Sunday, June 20, 2010

Sweet Sour

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Nasz
Sweet Sour
Penulis: Nasz
Terbitan Jemari Seni
RM21.00
Sabah/Sarawak RM24.00
570 muka surat
Cetakan pertama 2010


Tengok kaler cover buku ni pun dah terasa-rasa sweet sour kat ujung lidah. A pleasant shade of green :) Ramai gak la yg rekemen suruh baca buku ni dan ramai yg dah jatuh chenta dgn cerita ni.


Memang tak terasa masa berlalu bila membaca novel ni. Kisah Lia yg sekian lama menyulam kasih dengan Zarul namun jodohnya kuat dengan Joe. Mungkin kedengaran mudah tetapi penulis menyelitkan kejutan kecil di sepanjang cerita dan menyimpan kejutan terbesar di akhir cerita. siapa sangka yg Joe yang memegang kemas perjalanan cerita ini dari mula hingga akhir. Semuanya kerana dia jatuh cinta pandang pertama.


Bagi aku kejutan pertama bermula apabila tiba2 saja Zarul menghulurkan kad undangan perkahwinannya dgn orang lain kpd Lia. Memang frust giler masa tu sbb Zarul memang sgt ngam dgn Lia. Joe seperti mula mengambil alih kedudukan Zarul dalam kehidupan Lia malah berjaya memperisterikan Lia. Alasan Lia? mungkin dia nak selalu dekat pada Zarul, tak dpt kawin dgn Zarul, dapat tengok Zarul pun jadilah. so tugas Joe utk memikat isterinya agak sukar. Bertahun2 bercinta, bukan mudah utk Lia melupakan Zarul. Tapi Joe seorang yg romantis dan dia tak pernah menyembunyikan masa silamnya dari Lia. Dulunya dia seorg playboy yg telah mendampingi ramai wanita sepanjang hidupnya. Lia berjaya mencuri hatinya dan dia sudah tiada hati kepada wanita lain. Memang Joe tak pernah buang masa apabila bersama Lia, mesti dia akan cuba mengambil hati Lia dan bersikap romantis.


Bagi aku cerita ini menarik tapi bagi aku jugak cerita ni tak sesuai utk bacaan remaja kerana adegan intim Lia-Joe selalu diceritakan dgn sgt grafik, pergerakan2 kecil pun diceritakan jugak. Scene2 lain tak diceritakan se detail itu lah pulak. Aku rasa cerita ni dah lebih dari menarik dah kalau tak ada adegan2 tu pun. Mgkin nak xtra kan rasa sweet dan sour dlm citer ni kot ;) Aku bukannya apa kalau yg jenis citer satu persatu utk scene yg mcm ni, rasa mcm bagi tunjuk cara lah pulak.


Joe memang mahu berubah dari jahat menjadi baik semuanya semata-mata kerana cintakan Lia. Kalau Lia menolak cintanya, pasti dia akan terus-terusan menjadi jahat. Malah Joe ni kelihatan seperti tidak menyesali langsung masa lampaunya malah apabila menceritakan sejarah hidupnya dia seperti berbangga kerana melalui fasa itu. Bukan hero favourite aku. Joe membuat aku teringat kat hero kegemaran ramai dlm novel Bahtera Cinta (Iffa Irdina), si Adiputra tu. Dia tu pun jenis layan ramai perempuan tapi bila jatuh hati dgn kejelitaan Wana, baru lah dia belajar erti setia. Selingan lah pulak! Tapi watak2 hero jengkel macam ni sangat memorable lah pulak sbb ada kelainan. Romantis memang tahap terlebih meter (tak terukur).


Zarul pulak mulanya kelihatan spt watak yg kuat, tapi apabila menerima tekanan dari Joe, dia kelihatan spt watak yg lemah and just going with the flow. Bg aku cintanya pada Lia tak cukup kuat kerana dia tak mempertahankan langsung kedudukan Lia di hatinya.


Ada kejutan yg menunggu anda di akhir cerita. dan yg pastinya, it's a happy ending :) :) :)


sure fine whatever
~alongside~


blurb/sinopsis belakang buku


A - Yg manis, harum lagi wangi itu Zarul

"Kira org ni taraf cincin gula-gula ni ajelah."
"Sepuluh ringgit tu." Sungguh-sungguh dia cakap.
"Berkira... baru sepuluh dah kecoh... bukannya seribu pun." Aku jeling dia.
"Byk cakap pula... kalau tak nak bagi balik." Dia hulur tangan kiri.


Tak tahu pula mcm ni punya seronok apabil dapat cincin... walaupun hanya cincin gula-gula.
"Ni kira orang 'cuplah' ni." Sambung dia lagi.
Aku simpan senyum. Tak boleh senyum depan-depan ni, nanti dia perasan!


B - Yang pahit, masam, masin, payau itu Joe Jambul


"Bayar cincin ni." Kata dia. Betul ke ni, apa yg aku tengah dengar ni.
"What?" aku terjerit di situ.
"Pay for this." Relaks aje dia mengarah aku lagi.
"Okey... saya bayar!" Aku jeling dia.


Tapi kan, juling biji mata aku tengok bil RM10,000 kat Tiffany tu. Gila ke apa? Batu planet mana dia pakai buat cincin bodoh ni!

----
Kenapa Zarul dan Joe Jambul sangat berbeza di hati Lia? Gali jawapannya dalam Sweet Sour. Karya NASZ ini sungguh warna-warni dan santai persembahannya, anda tentu terpesona!

31 comments:

  1. ..."Romantis memang tahap terlebih meter (tak terukur)...."
    hahaha...ni kes TERlampau..TERlebih..& yg sewaktu dgnnye ker??? heheheh

    ReplyDelete
  2. ha ha... org kedah biasa sebut "HABEH METTA!"

    ReplyDelete
  3. hmm...this weekend insya-allah beli la.. ade date dgn anak2 angkat in JB, so TERpaksa singgah Popular bkshop la tu..hehehe

    ReplyDelete
  4. heh heh, Ti gi popular buat list tak? weekendni pesta buku selangor. ingat nak gi bli buku2 js yg baru2.

    ReplyDelete
  5. list dh siap but nanti bk2 nyer yg tk de.. hahaha..sometimes kat popular lambat skit la... mph lagi cepat ade new bks...

    ReplyDelete
  6. rs dekat ng citer ni sbb lokasi2 citer tu mcm kenal je..
    mmg citer ni sweet and sour.

    ReplyDelete
  7. tak kisah la bli kat mana ti, janji dapat! :)

    begbaru: dah tajuk pun sweet sour... sesuai lah ye

    ReplyDelete
  8. betul2 nyer sweet sour citer ni.... hahahah...
    tk tau nk geram dgn siapa...dgn si zarul or dgn si jj tu.. but bab2 nk ending tu mmg kesian giler la wif jj.. hehehe....

    ReplyDelete
  9. joe tu berani amik risiko. zarul tak berani amik risiko tapi biler dia kawin dgn org yg dia tak suka langsung bukan kira amik risiko jugak ke? aduih. (tiba2 jer! haha)

    ReplyDelete
  10. hahaha...
    "Tapi kan, juling biji mata aku tengok bil RM10,000 kat Tiffany tu. Gila ke apa? Batu planet mana dia pakai buat cincin bodoh ni!"...
    klassic nyer ayat!!!!....

    ReplyDelete
  11. skrang kat popular sweet sour ada 20%... citer ni best...catchy..

    ReplyDelete
  12. haaa masa tengah murah ni boleh la pakat beli. buku baru pun dia discount sampai 20% ek? tinggi gak disc tu :)

    ReplyDelete
  13. dah abis baca semalam
    cite ni mmg ada rasa sweet sour hahaha

    ReplyDelete
  14. Memula bacer citer nih..yeay aku nak kawen ngan Joe! he...he..nak dekat2 last x sangka lak c Joe nih sebenarnyer Jongos...cess..sampai sanggup main2 kan nyawa orang tu..cinta mak nta...nih dah kira melampau..tapi dah termengandungkan..pasrah jer lah..hu..hu

    ReplyDelete
  15. rossa welcome back! hehe i missed u and ur little comments ;)

    ReplyDelete
  16. He...he sudah lamer sayer pg merantau..skank ader balik..hu..hu

    ReplyDelete
  17. Niera suka citer ni...........sweet jer watak Joe.....x tau knp aku suka wtk hero yg sepesen joe jambul ni.....ada part2 2 menyampah gak bila Lia x hbs2 dgn Zarul......

    ReplyDelete
  18. dah taste jenis2 Joe Jambul nak buat cemana. Ada tarikan nampaknya character2 camnih. Ha'ah Lia tu susah betul nak lepas kan Zarul. Tak dpt jadi hasben dpt tengok pun jadi lah.

    ReplyDelete
  19. ade adegan intim???? ahahah...huaaaaaaa... nak bli ah cite ni... bankrap duit pt aku....... huuuuuuuu~~

    ReplyDelete
  20. personally sy suka sangat SS nie...smp kan lepas baca SS terus sy lekat jer kat blog nasz tue...jarang penulis baru yang dapat repon cenggini...ayat2 sempoi yang sentiasa meruntun jiwa utk saya khatam SS smp 5 kali...how's strong JJ character tu yang buat citer nie best...dia cam bleh wat selamba badak jer masa Lia dok kelam kelibut pasal gambar2 dia & Zarul...memang memorable yang tang JJ masak bubur tue...tue yg part Lia sedar sket tue...tp part2 bilik tido tue maybe x sesuai buat teenagers la...

    ReplyDelete
  21. aimie beli tak tiga ceritera dalam sebuah warna terbitan Jemari Seni? Ada satu tu by Nasz. :) kalau suka yg ni mesti suka yg tu jugak kan? :)

    ReplyDelete
  22. along...dah beli pun...siap order online lg...heheheh..emang best karamel tue...along review la..nnt kiter kasi comment...heheheheh...so skrg kiter tunggu LAZUARDI....

    ReplyDelete
  23. sama la, kiter pun bli online :) insyallah nanti nak baca. Dah belek2 dah tadi. hehe.

    ReplyDelete
  24. nasz...knape la wat ending SS mcm tuh??x suke laa ending SS...nak Lia ngan Zarul...uhukhukhuk...:(

    ReplyDelete
  25. sangat suke cerita ni.. baru habis baca.. huhu.. i miss joe jambul already...

    ReplyDelete
  26. kiter tunggu Lazuardi pulak dari penulis ini :)

    ReplyDelete