Thursday, April 23, 2009

Setulus Hati

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Rozita Abd. Wahab
Setulus Hati by Rozita Abd. Wahab
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd.
Terbitan 2008


"Kemunculanmu memberi warna pada malam-malamku yang kelam"


Kisah perkahwinan Zulaikha dn Zamri yang musnah gara2 Zamri jatuh cinta dgn wanita lain. Mereka bercerai kerana Zulaikha tidak sanggup dimadu dan dia rela Zamri berkahwin lain, asalkan anak2 di bawah penjagaannya. Zamri menghilang bersama isteri baru tanpa menghiraukan anak2nya yg menanggung rindu.


Izham, sahabat zaman kanak2 Zulaikha kembali dan berjaya mencuit hatinya, namun kemunculan semula bekas isterinya bersama anak mereka yang sakit (yang lahir tanpa pengetahuannya), memaksa Dr Izham kembali ke pangkuan keluarga atas rasa tanggungjawab.


Zulaikha semakin serik menyulam kasih. Bosnya, Nik Azhan semakin berani menggodanya tambah2 lagi bila tahu izham sudah mengundur diri. Dulu Nik Azhan bertindak menyembunyikan diri dan menyembunyikan rasa cintanya kepada Zulaikha, membiarkan dia mengahwini Zamri. apabila izham potong line dia, dia hanya mampu memandang dan menggigit jari. Kini dia nekad untuk tidak akan membenarkan sesiapa lagi melukakan hati Zulaikha, dia yakin hanya dia yg dpt membahagiakan Zulaikha dan anak2nya. Tentulah hati-hati yang pertama sekali berjaya ditawannya adalah anak2 Zulaikha yang comel dan dahagakan kasih seorg ayah. cuma mak diorang tu aja yang liat sikit.


Saya agak kurang selesa dengan pendekatan Nik Azhan yang macam desprate sgt nakkan si Zulaikha tu.. ermm memang desprate pun tapi ish... belum dapat lagi dia dah siap cium2, kucup2. edeh.


Hidup Zulaikha mula bergolak lagi apabila Zamri muncul kembali dan mahukan anak2nya semula kerana isteri barunya tidak boleh mengandung.


sure fine whatever
rinn




sinopsis belakang buku:


Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Itulah yang dirasai oleh Zulaikha bila mahligai cintanya bersama Zamri musnah angkara orang kedua. Meski hatinya luluh terluka, namun demi anak-anak, dia bangkit semula daripada ke kecewaan semalam untuk meneruskan hidup.


Pengalaman pahit yang dilalui membuatkan Zulaikha berusaha menghindarkan diri daripada terjebak dalam percintaan. Namun tanpa diduga, kehadiran Nik Azhan, lelaki yang pernah me nyimpan perasaan padanya dulu kembali mengocak ketenangannya. Nik Azhan berusaha untuk merebut kembali hati Zulaikha. Zulaikha sedar, lelaki itu tegar tidak mahu melepaskannya lagi buat kali kedua. Namun, mana mungkin... kerana hatinya benar-benar telah tertutup untuk menerima cinta baru. Dia sudah penat dikecewakan!


Kasih sayang dan perhatian yang diberikan Nik Azhan amat di senangi anak-anak Zulaikha yang dahagakan perhatian daripada seorang bapa. Setiap hari nama Nik Azhan meniti di bibir mereka sehingga mengusik hati Zulaikha. Perlukah dia memaksa diri menyukai lelaki itu demi kebahagiaan anak-anaknya? Di manakah cinta Nik Azhan di sudut hatinya?


480 mukasurat
RM18.00
ISBN: 978-983-124-398-5

2 comments:

  1. Salah seorang novelis keayang akak...semua novel2 beliau ada dlm simpanan akak......Utk novel nie tak begitu menyengat sgt...akak lebih suka novel yg lepas2 seperti SETELAH KAU PERGI,BAHAGIA ITU MILIKNYA, KASIH BERSEMI DAN NILAI CINTANYA.......lupa pulak ada lagi satu iaitu permata asmara.....

    ReplyDelete
  2. dlm semua yg kak atie sebut tu yg saya dah baca baru lah permata asmara ngan buku nih.. hehe.. nanti bleh aar cari buku2 lain tu. thanks kk.

    ReplyDelete