penulis : Nurul Syahida
page 166-202


"Betul, aku nampak sweetie tu belakang Jobin. Dia tengah mengepak ngepak tapi sweetie tu cuma berdiri setempat saja di belakang dia. Sebab tu aku jerit."
Tak sah kalau duduk asrama tak dengar cerita cerita macam ni. Tapi pestaim pulak dengar hantu bungkus/pocong dipanggil sweetie (kerana hujung kepala dan hujung kaki diikat ala2 rupa bungkusan gula-gula).
Kisah Shazrina yang baru masuk asrama penuh. Kisah sweetie adalah antara highlights dalam perbualan harian budak2 asrama. Sekian lama Shazrina mendengar kisah sweetie, akhirnya dia berpeluang berhadapan dengan si manis misteri itu. Apa jadi ya? huhu... takowwwwt..

sure fine whatever
Rinn

Sunday, March 29, 2009

Camar Yang Pergi

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Iris Ixora
Camar Yang Pergi by Iris Ixora
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Tahun 2008


"Aku pasrah andai kata impian ini bertukar menjadi igauan"


Tak sangka karya ini menjadi bahan bacaan yang menyenangkan. Mungkin latar luar negara (Turki) menjadikan saya rasa kadang2 macam baca karya terjemahan, namun kisah ini bagi saya agak menarik kerana ia adalah kisah baru bagi saya yg tak pernah mengambil tahu perihal kehidupan di Turki. Lokasinya tak ada satu pun kat Malaysia, ianya tentang gadis Turki dan jejaka Turki.


Watak innocent seperti Dilara ada kekuatannya sehingga kita dpt menumpang rasa gembira, duka, gementar watak ini. Watak Ebru mempelbagaikan lagi rasa dan emosi bila membaca kisah ini. Memang menyentuh perasaan dan membuat pembaca menangis. Penceritaan scene sedih oleh Iris Ixora memang berkesan. Saya rasa novel ini jauh jauh jauh lebih baik daripada Damai Kasihku. Tahniah buat Iris Ixora. Bagi yang mencari suasana cerita yang berbeza, this is the right book for you dan spare tisu banyak sikit. Tangkap nangis wa cakap lu.


Kisahnya. Tentang Dilara yg hidup dalam kemiskinan. Ibunya yg sudah tidak mampu bekerja membuatkan dia menawar diri utk menggantikan ibunya dan bekerja sbg tukang cuci di rumah org kaya. Kesungguhannnya membuatkan dia diterima bekerja walaupun ada org lain yg tidak berpuas hati. Di sana dia bertemu Orhan yg kacak dan Ebru yg manja berjaya mencuri hatinya.


Orhan dan Dilara belum sempat memahami perasaan yg melanda mereka ketika Orhan terpaksa berkahwin. Orhan cuba menggembirakan isterinya namun perasaan cemburu marak apabila Nesye mengesan chemistry antara Orhan dan Dilara. Dilara cuba mencari haluan lain agar rumah tangga Orhan dpt diselamatkan. Namun kerinduan buat Ebru, adik Orhan dan Orhan sendiri membuatkan Dilara hiba. Dia risau memikirkan layanan Nesye kepada Ebru yang tidak sempurna spt insan lain.


Sibuk2 risaukan org lain, dia tak perasan yg dalam dirinya ada perkara yg jaun lebih besar yg perlu dirisaukan.


Kenalilah satu sudut di Turki yang mungkin kita takkan mengetahuinya tapi dapat mengalaminya melalui novel ini.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Dilara, seorang gadis miskin yg tidak habis sekolah, sering berkhayal untuk berdampingan dgn pemuda yg kaya raya. Namun bila difikirkan, mana mungkin dia dpt duduk setaraf dgn golongan elit? Apatah lagi berkahwin dgn jejaka idaman kalbu yg digilai oleh ramai gadis.


Khayalannya hampir menjadi realiti bila dia menjadi tukang cuci di rumah org kaya bagi menggantikan ibunya yg sakit. Dalam dia, dia dpt mendampingi Orhan, anak majikannya dan sering berkhayal mereka bersama. Bila tidak memandang wajah lelaki itu, dia diamuk resah dan rindu yg membara.


Namun apa daya, orhan sah menjadi milik Nesye. Akhirnya Dilara membuang khayalannya dan dia terpaksa menanggung kesedihan seorg diri. Bg Orhan pula, perkahwinannya dgn Nesye dianggap satu kesilapan kerana dia benar2 belum bersedia. Dalam diam, dia terpaut pada Dilara kerana sejak pertama kali mereka bertemu, dia sebenarnya sudah jatuh hati.


Bahtera perkahwinan Orhan dan Nesye tidak bertahan lama. Akhirnya penceraian pun berlaku. Takdir memekarkan kembali hubungan Orhan dan Dilara. Namun bersediakan Dilara menghidupkan kembali khayalan yg telah dibuangnya itu?


RM19.90
501 mukasurat
isbn: 9789831243749


Friday, March 7, 2008

Damai Kasihku

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Iris Ixora
Damai Kasihku by Iris Ixora
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd

"Lirik kasih yang liris membawa rasa dalam makna hingga hatiku teresak rindu"

Entah berapa kali saya restart baca buku ini utk mencari ruang pembacaan yang lancar. Rasa seperti ianya sesuatu yang sepatutnya lebih menarik daripada ini jika dilihat dari segi intipati kisah ini yang sarat. Ada kisah yang seperti air yang mengalir dan ada juga watak berminyak dan menimbulkan kebencian pembaca. Saya memang look forward to watak 'hitam' seperti Natasya, tapi dia seperti tidak konsisten. Bila air dan minyak ini cuba 'dikocak' dan disebatikan, seperti ada yang tidak bercampur dan saya tak pasti apa yang nak disamakan dgn perasaan saya semasa menghayati delivery cerita ini. Yang pastinya, saya sangat suka dengan sajak "Bila Rindu Bertamu" ntah berapa kali saya ulang baca :)

Pertemuan Sofia dgn ibu bapa kandungnya sangat berkesan dan menyedihkan. Part ni membuatkan 'Damai Kasihku' ada meninggalkan kesan, even better than part Kamal ditelan tasik Chini. Part lain2 tu agak biasa dan Robert-Haikal tu seperti dapat diteka kerana sudah byk novel yang menampilkan kisah begini.

Ketidakpastian perasaan perasan Sofia pada Idham mahupun Robert menjadikan perasaan 'jiwang2' saya tak terasa. Adeh.. nak wat camner, memang suka citer jiwang2. ;)

sure fine whatever
rinn

SInopsis belakang buku:

Sofia percaya bahawa cinta tidak semestinya berakhir dgn perkahwinan. Cinta tidak mengajarnya menjadi lemah, tapi membangkitkan kekuatan. Cinta tidak mengajarnya menghina diri, tapi menghembuskan kegagahan dan semangat.

"Benarlah penantian itu suatu penyeksaan yang tidak tertanggung dan pencarian itu suatu kesamaran yang tidak berpenghujung."

Perlukan Sofia mendambakan cintanya kpd Robert? Dia tidak mahu perkahwinan yang bakal dibina semata-mata kerana cinta, sebaliknya lelaki itu perlu mendalami Islam yang sebenar. Namun dia tidak menolak bahawa dia amat menyayangi dan mengasihi lelaki itu. Dia buntu...

Idham tidak pandai bermadah seloka. Namun, dia yakin dapat menyerahkan seluruh jiwa dan raganya kepada Sofia. Namun mengapa hati gadis itu masih ragu2? Aduhai, jiwanya bergetar tatkala mereka bertentang mata.

Kehadiran Haikal bagikan suatu rahmat dalam hidup Sofia. Haruskan dia terus berjuang untuk dinobatkan sebagai juara dalam pertempuran cinta ini? Ini akan terbukti bila dia melafazkan akad nikah dgn gadis pujaannya itu.

"Aku tidak sanggup kehilangan kalian. Tapi aku tidak sanggup memungkiri janji ku pada dia yang bertakhta di hatiku. Maafkan aku..."

RM18.00
470 muka surat.