Pesta buku Selangor tu memang dah lama lah aku tau, tapi sambutan Hari Ilmu tu baru minggu lepas aku tahu. Kalau tak, boleh la register awai2 utk join. Tapi kalau tak register pon boleh join tapi tak dapat book mark dgn topi la kot. Kalau nak pegi utk nak sama2 memeriahkan event outdoor reading yg terbesar di Malaysia, boleh la datang serbu beramai-ramai kerana event ini akan dicatatkan dalam Malaysia Books of Records! Bila? Haaa Hari Ilmu akan disambut esok 26 JUN 2010 di Taman Tasik Shah Alam dan akan dirasmikan oleh DYMM SULTAN SELANGOR. Pendaftaran dibuka mulai 6.30pg hingga 9pg. Bawa satu buku untuk dibaca kat situ, tikar, air, makanan pun buleh, terus piknik situlah! hehe. Event ni akan selesai dalam tengah hari la. lepas tu buleh la terus ke kompleks PKNS utk ke Pesta Buku Selangor :)
Aku tengok kat gengkicap pun ada up kan nama2 penulis yg akan hadir, barula aku teringat nak hantar post ni. sori lah lambat sbb dok buat menda lain, terlupa pulak menda macam ni. Tengok list penulis, lagi la semangat nak pegi :)
No comments:
Post a Comment