Rating: | ★★★ |
Category: | Books |
Genre: | Romance |
Author: | Umi Azrini |
Terbitan Alaf 21 Sdn Bhd
Tahun 2009
"Wahai camar... bawalah rinduku singgah ke lubuk hatinya"
Kisah cinta yang bermula dari rasa benci yg membuak. E-zo dan Zara ni ditakdirkan bertemu utk berperang. Mereka sanggup lakukan apa saja utk menyakitkan hati satu sama lain. Ada perasaan yg bergolak dalam 'perang' diorang tu. Zara tak dapat menerima hakikat yang E-zo tidak tertarik dgn perempuan yg cantik dan seksi macam dia. E-zo tu ngaku dia kucing vegetarian. hehe.
Usikan demi usikan menjadi mereka senang pulak bila bersama. dan atas nama persahabatan, mereka membina ikatan mesra.
Tapi masa Zara kat kampung E-zo tu, dia ada mandi berkemban kat telaga. Macam pelik pulak pompuan yg biasa berpakaian seksi, berbikini di khlayak ramai tapi malu lebih2 pulak sampai nyorok belakang perigi sbb E-zo terkantoi masa ngendap, ada ka dia ingat atuk dia yg mandi? sabo jer aku.
Lagi satu, Zara ni jenis rebellious la jugak tapi dia sanggup didenda daripada mengadu pada abang kaptennya tentang Raynold yang cuba mencabul kehormatannya. Macam dia mempertahankan Raynold lah pulak. Malahan pulak si Raynold tu siap bocorkan rahsia yang Zara tu buat direct selling kat atas kapal dagang. Heroin kali ni businesswoman direct selling. hehe.
Kelakar betul part E-zo borong 100 biji belon beraneka ucapan semata2 nak pujuk Zara, sampai belon congratulations ngan get well soon pun dia belasah beli asalkan cukup 100 biji belon. hehe.
Saya kagum dengan homework yg dilakukan Umi Azrini untuk menceritakan details yang complicated (bagi saya dah cukup complicated lah) tentang dunia perkapalan. Walaupun saya tak berminat tapi ianya mengkagumkan. tahniah. :)
sure fine whatever
rinn
sinopsis belakang buku:
ZARIZ seorang pelaut yang cintakan kedamaian dan ketenangan. Hidupnya yang dikelilingi lautan luas menjadikan diri-nya sepi. Temannya hanyalah pukulan ombak dan desiran angin. Cuma sesekali kicauan camar laut hadir menghidupkan hari-harinya. Bibirnya jarang mengucapkan kata-kata, hanya telinganya tekun mendengar dan mata yang rajin menilik.
Berbeza dengan Zara, seorang gadis yang lin-cah dan pandai berkata-kata, sesuai dengan kerjaya yang menuntutnya bertemu orang ramai. Pesonanya menjadikan Zara cukup mudah didekati. Cuma ada ketika, sikapnya yang terlalu peramah menyusahkan orang lain. Zara senang dikerumuni, di-minati dan gemar berada di antara kelompok manusia lain.
Takdir menemukan mereka. Zara dan Zariz bagaimanapun ibarat anjing dan kucing. Andai berjumpa, pasti bertingkah kata, berselisih pendapat. Ego yang beraja di hati menjadikan mereka tegar menyakiti satu sama lain.
Tanpa sedar, pertelingkahan demi pertelingkahan mereka mewujudkan kesebatian. Dalam diam, benci menjadi rindu, dendam menjadi sayang. Namun, mudahkah mereka melafazkan kata cinta kerana masing-masing pernah melukai?
RM 18.00
496 mukasurat
ISBN : 978-983-124-404-316-6
suka...suka..suka... buku ni... masa baca tu dapat rasa E-zo tu mesti seorang yg handsome terutamanya bila dia pakai uniform...
ReplyDeletetapi nama org jahatnya macam org jahat harry potter aja...hahaha malfrod and dreco...dah tu si e-zo tu pun ada tanda dekat muka dia mcm harry potter... ni mesti umi azrini ni peminat harry potter...
hahaha.. tulah mak dah pesan " jgn benci orang lebih2.. nanti terpikat baru padan muka..."
ReplyDeletehmm.. another benci-gaduh-suke-sayang nye citer.... :-)
x berpeluang nk bca lagi...x sabar bk bca
ReplyDeleteha'ah kan.. draco malfroy jadi dua watak jahat.. hehe..
ReplyDeleteyup :) giler nyer gaduh dan sabotaj, last2 sangkut kat orang tu jugak.
ReplyDeleteboleh dapatkan segera di pasaran! hehe.. mcm love boat lah pulak jatuh cinta masa kat atas kapal. :) sibuk la heroin ni ngan direct selling dia.
ReplyDeletehmm x sabarnye..ketinggalan btol la..
ReplyDeletegaji lom masuk..ee geramnye...
lambat laun akan masuk juga gaji itu :) selamat membaca :)
ReplyDeletebest la..
ReplyDeletemesti si ezo tu encem abih...
n zara tu cun melecun..
kisah citer ni ada nyer terlalu rumit sehingga berulang kali baca..
tapi thankx to umi azrini coz' buat homework sampai berjaya bikin saya minat kat novel umi...
hensem ke si ezo tu??kepala botak,ada parut petir kat muka..x leh nk bayang lar..x ska la watak heroin dia,seksi terlebih..tapi best la masa diorang gaduh2 tue...he3
ReplyDeletesangat suka.... lawak and romantik
ReplyDelete