Saturday, April 11, 2009

Seteguh Cinta

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Durrah Fatiha
Seteguh Cinta by Durrah Fatiha
Terbitan Alaf 21 Sdn. BHd
Cetakan pertama 2008


"Meski berjauhan, bara kasih ini akan kubawa ke mana-mana"


Akhirnya berjaya juga membaca novel ni :) Mood membaca sedikit kureng kebelakangan ni, tapi bila mood dah mai balik, boleh la marathon baca buku.


Kisah cinta selepas kahwin. Sudah berbagai jalan yg penulis2 gunakan utk mengalunkan kisah ini. Walaupun banyak yang dibaca, setiap satu cuba mengetengahkan kelainan dan mencari variasi utk menampilkan chemistry pasangan yg dipaksa kawin.


Pendorong termeterainya ikatan akad nikah antara Nurin dan Adli adalah kerana permintaan seorg tunang dan seorg sahabat baik kerana keadaan dirinya yg sudah lumpuh. Hadi percaya hanya Adli dapat menjaga Nurin dengan baik. Dia tidak rela melepaskan Nurin kpd org lain selain Adli.


Bersama Hadi, Nurin sering menang dan terlebih manja tapi biler dengan Adli segalanya bertukar buat Nurin. Adli berjaya membuat Nurin yg degil berpindah rumah dan meneruskan hidup sbg suami isteri walaupun 'angin' mereka selalu bertembung. Mereka hanya berkongsi bilik apabila ada tetamu. Nurin terpaksa memasak dan kemudiannya berkongsi kenderaan. SEdikit demi sedikit secara tak langsung, Nurin sebenarnya sudah mula melakukan tugas-tugas seorg isteri sehingga terbiasa.


Tanpa mereka sedari ada insan mendendami Adli dan mensasarkan Nurin demi menjatuhkan Adli. Kasih mereka berbunga tatkala karier Adli menjunam. Kehadiran Alia menyerikan rumahtangga mereka dan Adli menjadi surirumah.


Sindiran org sekeliling dan mertua menekan perasaan Adli. Nurin turut tidak selesa. Keadaan ini memaksa Adli menerima tawaran ke Cape Town. Nurin keberatan mengikutnya kerana kerjayanya semakin mantap. Perpisahan itu menjadi kayu pengukur kasih sebenar di antara mereka. Kehadiran Zulaikha dan keberanian Idham sedikit mengocak kepercayaan di antara mereka namun, true love wins. :)


Azad ngan Ammar dari novel "Rindu di Kalbu" ke? teringat pulak kat Ain Syauqina :)


sure fine whatever
rinn

Sinopsis : SETEGUH CINTA


Mahligai bahagia yang diimpikan Nurin bertukar menjadi igauan apabila tunangnya, Hadi mengalami kemalangan. Akibat lumpuh, Hadi terpaksa melepaskan Nurin agar tidak melangkah ke gerbang pekahwinan dalam derita. Namun, demi kasih terhadap Nurin, dia menyarankan gadis itu mengahwini sahabatnya, Adli. Kerana sayangkan Hadi, Nurin terpaksa akur meskipun dengan berat hati.


Perkahwinan yang terbina bukan atas dasar kasih itu mengakibatkan pasangan muda itu sering berkrisis. Kesabaran Nurin semakin teruji apabila Adli berhenti kerja dan menjadi 'house husband'. Untuk mengelakkan rumah tangga berantakan, Adli mengambil keputusan untuk menerima jawatan di Cape Town, Afrika Selatan.


Perpisahan itu mula menggamit kesunyian di hati Nurin. Kejauhan mula menggamit kerinduan. Rasa sayang mula singgah di hati. Akhirnya, dia tunduk dengan desakan naluri cinta yang mula menjalar di sanubari. Dia mesti menjejaki Adli untuk menyulam kasih yang hampir terlerai. Biarlah dia beralah demi menyelamatkan perkahwinan ini.


Namun, bersediakah Nurin menerima kenyataan andai Adli tidak punyai perasaan sepertinya?



RM 19.90
500 mukasurat
978-983-124-399-2

4 comments:

  1. suka cerita ni.. cuma cara idham tu terus tarik diri aja dekat2 end macam tak kick lah pula...hehehe

    ReplyDelete
  2. quite ok gak this story...tp adli tu boleh tahan ego mase bapak mertua dia nak bagi die keje...overall ok

    ReplyDelete
  3. Salam Rinn,
    Terima kasih atas kesudian me'review' SC. Apapun komen dan pandangan, akak terima dengan hati terbuka. Untuk iejayz dan m3craze, thanks also for your comments. (Akak senyum sendiri...) Idham tu berpegang pada janji dia pada Adli. Si Adli tu pulak... well, he's only human. So, adalah kelemahan dia jugak...but I'm sure he has learnt his lesson!

    ReplyDelete