Showing posts with label pts. Show all posts
Showing posts with label pts. Show all posts

Saturday, November 10, 2012

Hunky Avian Funky Arisa

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Teens
Author:Rose Harissa & Lily Haslina Nasir
Hunky Avian Funky Arisa
Penulis: Rose Harissa & Lily Haslina Nasir
Terbitan PTS Millenia
Editor pengurusan: Nur Hafidhzah Mohd Dahri
RM20.00
Sabah/Sarawak: 23.00
196 mukasurat

Buku ni bukanlah novel sangat. Ia adalah bahan berupa information yang disampaikan secara grafik/lukisan komik dan majalah.

Warna-warna dan lukisan komik ceria melambangkan warna warni dunia remaja yang semakin menempuh alam dewasa. Informasi perubahan-perubahan lelaki dan perempuan disampaikan secara riang ria oleh penulis2. Kalau ada parents yang rasa susah untuk menceritakan perihal perubahan fizikal seorang remaja, mungkin buku ini boleh membantu.

Informasi diselitkan dalam kisah hidup seharian 2 remaja Avian dan Arisa yang saling bermusuhan. Ada saja perkara yang hendak digaduhkan.

siap ada kontes dan hadiah2 menarik lagi. buku ini ada sambungan beberapa episod rasanya. Untuk mengikuti perkembangan Avian dan Arisa, kenalah beli next episod ya?

sure fine whatever
rinn


blurb/sinopsis:

Org kata budak lelaki suka bergaduh. Org ckp budak lelaki suka cari fasal. Org kata budak perempuan pula byk cakap. Asyik membebel, berleter, bergosip dan mengomel. Asalkan ada kerja rumah, kerja di dapur, mesti budak perempuan sahaja yg mesti belajar ke dapur. Budak perempuan sahaja yg mesti mengemas, membasuh, dan membuat segala kerja org gaji. Hei, habis budak lelaki buat apa? Tahu makan sahaja, ya? Sangat tidak adil rasanya! (Ini jeritan batin budak perempuan, okey?)

Tetapi sekiranya hal-hal kerja berat dan kerja kasar, mengapa mesti tolak kesemuanya kepada budak lelaki? Eh, ingat budak lelaki urat dawai dan bertulang besi! Budak lelaki juga ada waktu perlu berehat! Habis, budak perempuan buat apa? Asal kerja kasar, kerja yg mengeluarkan peluh, kerja yang berpanas, budak perempuan terkecuali. INI TIDAK ADIL! (Ha ini pula luahan perasaan budak lelaki, okey?)

Perempuan vs lelaki?
Betulkah banyak konflik?
Betulkah remaja selalu stress?
Sungguhkah remaja asyik moody?
Mengapa org dewasa selalu rasa mereka betul?
Kamikah yang salah ataupun kami yg tidak faham diri sendiri?

Saranghaeyo, Arumi!

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Rose Harissa
Saranghaeyo, Arumi!
Arumi Kekasihku!
Penulis: Rose Harissa
Terbitan PTS Litera Utama
editor pengurusan: Nor Adilah Riduan
editor perolehan: faiizah Lood
RM18.00
sabah/Sarawak 20.00
365 mukasurat

habis dalam masa satu hari! :) memang sayang nak lepas buku ni sejak dimulakan muka surat pertama. Arumi buat aku teringat pada Safiy Aqil yg merupakan bekas pengidap sindrom asperger. Sukar berkomunikasi dgn perempuan, cuma Arumi ni bukan pengidap, dia normal dan lebih agresif dan garang. kena pula dengan lawannya Aiyani yang jadi garang bila datang anginnya. Rupanya penawar kepada Arumi adalah penampar. Tamparan yg membuat Arumi jatuh hati pada Aiyani. Jenuh Aiyani menepis gosip yg mengatakan dia kekasih Arumi. Arumi punya ramai peminat yang obses lalu Aiyani menjadi mangsa. Tempat Arumi tumpang bermanja juga disimbah bahaya. Siapakah Arumi sebenarnya? Bila topengnya dibuka, semakin ramai gadis yang gila padanya. Aiyani sudah mula membuka hati untuknya tetapi sesuatu terjadi membuatkan Arumi lupa. Endingnya terasa seperti menekan butang reset terhadap segala-galanya. Dan kisah baru akan bermula dalam sambungan novel ini seterusnya. Adakah Arumi tetap akan jatuh cinta pada Aiyani sekiranya mereka bertemu dalam keadaan lain?

Kisah cinta remaja ini walaupun kelihatan ringan dan manis, berjaya disulam dengan scene sedih dan menyentuh hati dengan baik sekali menjadikan ianya kelihatan seimbang. tidak terlalu ringan dan tidak terlalu berat. :) tak sabar nak baca sambungannya.

sure fine whatever
Rinn

blurb/sinopsis
Pertembungan Aiyani dengan Arumi Aisy, memulakan segalanya. Aiyani yg aegyo, menarik minat Arumi yg selama ini dingin kepada gadis lain di kolej. Biarpun mereka bagaikan kucing dan ajing, Arumi menemukan bahagia di kafe comel milik ibu Aiyani. Surat2 hitam memaksa Arumi menyingkap tabir dirinya yg selama ini penuh misteri dan rahsia. sehingga akhirnya Aiyani mula yakin bagi mengucapkan 'saranghaeyo arumi' tetapi saat itu memori Arumi bagaikan hilang bersama angin.

Tuesday, July 31, 2012

Blues Amni: Cik Propagandis

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Rose Harissa
Kesinambungan kisah Blues Amni: Oh Kerja! Amni seorg sgt cintakan pekerjaannya sbg pereka besi, namun suasana di tempat kerja tidak serasi dgn jiwanya. Kelihatan seperti dunia Amni ketandusan boss dan rakan sekerja yg ada positive attitude.

Bebanan kerja yg disangka akan menjadi ringan menjadi lebih parah apabila syarikat mengambil kerani akaun baru yg berkelulusan luar negara. Seorg wanita yg pnuh dgn propaganda. dan target utamanya adalah menjatuhkan Amni.

Dlm kekalutan menjalani kekusutan hidup (yg berpunca dari kerjanya), Adam sentiasa muncul menyiram damai, menyejukkan hati.

Adam tidak menyembunyikan perasaan hatinya. Segala tindak tanduknya menunjukkan dia sangat prihatin dan mengasihi Amni, namun Amni buat seperti tiada apa2. Sebenarnya Amni sedar diri, mana mungkin anak org kaya hendakkan Amni yg biasa biasa tu.

Kemesraan Amni-Adam menerima pandangan serong dari rakan2 sekerja. Menambahkan rimas dlm jiwa Amni pula. Bern yg sekali sekala muncul turut mencuri pehatian Amni. Bern seorg yg menjaga adab. Calon teman beriman.

Tekanan demi tekanan membuat Amni berfikir panjNg sebelum menghantar notis perletakan jawatan. Bila ada tidak dihargai, bila dah nak pergi baru tahu apa akibatnya.

Nnti kita tengok episod terakhir siri ini, mcm mana Amni hidup setelah berhenti kerja dan siapakah pilihan hatinya :)

Sunday, March 4, 2012

Laskar Pelangi

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Parenting & Families
Author:Andrea Hirata
Laskar Pelangi
Penulis: Andrea Hirata
Terbitan PTS Litera
RM28.00
sabah/sarawak: 31.00
9789833892006
420 mukasurat


Kita dibawa menyusuri kisah anak-anak di sudut terpencil di Indonesia. Kisah mereka mungkin kelihatan kecil tetapi cara kisah mereka diketengahkan sangat menyentuh hati. Cara watak-watak cilik menyentuh hati kita sangat berkesan dan istimewa. Kali pertama aku baca sesi kuiz yang buat aku menangis kerana amat terharu dengan kehebatan lintang yang sangat 'cool'.


Sekolah Muhammadiyah mungkin akan kelihatan teramat-amat kerdil dengan bilangan pelajar yang sangat2 kecil hingga mungkin tak dapat memenuhi quota minimum utk sesebuah sekolah beroperasi. Hari pertama sekolah yg bakal menentukan sekolah tu akan beroperasi atau tidak tu pun cukup mendebarkan. Nak tunggu lagi sorang saja utk cukupkan jumlah minimum pun cukup membuat mereka dan kita gelisah. Namun setiap anak2 itu ada kekurangan dan kelebihan tersendiri. Kebijaksanaan cukupkah untuk membawa mereka keluar dari gaya hidup ibu bapa mereka, nenek moyang mereka?


Cerita ini buat aku rasa nak menonton filem Laskar Pelangi :) nak tengok cara watak 10 anak cilik ini dipamerkan di layar perak.


Lintang sangat amazing dan genius, Ikal adalah pemerhati yang sangat fokus, Mahar pula creatif dan penuh imaginasi, Mahar dan Flo sangat adventure mengejar misteri, mereka sangat serasi dan sefahaman. Perjalanan ke Pulau Lanun mencari Tuk Bayan Tula tu sangat mendebarkan dan melucukan. Bayangkan diorang sanggup meredah laut penuh gelora demi mendapat keberkatan dari Tuk Bayan Tula supaya dapat lulus exam dengan cemerlang sebab Mahar dgn Flo tu mempunyai otak yang creative tetapi selalu tercorot dalam kelas. hehe. Tips dari Tuk Bayan Tula tu boleh membuatkan orang yang sedang minum akan tersembur airnya. :) haha.


sure fine whatever
rinn

meRinnTis Blurb/sinopsis:

Pelbagai peristiwa menakjubkan terjadi pada zaman kecil para anggota Laskar Pelangi. Sebelas orang anak Melalyu Belitong yang luar biasa ini tidak menyerah kalah walau keadaan tidak selalu menyebelahi mereka. Lintang si miskin cilik yang genius dengan senang hati berbasikal berulang alik sejauh 20 kilometer untuk menuntut ilmu meskipun kadang-kadang hanya sempat menyanyikan lagu Padamu Negeri pada akhir waktu sekolah. Mahar, selain bersekolah dia turut memarut kelapa utk biaya keluarganya, adalah seniman yang imaginatif dan kreatif meskipun dia sering dipersendakan sahabat-sahabatnya. Tetapi dia berjaya mengangkat darjat sekolah Muhammadiyah di kampung mereka. Begitu juga kisah sembilan orang teman lainnya yg bersemangat menjalani kehidupan dan berjuang meraih cita-cita.


Selamilah kehidupan mereka, kejujuran pemikiran, dan indahnya pengembaraan mereka. Anda akan tertawa, menangis, dan tersentuh menghayati gelagat mereka. Novel ini dipersembahkan untuk mereka yg meyakini akan adanya pintu keajaiban lain untuk mengubah dunia pendidikan.


"Membacanya umpama menonton sebuah filem, satu kepuasan dan keseronokan kerana dapat menonton apa yang dibaca."
-Ramji Rabi, MPH Bookstores Sdn Bhd


"Satu lagi karya dari Indonesia yang mesti dibaca oleh pencinta novel di Malaysia."
-Meor Shariman, novelis dan penulis skrip filem Cicak Man


"Andrea Hirata telah menyajikan Laskar Pelangi dengan sempurna sekali. Bahasanya cerdas, jenakanya segar, serta terselit metafora yg indah: membuat kita dapat tersenyum dan tertawa serentak atau menangis pilu bersama-sama watak-wataknya. Plotnya ringan tetapi tebal dgn nilai moral dan estetika. Sebuah karya yg harus dibaca utk dinilai dgn mata hati!"
-Noor Suraya, novelis.

Sunday, January 15, 2012

55 Petua Seronok Bekerja

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Other
Author:Dato' Dr Fadzilah Kamsah & Ahmad Fadzli
55 Petua Seronok Bekerja
Penulis: Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah & Ahmad Fadzli Yusof
Terbitan PTS Millenia
Cetakan pertama 2007
RM18.00
sabah/sarawak: RM20.00
isbn: 9789833372096
176 mukasurat




"Kita tidak perlu gelisah di tempat kerja. Bergembiralah!"


Aku bukan jenis yang suka baca buku motivasi. Tapi aku sangat seronok membaca buku ini. Membuat aku rasa mahu pergi kerja dengan perasaan seronok dan menggembirakan orang yang bekerja dengan kita.


Tips dan kisah-kisah yang diselitkan dalam buku ini sangat mengesankan dan membuatkan kita tersenyum senang. Tidak semestinya tersenyum kerana lucunya tetapi kisahnya mengundang senyuman. Tidak terhad kepada kisah Islamik sahaja, turut diceritakan eksperimen-eksperimen barat mengenai 'human behavior' ini.


Keseronokan adalah sesuatu yang 'berjangkit' sebenarnya. Apabila kita kelihatan gembira dan menggembirakan, orang sekeliling kita akan turut tersenyum dan terhibur hatinya.


Apabila kita menggembirakan orang di sebelah kita, orang itu akan terdorong utk menggembirakan orang yang berikutnya. Kuncinya, kita mestilah berfikiran positif, berkelakuan positif, jaga hati sendiri dan hati sahabat-sahabat kita. Jangan mementingkan diri sendiri. Ikhlaskan hati. Imarah kan hati dengan alunan zikir dan selawat. Kawan-kawan suka, Allah pun suka.


sure fine whatever
Rinn


Kandungan buku ini adalah seperti di bawah (dipetik dari website PTS.com.my)

Prakata

Bahagian 1 : Jadilah Seorang yang Seronok
Petua 1 : Ketawa Pengikat Kemesraan Bersama
Petua 2 : Ketawalah, Kita akan Relaks
Petua 3 : Apabila Kita Seronok, Kita Menyeronokkan Orang Lain
Petua 4 : Relaks.. Jangan terlalu Serius!
Petua 5 : Ringankan Tangan Kita: Pasti Ia Berbaloi

Bahagian 2 : Mudah Tetapi Seronok
Petua 6 : Bantulah Orang Lain Kita Pasti Seronok
Petua 7 : Amalkan Sentuhan Keinsanan
Petua 8 : Makan Bersama, Seronok Bersama
Petua 9 : Main Permainan Zaman Kanak-kanak
Petua 10 : Letakkan Benda Asing di Pejabat Kita
Petua 11 : Buat Perkara yang Tidak Diduga
Petua 12 : Dapatkan Kedamaian, Lakukan Sesuatu!
Petua 13 : Dengarkan Loceng Tanpa Minda

Bahagian 3 : Seronok Sebagai Motivasi
Petua 14 : Jadikan Seronok sebagai Ganjaran
Petua 15 : Cuti Mengejut bagi Prestasi yang Memberangsangkan
Petua 16 : Bonus-Berikan Secara Kreatif!
Petua 17 : Galakkan Orang Lain Memberi Ganjaran
Petua 18 : Tidak Seronok? Tingkatkan Motivasi Kita!

Bahagian 4 : Komunikasi Seronok di Mana-mana
Petua 19 : Komunikasi yang Seronok!!
Petua 20 : Luahkan Penghargaan Kita
Petua 21 : Hiasi Wajah dengan Senyuman
Petua 22 : Kelakarkan Mesej yang Sukar

Bahagian 5 : Rancang Sesuatu yang Seronok
Petua 23 : Kerja Betul-betul, Main Betul-betul
Petua 24 : Anjurkan Pertandingan Ketawa Petua 25 : Gores dan Menang!
Petua 26 : Rancang Percutian yang Menyeronokkan
Petua 27 : Jadikan Pejabat Umpama Syurga

Bahagian 6 : Saya Suka Mesyuarat
Petua 28 : Mesyuarat: Kenapa Perlu Bosan?
Petua 29 : Mesyuarat yang Gamat: Kenapa Tidak?
Petua 30 : Berseronok Memberikan Pendapat
Petua 31 : Carilah Kata Sepakat Bersama
Petua 32 : Gunakan Enam Topi yang Sebenar
Petua 33 : Lagi Idea Seronok Mesyuarat

Bahagian 7 : Majikan yang Seronok
Petua 34 : Jangan Drastik: Buat Perubahan
Perlahan-lahan
Petua 35 : Pilih Pekerja yang Menyeronokkan
Petua 36 : Wajibkan Akujanji Ceria
Petua 37 : Adakan Sambutan Pekerja Baru
Petua 38 : Berikan Kebebasan Bersuara!
Petua 39 : Kemudikan Bahtera Bersama-sama Petua 40 : Adakan ?Hari Kasual?

Bahagian 8 : Permainan yang Menyeronokkan
Petua 41 : Jadikan Kerja Satu Permainan!
Petua 42 : Guli Siapa paling Banyak?
Petua 43 : Buat Kotak Permainan Pejabat
Petua 44 : Letakkan Tanda Rehat di Atas Meja
Petua 45 : Ulang Tahun Hari Lahir
yang Menyeronokkan
Petua 46 : Mari Menjadi Juara
Petua 47 : Formula Satu Sudah Bermula
Petua 48 : Adakan Kuiz Minda!
Petua 49 : Menyunting Bintang di Langit
Petua 50 : Hari Tema Bulanan
Petua 51 : Korbankan Lembu Itu

Bahagian 9 : Hati Damai yang Seronok
Petua 52 : Carilah Rahmat di Pejabat
Petua 53 : Ingat Mati! Kita akan Berkualiti
Petua 54 : Ukhuwah untuk Pasukan yang Gagah
Petua 55 : Belailah Jiwa dengan Tazkirah

Penutup
Bahan Cadangan & Rujukan
Biodata Penulis




meRinnTis blurb:


Buku ini adalah himpunan idea-idea bagaimana rasa seronok di tempat kerja.


Seronok bekerja bukan bermakna kerja berseronok. Berseronok bukan kerja kita. Kerja kita adalah menyelesaikan tanggungjawab dan amanah di tempat kerja. Tetapi, bagaimanakah hendak menjadikan semua ini seronok?


Buku ini mengandungi 55 petua ringkas sebagai panduan bagi menghilangkan stres di tempat kerja.


Tuesday, October 25, 2011

Surah-Surah Rindu

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Parenting & Families
Author:Saridah Hamid
Surah-Surah Rindu
Penulis: Saridah Hamid
Editor: Siti Nor Fadilah Salleh, Nor Hafizah Mohd Samsudin, Nahdatun Nisaak Othman
RM24.00
Sabah/Sarawak: RM27.00
9789833604197
427 muka surat
cetakan pertama 2008


"Dan Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada orang tuanya, ibu bapanya, ibu yang mengandungkannnya dalam keadaan lemah dan menyusunya dalam tempoh dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu. Hanya kepada-Ku kembali," [Surah Lukman, ayat 14]


Mood nak membaca novel-novel bernada Islamik pula sekarang ni :). Pengaruh lepas baca Ikhlas A.K. kot :)


Kali pertama aku menatap karya Saridah Hamid. Novel Islamik terbitan PTS ini seperti biasa disunting rapi dalam bahasa Melayu rasmi. Dari segi isi cerita isunya tidak jauh berbeza dari novel kontemporari biasa yang menceritakan kisah seorang gadis yg dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan ajaran Islam. Dia kemudiannya mendapati dia adalah anak angkat dan bermulanya dilema besar dalam hidupnya selain dari hatinya yg mula dijentik perasaan cinta terhadap lelaki.


Kisah ini bermula dengan tibanya Nurin Hannah yang baru dilahirkan. Ibunya diugut akan dibuang keluarga jika terus memelihara Nurin Hannah yang dilahirkan di luar ikatan perkahwinan.


Sejak zaman sekolah Nurin sering menerima persoalan adakah dia betul-betul anak melayu kerana kulitnya sangat putih dan matanya sepet.


Walaupun belajar dan berada jauh dari keluarga, dia memegang kejap amanat ibunya supaya memelihara tatasusilanya sbg seorang muslimah. Kehadiran warkah salam perkenalan dari Naqiuddin membuat Nurin Hannah mula merasai perasaan jatuh hati.


Sifat Nurin Hannah yang pemalu dan menjaga tatasusila sangat memikat hati Naqiuddin. Penulis tidak mendedahkan perasaan Naqiuddin mengenai kenyataan bahawa Nurin sebenarnya anak angkat dan anak luar nikah. Mungkin penulis akan membawa isu ini dalam novel seterusnya kerana ada perkataan 'Novel Dwilogi' pada kulit depan novel ini.


Walaupun terkesima dengan kenyataan bahawa dia adalah anak angkat, Nurin seorang yang waras dan bertimbang rasa. Malah dia gembira dapat membina hubungan yang baik dengan ibu kandungnya yang sudah memeluk agama Islam. Ramadhan yang akan datang dia akan dapat berpuasa dan beribadat bersama ibu yang baru mahu dikenalinya.


Nurin tidak pernah melupakan jasa ibu dan bapa angkatnya serta adik-adik dan abangnya yang mengasihinya sepenuh hati.


Kebelakangan ni kalau baca cerita anak perempuan yg diambil sebagai anak angkat, bapa angkatnya mesti bernama 'Abdullah' ya? supaya heroin tak mengesyakki yang dirinya tu anak angkat kot.


sure fine whateverr
rinn




blurb/sinopsis belakang buku




Nurin Hannah, gadis yang dilimpahi kemewahan kasih sayang walaupun dia sering menjadi bahan usikan kerana perbezaan wajah dan warna kulit dgn keluarganya. Sejak kecil ibu bapanya mengasuh dia dan adik-beradik dgn didikan sempurna bagi bekalan dunia dan akhirat di samping menjadi muslimah sejati.




Ketika menuntut di universiti, pintu hatinya diketuk jejaka yg terkenal di falkutinya. Teringatkan pesanan ibu yg menghalang dia berkasih ketika sedang belajar, Nurin akur dengan ingatan itu.
tetapi mampukah jiwa halus Nurin Hannah menahan gelodak hati yg merronta.




Persoalan mengenai status Nurin Hannah membuat gadis itu dalam dilema. Benarkah dia hanya anak angkat Abdullah dan Hasinah? Nurin Hannah semakin kalut. Tetapi wajarkah dia melupakan kasih sayang yg dicurahkan ibu bapanya hanya kerana sepucuk surat? siapakah dia sebenarnya?

Monday, October 10, 2011

Blues Amni: Oh Kerja!

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Rose Harissa
Blues Amni: Oh Kerja!
PenuliS: Rose Harissa
Editor: Nor Adilah Riduan
Terbitan PTS Syok!
Cetakan Pertama 2011
311 mukasurat
9786975783630
RM17.00
Sabah/Sarawak: RM19.00


Amni ni jelas amat tertekan dengan kerjanya. Hidupnya penuh dengan 'pressure' kerja, seolah-olah tiada sudut ketenangan langsung dalam ruangan hidupnya. Hidupnya adalah untuk kerja yang membuat dia merasa tertekan. Walaupun begitu dia tabah menempuh hari-hari berdepan dengan bos yang sangat tidak bertimbang rasa. Tekanan semakin terasa apabila rakan satu tempat kerja yang menjadi peneman telah berhenti kerja tiba-tiba lalu digantikan dengan orang memberi tambahan tekanan perasaan kepada Amni. Memang kita turut merasa kerimasan Amni berada dalam situasi begitu.


Antara Adam dan Bern (yang mewarnai hidup Amni yang serba tertekan itu), Adam pada mulanya lebih menyerlah sebagai bakal hero berkarisma, akhirnya sedikit malap apabila Bern yang kelihatan berdarah campuran dan bernama pelik itu rupa-rupanya seorang jejaka yang mementingkan agama Islam dalam pekerjaan dan kehidupan hariannya. Bern kelihatan sangat 'cool' berbanding Adam yang lebih suka mencabar dan menyindir Amni apabila berbicara. Tetapi ntah mengapa terasa Amni lebih tertarik kepada Adam. Sepatutnya dalam hidupnya yang serba tertekan tu, lebih elok la kalau memilih Bern yang 'cool' dan tenang tu. Adam tu kelihatan seperti elemen penambah takat tekanan dalam hidup Amni saja :) Tetapi ibu dan ayah Adam yang bergelar Puan Sri dan Tan Sri tu sangat 'sporting' dan baik hati. Cepat saja diorang berkenan kepada Amni yang kelam kelibut tu.


Pengalaman kerja yang dikutip sepanjang 4 tahun bekerja membuat Amni cekap di tempat kerja. Walaupun gajinya seciput, skop kerja sangat meluas, dari serendah-rendah kerja hingga ke setinggi-tinggi kerja dalam ranking syarikat kecil itu dibuatnya. Walaupun sering merungut, dia kekal dalam pekerjaannya dan dalam diam bosnya menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap dirinya, tetapi sikap kedekut bossnya itu mungkin akan menyebabkan dia kehilangan pekerja sebaik Amni. SEjauh mana Amni dapat bertahan? Amni sangat kuat. Ketika dia diuji dengan tugasannya yang bertimpa-timpa, cek lebih RM10,000 hasil titik peluhnya menjadi penawar duka. Macam mana boleh jadi macam tu? hmmm... bacalah kalau nak tengok macam mana cara Amni si pereka besi ni bekerja sambil melayan kerenah klien-klien yang 'macam-macam ada'.


Mungkin tidak susah untuk pembaca-pembaca yang bekerja dan mengalami sendiri situasi yang sama seperti Amni. Mungkin kita akan turut terkenang pengalaman-pengalaman kita mengadap klien yang macam-macam songehnya. Ada yang mudah dan ada yang sangat susah. Nampaknya Blues Amni ni adalah kisah bersiri seperti menonton drama bersiri di televisyen. Satu buku mewakili satu episod. Episod akan datang bertajuk Blues Amni: Oh Propa! Entah sapa pulak la yang akan menambahkan lagi tekanan perasaan Amni. Kita tunggu dan lihat :)


sure fine whatever
Rinn


blurb/sinopsis belakang buku:

Menjadi pereka besi memang membuatkan Amni sakit jantung! Gaji tidak seberapa sehingga Amni selalu berangan-angan mahu berhenti kerja akibat rasa sengsara.


Tetapi itu belum seberapa! Mari tambahkan lagi kesengsaraan Amni dengan:

* Mr Phua - Bos yang suka mengarah-ngarah dan melulu marah serta mata duitan
* Mun Heng - Kerani yang berhenti kerja secara mendadak. Ms. Liew dan Danny jurujual yang sering lepas tangan. Miss Elaine kerani akaun baru yg pentingkan diri sendiri.
* Adam (merangkap anak Tan Sri) - Arkitek muda pemilik Adam J Associates yang agak pongah serta banyak kerenah.

Di sela-sela kesibukannya merancang rekaan pesanan klien daripada golongan orang kaya, melayani klien yg heboh dan cerewet. Amni sering diminta bos supaya melawat tapak projek, bertemu klien secara langsung!


semua itu membuatkan Amni sengsara berganda-ganda!


Akhirnya ada sesuatu yang dapat menghapuskan semua kesengsaraan dalam pekerjaan yg dialami Amni.


Apa ya? Dapatkan kisah Blues Amni: Oh Kerja!

Monday, June 27, 2011

Panduan Protokol & Tatatertib Majlis

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Professional & Technical
Author:Samsudin Wahab
Membaca buku ni buat aku sedar protokol sangat penting dalam kehidupan tetapi sekarang ni kita banyak meninggalkan protokol kerana ianya dianggap menyusahkan. Tengok lah sekarang, sudah banyak protokol yang kita buang dari kehidupan seharian sehingga rasa hormat dalam pelbagai lapisan kehidupan sudah semakin hilang. Sekarang ni orang pergi kenduri kahwin pun pakai t-shirt dan seluar jeans sahaja tak kiralah lelaki atau perempuan. Aura majlis kenduri kahwin pun terasa kurang apabila orang yang hadir pun berpakaian lebih kurang sahaja dan seperti tidak mahu menunjukkan kegembiraan meraikan pengantin dengan berpakaian cantik dan bersiap-siap dengan gaya meriah.

Panduan Protokol & Tatatertib Majlis
Penulis: Samsudin Wahab
Penerbit: PTS PROFessional
Cetakan 1: 2004
Cetakan 5: 2006
978983385663
RM20.00
Sabah/Sarawak: RM23.00
224mukasurat

“Panduan melaksanakan majlis secara berprotokol, mengikut tatasusila dan mematuhi peradaban sebagai lambang ketinggian adat dan budaya”


Dari Pengarang:
Protokol merupakan satu bentuk peraturan yang menekankan kepada kepatuhan terhadap etiket rasmi yang mengandungi aspek-aspek tingkah laku yang diterima umum oleh masyarakat. Bermula dari zaman kesultanan Melaka lagi kita sudah mempunyai peraturan-peraturan khusus yang diamalkan di istana dan majlis-majlis yang dihadiri oleh pembesar-pembesar negeri. Dalam kehidupan seharian kita juga mengamalkan protokol di rumah di mana anak-anak perlu menghormati tatasusila keluarga yang memang sudah wujud sejak zaman berzaman.

1. Apa itu Protokol Majlis?
Berasal dari bahasa Yunani(Greek) yang membawa maksud tanda taraf atau status yang membuktikan kesahihan undang-undang zaman Yunani. Mengikut kamus dewan, protokol adalah peraturan-peraturan dalam istiadat rasmi misalnya prosedur menyambut tetamu dan lain-lain

Peranan protokol
a. memberi penghormatan dan kemudahan-kemudahan kepada mereka yang wajar menerimanya serta mengelakkan pertelingkahan dan salah faham dengan yang lain-lain.
b. Mengekalkan hubungan awam antara indiviidu dan seterusnya antara Negara bagi mengelakkan salah faham
c. Mewujudkan rasa hormat dan taat keapda mereka yang sepatutnya mendapat kehormatan.
Kegagalan menjaga protokol akan menjadikan majlis kurang adab dan menjatuhkan imej tetamu istimewa.

Ringkasnya, pengetahuan protokol sangat penting bagi tujuan berikut:
a. Kegunaan harian untuk individu
b. Dalam hubungan masyarakat
c. Dalam mengurus dan mengendalikan majlis
d. Dalam hubungan antarabangsa

Istilah protokol tidak asing lagi dalam budaya dan cara hidup masyarakat melayu. Dewasa ini amalan protokol sudah kurang dan member kecacatan kepada berbagai majlis.

Sekiranya pengetahuan protokol kurang,
a. Individu akan tiada kesedaran pentingnya hormat menghormati
b. rasa hormat dalam keluarga akan berkurangan
c. masyarakat tidak akan menghormati pemimpin

Buku ini banyak menekankan protokol menghadiri majlis dan susun atur tetamu-tetamu kehormat, peranan host dan peranan pegawai protokol. Adab-adab berbual dan berkenalan turut diselitkan. Ianya sedikit sebanyak mengingatkan kita betapa indahnya adab dan protokol orang melayu dan orang Islam. Hampir keseluruhan buku ini disampaikan dalam bentuk akademik dalam susunan yang mudah dibaca. Mungkin lebih sesuai untuk kakitangan kerajaan yang nak ambil peperiksaan awam atau pegawai-pegawai yang sering terlibat dalam penganjuran majlis yang melibatkan VIP. Hmm ada juga kesalahan ejaan sikit-sikit. Tergelak aku bila baca tajuk "Hadiah Cedera Hati untuk Tetamu". Oh tidak, aku tidak mahu hadiah itu.

Di penghujung buku ini adalah diselitkan banyak pantun melayu yang sesuai dijadikan penyeri majlis.

Blurb/novelcinta@multiply/synopsis

Menganjurkan majlis bukanlah suatu perkara yang mudah dilaksanakan. Banyak pihak yang terlepas pandang dalam isu-isu protokol serta etiket yang betul dalam menganjurkannya.

Buku ini menerangkan dengan jelas cara berpakaian yang betul, tatatertib di meja makan, penyusunan meja makan dengan cara yang betul, adab sopan dalam pertemuan dan perkenalan dalam majlis. Selain itu, ia juga menerangkan cara membuat panggilan yang betul bagi tetamu-tetamu daripada pelbagai jawatan dan gelaran, penampilan diri dalam majlis serta adab sopan ketika memberikan ucapan dalam majlis.

Buku ini sesuai dijadikan rujukan bagi setiap keluarga, jawatankuasa daerah, negeri, jabatan kerajaan dan swasta atau institusi pengajian tinggi.

Samsudin Wahab adalah Pensyarah Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat, Universiti MARA (UiTM Dungun, Terengganu).

Monday, November 1, 2010

Seperti Keju & Coklat

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Rose Harissa
Seperti Keju & Coklat
Penulis: ROse Harissa
Terbitan PTS Litera
RM16.00
sabah/sarawak RM18.00
261 mukasurat


Cover buku yg kaler merah buat aku teringat kat kad raya cina. Memang merah ang ang! Walaupun beli online kat toko che rose tak der diskaun dan kena bayar postage, aku selalu mmg tak kisah sbb mesti ada sisipan menarik bersama novelnya. Kali ni Rose menyelitkan sekeping lukisan gambar si hero bersaiz poskad dan sekeping penanda buku yg comel ;) thanks Rose.


Ini memang kisah yg menyasarkan golongan awal 20-an dan remaja belasan tahun. Ceritanya lebih dekat dengan golongan2 ini. Walau bagaimanapun RH menyelitkan kisah pemuda yg pernah mengidap penyakit yg disalahertikan sbg kurang siuman. Safiy Aqil memang suka bersendiri, dia sendiri tidak menyedari yg dia sebenarnya memerlukan seseorg yg memahami dirinya.


Sara yg tersua-sua menggoda Aqil tidak pernah mendapat perhatian Aqil tetapi Raisya yg biasa2 tetapi comel itu yg menarik perhatiannya. Aqil sentiasa tersentuh dgn perhatian ikhlas dari Raisya sehingga mereka boleh bersahabat. Persahabatan mereka dicemburui Sara dan Rafa'e. Diorang yg beria mengorat tetapi sasaran mereka terpikat kat org lain pulak. Rakan2 sekitar juga heran bagaimana lelaki pelik spt Aqil boleh didekati Raisya, seorg perempuan sedangkan dgn lelaki pun Aqil sukar bersahabat.


Cerita ini mengajak kita memahami kehidupan seorg bekas pengidap sindrom asperger dan pemahaman yg tinggi amat mereka perlukan utk menerruskan hidup dgn lebih normal. bukannya dgn cara disisihkan dgn tanggapan2 yang salah.


RH turut menyelitkan kisah hiba Aqil yg menyentuh perasaan. tangkap nangis la jugak. Aku tak expect nak turut menangis masa baca novel ni tapi kisahnya memang akan membuat kita turut bersimpati dgn Aqil.


Raisya tu sebenarnya teruja dgn Aqil yg rupa2nya seseorg yg dikaguminya melalui bahan bacaannya. Lawak pulak part Raisya paksa Aqil sain buku dia :)


Watak Sara dan Rafa'e berjaya menambah asam geram cerita membuat aku rasa seronok dan cepat menghabiskan novel ni. Sara jadi watak yg akhirnya insaf dan sedar kesalahan diri tetapi Rafa'e spt tidak menyesal tapi puas hati sbb dia diadili di mahkamah dan dijatuhkan hukuman setimpal. And haruslah diingat bahawa aku adalah penggemar novel yg tidak terlalu tebal ya? hehe :)


Tajuknya mungkin menyebabkan org boleh keliru dgn siri Aku dia dan Coklat tu hehe... tajuk macam dekat2 pulak. Bahasa yg digunakan dalam buku2 pts termasuk buku ni adalah bahasa melayu standard.


Ending yg masa Aqil tukar status kat facebook dia tu comellah! sweet hehe.


sure fine whatever
rinn


sinopsis/blurb:


"Kata orang, Aqil itu sering bercakap seorg diri semasa melakar rekaan..."


"Aqil itu pernah buat kerja gila, minum air dakwat lukisan semasa di tahun satu!"


"Sebenarnya... Aqil itu ada masalah mental..." Betulkah Safiy Aqil sakit mental? Alangkah ruginya, rupa kacak tetapi sakit mental pula!


Namun, semua persoalan yg berkumpul di otak Raisya terjawab setelah dia berada di satu ruangan kerja bersama Aqil.


Seperti keju dan coklat, betapa dua bahan berbeza boleh disatukan menjadi satu rasa hebat. Begitu juga dalam hal berkawan.


Aqil- "Berkat duduk satu ruangan kerja dgn awak dahulu, saya berasa punya kawan sejati. Berkat mengenal awak, saya juga dpt mengenal erti bahagia lagi."


Rupa2nya ada banyak rahsia yg disimpan oleh Aqil yg bukan sahaja mengejutkan Raisya tetapi seluruh Fakulti Alam Bina!

Saturday, July 24, 2010

Kuseru Namamu Kekasih

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Maya Iris
Kuseru Namamu Kekasih
Penulis: Maya Iris
Terbitan PTS
RM24.50
sabah/sarawak 27.50
485 mukasurat


"4 wajah dgn latar berbeza, 4 ideologi dan falsafah dlm kekeliruan cinta semalam"


Bagi aku naskah kedua Maya Iris membawa tema yg jauh lebih berat dari karya pertamanya. Kalau dalam "Curahan cinta Niagara" perdebatan agama hanya di paparkan dalam debat antara kak Fisa dgn pendakwah Kristian, tetapi dalam "Kuseru Namamu Kekasih" tema ini menjadi tunjang cerita.


Rayyan adalah gadis Islamik yg berpegang teguh pada agamanya tanpa berbelah bagi. Kejelitaan dan perbadinya memikat Zaim dan Hanisa. Hanisa mmg takkan dpt Rayyan sbg kekasih la, tapi Zaim cuba mendekati Rayyan melalui kenalan dekat Rayyan. Dia terkedu apa bila menerima syarat dari Rayyan kalau ingin menyuntingnya. Zaim mesti habis membaca al-Quran sekali dgn maknanya dlm bulan Ramadhan itu. dan lepas raya Rayyan akan menyebut satu surah yg Zaim kena baca depannya. Berpeluh jugak Zaim bila terima syarat tu. Dia bukanlah jenis lelaki yg alim sgt pun. Tapi demi Rayyan dia sanggup bermalam di masjid utk memastikan kehendak Rayyan dilaksana.


Tragedi yg menimpa Hanisa telah membawa Hanisa ke pangkal jalan. Perlahan2 dia mula berubah menjadi wanita semula. Namun keakraban Hanisa dgn Mark membuat Rayyan resah kerana Mark adalah anak paderi kristian yg terkenal di situ. Kejadian Hanisa menjadi saksi aktiviti ajaran sesat di kediaman ayah mark menjadikan Hanisa buruan. Demi menyelamatkan Hanisa, Rayyan merelakan Zaim menikahi Hanisa walaupun Zaim sudah melayakkan diri sbg tunangannya.


Demi agama dan keselamatan Hanisa, mereka mengorban kan perasaan masing2. Hanisa juga mengorbankan perasaannya buat Mark.


Zaim adalah lelaki yg tepat utk melindungi Hanisa. Tanpa disangka mereka mempunyai kisah silam sejak zaman kanak2. oh, diorang ada lagu yg didendangkan yg mengingatkan kepada kisah silam mereka. Bukan lagu kuch kuch hota hai atau i want to spend my life time loving you, tapi lagu 'cok cok pin, pin dalam cupak'! haha lawak la pulak.


Dugaan paling hebat adalah buat Rayyan apabila dia diculik dan dijadikan mangsa korban utk ajaran sesat anjuran ayah Mark. Keimanan Rayyan tidak tergugat, malah semakin kukuh membuatkan Mark kagum dgn Tuhan yg dipuja Rayyan.


Tak sangka pulak kisah serius begini buleh buat kiter tergelak dgn kisah Rayyan termasukkan manik dlm hidungnya dan kejadiannya dikejar Tompok. Well Tompok tu bukan kucing, tetapi lembu yg bakal dikorbankan di pagi aidiladha masa dia kecik2 dulu.


sure fine whatever
rinn



blurb/sinopsis belakang buku:


Rayyan, gadis yg sanggup berkorban apa sahaja demi teguhnya cinta pada Kekasihnya. Dia sanggup memutuskan tali pertunangan dgn Zaim supaya mendapat keredhaan Kekasih yang satu.


Hanisa, gadis keliru yg terpaksa meninggalkan dunia yg dikasihinya kerana kebahagiaan yg dikecapi berakhir dgn kesengsaraan. Dunia yg pada mulanya indah adalah palsu belaka.


Zaim, lelaki yg tidak pernah terfikir jatuh cinta dgn gadis bertudung yg mengamalkan cara hidup Islaam dgn sepenuhnya. namun dia sanggup melakukan apa sahaja demi membahagiakan hati seorg kekasih.


Mark, lelaki yg sedang tercari-cari kekasih sejati. Kekasih yg dapat memberikannya kebahagiaan yg hakiki.


Sebuah kisah empat watak yg berbeza latar belakang, ygg masih tercari-cari kekasih sejati. Kekasih yg dpt memberikannya kebahagiaan yg hakiki.


Sebuah kisah empat watak yg berbeza latar belakang, yg masih tercari-cari cinta sejati di sebalik bayangan semalam. Dlm pencarian mereka, seruan kekasih yg manakah bakal menggegarkan jiwa? Seruan kekasih yg manakah menjadi janji yg akhirnya tertunai?


--------------
"Kuseru Namamu Kekasih membuatkan saya mengimbau kembali saat-saat di negara kanggaru beberapa tahun yg lalu melalui latar belakang tempatnya. Karya ini mengetuk pintuk mengajak pembaca menyoroti hakikat iaitu manusia hanya merancang namun Yang Maha Berkuasa sahaja yg dpt menentukan. Kejahilan pula dapat ditebus dgn sikap terbuka, mahu berusaha dan semangat cintakan ilmu. Seperti karyanya yg terdahulu, penulis menyelitkan cebisan daripada al-Quran dan hadis yg bersesuaian dgn penuh bijaksana. hasilnya pembaca pasti terbuka mindanya. Insya-Allah."
-Dr. Umi Kalthum Ngah - Penulis buku Seindah Dafodil dan Seungu Lavender.
-------

"Apakah cinta itu menjadi desakan yg memaksa hati atau fitrah yg akrab kpd hubungan yg lestari? Soalan itu terus berlegar mencari jawapan akhir sepanjang karya ini. Jika novel ini ingin menceritakan kejujuran, maka kejujuran itulah yg menjadi tunjang kepada sentuhan pena magis Maya Iris. Jujur pada realiti, jujur pada suara emosi, jujur membuat pilihan dan jujur dlm mencari erti sebenar cinta.
-Zamri Mohamad - Penulis buku Memahami Bahasa Cinta Lelaki, 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki, Magnet Cinta dan Cari Duit Cara Mudah.-

Tuesday, July 13, 2010

Curahan Cinta Niagara

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Maya Iris
Curahan Cinta Niagara
Penulis: Maya Iris
Terbitan PTS
RM26.00
Sabah/Sarawak RM29.00
550 mukasurat
cetakan pertama 2007


"Kita sering kali bertanya, "Kenapa aku tidak dapat apa yg aku idam2kan?" Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu. Boleh jadi kamu menyayangi sesuatu padahal ia buruk bagimu. Allah mengetahui sdg kamu tidak mengetahui" surah Al Baqarah, ayat 216.



Patutla ramai rekemen baca buku ni. Memang sangat menarik. Kisah ni ada nilai2 islamik nya tapi ada pulak terselit adegan yg org bawah umur tk sesuai baca.


Pemergian Mira ke USA utk melanjutkan pelajaran pada mulanya seperti bakal merubahnya ke arah negatif, namun perjalanan yg dipilihnya membentuk dia menjadi muslimah yg jauh lebih baik dari sebelum ini. Kecantikannya telah menarik perhatian Faris, yg bahagia mendampingi wanita2 cantik. Tetapi hati Mira sukar diraih.


Faris ni suka menyalahkan org lain apabila kesan buruk menimpa dirinya. contohnya bila dia jadi pemabuk dia salahkan Mira yg mengganggu jiwanya sedangkan mira tak buat apa2pun. apabila dia melanggan pelacur hingga dijangkiti HIV pun dia salahkan Mira kerana tidak menyambut cintanya. Dan paling geram tu bila Mira menolak utk bercumbu dgnnya malah menghalaunya ketika ribut salji lalu dia kemalangan hingga meragut keupayaannya utk berjalan, dia turut menyalahkan Mira sehingga Mira akhirrnya merasa kasihan dan bersalah. Mira berkahwin dgn Faris dan cuba menjadi isteri terbaik buat Faris. Faris tk pandai menghargai Mira. Mira terdera hidup di samping Faris yg semakin sensitif. Ketidakupayaannya membuat dia menjadi pemarah dan semakin jauh dari hidayah Allah. Namun kesabaran Mira berjaya memercik titis keinsafan di jiwa Faris yg kemudian menghembuskan nafas terakhir dalam redha Allah. Mira yakin semuanya berlaku ada sebabnya. Faris yg serba negatif sebelum ini pergi utk selama-lamanya dlm keadaan yg jauh lebih baik.


Tanpa Mira ketahui, Faris meninggalkan wasiat buatnya. Bab2 harta peninggalan Mira tak kisah sangat, cuma part Faris suruh dia bernikah dgn abgnya, Farhan yg membuat Mira resah. Tambahan pula perkataan 'terlanjur' dalam surrat tinggalan Faris itu membuat Farhan berfikiran negatif terhadap kesucian Mira. Tetapi bila Mira minta mereka melupakan wasiat itu Farhan tak nak sbb memang sebelum Mira kawin dgn Faris lagi, dia dh berkenan dgn Mira. Macam2 gak la mira buat utk mengelak berkahwin dgn Farrhan. Siap terrjun tingkap utk melarikan diri masa hari pertunangan mereka. Tapi, apa yg berlaku ada hikmahnya. Seperti yg tertulis di tagline cover buku ni, sesuatu yg kita suka tak semestinya baik utk kita dan sesuatu yg kita benci tak semestinya buruk utk kita :)


Yg menariknya adalah kisah Mira-Farhan selepas mereka berkahwin. Utk mengelak suaminya berdosa tidak menegurnya selama lebih tigahari, Mira minta Farhan beli benda2 kecil supaya Farhan akan memberi respond kepadanya sekurang kurangnya sekali dlm tiga hari. sehinggalah setiap selang tiga hari, secara spontan Farhan sendiri akan memulakan bicara dgnnya. Sgt berhemah cara Mira tu. Mira ni rajin mengkaji dan dia menjadikan rujukan2 ilmiah sbg bahan utk dia merancang cara memujuk hati Farhan. Tapi kadang2 mai idea gila dia, dia buat gak benda tak terjangka. contoh mcm terjun tingkap masa hari pertunangan dia tu lah.


Kisah Azrin yg diselitkan dalam ceritanya pada mulanya kelihatan pelik dan tidak bersangkut paut dgn perjalanan cerita. Rupanya Azrin tu pencetus climax di akhir cerita. Penulis mahu menyerlahkan latarbelakang Azrin supaya pembaca tidak pelik dgn tindakan Azrin menikam Farhan demi menyelamatkan Mira. Sedangkan apa yg dilihatnya sama sekali tidak selari dgn apa yg dia sangka. Oh don't worry, ni bukan citer sad ending :) aku suka dgn cara penulis menyelesaikan konflik Mira dgn ibu mertuanya. Kelahiran Myra Farhana adalah perfect utk menutup cerita ini :)


sure fine whatever
alongside



blurb/sinopsis belakang buku


Farhan memandang wajah Mira. Perlahan-lahan Farhan menyeka air mata Mira dgn tangannya yg berlumuran darah. Terpalit darahnya di pipi Mira. Dia memandang Mira dgn wajah sayang bercampurr sakit. Darah yg semakin byk keluar tidak mencukupi utk membekalkan keseluruh tubuhnya. Tubuhnya mula menyekat darah dari mengalir ke tangan dan kaki. Tangan dan kakinya terasa kebas. Darah yg semakin sedikit mengalir dalam tubuhnya lebih diperlukan oleh jantung dan paru2. Tubuhnya menggigil kesejukan. Matanya terpejam.


"Abang! Jgn tinggalkan Mira. Buka mata pandanglah Mira, bang. Mira cintakan abg. Mira sayang abg. Mira syg abg. Mira syg abg," Mira merintih dlm tangisan yg tidak dpt ditahan. Mira mengusap-usap rambut Farhan. Dia kesal kerrana dlm kritikal baru dia dpt mengucapkan kata2 syg kpd suaminya. Selama ini dia gagal melafazkan kata2 keramat itu, walaupun dia tahu suaminya begitu ingin mendengarnya.


pts millenia
sure fine whatever

Tuesday, June 1, 2010

Diari Mat Despatch

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Bahruddin Bekri
Diari Mat Despatch
Penulis: Bahruddin Bekri
RM9.90
Sabah/Sarawak: 10.90
9789675406522
155 mukasurat
PTS O.N.E Sdn. Bhd.


Bersedialah untuk tersenyum dan tergelak. Penulisan ini mungkin kelihatan sangat polos dan innocent tetapi bagi aku ianya sangat sarat dengan kata2 sinis yang penuh teguran dan kata2 penguat semangat. Banyak kata2 peniup semangat yg sesuai dijadikan pegangan hidup. Ayat2 mudah yg dipersembahkan dalam naskah ini mempunyai maksud yg mendalam dan jadikan ia penanda aras dalam kehidupan seharian kita. Ini adalah cerita biasa yg kita sendiri laluinya, cuma ia mengajak kita berfikir sambil melalui nya.


Kisah ini tentang seorg mat despatch yg mempunyai ijazah. Dia tidak memilih kerja lantas menerima kerja sbg mat despatch. Pada masa yg sama dia cuba2 mencari kerja sampingan utk menambah pendapatannya. Dia menaruh harapan utk diterima sbg editor sambilan, dia perlu mengambil ujian Bahasa Melayu Tinggi (BMT). Lalu dia mengambil keputusan utk menulis diari harian kisah hidupnya dengan menggunakan Bahasa Melayu Tinggi utk menajamkan lagi penggunaan bahasa melayunya dan membantunya lulus dalam ujian BMT itu nanti. Setiap hari dlm catatannya dimulakan dengan Tip2 Bahasa Melayu Tinggi yang mudah tetapi kita tidak ambil tahu mengenainya walaupun kita dulu pernah mempelajarinya.


Mat despatch ni adalah lelaki biasa yg mudah jatuh hati. Kisah hariannya dihiasi kehadiran wanita2 yg dipujanya dalam diam tapi dia sendiri tidak tahu apakah itu cinta. Kawan2 dan orang2 yg ditemuinya turut memberi nasihat mengenai wanita. Susah juga bagi lelaki biasa sepertinya utk memahami wanita2 yg kompleks. Kisah biasa yg membuat kita berfikir tanpa kita sedari.


antara petikan2 menarik:

page 73
"Betullah malas itu tanda tidak amanah kerana tubuh manusia ini adalah tubuh yang rajin. Bayangkan sahaja sekiranya jantung malas berdenyut dan darah malas mengalir. Pasti tubuh celaka. Jadi apabila malas, aku bukan sahaja tidak amanah kepada bos aku, malah aku tidak amanah kepada tubuh aku yang rajin ini."


page91
"Hidup ini umpama jalan. bukan cepat atau lambat yang menjadi penentunya, tetapi jalan yang bagaimana kita lalui. Walaupun kita pantas tetapi melalui jalan yang salah, kita pasti tetap akan binasa."


Banyak lagi yg menarik yg dikongsikan penulis dalam naskah 'buku laporan sains' yang lain dari yang lain ini :)



sinopsis/blurb:


Peringatan:


Kepada sesiapa yg menjumpai buku ini, ini bukanlah buku laporan sains sekolah walaupun ia memang sepatutnya buku laporan sains. Tetapi ini adalah diari. Oleh kerana aku tidak mampu membeli diari, aku beli sahaja buku laporan sains. Jadi apa yg aku mahu beritahu adalah, jangan baca diari ini dan jangan pulangkannya. Buang ataupun bakar kerana apabila membaca diari ini anda akan mengetahui rahsia aku dan aku akan malu.


JADI TOLONGLAH JANGAN BACA.



Monday, May 31, 2010

Dendam Pencinta

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ann Aishah
Dendam Pencinta
Penulis: Ann Aishah
Terbitan PTS Publications
Harga: RM 26 / RM 29
ISBN-13: 978-983-3892-29-7
Cetakan pertama 2009
Jumlah Muka Surat : 592


Bila aku baca catatan penulis di permulaan buku ni aku mcm tertanya2 ni penulis bukan melayu ke? cara penulisan penulis ini tidak langsung menunjukkan dia adalah bukan melayu. kagum kagum...


cerita ini tentang dendam yg dijadikan baja untuk pepohon cinta plastik tetapi rindu dan kasih yg mekar berbunga. huiyo.


Aliff menyimpan dendam pada Anding dan keturunannya. Anding telah menghancur lumatkan hati kakak kembar kesayangan Aliff setelah sebuah kemalangan jalan raya yg meragut memori dan kesihatan kakaknya. Murni, adik kesayangan Anding menjadi sasaran Aliff utk melepaskan dendam agar kesakitan yg dirasainya turut dirasai Anding dan Murni.


Murni terlalu baik untuk dilukai. Jeratnya mengena apabila cinta palsunya bersahut walaupun mengambil masa bertahun-tahun mengacah umpan. Perkenalan dgn keluarga Murni mengaut simpati dari Aliff dan setelah melihat keadaan Anding yg tempang, Aliff tidak dapat menahan diri dari merasa kasihan. Dia cuba memekarkan dendam di hati. Pinangannya diterima walaupun Murni agak berat hati kerana dia masih lagi belajar. Beban kemiskinan yg ditanggung keluarga Murni semakin menghilang dgn bantuan Aliff.


Entah berapa kali Aliff hilang fokus dalam misi balas dendamnya. Segala yg dirancangnya tergelincir dari landasan. Setiap kali berjaya menyakitkan hati dan perasaan Murni, Aliff turut tersiksa dan end up memujuk hati Murni yg baru dilukainya.


Misi balas dendamnya bertukar menjadi misi pengaman buat kakaknya dan Anding, tetapi di saat itu rahsia misi balas dendam Aliff terbongkar dan Murni kecewa. Part yg bagi aku menyentuh perasaan adalah masa Murni bagi tau Aliff yg dia tengah pregnant sedang dia sendiri tahu Aliff dah tau perkara tu tapi dia nak bgtau sendiri jugak.


-alongside-


sinopsis/blurb

dari website pts


Mengisahkan Aliff yang ingin membalas dendam kepada Anding, teman lelaki Rina, adik perempuannya yang menyebabkan kematian kedua ibu bapanya dalam kemalangan ngeri. Kemalangan itu juga menyebabkan Rina koma dan cacat kakinya. Ini menjadikan Aliff berdendam pada Anding dan bertekad mahu membalas segala kesedihan yang dilalui dan dia mahu Anding merasai segala kesedihannya. Aliff cuba memikat Murni, adik Anding. Niat awalnya mahu membalas dendam akhirnya bertukar menjadi cinta dan sayang apabila Murni seorang isteri yang patuh dan baik. Tatkala Aliff mengakui cintanya pada Murni, rahsianya terbongkar. Murni kecewa apabila mengetahui niat sebenar Aliff mengahwininya. Murni melarikan diri daripada Aliff. Akhirnya setelah banyak liku yang dilalui, Murni mengakui kejujuran Aliff dan kembali kepada Aliff.

Sunday, April 4, 2010

Wasilah Cinta Weera

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Rose Harissa
Wasilah Cinta Weera
Penulis: Rose Harissa
Penerbit: PTS Litera
RM20.00
Sabah/Sarawak: RM23.00
9789833893709


Rose Harissa mengajak kita menghayati cinta yang sudah tidak dapat ditafsir dengan betul di mata masyarakat kini. Dalam Weera mendidik Sari Ayu agar memahami Ray, watak Weera juga mendidik kita meluaskan persepsi cinta. Jika kita tidak betul-betul mengenali Weera dan Ray, mungkin kita juga akan menyalahertikan cinta mereka. Ayuhlah kenali mereka. Hayati cinta mereka yang sebenar-benarnya dan tiliklah dalam diri kita ke mana perginya cinta suci yang sangat universal itu dalam hidup kita. Saya paling suka dengan cara Rose Harissa melonjakkan watak Ray dalam suasana yang penuh emosi yang membuatkan saya juga menyintai cinta mereka.


Banyak betul kemunculan watak Ray yang membuat saya menangis dan menangis.


Kisah ini tentang Weera yg yakin dgn petunjuk yg diterimanya utk mengambil Sari Ayu sebagai isteri di saat-saat akhir kerana gadis itu ditinggalkan tunang ketika membilang hari ketibaan tarikh pernikahannya.


Ironinya tunangan Sari Ayu (Firdaus) memilih utk mengahwini bekas girlfriend Weera (Jasnita) tetapi menyebarkan cerita bahawa Weeralah yang merampas Sari Ayu darinya. Memang hampeh punya mamat.


Perkahwinan itu membawa Sari Ayu ke dunia Weera dan Ray. Entah berapa kali Ayu gagal mengerti kasih sayang Weera dan Ray walaupun Weera menumpahkan kasih sayang yang sangat bernilai buat Ayu. Firdaus dan Jasnita tak jemu-jemu menabur fitnah demi utk memutuskan ikatan perkahwinan Sari Ayu dan Weera.


Dugaan demi dugaan menjadikan Sari Ayu semakin mengerti cinta sebenar yang terjalin antara Weera dan Ray.


Mungkin pembaca agak kurang selesa dengan penggunaan perkataan 'cinta' bagi menerangkan hubungan Weera dan Ray tetapi penulis banyak mengambil contoh persahabatan zaman Rasulullah dan juga cinta keluarga dan membuatkan kita faham cinta ukhuwah yg utuh antara mereka.


Weera menganggap Ray seperti saudara sendiri, ayah sendiri. Dia adalah mangsa dera dan Ray adalah penyelamat dan pembentuk peribadinya yang mulia. Hanya kerana dia dan Ray bukan jejaka yg gemar berjubah, berkopiah, dia dilabel sbg gay.


Semasa dugaan memuncak buat Weera dan Ray, Sari Ayu tak dapat menolak keraguannya dengan kemesraan mereka. Saya tak sangka ibu bapa Sari Ayu sangat memahami kedudukan Weera dan Ray malah Sari Ayu tu kena marah sbb tak reti-reti. hehe. memang terharulah membaca scene2 yg penuh emosi dlm cerita ini.


tapi rasanya cerita ni tak sesuai budak2 baca. Ada adegan2 yg agak keterlaluan utk budak2 baca. Mcm adegan panas la. so, sorok yer dari budak2.



Tuesday, March 30, 2010

Di Mana Terangnya Bulan

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Mystery & Thrillers
Author:Bahruddin Bekri
Di Mana Terangnya Bulan?
Bahruddin Bekri
PTS
Cetakan Pertama 2010


"Sebuah kisah yg menyimpan senyum..."


Cover dia lain la, dia lipat back flip dgn bahagian bulan dipotong bulat so tht cover dalam dan luar back flip tu terlihat bulan yg sama :)


Kali ni che din membawa kisah yg bakal berlaku in the future. Di mana melanjutkan pelajaran adalah merupakan pelaburan yg berisiko tinggi dan bukan semua dpt menyediakan wang utk pelajaran. Semua bayaran mesti settle selungguk semua so tht pelajar akan rasa bertanggungjawab belajar dgn sungguh2.


isu masuk kawasan kena bercakap Bahasa Melayu Tinggi tu lawak la. Kena lengkap tatabahasa dan tersusun frasa tu pun tak tahan, sampai pak guard pun cakap bahasa buku! huhu...


Hero yg diangkat kali ni adalah Kamarul bin Zamarul budak negeri Sembilan yg mendapat peluang melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi yg terletak di SArawak.


Disebabkan dia sampai lambat sbb tunggu air jampi dari ustaz kegemaran ibunya, dia terlepas peluang tinggal di asrama lalu terpaksa menyewa walaupun telah menjadi ahli MLM jual air bg org pandai. edeh.. mana la datang menda2 mcm nih. haha memang tergelak2 la.


Walaupun yazid bustaman adalah teman serumah yg pelik, Kamarul rela sbb itu telah menjimatkan separuh belanja bulanannya. Tetapi kehadiran jejaka yg lebih pelik iaitu Selamat yg mau dia jadi spy, adalah lebih menyenangkan Kamarul kerana Selamat nak tanggung sewa rumah semua dgn syarat, dia membantu Selamat.


biasala, kalau citer che din mesti ada geng yg special dan misi yg perlu disempurnakan. Kali ni geng dia nama GENG PELANGI. haha.. macam kumpulan trio nyanyi sambil petik gitar. Membuatkan aku teringat kepada Geng Citrawarna dalam movie Dunia Baru The Movie. heh heh.


Teng An Ni yg dicintai Kamarul dlm diam pun ada misteri tersendiri. Bondan tu kelakar la. Dan yang buat aku tergelak sakan biler memang terbukti ada Alexander The great yang anyam tikar dan buat tudung saji utk dipasarkan. Haha, nak buat camner, lahir2 mak bapak dia dah bagi nama tuu.


masa nak bawak Kamarul keluar, Selamat suruh pakai baju yg paling terbaik dia ada, so Kamarul pakai la baju smart ala2 kumpulan raihan tu. Skali selamat bawak gi disko dangdut Yeyeh. haha... hampir2 jer satu disko tu nak bersepah lari biler tengok org muka dan baju ala2 ustaz masuk situ.


Berjaya ker Kamarul menempuh situasi yg kelam kabut di situ dan menyelamatkan kawan2 dia? kena la baca sendiri dan selamat ketawa :)) So, di mana terangnya bulan? cari la dlm buku ni. hehe.


--
sinopsis/blurb (dari web pts)
Kisah pengajian tinggi pada masa hadapan. Pada waktu itu, yuran pengajian perlu dibayar lumpsump bagi seluruh tahun pengajian. Pada waktu itu pelajar juga semakin ramai cemerlang dan perlu bersaing. Kolej-kolej baru juga banyak yang dibina termasuk sebuah kolej baru yang dibina di Sarawak 'Kolej Melayu Tinggi' yang menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.

Dijadikan cerita, Kamarul seorang yang lurus bendul dan takut dengan perempuan, antara mereka layak menyambung pelajaran di KMT. Kamarul terlewat mendaftar dan penempatan di dalam kolej sudah penuh. Dia terpaksa menyewa dengan seorang lagi pelajar kolej yang pendiam dan murung.

Pada suatu hari teman serumahnya hilang, diganti pula dengan seorang lelaki yang tegap, berwajah ganas dan suka mengarah. Lelaki itu menetap dirumah sewanya tanpa kebenaran. Lalu bermulalah kisah Kamarul, mencantumkan semua yang terjadi bagi menjawab persoalan yang datangnya tiba-tiba, di mana terangnya bulan.

Saturday, February 6, 2010

Menunggu Cinta Tuhan

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Religion & Spirituality
Author:Lily Haslina Nasir
Menunggu Cinta Tuhan
Penulis: Lily Haslina Nasir
Terbitan PTS Litera
cetakan Pertama: 2009
isbn: 9789833892549
RM18.00
sabah/sarawak: RM20.00
469 mukasurat


Kisah seorg graduan jurusan syariah Khalidah Atikah, yg diterima bekerja sbg wartawan hiburan. SErbasalah dia menjalani kerjaya yg penuh dgn gosip dan fitnah. Dia jadi takut. Namun ada org di Akhbar Dinamik yg tahu dia mampu memberi pelbagai warna dalam berita artis. Menjerit boss dia si Azrul Rashid bila membaca artikel Khalidah yg ala2 teks khutbah jumaat.


Khalidah tidak mahu mengumpul dosa. Tugasan utk menulis artikel mengenai restoran Nasi Lemak Panas utk menarik golongan artis diterima Khalidah. Tak sangka cerita yang diselongkarnya memualkan hingga membawa dia Bagan Lalang.


Azrul jejaka kacak yg terperangkap dengan jampi serapah Nureen yg seksi. Entah apa yang dijamu Azrul hingga alpa kpd ibu bapa sendiri.


Cerita yg penuh kisah hitam, membuat kita terfikir apa yg kita makan, apa yg mendarah daging dalam tubuh kita ini halal. ADakah kita cukup berhati-hati ketika menjamah makanan di luar. Cerita yg membuat aku rasa nak bawak bekal hari-hari instead of berenti makan kat mana-mana.


Aku adalah penah dengar tentang Ayatul Ruqyah yg baik sbg perawatan dan perubatan. Tak sangka siap ada list penuh dlm buku ni :)


Part petikan artikel-artikel Khalida mungkin kelihatan seperti nak menebalkan cerita, tetapi pembongkaran kisahnya menarik dan mengejutkan. Mungkin sebab aku jarang baca part2 yg mcm ni, sebab tu aku baca semuanya.


sinopsis/blurb:


Khalida Atikah, jiwanya bening putih mengalir kalau berbicara tentang roh Islam. Dia mungkin tidak punya cinta tetapi tetap punya cita2. Impiannya cuma satu. Biar apa jua keadaannya, Islam tetap nur di jiwa. Dia juga ada ketika terkeliru dan celaru. Dunia surat khabar ada ketika memaksanya jadi zalim. Mampukah dia.


Azrul Rasyid, dia lelaki keras, kasar lagi lantang. kata2nya penuh luka, bibirnya penuh duri. Cintanya hanya pada diri, tulisannya penuh menyakitkan hati.


Nureen, gadis seksi penuh misteri, angkuh, tamak lagi haloba. Cita-cita dan nafsu dipacu menjadi satu. Sihir bobrok mainan bibir, amalan harian. Setinggi mana mampu mereka menongkat langit. Sejauh manakah cinta mampu bertahan antara Nureen dan Azrul Rasyid seandainya di antara mereka ada wajah hitam yg menguasai.


Cinta Tuhan tidak perlu ditunggu. Cinta Tuhan tidak perlu dinanti. Kasih sayang dan manis rindu pd Tuhan seharusnya menjadi nafas kita setiap saat. Di antara Khalida Atikah, Azrul Rashid dan Nureen siapa yg lebih luhur lagi putih utk disapa cinta Penciptanya?

Sunday, November 8, 2009

Puisi Untuk Nadina

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Bahruddin Bekri
Puisi Untuk Nadina
Penulis: Bahruddin Bekri
Terbitan PTS Syok!
Cetakan Pertama 2009
RM16.90
Sabah/Sarawak: RM18.90
386 mukasurat


"Tuhan, berikan aku cinta yang tidak perlu aku memilih antara dua keindahan dan terima kasih kerana KAU berikan aku dia cinta yang tidak perlu aku pilih"


Kali ini Bahruddin Bekri lebih banyak menceritakan soal hati dan perasaan hero dan heroin kisahnya. Dalam novelnya sebelum ini yg saya dah baca (Dunia Ini Sederhana Kecil & Doa Utk Aku), BB lebih baca menceritakan kisah hero novelnya.


Cara penceritaan berbaur komedi masih dikekalkan dan sudah menjadi trademark BB apabila berkarya. Lawak selambanya pasti menyebabkan tawa yg tak disangka-sangka tercetus.


Borhan adalah anak yg baik dan bertanggungjwb dlm keluarganya. Demi membantu ibu dan memastikan pelajaran adiknya terjamin, dia nekad melakukan apa saja kerja. Daripada tukang cabut bulu itik, despatch, pelayan kedai makan dan mekanik sambilan. Semua dia buat demi mendapatkan pendapatan yg halal.


Perkenalan dengn Nadina bukanlah bermula dengan baik, namun apa saja yg berlaku membuahkan pergaduhan antara mereka.


Nadina adalah anak org kaya yg akan dapat apa saja yg diingininya. Keputusannya utk menjadi model telah menyebabkan bapanya menarik balik semua elaun yg pernah diberikan padanya dan membiarkan Nadina mencari duit sendiri dgn menjadi model. Yg kelakar tu jadi model pakai kostum pisang, haha.. ngan model botol jamu. edeh bleh pengsan aku gelak.


Nadina yg mulanya suka bergaduh dgn Borhan akhirnya jatuh cinta dengan kesabaran Borhan. Keadaan Nadina yang mabuk kepayang sorang2 menyebabkan sahabat baiknya, Seh

Detektif Bertudung Hitam

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Mystery & Thrillers
Author:Bahruddin Bekri
Detektif Bertudung Hitam
Penulis Bahruddin Bekri
Terbitan PTS Syok!
Cetakan PErtama 2009
isbn: 9789833654772
RM17.90
Sabah/Sarawak: RM19.90
298 mukasurat


Ini bukan kisah cinta, tapi kisah gadis yg pemalu dgn rakan2nya yg juga pemalu dari kelas menghilangkan rasa malu teknik Ponorogo (org Ponorogo sendiri tak tau tu teknik apa, haha)


Memang cerita yg sentiasa mengundang tawa. Az-Zahra memang pemalu sejak kali pertama menjejakkan kaki di bangku sekolah. Setelah dewasa dia cuba mencari pekerjaan utk menampung perbelanjaan keluarganya dan ayahnya perlu dibedah segera.


Dia sanggup bekerja apa saja tetapi masalahnya dia selalu gagal temuduga kerana terlalu malu. Ketika memulakan kelas teknik Ponorogo tu dia telah diterima bekerja di sebuah syarikat penyiasatan kerana dia sanggup menerima berapa saja gaji yang ditawarkan.


Dia sangka dia kerja kerani, tetapi dia buat multi-tasking rupanya. Dia juga buat kerja-kerja penyamaran dan siasatan, dan kawan2nya yg pemalu yg lain tu pun selalu membantunya. diorang siap nyamar jadi budak skolah ngan penjual mas cotek. hehe.


Kes pembunuhan yang sedang disiasatnya menjadi pendorong utk dia menjadi penyiasat berdedikasi kerana ketuanya menawarkan ganjaran RM50,000.


sure fine whatever
rinn


sinopsis/blurb:


"Ini saya tempah kad bisnes untuk awak."


"Encik Zabidi letak nama jawatan saya 'Penyiasat Persendirian'? Saya hanya kerani, encik salah tempah," persoal Zahra.


"Tak ada yg salah. Memang saya sengaja letak jawatan awak sebagai 'Penyiasat Persendirian' kerana bekerja di syarikat penyiasat membuatkan awak jadi penyiasat. Takkan saya hendak letak kerani pula? Kerani buat apa ada kad bisnes? Secara tak langsung, awak dapat mempromosikan syarikan ini. Jadi, jangan simpan sahaja kad itu, berikan kepada orang. Faham!" terang Encik Zabidi panjanglebar.


"Faham!" jawab Zahra keras. Tidak semena-mena dia menjadi penyiasat pula. Hati Zahra bergetar memikirkan dunia baru yg perlu ditempuhinya.


Zahra gadis pemalu yg selalu tampil bertudung hitam. Gadis pemalu yg mendpat kerja sbg kerani di syarikat penyiasatan kerana sanggup bekerja dgn gaji yg rendah. Gadis pemalu yg memerlukan wang bagi membiayai kos pembedahan ayahnya. Menyiasat kes pembunuhan? Ganjaran RM50,000? Mampukah Zahra yangpemalu ini menyelesaikan kes itu?



Saturday, May 2, 2009

Salju Sakinah

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Religion & Spirituality
Author:Zaid Akhtar
Salju Sakinah by Zaid Akhtar
Terbitan PTS Millennia Sdn. Bhd
Cetakan Pertama: 2008


"Salju Sakinah, salju kedamaian. NOvel Islami yang diindahi nilai-nilai murni dalam kehidupan..."
-Aminah Mokhtar, NOvelis Iman Markisa & Dominasi Tebrau


Biasalah kalau baca novel2 Islamic ni mesti tak dapat melarikan diri dari nak membandingkannya dengan 'Ayat-Ayat Cinta' :) aku memang dah jatuh chenta ngan novel tu. Bagi aku Salju Sakinah ada keindahan cerita yg tersendiri. Tak sangka Zaid Akhtar dapat mendalami hati seorang gadis bernama Sumayyah dengan sangat berkesan. Rencah perasaan seorang ustazah muda yang baru pulang dari Jordan disampaikan dengan cara yang penuh tarbiyah dan ada ikhtibar tersendiri. Ada lenggok yang memikat dalam penulisannya, tak sangka penulis lelaki ada sensiviti begini dlm penulisannya.


Sumayyah. Seorang gadis yang dipandang tinggi di kalangan sahabat2nya dan petah berbicara, berforum. Kepulangan ke Malaysia adalah saat2 yang paling dinanti-nantinya, namun dia terkilan kerana tak dapat menatap wajah ayahnya yg pergi menyahut seruan Ilahi. Di samping berusaha meneruskan business kerepek arwah ayahnya, dia juga membuat ceramah2 utk muslimat2 sekitar kampungnya.


Sebagai gadis muda yg masih bujang dan ada rupa, dia tak dpt lari dari fitnah. Wasangka yg timbul turut memberi kesan kepada perniagaannya namun ramai lagi yang memandang tinggi padanya dan membiarkan suara2 fitnah itu sayup2 pergi dan kadang2 kala datang semula mendentum. Sakit hati memang ada tapi dia berusaha menyabarkan diri.


Selain itu, ada gak problem berkaitan kak Longnya yg semakin hanyut dlm ajaran sesat Tok Ayah. manakala kak ngahnya pulak dilanda kecewa apabila tunangannya meninggal dunia dlm sebuah kemalangan.


Berkat tunjuk ajar Muazam dia menerajui business kerepek bapanya. Lamaran Luqman ditolak setelah beristiqarah. Dia tak tahu mengapa hatinya tak dapat menerima Luqman,lalu dia berusaha merapatkan jejaka tampan itu dgn sahabat baiknya yg memang dah syok kat mamat tu sejak sekolah lagi.


Sumayyah terkejut apabila menerima keputusan peperiksaan yg menunjukkan dia telah gagal satu subjek dan terpaksa mengulang satu semester. Dia berasa amat malu. Sebagai seorang siswazah yg dipandang tinggi dan sentiasa dijemput memberi ceramah, dia merasa amat rendah diri. Dia memaksa diri menjejak semula bumi Jordan. Ada azam yg mahu dilangsaikan. Rupa2nya ada suratan takdir Allah yg menunggunya di situ. Ada jodoh yg baik sedang mengintainya dan tidak pula dia menolak apabila hajat itu disampaikan kepadanya. Ijab kabul mereka langsai di saat salji memenuhi bumi Jordan dan mereka digelar pengantin salju.


Kebanyakan mereka yg bertunang dalam citer ni ditimpa kemalangan. hehe.. si hakimi tunangannya si hakimah, n then tunangan kak ngah, peh tu Naufal pun kemalangan jugak masa sibuk membuat persiapan utk majlis kawinnya. Memang buat org berdebar-debar jer part eksiden2 nih.


konflik yg timbul ditamatkan dengan baik dan si penyebar fitnah tu pun dah mendapat balasan. Cemburu buta betul!


sure fine whatever
rinn



RM26.00
sabah/sarawak: RM29.00
556 muka surat
isbn: 9789833604418


sinopsis belakang buku:


"Novel Salju Sakinah seronok dibaca kerana jalan ceritanya menarik, gaya bahasa yg santai tetapi sarat dgn pengajaran dan keinsafan. Senario kisahnya berkisar di negara asing dan secara tidak langsung penulis berjaya membuatkan pembaca seolah-olah mereka berada di situ. Buku ini sesuai utk semua peringkat usia dan seharusnya menjadi salah satu koleksi pilihan sama ada utk tatapan sendiri ataupun cenderahati."
- Zuarida Mohyin, Wartawan Utusan Malaysia


"Salju Sakinah, salju kedamaian. Novel Islami yang diindahi nilai-nilai murni dalam kehidupan. Digarap dgn lenggok bahasa yg indah, mudah dan memikat. Terbuai dgn cara penceritaan yg bersahaja tetapi terkesan dgn cerita2 yg membina semangat juang, pertalian jiwa, kasih sayang yg tulus bersih. Zaid Akhtar punyai kepakaran menarik para pembacanya supaya terus meneliti baris demi baris sehingga ke ayat yg terakhir. Syabas Zaid!"
-Aminah Mokhtar, Novelis Iman Markisa & Dominasi Tebrau


"Novel berunsur Islam memang sudah banyak tetapi sukar mencari roh keIslaman dlm novel yg banyak ini. Novel Salju Sakinah saya kira sudah mampu menyediakan hidangan utk pembaca mengecapinya. Citra Muslimah setabah Sumayyah begitu ketara menjadi kekuatan Novel ini. Naratifnya cukup Islamik, namun pengarang dgn penuh sedar memilih utk tidak didaktik dlm menghantar amanatnya. Kadang2 terasakan seolah olah novel ini dikarang oleh seorg wanita. Sebagai penelaah novel saya merasai Salju Sakinah berupaya menjentik hati dn membangunkan jiwa. Inilah novel Islami berperspektif muda yg matang yg jarang-jarang sekali kita temui di antara banyak novel di Malaysia."
-Azizi Haji Abdullah. Novelis Seorg Tua di Kaki Gunung dan Penerima SEA Write Award 1988 & MASTERA 2007


"Novel-novel pop semakin banyak di pasaran dan kita semakin sukar mencari karya tepu dakwah yg disampaikan dgn penuh hikmah. Dakwah itu pula tidak terlalu berkhutbah sifatnya. Syukur, Zaid Akhtar dan Salju Sakinah dpt mengisi kekurangan ini. Salju Sakinah adalah novel utk semua!"
- Nisah Haji Harun. Penulis Annyss Sophillea & Mencari Locus Standi


Thursday, April 23, 2009

Doa Untuk Aku

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Bahruddin Bekri
Doa Untuk Aku by Bahruddin Bekri
Terbitan PTS Syok
Tahun 2008


"doa ibu...
doa adalah senjata...
doa musafir..."


Idea kisah ini sangat menarik dan deliverynya sangat mencuit hati dan mengundang tawa. (byknya dan dalam satu perkataan!)


Adly seorang yg beragama Islam, membesar di sebuah perkampungan iban bersama ibunya, seorg mualaf. Mereka bersolat dan membaca ayat2 berdasarkan buku yang bertulisan roman. Mereka tak pandai baca jawi. Diorang tak der tempat utk mendalami Islam kerana tempat tinggal diorang jauh di pedalaman. Skolah pun tak der subjek Islam. hanya Azly dan Kassim saja yg beragama Islam dan Si kassim tu pun lebih kurang sama ja ngan Adly.


Adly sangat yakin dengan power of doa. Dia yakin yg dia berjaya masuk universiti kerana berkat doa ibunya yg tercinta. Namun, pada suatu hari, ibunya meninggal dunia. Harapannya utk lulus cemerlang musnah kerana dia sudah tiada sapa2 lagi utk mendoakan dia. Memori masa kecil dan kajian oleh Adly telah membuatkan dia nekad utk memburu orang2 yang mustajab doanya. Dia akan mengumpulkan 40 doa utk dirinya dan akan berjaya dalam peperiksaannya.


Kita dibawa menyusuri perjalanan hidup adly sbg pelajar bersama kumpulan Amin Bin Damit yang diketuai oleh Amin bin Damit (duh! - gila kosa betul budak nih! haha). SEcara tak sengaja mereka 'bermusuh' dengan Geng Nama Indah yg perasan ganas dan mengong. hehe.


Banyak insiden yang membuat tawa kita meletus tanpa kawalan. sangat-sangat menghiburkan.


Bagi saya, watak Adly dan Kassim yang seperti bodoh-bodoh cerdik tu mungkin disebabkan cara mereka dibesarkan dan sangat saya senangi tetapi apabila mendapati watak2 lain dalam cerita ini juga bersikap sama seperti Adly, cerita ni terasa kurang real. Dunia dlm novel ini agak pelik dan lebih kepada dunia komik yang kelakar.


Kalau novel ini dibaca sebagai hiburan berbentuk komedi dan berpengajaran, memang sangat bagus. Kalau nak relate dengan reality, ermmm agak sukar kerana D.U.A ini penuh dengan orang yg lawak komedi. yang membaca tentunya terhibur dan ketawa terbahak terbahak :)


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


"menarik juga cadangan kau. Mungkin dapat membantu aku menghadapi peperiksaan akhir. Masalahnya, di mana kita mahu mencari 40 doa itu?" soal Adly.


"Aku ada. Aku doakan kau sebanyak 40 kali. Nanti dpatlah kau menghadapi peperiksaan akhir dgn cemerlang," jawab kassim kembali. Dia tersenyum.


"Kau doakan aku sebanyak 40 kali? Hmm... begitu sahaja?


"Aku keliru. Adakah maksud 40 doa itu adalah 40 kali doa daripada org yg sama ataupun 40 kali dodoakan oleh org yg berlainan?" Adly kembali menyoal. Fikirannya kembali kusut.


"Err... aku pun tak pasti. Rasanya dua2 sekali. 40 kali doa daripada 40 org yang berlainan. Nanti kita tanyalah sesiapa. Tentu ada org yg lebih arif fasal hal ini," cadangan Kassim lg.


Adly membesar bersama keyakinan hidupnya dirahmati dgn adanya doa dpd ibunya. Kematian ibunya membuatkan Adly kehilangan 'senjata'. apa yg dpt menggantikan doa ibunya? Lalu bermula pncarian Adly mencari 40 doa.


RM22.90
sabah sarawak RM25.90
isbn 9789833654543


Adly yang sangat percaya doa ibunya adalah senjata dia menempuh kehidupan. Doa ibu yang mujarab membuatkan dia dapat masuk universiti. Apabila ibunya meninggal dunia, dia hampir berputus asa. Kemudian, dia mendapat tahu ada beberapa golongan yang makbul doanya. Bermula pencarian Adly untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 40 doa daripada setiap golongan supaya dia lulus cemerlang peperiksaan.


RM22.90
Sabah / sarawak RM25.90
isbn: 9789833654543
440 mukasurat.