Wednesday, April 29, 2009

Bila Dah Suka

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Mimie Afinie
Bila Dah Suka by Mimie Afinie
Terbitan KarnaDya Solutions
Tahun 2009


"Bila hati dah suka, semua jadi indah belaka."


Cerita ni heroin dia asyik melarikan diri saja bila ditimpa kekecewaan. Heronya pulak memang la tak jenis tak reti cakap baik2, sebab tu kejanya gaduh jer ngan heroin.


Nurul Huda kecewa apabila Shazlan memilih utk memperisterikan bekas kakak iparnya yg dianggap seperti kakak kandung walaupun abg Shamnya sudah meninggal dunia. Dia tidak tahu rupa2nya Shazlan berbaik dgn nya supaya dpt mendekati Kak Diba.


Ayahnya yg tidak pernah mempedulikan perasaannya menguatkan lagi tekadnya utk berhenti belajar dan melarikan diri ke Taiping utk bertemu Abg Amar yg telah lari ke sana kerana tidak tahan dengan sikap ayah mereka. Namun rancangan kejutannya tidak seperti diatur apabila dia diragut.


Segala yg terjadi ada hikmahnya. Dia menikmati kasih sayang seorang ibu dan keluarga yang bahagia apabila bertemu dgn paksu mizi dan ibu mahani yang baik hati.


Kehadiran Huda mendamaikan hati Annuar tetapi menjengkelkan hati Alam. Anuar & Alam tu anak ibu mahani. Huda turut terpikat dengan Annuar tetapi dia lebih banyak berinteraksi dengan Alam yang lebih suka mencari gaduh dengannya.


Saya suka dgn character Annuar yg lebih matang dan gentleman. Alam terlalu kebudak-budakkan. Namun setelah Annuar salah faham hubungan rapat antara Huda-Alam, watak Annuar seperti dimalapkan dan ditonjolkan sbg lemah, mungkin sbb nak menaikkan character Alam sebagai watak positif.


Annuar kecewa kerana menyangka Huda-Alam bercinta lalu bersetuju utk mengahwini Erin, anak aunty Rohaya yang tak pernah mahu berdamai dgn ibunya. Macam la tak der pompuan lain kat dunia nih. Rasanya Annuar ni seorg anak yg mendengar kata dan baik. Tak sesuai rasanya dia memilih Erin yang mengada-ngada dan tidak menghormati ibu Annuar. Malahan aunty Rohaya terang-terangan membenci ibu Annuar. Seorg anak seperti Annuar rasanya tentu akan berfikir dengan lebih panjang lagi sebelum mengambil keputusan yang sudah tentunya akan mengecewakan ibu yg sangat disanjunginya.


Huda kecewa dgn keputusan Annuar lalu balik semula ke rumah bapanya, lagipun abg amar yang dicarinya sudah meninggal dunia kerana kemalangan di dapur. Kena sambar api gas. dahsyat betul. Kak Diba gembira, namun kemesraan Huda-Shazlan menimbulkan rasa cemburu dan Farhan-Huda terperangkap dalam fitnah ayah Huda lalu dipaksa berkahwin. Huda kecewa lagi dengan keluarga sendiri lalu membuat keputusan utk kembali kepada keluarga angkat nya yg jelas lebih ikhlas menyayangi dirinya.


Dia cuba menutup perasaannya kepada Annuar. Annuar bertukar menjadi lelaki yang menurut kata isteri lalu mengecewakan hati ibunya. Dia lebih percaya kata2 isterinya yg menabur fitnah kpd Huda. Alam bertindak sebagai pembela. Alam berjaya mencuri hati Huda.


Namun Huda tak berani menyimpan harapan tinggi kerana Alam kelihatan mesra semula dengan bekas kekasihnya yg juga merupakan isteri arwah abang Amarnya.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Kata orang, cinta pertama paling sukar untuk dilupakan. Kata orang lagi, bila kecewa dalam bercinta, kita memerlukan masa yang lama untuk sembuh. Benarkah begitu? Kalau benar, masakan dia senang sangat jatuh cinta dan senang pula melupakan?


Sebelum ini, sudah dua kali. Kini, hatinya terisi dengan nama lain pula. Mudah sungguh. Mungkin betul, dia memang jenis yang tidak boleh dibuat baik. Pantang orang buat baik sikit, senang sangat nak beri hati. Entahlah... Tapi apa sekalipun, dia yakin yang dia cintakan si dia. Cinta sungguh-sungguh.


‘BILA DAH SUKA’ membawa anda menyelami hati seorang gadis genit bernama Nurul Huda. Dia yang kecewa dengan perkahwinan insan yang dicintai membawa diri ke utara tanah air. Tetapi setiba di sana, sesuatu yang tidak diduga telah menimpa dirinya, lalu mengubah perjalanan hidupnya.


MIMIE AFINIE tampil sekali lagi dengan sebuah karya yang mampu ‘meringankan’ kepala anda dengan bahasa mudah dan bersahaja. Seperti biasa, ada unsur-unsur humor, suspens dan juga sedih. Moga terhibur...


RM19.90
sabah /sarawak: RM22.90
540 mukasurat
isbn: 9789833316885

9 comments:

  1. kat kelantan takda buku ni....dah cari kat popular book yg ada tajuk kalau ada jodoh jer

    ReplyDelete
  2. kalau ada jodoh tu best jugak. tak lama lagi sampai lah kot. nak order terus kat website karnadya pun boleh

    ReplyDelete
  3. Akak baru lepas bc novel nie....memang best tak dpt nak dinafikan lagi.........

    ReplyDelete
  4. hehe cite ni wat sy senyum sdr ajek haha

    ReplyDelete
  5. dlm semua novel karangan mimi afinie akak suka masih ada rindu........memang membuai rasa bila membacanya.........

    ReplyDelete
  6. yup masih ada rindu memang best!

    ReplyDelete
  7. Huda ni gatai merenyam la--asyik nak lari jer, pas tu bole buat selamba dok umah org lain yg ada 3 bujangan--x malu ka? hang tu dah besar,pi la carik kerja dok sendiri no..he...he..Anuar tu ntah pape--maser blom kawen dah tau c Huda tu dok syok kat dia x mau..ketegaq nak kawen gak, pas kawen merayu-rayu cinta Huda la plak--x paham toi la, pape pun citer ni cinta remaja, x syokkk sangat..muahaha (gelak gatai ;p)

    ReplyDelete
  8. gatai huda jangkit kat hang dah.

    ReplyDelete