Thursday, April 23, 2009

Doa Untuk Aku

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Bahruddin Bekri
Doa Untuk Aku by Bahruddin Bekri
Terbitan PTS Syok
Tahun 2008


"doa ibu...
doa adalah senjata...
doa musafir..."


Idea kisah ini sangat menarik dan deliverynya sangat mencuit hati dan mengundang tawa. (byknya dan dalam satu perkataan!)


Adly seorang yg beragama Islam, membesar di sebuah perkampungan iban bersama ibunya, seorg mualaf. Mereka bersolat dan membaca ayat2 berdasarkan buku yang bertulisan roman. Mereka tak pandai baca jawi. Diorang tak der tempat utk mendalami Islam kerana tempat tinggal diorang jauh di pedalaman. Skolah pun tak der subjek Islam. hanya Azly dan Kassim saja yg beragama Islam dan Si kassim tu pun lebih kurang sama ja ngan Adly.


Adly sangat yakin dengan power of doa. Dia yakin yg dia berjaya masuk universiti kerana berkat doa ibunya yg tercinta. Namun, pada suatu hari, ibunya meninggal dunia. Harapannya utk lulus cemerlang musnah kerana dia sudah tiada sapa2 lagi utk mendoakan dia. Memori masa kecil dan kajian oleh Adly telah membuatkan dia nekad utk memburu orang2 yang mustajab doanya. Dia akan mengumpulkan 40 doa utk dirinya dan akan berjaya dalam peperiksaannya.


Kita dibawa menyusuri perjalanan hidup adly sbg pelajar bersama kumpulan Amin Bin Damit yang diketuai oleh Amin bin Damit (duh! - gila kosa betul budak nih! haha). SEcara tak sengaja mereka 'bermusuh' dengan Geng Nama Indah yg perasan ganas dan mengong. hehe.


Banyak insiden yang membuat tawa kita meletus tanpa kawalan. sangat-sangat menghiburkan.


Bagi saya, watak Adly dan Kassim yang seperti bodoh-bodoh cerdik tu mungkin disebabkan cara mereka dibesarkan dan sangat saya senangi tetapi apabila mendapati watak2 lain dalam cerita ini juga bersikap sama seperti Adly, cerita ni terasa kurang real. Dunia dlm novel ini agak pelik dan lebih kepada dunia komik yang kelakar.


Kalau novel ini dibaca sebagai hiburan berbentuk komedi dan berpengajaran, memang sangat bagus. Kalau nak relate dengan reality, ermmm agak sukar kerana D.U.A ini penuh dengan orang yg lawak komedi. yang membaca tentunya terhibur dan ketawa terbahak terbahak :)


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


"menarik juga cadangan kau. Mungkin dapat membantu aku menghadapi peperiksaan akhir. Masalahnya, di mana kita mahu mencari 40 doa itu?" soal Adly.


"Aku ada. Aku doakan kau sebanyak 40 kali. Nanti dpatlah kau menghadapi peperiksaan akhir dgn cemerlang," jawab kassim kembali. Dia tersenyum.


"Kau doakan aku sebanyak 40 kali? Hmm... begitu sahaja?


"Aku keliru. Adakah maksud 40 doa itu adalah 40 kali doa daripada org yg sama ataupun 40 kali dodoakan oleh org yg berlainan?" Adly kembali menyoal. Fikirannya kembali kusut.


"Err... aku pun tak pasti. Rasanya dua2 sekali. 40 kali doa daripada 40 org yang berlainan. Nanti kita tanyalah sesiapa. Tentu ada org yg lebih arif fasal hal ini," cadangan Kassim lg.


Adly membesar bersama keyakinan hidupnya dirahmati dgn adanya doa dpd ibunya. Kematian ibunya membuatkan Adly kehilangan 'senjata'. apa yg dpt menggantikan doa ibunya? Lalu bermula pncarian Adly mencari 40 doa.


RM22.90
sabah sarawak RM25.90
isbn 9789833654543


Adly yang sangat percaya doa ibunya adalah senjata dia menempuh kehidupan. Doa ibu yang mujarab membuatkan dia dapat masuk universiti. Apabila ibunya meninggal dunia, dia hampir berputus asa. Kemudian, dia mendapat tahu ada beberapa golongan yang makbul doanya. Bermula pencarian Adly untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 40 doa daripada setiap golongan supaya dia lulus cemerlang peperiksaan.


RM22.90
Sabah / sarawak RM25.90
isbn: 9789833654543
440 mukasurat.


4 comments:

  1. yup truly kelakar tahap tak boleh tahan (bayangkanlah iejay baca dlm LRT dan tak boleh nak thn gelak)... tapi ceritanya still ada pengajaran... detektif bertudung hitam pun best juga... sekarang ni nak cari masa baca cerita baru cik baha evolusi pula...

    ReplyDelete
  2. memang gelak tahap tak hengat. kiter pun nak baca jugak detektif bertudung hitam nanti :)

    ReplyDelete
  3. sejak abiz bc citer ni pd 8 feb sy da tertarik smula nk smbng hobi membc yg sy tglkn selama setahun lbh.. mmg kuat btl tarikkannya kn.. hee..

    thanks BB 4 de bezz novel.. ;D

    ReplyDelete
  4. ha'ah citer BB tak gelak ttak sah! Diari Mat Despatch dh ada, tapi blum sempat baca :) mesti ada benda nak gelak, tengok cover dan baris2 blurb pun dah buatkiter gelak sakan. hehe

    ReplyDelete