Showing posts with label pestabuku. Show all posts
Showing posts with label pestabuku. Show all posts

Saturday, January 28, 2012

Karnival Karangkraf 2012




Aku pergi pada hari kedua karnival. Naik ERL + bas + teksi :) alhamdulillah dalam kul 11.30 dah sampai sana. Memang ramai lah orang! iklan yg selalu tengok masa tayang Gemersik Kalbu tu memang berkesan mengundang pengjung dari merata ceruk.


Tempat beli novel dibuat khemah besar berbumbung. Selesa dari panas mentari tapi sangat sesak dgn manusia. Tambahan pula mereka menerima voucher buku 1 malaysia. so ramai la adik2 memborong buku.


Meja penulis utk peminat novel mengambil tandatangan terletak betul2 di tepi khemah, strategik dan tak terperosok dalam kesibukan peminat membeli belah.

manakala penulis prolifik seperti Damya Hanna, Aleya Aneesa, Aisya Sofea, Anis Ayuni dan Ramlee Awang Murshid ada booth masing2 yang dihias cantik macam bilik pengantin pun ada :) Memang sesuai utk bergambar.


Panas terik! so pakai sunblock tebai2 ya? esok nak pegi 2nd round :D. aku terbalik awal ke? tak dapat amik sain haiza najwa :( buku barunya Jangan Ganggu Lenaku dah keluar :)


masa ronda2 tu terserempak dgn Marsha (Linda dalam Bicara Hati). Walaupun kelihatan rushing nak balik, dia tetap stop utk bergambar dengan fans dengan senyuman manis :)


sure fine whatever
rinn

Thursday, January 12, 2012

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Start:     Apr 27, '12 7:00p
End:     May 6, '12
Location:     PWTC, KUALA LUMPUR
ni acara tahunan yang WAJIB hadir.

1Malaysia Book Expo

Start:     Feb 1, '12 10:00a
End:     Feb 7, '12
Location:     PWTC, Kuala Lumpur
tak banyak info available online.
tapi tarikhnya tu dah confirm :)

Festival Penulis Grup Buku Karangkraf

Start:     Jan 27, '12 10:00a
End:     Jan 29, '12
Location:     Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam
tajuk festival tu dah buat program ni kedengaran meriah :)
kalau tak ke mana-mana ujung bulan ni 27-29 januari 2012, boleh la menjengah ke premis karangkraf. Buku baru Lynn Dayana, Cinta Perisa Dia dah keluar. boleh la cari masa festival ni :)

Thursday, June 23, 2011

Pesta Buku Selangor 2011

Tarikh: 24 Jun - 03 Jul 2011

Masa: 10AM - 9PM
Tempat: SACC Mall, Shah Alam

 

jadual penulis jemari seni, buku prima dan alaf 21

Monday, April 25, 2011

BookFair @ pwtc -part1




3 hari berturut-turut aku pegi. semangat nak jumpa kawan2 dan nak tengok juga rupa penulis2 yang aku baca bukunya.

1. Cari diskaun terhebat? (booth-booth yang aku singgah la)

a. buku-buku karangkraf. Kalau membeli buku yg dijual secara pakej harganya jauh lebih murah daripada membeli secara sebuah-sebuah. Jadi lebih elok kalau beli buku yg dijual secara pakej terutamanya buku2 baru. Buku-buku yang baru atau yang popular biasanya diskaun dalam 15% dan ada juga buku yang diskaunnya 20%. Kalau nak jimat, anda boleh beli buku2 alaf/prima di fajar pakeer (diskaun 20% untuk semua buku + sebuah beg guna semula jika pembelian melebihi RM50, kalau dia tak bagi, sila minta dgn cashier) dan dapatkan tandatangan penulis di meja penulis2 karangkraf. kalau jenis tak kisah dengan beza singgit dua tu, tak der hal, boleh saja beli terus di karangkraf dan dapatkan signature penulis2 di situ.

b. buku-buku kaki novel. booth kaki novel menawarkan diskaun flat rate iaitu RM4.00 utk semua buku. kalau beli buku nipis, better beli di Kaki Novel kerana diskaun RM4.00 tu dah lebih dari 20%. Sekiranya beli buku tebal, better beli di booth fajar pakeer yang diskaunnya RM20% untuk semua buku. Kalau tak kisah dengan beza harga setakat seringgit dua, boleh saja terus beli di kaki novel dan dapatkan tandatangan penulis di situ juga. Bagi pembelian melebihi RM50, anda akan dapat beg recycle kaki novel secara percuma :)

c. buku buku creative enterprise. ada diskaun 10% dan 10% + 10% untuk pembelian lebih dari sebuah buku. ada juga buku2 lama (nipis) yg dijual dgn harga serendah RM2.00. Kalau nak beli buku2 lama creative yang saiz biasa (tidak terlalu nipis), better cari dulu di booth fajar pakeer yang ada menjual buku2 creative dgn harga RM20 untuk tiga buah buku. kalau tak ada, barulah pegi cari kat booth creative.

d. buku-buku pts. pts menawarkan diskaun 15% sahaja. utk mendapatkan lebih diskaun anda kena spend lebih dari RM150.00. fuhhhh... banyak nyer nak kena spend. ada cara lain kalau nak diskaun 25%. boleh la pegi dengan memakai baju sekolah ;) kalau baju skolah dah reput atau tak muat, boleh la bawak student card/kad matrik. kalau bawak anak, boleh la paksa dia pakai baju skolah n then masa bayar tu suruh dia gi bayar. hehe. 25% banyak tuuuu beli buku ustaz Rohidzir Rais yg tentang soal jawab solat tu yg harga RM40 tinggal RM30 saja kalau tunjuk kad matrix. jimat RM10!


e. buku-buku jemari seni. Kalau buku2 baru, diskaun flat 20% dan pembelian 3 buah buku akan dapat satu paper bag yg ceria warnanya. kalau beli buku2 si manis 17 siap dapat kipas berlagak + paper bag lagi ha. Kalau nak diskaun lebih? 25% untuk mereka yang membawa kupon istimewa yg diedarkan di KLSentral. Aku tak tau lah pulak sama ada kupon ini masih diedarkan. Jutaan terima kasih buat iejay kerana tolong amikkan. Merasa la jugak diskaun 25% utk buku2 baru JS yang aku beli haritu. Kalau beli buku2 terbitan tahun2 lalu, anda akan dapat diskaun setinggi 30%!

f. buku2 NB kara. Diskaun 20%. Tahun ni diorang ada jual T-Shirt comel :) RM25 saja. aku dapat jugak beli :) Pembelian novel siap dapat coklat cengkerang + pen comel. mungkin sbb salah satu tajuk novel NOrhayati berahim bersama Kusyi Hirdan adalah sambal kerang najwa. :)

g. KarnyaDya. Diskaun umum 20%-35%. kalau beli sebuah buku dpt diskaun 20% lah. tapi kalau beli 3 buah buku, dapat diskaun 25%. best best! :) Lagi banyak beli, lagi tinggi diskaun.

h. Buku-buku fajar pakeer (dan buku2 edaran fajar pakeer). Diskaun 20% untuk semua buku dan untuk pembelian lebih RM50 akan dapat sebuah recycle shopping bag warna biru-putih :)

----------------------------
2. Rujuk jadual penulis supaya anda boleh dapat tandatangan penulis2 dan bergambar dengan penulis. Kadang2 penulis pun ada sediakan buah tangan menarik utk peminat2 yang sudi beli buku diorang :) terima kasih utk semua gifts yang comel2 tu :)

-----------------------------
3. Makanan? hmm kat pwtc tu harga makanannya memanglah agak/sangat mahal sbb diorang guna hotel nyer makanan tu. sandwich pun dah RM5.00. kesian aku tengok budak2 skolah terpaksa beli sandwich sbb dah lapar sgt. Air kosong dalam botol kecil pun dah RM2.00. So kalau rasa tak mampu, boleh la makan kat food court di The Mall atau pun bawak bekal. aku pun biasanya bawa roti dan air masak dalam botol.

------------------------------
4. Surau? Lokasinya betul-betul di sebelah booth kaki novel ada pintu exit terus ke surau. Kalau pegi lambat memang la surau pwtc tu akan sangat2 packed. kalau penuh, biasanya diorang akan bentang sejadah di luar surau utk kemudahan solat. tapi tempat ambil wuduk tu memang packed jugak. Untuk elak kesesakan, better ke surau dalam 10 minit sebelum masuk waktu. Memang boleh solat dengan selesa. Pilihan lain? boleh la ke surau dalam The Mall. Walaupun ramai, tapi tak der lah packed sangat kalau pegi awal.


apa lagi ye?


sure fine whatever
rinn

Saturday, April 16, 2011

KL international Book Fair 2011 PWTC

It's back!

Ada merancang nak beli buku pts pada harga diskaun? korang boleh dptkan kupon diskaun dari pts. Boleh klik banner pts di blog aku :) 

Jadual penulis? Adaaaaaaaa.... click di sini



Wednesday, March 30, 2011

Popular Book Fair: Nia Arissa & Rys Areesa




Pada 12 Mac yang lalu bertempat di Sunway Carnival Mall, sesi bertemu penulis Kaki Novel, Nia Arissa dan Rys Areesa telah berlangsung di ruang legar pameran Popular Book Fair. Memandang aku tak biasa gi situ, aku ajak lah adik aku. Abis dia angkut anak dia sekali sbb memang budak2 tu tak bleh tinggal, kang nanti pening mak tok dia. ni antara foto2 yang sempat aku snap :)

sure fine whatever
alongside

Monday, February 21, 2011

Karnival KarangKraf 2011




Walaupun hujan hujung2 bulan Januari yg lalu, aku redah jugak pi dgn uda walaupun aku terpaksa drive. haha.. semangat tu :) pestaim ni aku drive sampai shah alam! berbaloi. Adik aku siap order aku langgankan majalah klik sbb dia nak goodies album terbaru G-Dragon (korean) bertajuk HEARTBREAKER :)

Sunday, February 20, 2011

Pesta Buku Kanak-Kanak 2010




haaa di sini lah aku spend cuti krismas haritu. jalan2 perabis duit beli buku :) nama jer pesta buku kanak2, tapi org tua ni yg beli lebih2 haha. paling best booth mph, rasa mcm takmo balik sbb nak belek SEMUA buku kat situ, diskaun dia 90PERATUS!! aku beli buku yg RM29.90, kena bayar RM2.90 saja. ada yg beli buku RM111.00 kena bayar kat kaunter RM11.10 saja. perghhh best.

Monday, January 10, 2011

Karnival Karangkraf 2011

Start:     Jan 28, '11 09:00a
End:     Jan 30, '11 6:00p
Location:     Lot 2 Jalan Sepana 15/3, Seksyen 15 Shah Alam
JANGAN KETINGGALAN ke gerai GRUP BUKU KARANGKRAF sempena KARNIVAL KARANGKRAF yang bakal diadakan di KOMPLEKS KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF, Lot 2 Jalan Sepana 15/3, Seksyen 15 Shah Alam pada 28 - 30 Januari 2011 pada jam 9.00 pagi - 6.00 petang. DISKAUN antara 30% - 50% disamping bertemu mesra ...dengan novelis & penulis kesayangan anda secara LIVE!!!

Karnival KarangKraf Kembali!

 

Gambar dan maklumat dapat dari blog: http://interestinghobby.blogspot.com/2011/01/karnival-karangkraf-28-30012011.html dan website alaf: http://www.alaf21.com.my/aktiviti.asp?idakt=3 untuk gambar yg lebih besar dan maklumat yg lebih umphhh boleh ke blog dan website ni ya?

Untuk tahun 2011, karnival karangkraf akan diadakan dari 28 hingga 30 Januari.

Details seperti berikut:

Bertempat di  KOMPLEKS KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF, Lot 2 Jalan Sepana 15/3, Seksyen 15 Shah Alam pada 28 - 30 Januari 2011 pada jam 9.00 pagi - 6.00 petang. DISKAUN antara 30% - 50% disamping bertemu mesra ...dengan novelis & penulis kesayangan anda secara LIVE!!!

Thursday, June 24, 2010

Hari Ilmu dan Pesta Buku Selangor 2010

Pesta buku Selangor tu memang dah lama lah aku tau, tapi sambutan Hari Ilmu tu baru minggu lepas aku tahu. Kalau tak, boleh la register awai2 utk join. Tapi kalau tak register pon boleh join tapi tak dapat book mark dgn topi la kot. Kalau nak pegi utk nak sama2 memeriahkan event outdoor reading yg terbesar di Malaysia, boleh la datang serbu beramai-ramai kerana event ini akan dicatatkan dalam Malaysia Books of Records! Bila? Haaa Hari Ilmu akan disambut esok 26 JUN 2010 di Taman Tasik Shah Alam dan akan dirasmikan oleh DYMM SULTAN SELANGOR. Pendaftaran dibuka mulai 6.30pg hingga 9pg. Bawa satu buku untuk dibaca kat situ, tikar, air, makanan pun buleh, terus piknik situlah! hehe. Event ni akan selesai dalam tengah hari la. lepas tu buleh la terus ke kompleks PKNS utk ke Pesta Buku Selangor :)

Aku tengok kat gengkicap pun ada up kan nama2 penulis yg akan hadir, barula aku teringat nak hantar post ni. sori lah lambat sbb dok buat menda lain, terlupa pulak menda macam ni. Tengok list penulis, lagi la semangat nak pegi :)

 

Friday, May 28, 2010

Pesta Buku Islam Kelantan

Start:     Jun 18, '10 10:00a
End:     Jun 22, '10 10:00p
Location:     Balai Islam, Lundang, Kota Bharu Kelantan
info ini aku dapat dari website jemari seni.
Jemari seni akan buka booth kat sana. Nombor booth diorang 48.
Imaen dan Noorsuraya akan menemui anda di sana :)

Pesta Buku Selangor 2010

Start:     Jun 25, '10 10:00a
End:     Jul 5, '10 10:00p
Location:     Kompleks PKNS Shah Alam, Selangor
Pesta buku selangor kembali... serbuuuuuuuuuuuu!!!

NB Kara - booth C7 (dekat mcD)
Jemari Seni - booth 20 (lorong tengah)

Sunday, January 31, 2010

Karnival Karangkraf 2010




Aku sempat pergi ke karnival ni. Aku lebih byk beli Magazines daripada buku. Mungkin sebab mengenangkan banyak buku lg yg aku nak baca yg masih bersusun kat rak tu.


Antara penulis yg aada kat situ masa tu adalah Norzailina Nordin, Aisya Sofea, Bikash Nur Idris, Aleya Aneesa dan Elin. Tak der la lepak2 sampai petang sbb gi naik tren ja. masa mai naik teksi dari komuter shah alam. Tak perasan pulak ada bas yg berpelekat karnival. Masa balik tu baru nampak :) memang memudahkan perjalanan ke karangkraf dgn menaiki bus.


Adik aku pulak seronok la dpt poster bertandatangan original Lee Min Ho tu. Ada la jugak borong magazines. Siap dpt t-shirt la, cd la, pas masuk tgk wayang la, bedak la, ubat ketiak la, notepad, roti, air oren, macam2 lah.


ok lah tu jer nak citer. tata..

Sunday, January 24, 2010

Jadual Kehadiran Penulis Alaf: Karnival Karangkraf

Sempat jengah website alaf tadi.

Kot2 la ada kengkawan yg nak pegi, ni ha jadual pertemuan penulis pada hari sabtu dan ahad ini ya? enjoy!!!

Karnival Buku & ICT Kedah

macam tak percaya jer aku tengok promo ni kat website PTS. Diorang buat Karnival buku kat KULIM!!! Huhu.. apa lagi Fai, jom seraaaaaaaang. haha... Rasa mcm nak balik kampung lah! la la la la...


Karnival Buku & ICT Kedah
Tarikh: 3 Feb - 7 Feb 2010
Masa: 10.30 a.m - 8.30pm
Tempat: DEWAN BANDARAN KULIM
(Tepi Stesen Bas Kulim)

Diskaun Hebat Sehingga 70%

(dari website PTS)


PTS juga ada menyiarkan promo utk jualan buku pts secara online di www.bookcafe.com.my yang menawarkan diskaun hingga 25%. tinggi tuuuuu diskaun dia.. so sapa2 yang berminat beli buku baru pada harga murah, jgn lupa ke bookcafe ya?