Seikat Kembang Merah
Penulis: Imaen
Penerbit: Jemari Seni
Lalu siapakah harus dipilih kalau di sana cantik di sini menawan?
Ketika aku melangkah keluar, ada yang tertinggal di sini; angan-angan, harapan dan seluruh hati. Sebagai gantinya aku membawa bersama wajahnya, dan rindu padanya – Nur Tahani gadis bertudung labuh.
Aku memang telah jatuh cinta pada dia. ‘Bidadari’, versi dunia atau akhirat seperti dia hanya layak digandingkan dengan orang beriman.
Bagaimana mungkin perempuan cantik, berprofil tinggi dan terlahir dalam gedung Gucci seperti Nina mahukan aku? Dia hanya layak bersanding dengan lelaki kategori ‘arreviste-hooray henry’. Sedangkan aku hanya lelaki terbuang. Kelas kambing! Paria! Dalit!
Benarkah, kalaulah cantik itu pintu kepada cinta, setiap lelaki kena bertapa dalam gua dan jalan pejam mata?
Lalu aku melambung dadu terakhir. Kalau aku kalah sekalipun, aku sudah tiada apa-apa lagi untuk rugi. Sama ada aku lambung atau tidak dadu itu, aku tetap merana; merindukannya separuh mati dan mencintainya seumur hidup.
* * * *
Terimalah Seikat Kembang Merah daripada IMAEN; yang tetap menulis novel action-romantic, tetapi kali ini nadanya berbeza.
ISBN: 978-967-5118-41-8Harga: RM20.00 (Sem. M'sia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)Harga pembelian melalui pos/pesanan online: RM18.00 (mulai 20 Jun 2010)
Spanar rindu Skru
RM19.90
Penulis: Emma Maizura
Halaman: 512
ISBN: 978-983-124-558-3
Sinopsis: Pertemuan tanpa diduga di alam maya membuatkan hubungan Minah Spanar dan Mat Skru bertambah erat. Sehari tidak berchatting terasa dunia seakan tidak ceria walaupun mereka tidak pernah bersua muka. Spanar sering berkongsi rasa dan cerita dengan Skru tanpa sebarang curiga. Skru yang bertindak sebagai pendengar dan penasihat membuatkan jiwa Spanar sentiasa tenang. Setiap kali dilanda rindu, kepada Skru, dia meluahkan semuanya.
Sikap Skru membuatkan Spanar mengingati Amin, lelaki yang dikenalinya tujuh tahun yang lalu. Dia pernah ada rasa sayang pada Amin, namun mereka terpaksa berpisah kerana perbezaan taraf. Akhirnya, Amin pergi akibat rasa terhina. Dan selama itu jugalah, dia menjadi penunggu yang cukup setia. Sesungguhnya, perpisahan itu amat menyakitkan. Alangkah indahnya jika selepas perpisahan, wujudnya pertemuan. Pasti tiada insan yang merana dan tiada jiwa yang menderita. Dia ingat lagi pesan Amin;
“Amin harap Reen semai ikatan hubungan kita dengan baja kejujuran dan keikhlasan supaya bercambah benih kasih dan sayang. Amin doakan kejayaan Reen. Ada jodoh kita akan bertemu kembali…”
Lafazkan Kalimah Cintamu
Penulis: Siti Rosmizah
Penerbit : SR Publication
Harga : RM26.90
Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. 23 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. kepulangannya ke pangkuan keluarga telah membuka tirai luka dalam hidupnya. Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu membenci gadis ini, mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya. Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?
Kutemui Cinta
NURAQILAH SYUHAIDA
RM 22.90
ISBN: 978-967-5489-48-8
~576 hlm
Tarikh Terbit: 31 Mei 2010
Adam sering memperdaya gadis-gadis demi melepaskan tekanan keluarga. Namun, tanpa disedari dia telah jatuh hati dengan gadis bernama Nadya. Hubungan Nadya dan Hafiz tidak disenangi Adam menyebabkan dia memusuhi Hafiz dan menjadi seorang pendendam.
Pemergian Hafiz memberi kesedaran kepada Adam namun dia tidak pernah berputus asa merebut hati Nadya. Ketika itu muncullah Rafi yang turut menyimpan perasaan terhadap Nadya. Hakikatnya siapakah pilihan di hati Nadya? Adam atau Rafi?
siti rosmizah tu penulis andai itu takdirnya ke rinn, wah dah tak dengan novel prima ye SR tu dia punya syarikat kot.
ReplyDeleteha'ah. dah ada publication sendiri. novelnya yg baru boleh dibeli terus dari srpublication atau pun kat mana2 kedai buku Popular
ReplyDeletexsuka la, kak rinn selalu buat my list panjang hahaha
ReplyDeleteooo SR tu syarikat Siti Rosmizah ya? Wah, bagus2
haha kalau tak suka buat tak nampak ye?
ReplyDeletepelik la rinn novel siti rosmizah tu takde kat minerva tapi di popular ada pulak.
ReplyDeletememang dah mention kan buku2 ni akan dipasarkan di popular bookstore sahaja dan boleh juga dibeli direct dari publisher.
ReplyDeletela ye ke 10% je la less. kena tunggu sale popular le.
ReplyDelete10% pun ok lah tu daripada tak der diskaun langsung. kiter kdg2 beli full price. huhu.. kalau members Popular dpt 20% kan?
ReplyDeletemember 10% je kalu ada sale novel terpilih baru 20%.
ReplyDeleteowh camtu ker. Kita tak biasa shopping buku kat popular. Tapi kalau dia buat pesta buku besar2 tu kiter gi lah macam kat KLCC tu. tapi ada entrance fee RM2.00. kalau pesta buku popular tu buku2 dia diskaun 20%
ReplyDeleteRinn, novel terbaru siti rosmizah best tau..
ReplyDeleteyg cover gambar petir tu kan? thanks for sharing ya! :)
ReplyDeletehaahhh...sinopsis dierr bestttt rrr.....suka ctr cm tue..msti akhirnya si ryan tu ngan aqilah ann??
ReplyDeletecuma cover dier aja menyeramkan....hehe..cm ctr hantu lak..
ReplyDeleteyes... cerita dia ada part klakar, sedih... best2.. tak rugi beli...
ReplyDeletepada saya, ini lagi best compared to her other novels..
oo eh?
ReplyDeletemmg igt nk beli jgk...
coz nvl dia yg len pn bestt ann...
cuma hero dier tu jht cm aizril jgk kerr??
aizril lagi jahat.. ryan tu takdelah sampai memukul isteri dia...hehehe
ReplyDeleteohh ehhh???yes2!!! tanak la jahat sgt....sikit2 da laaa....hehe confirm beli!!!...sukkaaa.~~
ReplyDeletehappy ending ke novel ni?
ReplyDelete