Thursday, June 17, 2010

Floria 2010: Waterfront Putrajaya

Aku tengok dah ada banner yg bergantungan sekitar putrajaya tentang Floria 2010 yang akan bermula dari 10 hingga 18 Julai 2010. Yang 10hb tu insyallah aku dapat la jenjalan. Tak sabarnya nak tangkap gambar bunga byk2 :)
Rasa mcm baru jer gi floria 2009 dgn mak, dgn kucc, rupa2nya dah masuk lain tahun dah. Cepat betul masa berlalu

here's some info yg copy-paste dari website Perbadanan Putrajaya & Bernama.

-----------

Floria Putrajaya Floria 2010

Putrajaya Floria, the Putrajaya Flower and Garden Festival will be organised once again in Putrajaya, Malaysia. The 9 day fiesta will commence on 10th until 18th July 2010

Putrajaya Floria 2010 is an international event that is hosted by Perbadanan Putrajaya (Putrajaya Corporation) and the Ministry of Federal Territories and Urban Wellbeing. Arranged and landscaped in various settings with dedicated locations for photo opportunities, the intertwining flowers and foliage will create a magnificent medley of colours aimed to enthrall visitors. It is hoped that the festival shall inculcate in visitors a respect for nature, love for colours, flowers, plants and gardening.

Covering an area of 15 acres, there will be so much to see and do. There will be many programmes and activities for visitors to choose from. At night all the attractions will be lit up with lights that give a spectacular view of the flowers and gardens which blend well with the lights from the buildings, structures and bridges of Putrajaya. Some of the attractions at Floria 2010:


Floria Showcase Gardens
Special Heliconia Garden
International Garden
Corporate Gardens
School and University Show Gardens
NGO's Gardens
Floral Pavilion
Garden Bazaar
Art & Cultural Show

Admission Is Free 
 
Date : 10th - 18th July 2010
Venue : Waterfront Precinct 2, Putrajaya
Visiting Hours : Monday-Thursday  : 9.00 am - 10.00 pm
    Friday-Sunday  : 9.00 am - 12.00 am
 
 
For more information, call Perbadanan Putrajaya at 603-8887 7137 or visit
http://www.ppj.gov.my/putrajayafloria/floria.html


-----------
400,000 Tumbuhan Berbunga Pelbagai Jenis Dipamerkan Di Floria 2010

 

PUTRAJAYA, 16 Jun (Bernama) -- Lebih 400,000 tumbuhan berbunga pelbagai jenis akan dipamerkan pada Festival Bunga dan Taman Putrajaya (Floria) 2010 yang bakal berlangsung dari 10 hingga 18 Julai di Persisiran Tasik, Presint 2, di sini.

Bertemakan "Tanaman Heliconia", festival kali ketiga itu turut disertai peserta dari luar negara seperti Indonesia, United Kingdom, Australia, Jepun, Kanada, Taiwan, Belanda, New Zealand dan Serbia.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata Floria kali ini dijangka dapat menarik kira-kira 500,000 pengunjung.

"Sebanyak 45 ruang perniagaan berkonsep garden bazaar disediakan berbanding pada tahun lepas iaitu hanya 30 buah dan kesemua ruang itu telah pun ditempah," katanya kepada pemberita pada majlis pra-pelancaran Floria 2010 di sini Rabu.

Raja Nong Chik berkata acara akan dibuka bermula pukul 9 hingga 10 malam dari Isnin hingga Khamis, manakala dari Jumaat hingga Ahad pula dibuka dari 9 hingga 12 malam. Masuk adalah percuma.

Beliau berkata perkhidmatan bas juga akan disediakan bagi kemudahan pengunjung selain kemudahan tempat letak kereta.

Majlis perasmian Floria dijangka dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

-- BERNAMA

 

1 comment: