Showing posts with label dhiyazafira. Show all posts
Showing posts with label dhiyazafira. Show all posts

Wednesday, August 17, 2011

Hati Bergetar Rindu

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Mystery & Thrillers
Author:Dhiya Zafira
Hati Bergetar Rindu
Penulis: Dhiya Zafira
Editor: Mazuen Yahaya
Terbitan Alaf 21 Sdn Bhd
RM21.00
Sabah/Sarawak: RM24.00
530 mukasurat


"Mengapa gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia sendiri lahir daripada sebuah kemesraan?"


Kalau anda kali pertama membeli dan membaca karya Dhiya Zafira, tentunya tak menyangka ianya novel romantis thriller kerana kulit buku ini tidak langsung menggambarkan sentuhan thriller dalam novel ini.


Awal-awal lagi kita sudah diperkenalkan kepada 'Angel' pembunuh bersiri. Dia adalah pemburu wanita-wanita cantik yang curang. Ari yg berada di tempat yang salah, di waktu yang tak kena, menyebabkan dia turut terseret sama dalam senarai buruan Angel. Kes ini juga membawa kita mengenali Sid yang bertanggungjawab untuk kes Angel. Ari yang ditemui dalam keadaan separuh mati membawa kita menyusuri kisah silam yang terselindung antara Sid dan Ari. Kisah Angel, Sid dan Ari diceritakan secara bersulam dalam teknik 'flashback' yang disusun kemas. Bukan senang nak menceritakan 'past' dan 'present' secara 'back to back' seperti ini tanpa mengelirukan pembaca. Terima kasih kepada penulis dan editor kerana sangat teliti dalam menyusun kronologi kisah ini dan membuat aku tidak pening malah merasa untuk terus membaca hingga helaian terakhir :)


Kisah silam Sid-Ari yang disulam dengan aktiviti-aktiviti Angel yang mendebarkan membuat pembacaan menjadi rancak dan lancar. Rasa tak sabar nak menyingkap rahsia pertelingkahan Sid dan Ari. Segalanya didedahkan sedikit demi sedikit seperti mengumpan kita untuk terus menyelak setiap helaian novel ini dengan penuh rasa ingin tahu. Aku faham apa yang Fauzan rasa bila Sid tu asyik buat cerita tergantung saja. Memang rasa nak sekeh kepala Sid :) kenapa la Fauzan tak tolong kita sekeh Sid sedas.


Selepas Angel tertangkap, terasa rentak cerita ini jadi tidak meriah dan jalan cerita jadi biasa-biasa, mungkin kerana dah selalu jugak baca novel yg ada kisah watak-watak utama dibawa ke Tanah Suci menunaikan umrah. Kemunculan semula copycat Angel setelah Ari dan Sid kembali dari mengerjakan ibadah umrah menghidupkan semula suasana bertenaga kisah ini. Bab-bab terakhir memang mendebarkan dan happy ending di penghujung ceritakan merupakan hadiah yang paling manis buat pembaca yang penat-penat tumpang panik.


Kalau nak banding kisah 'Hati Bergetar Rindu' dengan 'Jauh Kau Pergi', aku lebih suka JKP. JKP telah meletakkan penanda aras yang agak tinggi buat Dhiya Zafira.

Reunion watak-watak hero & heroin dari novel-novel Dhiya Zafira yang lalu kelihatan meriah :) Scene Jimmy tengok mms anak-anak buahnya yang dihantar oleh Afi kelihatan tidak ada kena mengena dengan kisah dalam Hati Bergetar Rindu. Bagi yang tidak mengikuti kisah mereka dalam 'Jauh Kau Pergi' mungkin akan berasa keliru mengapa scene itu menumpu kepada mereka 'out of the blue'. Apa-apa pun memang tak sabar nak baca kisah Jimmy :)


sure fine whatever
Rinn


blurb/novelcinta @ multiply/sinopsis belakang buku:


Hidup ini adalah rangkaian perjuangan demi perjuangan. Maka, jangan ada yang menyerah, berputus asa dan menganggap perjuangan hidup adalah satu yg sia-sia. Tetaplah tegar meskipun yg lain berguguran. Tetaplah tersenyum walau perjuangan ini terasa pahit dan berliku. Sesungguhnya, DIA tidak akan mensia-siakan usaha kita.


Ari ~ Bersamamu aku memahami makna bahagia, tetapi mengenalimu juga membawa aku ke lembah derita. Dalam dunia ini, tiada insan yg mahu dikhianati. Lebih-lebih lagi daripada orang yg paling dipercayai dan disayangi.


Sid ~ Segala jerih yang kita lalui, semoga ada senyum pada esok hari. Percayalah... kita semua hanya mahu bahagia. Percayalah... kebenaran hanya mampu dilihat oleh mata hati, dan Ari... yakinlah ALLAH sudah memilih yg terbaik buat kita.


Ini kisah mereka yg mencari kebahagiaan. Kisah mereka yg terbeban dengan dosa silam. Kisah mereka yg mencari keampunan. Kisah mereka yg mahu mencari jalan pulang. Kisah mereka yg harus mengerti dan memahami apa makna sebuah perjuangan.


Monday, November 1, 2010

Jauh Kau Pergi

Rating:★★★★★
Category:Books
Genre: Mystery & Thrillers
Author:Dhiya Zafira
Jauh Kau Pergi
Penulis: Dhiya Zafira
Terbitan Alaf 21 Sdn. bhd
Cetakan pertama 2010
RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90
isbn: 9789831245699
528 mukasurat


"Daerah paling sepi di dunia adalah hati tanpa cinta"


Aku rasa ni antara buku yg ramai pembaca yg ada blog suka baca sebab sangat mudah mencari review novel ni di internet dan kesemuanya adalah review yg sangat positif. Bagi aku Dhiya Zafira sudah berjaya meletakkan namanya di kelas yg tersendiri dalam penulisan novel action thriller.


Dhiya Zafira meneruskan kecemerlangannya dlm melagukan cerita melayu berentak romantis-thriller. Memang menyediakan perisa berbeza dalam penghasilan novel melayu Malaysia. Dalam timbunan cerita2 cinta yg mendayu-dayu, Jauh Kau Pergi memberi denyutan berbeza kepada pembaca. Kadang2 kalau cerita cinta semendang pun buat kita bosan juga, sekali sekala terselit cerita sebegini, memang membangkitkan mood utk membaca.


Hero yg diangkat dalam novel ini adalah seorg askar komando. Seperti melengkapkan pulak koleksi hero melayu beruniform di laut, udara dan darat :p Kalau Jemari Seni ada Mazni Darwisya's Amru si mat selam, KarnaDya pulak ada Aina Emir's Arash si wira angkasa dan terbaru Alaf's Dhiya Zafira mengangkat Rif, si mat teyrap sbg hero;) Bagi aku ketiga-tiga hero beruniform ini mempunyai perwatakan yg menarik dan terserlah aura 'heroism'nya.


Di sebalik perwatakan macho, Rif sebenarnya adalah seorg lelaki yg sensitif dan penuh emosi. Afi menjadi buruan setelah kematian abgnya, seorg komando yg menjalankan operasi sulit. Rif dan kawan2nya cuba menghulurkan bantuan sebaik mungkin utk Afi yg sebatang kara gara2 dibuang keluarga sejak ayahnya berkahwin dgn ibunya, seorg omputeh. Mulanya aku heran naper Rif spent too much time dgn Afi sedangkan dia ada tugas rasmi yg tersendiri, rupa2nya Afi tu adalah sebahagian dari tugasnya. Bagi yg pernah baca karya Dhiya Zafira, watak yg disangka mati tapi masih hidup bukanlah sesuatu yg baru kerana beliau pernah menggunakannya dalam novel sebelum ini. Ini mengurangkan sedikit elemen kejutan semasa membaca kisah ini.


Cerita yg penuh aksi ini terasa tidak susah utk membayangkan aksi lasaknya mungkin kerana aku selalu jugak tengok cerita2 action packed dan penulis menggunakan bait2 kata yg terbaik utk membayangkannya dgn mudah kepada pembaca.


Kenapa ya Jimmy meninggalkan klue kepada AFi utk disampaikan kepada Rif? Itu sudah terang-terangan akan meletakkan Afi dalam bahaya. Nasib baik nenek diorang tak kena pulak sebab dialah org pertama yg memegang amanat Jimmy. hmm ni kena tanya penulisnya nih. Dgn kepakaran Jimmy dan Rif, mereka tentu boleh mengelakkan Afi dari terlibat dalam semua ni. TApi kalau tak disebabkan semua tu, tak merasa la Afi lari turun bangunan dgn menggunakan tali atau shopping baju baru dlm keadaan memakai seluar bercetak gambar popeye. hehe...


sure fine whatever
rinn





blurb/sinopsis belakang buku:


Aku tidak pernah memilih dia sbg pelindungku. Aku tidak pernah menganyam impian utk hidup bersamanya. Kasih terhadapnya tidak pernah lebih daripada yg sepatutnya. Sesungguhnya, dia tidak pernah ada dalam perancangan masa depanku. Dia hanya seorg sahabat.


Namun, sesuatu berlaku menyebabkan haluan kami bertemu. Tiba-tiba aku memilih dia. Aku mula mengait benang rindu buatnya. Aku kasihkan dia lebih daripada segalanya. Tetapi dia ternyata bukan utk ku. Aku bukan pilihan dia! Menyerah kepada takdir bukannya bererti menyerah kalah kerana manusia ditakdirkan utk menang, bukan?


Rif - Muliakah hubungan yg dipenuhi pendustaan? Sucikah cinta yg tercemar keraguan? Untuk dia... aku sanggup hadapi semuanya. Kerana dia, aku rela mempertaruhkan nyawa. Hanya utk dia... aku redha. Ada apa dengan dia yg menjadikan semuanya serba tidak kena?


Afi - aku tidak mampu bersaing dgn masa silam utk terus melangkah ke hadapan. Betapa Jauh Kau Pergi, namun aku tetap setia menanti...


Wednesday, September 23, 2009

Rindu Untuk Dia

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Dhiya Zafira
Rindu untuk Dia
Penulis: Dhiya Zafira
Harga : RM 19.90
492 mukasurat
Terbitan: Alaf21


Selepas membaca 3 karya DZ, saya dapati dia gemar menulis kisah cinta yg bertahun-tahun terputus bertaut kembali. Ku Damba Bahagia: Taufik-Alia, Rindu Belum Berhenti: Izz-Adni dan yg terkini Rindu untuk Dia: Jad-Amie. Dan DZ suka yer letak nama2 pendek heroin2 dia yg bermula dgn huruf 'A'. Saya rasa tajuk novel nya yg ini sesuai benar dgn nama penanya Dhiya Zafira, Rindu untuk Dia.


Romantis Thriller kelihatan semakin sebati dengan DZ. Kisah ini bagi saya lebih sarat daripada RDB yg mengalunkan rentak yg sama. Mungkin kerana cerita ini byk membuat saya menangis. memang improvement yg sangat ketara dlm cara DZ menulis scene2 sedih dan semakin menyentuh perasaan. Kalau dulu scene sedih hanya ada sikit jer, tapi dlm novel ni memang banyak dimasukkan scene2 sedih sampai boleh bengkak mata wo lepas baca novel nih. Watak Amie memang mengundang simpati menggunung setiap kali membaca kisahnya. Memang nangis jer la sepanjang baca kisah ni. DZ sentiasa menyelitkan misteri yang membuat kita tertanya-tanya di sepanjang pembacaan dan misteri2 itu diurai satu persatu dengan tidak dilengah-lengahkan. Ada sesetengah penulis cuba menyimpan elemen misteri itu sehingga membuat kita bosan tapi DZ berjaya mengeksploitasi elemen ini dengan baik. Bila start baca memang tak bleh nak berenti dah.


Watak Jad mungkin tidak segagah Izz atau sejiwang Taufik, tetapi jiwanya yg kental penuh dgn rasa kasih sayang dan tanggungjawab. Dia sanggup melakukan apa saja utk org di bawah tanggungjawabnya dan org yg dikasihinya sehingga tiba ke saat2 yg sangat getir, antara hidup dan mati, dia terpaksa memilih utk menyelamatkan org yg dikasihinya atau org yg di bawah tanggungjawabnya.


Penceritaan emosi Amie yang sangat kompleks ditangani dgn baik sekali oleh DZ. Membuat kita sama2 terseret dalam dilema seorang Amie. I'm impressed.


Kisah ni tentang Jad yg kebingungan ditinggalkan Amie beberapa hari sebelum hari perkahwinan mereka. Sue menggantikan tempat Amie di pelamin mereka. Sue ni memang tau siapa Amie buat Jad dan dia takkan dapat menggantikan tempat yg Amie tinggalkan. Tanpa pengetahuan Jad, Amie sebenarnya menanggung penderitaan yang teramat dan dia pergi demi kebaikan. Namun titik hitam itu menjadi trauma sepanjang hidupnya. 5 tahun kemudian, mereka bertembung semula. Amie masih lagi menjadi insan misteri dan Jad mahu membongkar misteri itu. Cuma saya terfikir, kalau Amie teramat trauma dengan apa yg terjadi, kenapa dia kembali ke tempat yang bakal menjadikan dia lebih trauma lagi kerana ia melibatkan org2 yang bahaya.


Kalau dlm Kudamba Bahagia DZ menggunakan lagu Lady by Kenny Rogers, dlm Rindu Belum Berhenti buat aku nyanyi2 balik lagu Don't Cry Joni, kali ni RUD membuat lagu How Can I Tell her terngiang ngiang di telinga. DZ ni suka lagu lama2 la. huhu...


Sinopsis/blurb novel ini sedikit membunuh suspen cerita. "Malah cinta yang mereka pertahankan itu telah mengorbankan satu nyawa." Terus dah bleh teka sapa yang akan mati dlm citer nih.


apa2pun saya suka citer ni sebab semuanya diakhirkan dgn baik, tidak membiarkan kita tertanya-tanya. Yg best tu org jahat bersepai kena langgar keretapi. AND!!!! Izz Karami muncul semula dlm novel ni, tapi tak 'nampak' pulak Adni ngan Iman ;). Bella Rosa plak menjadi salah satu lokasi misteri dlm citer ni :) Seronok pulak biler baca something yg membuat kan kiter teringat citer lain. Ekcili citer ni mengingatkan saya kat Alia-Taufik jugk sbb ada bahasa Sepanyol. Well sebenarnya lepas baca citer ni aku baca semula "Kudamba Bahagia". :)


sure fine whatever
rinn


sinopsis/blurb:

Amie Najla' nekad melarikan diri seminggu sebelum perkahwinannya. Tiada niatpun di hatinya untuk memungkiri janji, namun keadaan yang memaksa. Dia tidak sanggup melihat mahligai yang ingin di bina musnah jika Jad Imran tahu apa yang terjadi pada dirinya. Kerana itu dia rela dituduh sebagai pembohong.

Lima tahun berada di luar negara, rupa-rupanya tidak pernah memadamkan ingatannya terhadap Jad. Rindu yang terlalu terhadap lelaki itu telah membawa Amie kembali ke tanah air. Namun, kepulangananya ternyata satu kesilapan. Seseorang menantinya dengan seribu dendam. Dendam yang mahu dia kekal menderita sampai ke hujung nyawa.

Dalam kelelahan melenyapkan memori hitam itu, takdir ALLAH berpihak kepada Amie. Di sisi Jad, dia kembali menemui harapan. Namun, lorong-lorong bahagia yang direntasi sering terhalang. Malah, cinta yang mereka pertahankan itu mengorbankan satu nyawa.

Monday, September 8, 2008

Rindu Belum Berhenti

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Dhiya Zafira
Rindu Belum Berhenti by Dhiya Zafira
Terbitan Alaf 21
Tahun 2008


"Perasaan ini kan kubawa hingga aku pergi"


Romantis thriller! Dhiya Zafira berani mencuba genre yang sekali sekala kita terserempak ni. Memang kisah yang menarik utk dihayati dan terselit misteri2 tersendiri utk pembaca singkap satu persatu dalam membaca novel ini dari muka surat pertama hingga muka surat terakhir. Selepas membaca Kudamba Bahagia, saya tak sangka DZ berjaya menulis kisah romantis thriller begini. Secara umumnya persamaan yg ada hanyalah dari segi kisah 2 insan yang pernah ada perasaan kasih antara satu sama lain, terpisah, dan kemudian bertemu semula lalu cinta antara mereka bertaut semula. Tapi tautan cinta mereka ni bukannya dihalang orang tua ker family tapi melibatkan sepak terajang, gengster, undang-undang dan senjata berbahaya.


perwatakan murni disembunyikan dgn baik hingga dia tak disyakki langsung ada kaitan dgn kes cubaan membunuh Adni. masa awal2 cerita saya suka murni yang bersikap spt analyst yang boleh membaca 'bahaya' dan 'kesedihan' Zack dgn hanya melihat wajahnya.


Demi keselamatan Adni, Zack menjadi bayang2nya dan demi keselamatan gadis itu juga Zack menculik Adni.


"Percaya atau tidak sayalah orang yang akan selamatkan awak."


kehadiran Zack dlm hidup Adni bagai puting beliung yg sekelip mata memporak perandakan hidupnya namun ada sesuatu tentang Zack yang memancing kenangan lamanya. Kenangan 10 thn lalu yg takkan padam.


Mana mungkin Zack melupakan gadis cilik 15thn yang berani meluahkan perasaan kpdnya 10 tahun lalu. Bermcm cara Zack cuba menghalang perasaan itu namun dia sudah terpaut. Dia tidak menyangka pelariannya selama 10 tahun mengembalikan dia kepada gadis itu.


DZ byk menggunakan nama2 alternatif utk watak2 ciptaannya utk menjadikan misteri kisah ini lebih menarik seperti Zack-Izz, Adni-Dinie, Hashimi-Khairy.


Masa scene di mahkamah tu, ketika keputusan mahkamah dibacakan ke atas Zack, saya tercari-cari atas kesalahan apa keputusan itu dijatuhkan? menculik Adni? atau penglibatannya dalam kumpulan black? Adni sendiri tentulah menolak yang dia diculik, dia sebenarnya diselamatkan.


Kisah ini tidak berakhir di situ. Rindu yg belum berhenti membuatkan Adni mencari dan memburu cinta Zack. Zack tak dapat lari ke mana2 kerana Adni dah menjadi bayang2nya di rumahnya sendiri. Ligat kepala otak Zack memikirkan cara utk menakut-nakutkan Adni supaya pergi meninggalkannya tapi sebaliknya yang takut dengan tindakan-tindakan Adni.


sure fine whatever
Rinn


Sinopsis belakang buku:


Dia ada segala-galanya, sehinggalah satu hari semuanya berubah. Jenayah yg terancang menyebabkan tiba-tiba dia menjadi pelarian. Dia keseorgan sehingga lelaki bermata sedih itu datang. Tanpa sedar, dia meletakkan seluruh kehidupan di tangan lelaki itu. Lelaki yang diketahui amat berbahaya, namun Adni yakin lelaki itulah penyelamatnya.


Zack, lelaki berdosa yg mahu meninggalkan kisah silamnya yg gelap. Bersama Adni mereka menjadi pelarian. Antara memburu dan diburu, mereka perlu menyelamatkan diri utk meneruskan kehidupan. Demi Adni, dia rela andai maut yg menjemputnya pulang.


Jenayah terhadap Adni, jenayah terancang. Penuh momen yg menggetarkan jiwa. Senjata yg dicipta manusia, apakah tujuan di sebaliknya? Menjadi perisai menyelamatkan diri atau mengurangkan jumlah manusia di muka bumi?


Antara Zack dan Adni laluan ke syurga bermula dengan maraknya api neraka. Bila hati manusia diselubungi dgn dendam, berpaksikan kesumat mampukah cinta menghapuskan semua kekeliruan yg dtg? dapatkah Adni menemui cintanya semula?


Adni - Kudamba Bahagia bersamamu.
Selagi Rindu Belum Berhenti aku akan tetap menantimu. Aku akan tetap menanti kerana Kau Tercipta Untukku.


RM18.00
480 mukasurat
ISBN 9789831243602

Tuesday, September 2, 2008

Soft-Launch Rindu Belum Berhenti




Soft Launch Novel Rindu Belum Berhenti (Dhiya Zafira)
Lokasi : Pizzahut Maju Junction
Tarikh/masa: 30 Ogos 2008, 10 pg


Nasib baik soft-launch ni buat pagi 30 Ogos, kalau buat petang, memang tak pegi la jawabnya. Sbb petang tu dah nak balik kampung. Teringat saya masa dapat emel dari kak Kusyi Hirdan yang jugak buat majlis pelancaran siri Kembara Hafiz pd 30 hb jugak jam 2.45 petang. Masa tu dah kena ada kat terminal lah, tunggu bas. Insyallah ada rezeki lain kali saya pergi.


Saya keluar dalam lingkungan pukul 8.30-9pg. Thanks Ami sudi hantar sampai LRT sg Besi. Sampai tu terus singgah Puduraya sebab nak beli tiket balik raya. Alhamdulillah semua tiket dah dapat, tak payah la risau nak pergi balik raya ni :) Saya ke stesen Bandaraya dgn Amy yang ada program shopping sepanjang hari tu. We split kat Sogo. Teringat wajah2 penuh senyuman sambil tunduk hormat menyambut pelanggan2 awal dalam Sogo.


Saya sampai kat Maju Junction pukul 10 lebih. Masa tu orang tak ramai lagi.. org pertama yg aku jumpa adalah Suh :) Rindu la Suh lama tak jumpa. Nanti jgn lupa emel2 gambar, mana la tau ada tersangkut muka den kat dlm kamera Suh tu.


Tak jauh dari pintu masuk Pizzahut tu Dhiya Zafira dah menunggu dgn senyuman paling manis :) thanks so much sudi jemput. Kenyang betul makan aneka piza.


Sebenarnya saya tak pernah tahu pun Maju Junction tu kat mana. Selalunya sampai Pertama KOmpleks jer, tak penah pegi beyond that.


ADa jugak penulis2 Alaf yang lain spt Hezzy Azra, Lynn Dayana, Eka Fahara, Lily Haslina Nasir, Laila Kamilia, Norzailina Nordin


Pengerusi Majlis hari tu adalah Laila Kamilia. Pokcik Mersik, Carrie Kirana & wakil gengkicap pun ada :)


Tahniah Dhiya Zafira kerana berani mencuba kisah aksi thriller. :) memang thrill lah! Bagi yang mahu kelainan dalam pembacaan kisah thriller, bacala Rindu Belum Berhenti nih. Masa weekend hari tu dah abis baca. blum sempat lagi taip review.


Kebetulan pulak saya nak bawak balik novel utk adik. Ada di antaranya novel Lily Haslina & Laila Kamilia, dapat la amik signature :) Rezeki saya la nak dapat autograf Laila Kamilia sebelum dia berangkat ker Germany.


sure fine whatever
Rinn

Thursday, September 13, 2007

Dhiya Zafira & Maria Alina di Alaf21, PWTC

1 September 2007 tu memang aku ronda sakan.. pagi2 dah pegi cari Low Yatt. Main redah jer, rupa Low Yatt Plaza mcm mana pun aku tak tau.. alhamdulillah akhirnya berjumpa. dapat la beli benda2 yang aku nak and ada jugak la benda2 yg aku target
nak bli. Nampaknya nanti datang Low Yatt Plaza lagi lah.
seronok tengok macam2 gadget computer, camera.. perghh aku memang gila benda2 mcm ni.

Next target PWTC lah. Kawan aku ada kat sana jadi tukang pantau pameran. sempatla meronda2 pameran oleh pelbagai agensi kerajaan. Kaunter buat IC pun dibukak jugak.. round punya round punya round cari Alaf21 tak jumpa lah pulak.. sempat la dapat 'umrah' sebelum terdongak ke tingkat atas. Naik sana baru la nampak booth alaf21 di suatu sudut. Aku terus jalan control macho ke rak2 buku kat situ.. tengok kat depan tu ada la dua orang duduk kat meja yg penuh dgn buku2. Hok yang baju putih tu dok ushar aku semacam.. ha ha..

Sambil belek2 buku sambil2 tu aku curi pandang ke arah 2
orang tu nk make sure tu writers ker penjual buku.. huhu.. tak der tagging nama. Len kali kena bawak sendiri.. hehe gi tempah siap2 :)


Lepas beli buku aku pun tanya la orang kat kaunter tu "Tu penulis kan?" Aku dah agak yg baju putih tu Dhiya Zafira, tapi yg sebelah dia tu aku tak kenai lagi. Sempat la amik otograf utk buku "Kudamba Bahagia" & "Rahsia Hati". hmm kalau aku sampai awai sikit, tentu dapat jumpa lily haslina nasir, tapi apa bleh buat, tak der rezeki nak jumpa dia. selesai ber otograf dan bergambar, aku terus menapak ke LRT terdekat dan memulakan perjalanan balik ke Putrajaya dgn senyuman puas hati :)

sure fine whatever
Rinn

Thursday, August 23, 2007

Ku Damba Bahagia

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Dhiya Zafira
Ku Damba Bahagia by Dhiya Zafira
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd

"Ada kalanya menghitung bintang di sunyi malam lebih mudah dari
menggenggam sebuah hati."

Karya sulung Dhiya Zafira. kira bagus la sebab macam orang yg dah
biasa buat novel jer. tak macam karya pertama. sesetengah tu kita baca
hasil karya kedua, ketiga, belum tentu sebaik ini. Tahniah buat Dhiya
Zafira.. errr tengah buat 2nd novel ke? :)

Bagi saya citer ni cukup ramuan utk menjadikan sesuatu novel menarik.
Ada cinta, ada chemistry antara watak utama (especially hero ngn
heroin la), ada cemburu, ada konflik, ada misteri masa lampau, ada
perselisihan dan isu utama pergolakan citer ni agak stereotype la dgn
kisah2 lain iaitu salah faham, miscommunication. the key word is *loud
whisper* CAAAKAAAAP.. hehe.. tapi kalau cakap, nanti tak jadi citer
la pulak ek? Bila alia nak citer taufik tak nak dengar. bila taufik
nak dengar alia pulak tak nak citer.. nak kena luku alia ngan taufik ni.

cara penceritaan masa mula tu yg membiarkan pembaca tertanya tanya
kedudukan cerita tu memang baik kerana itu akan menjadi kan pembaca
curious dan akan terus membaca hingga satu persatu persoalan terjawab.

serba sedikit tentang kisah ini, tentang suka duka perjalanan cinta
Alia dan Taufik kerana cinta diorang terhalang. Taufik biasa hidup
menyara diri seadanya sedangkan Alia anak orang kaya raya. Tapi takdir
menemukan mereka dan cinta hadir. Alia enggan dihantar ke luar negara
meminta Taufik membuktikan cintanya dgn sebuah perkahwinan. Taufik
akur tapi tanpa pengetahuan Alia satu perjanjian dibuat di antara
Taufik dan bapa Alia, RM100,000 mesti diadakan kalau betul2 mahu
memiliki Alia. Bapa Alia tidak yakin orang seperti Taufik akan dapat
membahagiakan anak kesayanganya.

Taufik ni rupanya cucu orang kaya yg pernah memutuskan hubungan dgn
anak sendiri kerana kahwin tanpa restu. Kehadiran Taufik menjadikannya
seorang datuk yg paling gembira dan dengan bantuan datuknya, Taufik
berjaya mengadakan Rm100,000 tu.

Mereka bahagia dengan cara mereka tersendiri walaupun dari semasa ke
semasa bapa Alia sengaja menduga dan kadang2 menghina. Sarah lahir dan
tak lama kemudian bapa Alia sakit. Alia penat membahagikn masa utk
bapanya dan anaknya. Taufik ada jugak salah sangka yg mungkin bapa
mertuanya sedang mengatur strategi utk memisahkan dia dan Alia tetapi
later dia percaya orang tua tu dah betul2 insaf. Alia rela mengikutnya
ke luar negara utk sambung belajar, tapi pada hari yg dijanjikan Alia
menghilangkan diri. Taufik percaya bapa mertuanya telah berjaya
meyakinkan Alia supaya meninggalkannya jadi Taufik pergi ke luar
negara bersama baby Sarah.

Alia rupa2nya ditimpa kemalangan yg meragut nyawa ibu dan bapanya. Dia
menanggung derita kehilangan keluarga, suami dan anaknya. Bila tau
Taufik dah pergi, dia macam pasrah jer, tak nak Taufik tau tentang
keadaan dirinya.. hmm kenapa ye?

Tiga tahun kemudian Alia ada mencari Taufik di luar negara tapi bila
nampak Taufik dgn sorang pompuan dia terus patah hati dan melepaskan
peluang utk melepaskan rindu pada anaknya sarah.

Selepas 7 tahun di London barulah Taufik kembali bersama sarah dan
guess what.. dia bos kat tempat alia bekerja. Takdir menemukan mereka
kembali tetapi Taufik dan Alia ada banyak persoalan yang perlu
diselesaikan.

sure fine whatever
Rinn

Sinopsis belakang buku:

Dia begitu dambakan bahagia. Setiap saat dan detik yang berlaku dalam
hidupnya adalah satu perjalanan yang penuh makna. dia melihat
kehidupan ini dengan penuh warna-warna indah dan keceriaan. Namun,
kejadian yang menimpa benar-benar mengujinya.

Alia tidak pernah tahu apa itu cinta. Pertama kali bertentangan dengan
Adnan Taufik, dia rasa gundah. Apa yang ada pada lelaki itu hingga
mengganggu lenanya? Apakah benar wujudnya cinta pandang pertama? Dia
sendiri meraguinya. Namun, dia terpaksa terima kenyataan. Cintanya
berputik saat senyuman indah itu terukir buatnya.

Adnan Taufik tidak menyangka, mencintai alia akan mengheretnya ke
lembah penderitaan. Entah mengapa, cinta yang lahir dari kesucian dan
keikhlasan hati akhirnya terkubur juga. Sesungguhnya, cinta mereka
tidak kuat untuk menahan gelombang yang melanda.

Bagi Alia, dia tidak mengerti mengapa tiba-tiba Adnan Taufik pergi
dari sisinya. Sedangkan ketika itu dirinya dibaluti bahagia. Salah
faham yang berlaku menyebabkan mereka menyimpan dendam yang bukan sedikit.

RM 18.00
492 muka surat
3 bintang