Thursday, June 10, 2010

Ulat di Stadium Bukit Jalil

Just nak share info.
Aku dah try balik kg dgn cara amik bas dari Stadium Bukit Jalil instead of KL sbb Bkt Jalil tu memang dekat lah dgn putrajaya ni. kalau naik ERL dan Star LRT boleh sampai dalam setengah jam ke 45minit sahaja.


Kat Stadium tu bilangan ulat dia sama jer macam kat puduraya dulu. Kali ni diorang hampir semua ada t-shirt yg seragam dan tertulis nama syarikat bas kat belakang dan depan t-shirt tu siap ada pass kerja tergantung di leher. Mungkin nak mengaburi mata pihak penguatkuasa.


Kalau korang orang yg baru kat situ dan nak cari kaunter dengan cepat, boleh jer ikut diorang tu, diorang akan bawa korang terus ke kaunter yg ada bas ke destinasi yg korang nak pegi. Tapi di tiket korang akan dicaj extra RM2.00 dari harga asal. Aku rasa tu adalah komisyen utk si pembawa tadi. Dlm kes aku, tiket aku kena bayar RM35.00


Masa kali pertama sampai haritu aku ikut juga la mamat tu. Dia kata bas shamisha tapi last2 aku naik bas cap lain. haha. memang diorang akan sebut bas cantik2. Tak per lah, tempat duduk selesa dan selamat sampai ke destinasi.


Masa kali kedua pergi utk beli tiket, aku terus ke kaunter tanpa bantuan ulat. Lgpun aku dah tau jalan short cut utk masuk ke ruang kaunter tanpa meredah si ulat2 yang sedia menunggu. Aku beli tiket ke destinasi yang sama dengan harga RM33.00. Maksudnya sebelum ni aku di caj lebih RM2.00 kerana aku dibawa ke kaunter oleh ulat. Kalau pegi sendiri, tak der lah extra caj tu.


Rasanya ulat2 ni pun ada kerjasama gak dengan orang2 kat kaunter. Tapi extra caj RM2.00 tu mcm tinggi la jugak. Aku ada tengok rancangan Eksklusif 1 di tv1 baru2 ni, ada buat misi penyamaran di Stadium bukit jalil utk tau modus operandi ulat2. Ada mamat sorang ni dia kata dia nyer komisyen 50sen jer utk seorg pembeli tiket yg dibawanya ke kaunter. Ada gak yg jenis terus bawa ke bus tanpa ke kaunter. Kalau boleh, elak la naik bas yg jenis bayar terus kat ulat, sbb biasanya tambangnya berganda! aku penah naik bas gi Ipoh dgn harga mencecah RM30! memang cekik darah. Tapi dah terpaksa pegi malam tu jugak dan bas lain memang dah penuh, so cekau jer lah. Lagi kita tertekan dan terdesak, lagi tinggi harga diorang letak. Macam mana la status rezeki diorang ni makan atas hasil peras ugut dari orang lain.


Bila diorang ber T-shirt seragam siap dengan pass kerja, memang tak nampak macam ulat.


Minggu ni balik kampung lagi... :)


sure fine whatever

No comments:

Post a Comment