Showing posts with label mimieafinie. Show all posts
Showing posts with label mimieafinie. Show all posts

Sunday, June 26, 2011

Yang Ku Cari

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Mimie Afinie
Yang Ku Cari
Penulis: Mimie Afinie
Editor: Shana
Terbitan KarnaDya Solutions
RM23.90
Sabah/Sarawak: RM26.90
9789675367977
Cetakan pertama 2011


"Dalam sepi itu
kembali ku mengingati mu
lalu hati jadi rindu"


Dalam 'Yang Ku Cari' aku rasa kisah latar belakang Aryana lebih menarik dari kisah cintanya. Aryana bersahabat baik dengan Hatta namun setelah bertahun bersama, Hatta akhirnya jatuh cinta pada orang lain. Aryana 'frust' sorang-sorang. Kehadiran Zahim mulanya merimaskan tetapi lelaki itu sangat sabar dan cuba menarik perhatiannya. Dalam tidak sedar Aryana dibenci ibu Zahim kerana disangka ada hubungan sulit dengan suaminya. Tapi suaminya tu sebenarnya nak menyampaikan hajat untuk menyunting Aryana buat anak bujangnya. Tapi cara dia 'approach' Aryana tu buat Aryana rasa nak lari.

Lawak la watak Mustakim, bapa saudara Zahim. Dia pegi nak jadi 'spy' di kedai cermin mata, tempat Aryana bekerja tetapi dia terbeli cermin mata gelap berharga RM499.00 haha! habis duit upah jadi spy.

Aryana adalah anak isteri kedua Khalid. Khalid terpaksa membawa Aryana ke dalam keluarga isteri pertamanya kerana ibu Aryana telah meninggal dunia. Afizan tidak menghiraukan Aryana. Seolah-olah Aryana tidak pernah wujud dalam rumah itu. Dia terlalu terkilan dengan tindakan suamiya yang beristeri dua setelah sekian lama tetapi tidak memaklumkan kepadanya. Kemunculan Aryanalah yang membuka rahsia itu. Aryana kemaruk kasih ibu. Dia selalu memandang sayu kemesraan antara Afizan dengan anak-anaknya, Mukhris dan Dilla. Bilakah dia akan dapat merasakan kemesraan yang sama?

Aku lebih tertarik dengan kisah silam Aryana dan ibunya. Khalid mengahwini ibunya demi menjaga agama gadis yang baru memeluk Islam yang telah dibuang keluarga. Datuk kepada Aryana ni jenis mafia-mafia tu. Sebab itulah nyawa ibunya terancam. Malah setelah mengetahui kewujudan Aryana, datuknya turut mengugutnya. Aryana dan ibunya dianggap pembelot yang tak layak dikasihani. Aku tersentuh dengan watak nenek Aryana yang rindukan anaknya tetapi pertemuan dengan Aryana menjadi pengubat rindu.

Kak Mimie memang terbaik dalam menulis babak-babak sedih menyentuh perasaan terutamanya melibatkan Aryana dgn datuk dan nenek juga, begitu juga Aryana-Afizan, ibu tirinya.

Watak Syira memang menyakitkan hati. Gatai, miang. adusssss


sure fine whatever
Rinn




blurb/novelcinta @ multiply/ sinopsis


ARYANA, gadis kacukan Melayu Cina. Sejak hatinya diserah pada 'si dia', dia sudah tidak punya hati lagi untuk lelaki lain. Hanya 'si dia' yang mampu beri apa yang dia cari selama ini. Benarkah begitu?


ZAHIM, lelaki yang terbuka dan berterus terang. Belum apa-apa sudah berani meminta macam-macam. Nampak seperti bukan jenis yang penyabar. Pilihan abah dan Kak Bedh, tetapi adakah pilihan dia juga?


BENJAMIN, Kawan baik Zahim ini betul-betul menambah masalah. Jenis kawan makan kawan punya juga. Punyalah ramai gadis berketurunan cina yang cantik-cantik belaka, kenapa harus dia?


HATTA, sahabat sejak kecil. Baik hati, mengambil berat dan penyayang. Malah dia turut disayangi ibu bapa lelaki itu. Kalaulah kasih sayang seorang ibu yang dicari, Hattalah pilihan yang paling tepat. Betulkah?


Semuanya tidak semudah yang disangka. Sangat sukar rupanya untuk menggapai bahagia. Ada sahaja halangan, ada saja rintangan. Yang pasti, diat idak akan mudah mengalah. dia tidak akan cepat melatah. Dia percaya, dia pasti ketemu apa yang dicari selama ini.


YANG KU CARI, bukan sekadar cerita cinta biasa, tapi lebih daripada itu. Bacalah dan hayatilah.


Tuesday, September 7, 2010

Bukan Tak Sudi

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Mimie Afinie
Bukan Tak Sudi
Penulis: Mimie Afinie
Terbitan KarnaDya Solutions
RM23.90
sabah/sarawak: RM26.90
553 mukasurat
isbn: 9789675367571


"Kau bukan yg pertama
Namun kaulah yang terakhir"


Kisah ini bermula dgn cerita Anis yg dipinang musuh dari zaman sekolahnya, Syariff a.k.a Sarip Dol Samseng Kampung Dusun yg dia sangat2 tidak berkenan. Dia kecewa kerana ibunya tergamak nak consider pinangan dari Syariff. Dia mmg dah lama tak jumpa syarif dan taktau cemana rupa setan tu sekarang ni. Memang dengar nama jer dia terus reject.


Al bos kat tempat keja Anis memang dah lama bekenan dgn Anis tapi Anis tak layan. Tapi lama kelamaan apabila didesak Al, Anis mula membuka hatinya buat Al yg penyabar dan romantis. Anis bahagia dilayan dgn penuh perhatian oleh Al. Cinta Al memang luhur dan ikhlas tapi sayangnya dia sudah beristeri dan bakal menimang cahaya mata baru. Bini sikit punya baik, dia still nak kat Anis. Adussss.


Omar ni lain citer pulak. bestfren along Anis memang terserlah minat nya yg tak penah padam terhadap Anis. Anis ni seram sikit dgn Omar sbb Omar ni memiliki ciri2 lelaki xtra gatal dan miang seperti yg digembar gemburkan rakannya. Spekulasi semata-mata. Kesian Omar. Omar ni memang penyabar orgnya dia sanggup berpakat dgn along utk memastikan Anis dekat dgnnya. Bila Anis clash dgn Al, Omar amik peluang menawarkan pekerjaan dgn gaji berganda kepada Anis tapi melalui along la.


Banyak masa yg diluangkan bersama Omar dan Along membuat Anis semakin menghargai Omar. Anis mula jatuh cinta tapi malu nak mengaku sbb sebelum ni kan dia dah awai2 sound kata Omar tu miang. Lawak la bila Anis 'tertangkap' dek Wak yg keje kat tempat dia tu. Anis tengah ushar Omar masa tu, pecah rahsia dia. Wak tu semua rahsia dia pegang mesti tercerita kat org yg bertanya. hehe. senang2 jer rahsia Anis pecah dan Omar tu sengeh manjang la bila tau Anis sudi ngendap dia.


Omar semakin berani memikat Anis. Bila dah dalam genggaman, 'Marsya' yg menjadi rahsia Omar telah menggugat kasih Anis. Sebenarnya aku tak faham kenapa isu 'Marsya' tu Omar tak boleh citer awal2, sebab mendanya cinonet jer. Ingat ka yg jadi masalahnya sbb Omar tu jadi 'awwww' ker apa. Lepas patah hati dgn Omar, Anis nekad menerima Syariff sbb persediaan semua dah ada, malu la kalau majlis tak diteruskan. Aku mcm lega bila ANis tak pilih Al, walaupun wife dia dah meninggal dunia dan anaknya rapat dgn Anis. Tapi cara Anis mendekati Al dan anaknya tu memang tak manis lah sbb memang akan menimbulkan syak wasangka sesiapa saja. hmmm masa Anis tinggal serumah dgn Omar dan Along pun tak manis lah walaupun Along tu abg kandungnya tapi Omar tu kan bukan muhrim dia. Tapi apa2pun ada twist cerita ;) nak tau mcm mana Anis boleh terrrrkawin dgn Omar, kena la baca sendiri ;)


sure fine whatever
alongside


sinopsis/blurb


Dia tidak pernah mencari. Malah tidak pernah terfikir pun untuk punya teman lelaki. Belum masanya. Lagipun dia tidak mahu terburu-buru. Maklumlah, bukan senang nak cari lelaki yg betul2 sesuai dan kena dgn jiwa. Tersilap pilih nanti... merana seumur hidup.


Tetapi bila emak asyik mendesak dan Syariff pula datang merisik, nak tak nak, dia terpaksa memikirkan hal itu dgn serius. Risau juga kalau2 emak terima risikan lelaki itu. Emak pun satu hal juga. Macamlah tak ada lelaki lain... Si Sarip Dol tu juga yg dia nampak.


Al dtg tepat pada waktunya dan di saat itu dia amat memerlukan. Al ni kira okeylah. Baik, bertimbang rasa dan boleh bertolak ansur. Orgnya pun boleh tahan. Sedap mata memandang. Rasa-rasanya, daripada si Syariff tu... lima kali lebih baik Al. Tetapi masalahnya... hatinya tidak ada pada lelaki itu.


Kalau bukan Al, siapa pula? Omar, rakan serumah merangkap rakan kongsi perniagaan merangkap kembar siam along tu? Hah! minta simpang. Kalau Omar yang gatal tu lagi merenyam tu lah... jangan harap dia nak terima. Daripada berkahwin dgn lelaki itu... lebih baik dia jadi anak dara sampai ke tua. Dia sanggup. Bukanlah nak jual mahal sangat... tapi dia tak nak tanggung risiko.


Kalau bukan Syariff, Al atau Omar, siapa pula agaknya akan jadi pilihan hati Anis Zulaikha? Untuk mengetahui jawapannya, sama2lah kita ikuti 'BUKAN TAK SUDI' karya terbaru daripada Mimie Afinie.

Wednesday, April 29, 2009

Bila Dah Suka

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Mimie Afinie
Bila Dah Suka by Mimie Afinie
Terbitan KarnaDya Solutions
Tahun 2009


"Bila hati dah suka, semua jadi indah belaka."


Cerita ni heroin dia asyik melarikan diri saja bila ditimpa kekecewaan. Heronya pulak memang la tak jenis tak reti cakap baik2, sebab tu kejanya gaduh jer ngan heroin.


Nurul Huda kecewa apabila Shazlan memilih utk memperisterikan bekas kakak iparnya yg dianggap seperti kakak kandung walaupun abg Shamnya sudah meninggal dunia. Dia tidak tahu rupa2nya Shazlan berbaik dgn nya supaya dpt mendekati Kak Diba.


Ayahnya yg tidak pernah mempedulikan perasaannya menguatkan lagi tekadnya utk berhenti belajar dan melarikan diri ke Taiping utk bertemu Abg Amar yg telah lari ke sana kerana tidak tahan dengan sikap ayah mereka. Namun rancangan kejutannya tidak seperti diatur apabila dia diragut.


Segala yg terjadi ada hikmahnya. Dia menikmati kasih sayang seorang ibu dan keluarga yang bahagia apabila bertemu dgn paksu mizi dan ibu mahani yang baik hati.


Kehadiran Huda mendamaikan hati Annuar tetapi menjengkelkan hati Alam. Anuar & Alam tu anak ibu mahani. Huda turut terpikat dengan Annuar tetapi dia lebih banyak berinteraksi dengan Alam yang lebih suka mencari gaduh dengannya.


Saya suka dgn character Annuar yg lebih matang dan gentleman. Alam terlalu kebudak-budakkan. Namun setelah Annuar salah faham hubungan rapat antara Huda-Alam, watak Annuar seperti dimalapkan dan ditonjolkan sbg lemah, mungkin sbb nak menaikkan character Alam sebagai watak positif.


Annuar kecewa kerana menyangka Huda-Alam bercinta lalu bersetuju utk mengahwini Erin, anak aunty Rohaya yang tak pernah mahu berdamai dgn ibunya. Macam la tak der pompuan lain kat dunia nih. Rasanya Annuar ni seorg anak yg mendengar kata dan baik. Tak sesuai rasanya dia memilih Erin yang mengada-ngada dan tidak menghormati ibu Annuar. Malahan aunty Rohaya terang-terangan membenci ibu Annuar. Seorg anak seperti Annuar rasanya tentu akan berfikir dengan lebih panjang lagi sebelum mengambil keputusan yang sudah tentunya akan mengecewakan ibu yg sangat disanjunginya.


Huda kecewa dgn keputusan Annuar lalu balik semula ke rumah bapanya, lagipun abg amar yang dicarinya sudah meninggal dunia kerana kemalangan di dapur. Kena sambar api gas. dahsyat betul. Kak Diba gembira, namun kemesraan Huda-Shazlan menimbulkan rasa cemburu dan Farhan-Huda terperangkap dalam fitnah ayah Huda lalu dipaksa berkahwin. Huda kecewa lagi dengan keluarga sendiri lalu membuat keputusan utk kembali kepada keluarga angkat nya yg jelas lebih ikhlas menyayangi dirinya.


Dia cuba menutup perasaannya kepada Annuar. Annuar bertukar menjadi lelaki yang menurut kata isteri lalu mengecewakan hati ibunya. Dia lebih percaya kata2 isterinya yg menabur fitnah kpd Huda. Alam bertindak sebagai pembela. Alam berjaya mencuri hati Huda.


Namun Huda tak berani menyimpan harapan tinggi kerana Alam kelihatan mesra semula dengan bekas kekasihnya yg juga merupakan isteri arwah abang Amarnya.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Kata orang, cinta pertama paling sukar untuk dilupakan. Kata orang lagi, bila kecewa dalam bercinta, kita memerlukan masa yang lama untuk sembuh. Benarkah begitu? Kalau benar, masakan dia senang sangat jatuh cinta dan senang pula melupakan?


Sebelum ini, sudah dua kali. Kini, hatinya terisi dengan nama lain pula. Mudah sungguh. Mungkin betul, dia memang jenis yang tidak boleh dibuat baik. Pantang orang buat baik sikit, senang sangat nak beri hati. Entahlah... Tapi apa sekalipun, dia yakin yang dia cintakan si dia. Cinta sungguh-sungguh.


‘BILA DAH SUKA’ membawa anda menyelami hati seorang gadis genit bernama Nurul Huda. Dia yang kecewa dengan perkahwinan insan yang dicintai membawa diri ke utara tanah air. Tetapi setiba di sana, sesuatu yang tidak diduga telah menimpa dirinya, lalu mengubah perjalanan hidupnya.


MIMIE AFINIE tampil sekali lagi dengan sebuah karya yang mampu ‘meringankan’ kepala anda dengan bahasa mudah dan bersahaja. Seperti biasa, ada unsur-unsur humor, suspens dan juga sedih. Moga terhibur...


RM19.90
sabah /sarawak: RM22.90
540 mukasurat
isbn: 9789833316885

Monday, July 28, 2008

Satu Penantian

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Aina Emir, Bikash, Mimie Afinie
Satu Penantian (Kumpulan Cerita Menarik) by Aina Emir, Bikash Nur Idris, Mimie Afinie


Terbitan KarnaDya Solutions 2008


Ekcili ni kali kdua baca nopen yg terkandung dlm buku ni. Sebelum ni tak sempat nak review. Sebab utama beli nopen ni adalah kerana tercetaknya nama 'bikash' di cover buku ni. hehe.. agaknya kalau bikash tulis novel tajuk "itik yang baik" pun saya akan beli! hehe.


Bagi yang suka cerita pendek dan menarik, cepat dibaca sesuailah memiliki nopen yang sebegini. Nopen ini mengumpulkan penulis2 yang ternama dan sudah mempunyai Novel2 box office yg mendapat sambutan. Alamak, macam teringin lah pulak nak baca novel pendek baru dari Oshun Muhamad :) Ekcili citer Bikash pun ada unsur-unsur komedi mencuit hati jugak especially dalam "Dalam Hati Ada Cinta" :)


5 kisah yang dilayarkan dalam Nopen ini adalah NKVE-Di Sebalik Tragedi, Dalam Hati Ada Cinta, Dogma 2 Hati oleh bikash nur idris, Satu Penantian by Aina Emir dan Buat Hati-hati yang Pernah Kulukai by Mimie Afinie.


1. NKVE - Di Sebalik Tragedi
bagi saya ini adalah genre baru utk Bikash kerana kisah2nya sebelum ni banyak menekan cinta sepasang kekasih. NKVE-DST ini lebih kepada kemanusiaan dan kasih sayang sejagat. Kisah ini membuka kisah di sebalik kisah. Kita mungkin pernah baca mengenai tragedi ini di dada2 akhbar tapi Bikash membuka kisah Abdul yang tersembunyi di sebalik tragedi ini.


2. Satu Penantian - Aina Emir
Ha! ni kisah kawin paksa. Satu2nya anak lelaki Zaharah yang berada di luar negara enggan pulang melainkan kalau ibunya menunaikan kehendaknya mahu berkahwin dgn wanita yang telah ditetapkan ciri2 yang dimahukannya, kalau tidak, Aidan enggan pulang ke tanah air sampai bila2 dan berkahwin dengan gadis Montreal. Zaharah terpaksa keluar masuk kampung mencari janda muda yg mempunyai anak sekurang-kurangnya seorang dan hidup dalam kemiskinan utk dijadikan menantu seperti yang dikehendaki Aidan.


Ameera, selain dari cantik, tinggi lampai, cerah kulitnya, dia amat menepati ciri2 yang Aidan mahukan... Demi keluarga tercinta dan anak tersayang, Ameera menerima pinangan ibu Aidan dan berdebar menunggu takdir yang mendatang.


3. Dalam Hati Ada Cinta - Bikash Nur Idris
part pengepit kuku, novel dan payung dalam beg yang besar tu reminds me of myself. aku pun kalau dtg opis bawak benda2 tu dlm beg. balik kg pun bawak. jalan2, ronda2 pun bawak. haha. Aku rasa macam penah pegi jer Apple Printing tu.. Ni kisah cinta alunan Bikash yang saya sudah biasa. Memang tak jemu dibaca dan sentiasa mengundang senyuman. :)


Qismina adalah gadis lepasan spm yg bekerja sementara di kedai percetakan. Jodoh kakak2nya semuanya berpunca dari ibunya secara sengaja atau tidak sengaja.. bukannya ibu nya ni jenis rekemen orang, tapi apa saja yang anak2 buat utk ibunya sentiasa menyebabkan mereka terserempak dengan jejaka yang menjadi jodoh mereka.. seperti sumpahan manis.


Disebabkan ibunya jugalah tetiba jer Qis termasuk ke dalam kereta seorang jejaka yang langsung tidak dikenalinya. Kereta sejibik sejibon macam keta Kak Juhara yang sepatutnya membawa dia ke tempat kerja. Pertemuan itu tanpa sedar mengikat hati mereka. Namun Qis seperti kecewa apabila menerima kad jemputan perkahwinan dari 'abg keta proton'. Tibalah giliran ibu Qis memainkan peranan terbaiknya utk menyatukan dua hati yang saling menyinta ;)


4. Buat Hati-Hati Yang Pernah Kulukai - Mimie Afinie
Tajuk yang menggambarkan penyesalan hati seorg perempuan. Leya bukanlah seorg perempuan yang jahat atau nakal. Dia gadis biasa yang menerima cinta yang datang dlm hidupnya. Syam sgt menyintainya dan merupakan kekasihnya sejak zaman sekolah lagi. Dunia pekerja membawa dia jauh dari Syam dan mengenalkan dia kepada Khai yang romantis dan penyayang. Dia tidak mahu menduakan cintanya. Hubungan dgn Syam diputuskan.


Ariff, bos Leya sudah lama menaruh hati kepadanya. Dia sering cuba menyakitkan hati Leya apabila terserempak Leya bermesra dgn Khai. Kata2 Ariff menyakitkan hati menyebabkan Leya membenci bos barunya itu. Kemesraan Khai mula melampaui batas mebuatkan Leya lemas dan terkenangkan Syam yang jauh lebih baik dari Khai. Hubungan dgn Khai ditamatkan. Ariff terus masuk line dan cuba memenangi hati Leya.


Pertunangan Syam membuatkan Leya kecewa, hilang sudah peluangnya utk kembali pada Syam. Leya sah2 tak nak kat Arif tapi Ariff seperti memaksa dan mungkin rasa kecewa dgn pertunangan Syam membuat Leya setuju utk memberi peluang kpd Ariff, tapi tu la, Ariff tu bukannya jenis cemburu tanda sayg, ni jenis cemburu buta dan kata2 yg menyakitkan hati selalu dilemparkan kepada Leya. Tindakan Ariff transfer sahabat baik Leya, Zain, jauh dari Leya menyebabkan Leya nekad utk berhenti kerja dan meninggalkan Ariff.


Dia pulang ke kg dgn kekecewaan berganda apb mengetahui majlis perkahwinan Syam semakin hampir. Membuatkan dia sedar bagaimana rasa bila dikecewakan, dia dpt merasakan kesakitan jiwa yg dialami Syam, Khai dan Ariff. Dia terlalu kecewa sampai tak nak tengok langsung foto tunangan Syam. Kalau lah dia tengok tentu dia tak sesedih itu :)


5. Dogma 2 Hati - Bikash Nur Idris
Perkara pertama yang saya buat biler nak baca tajuk ni adalah search maksud 'dogma'. Tak paham langsung apa maksud perkataan tu. So translation yang paling mudah utk perkataan ini adalah 'kepercayaan'.


Berbeza dgn Dalam Hati Ada Cinta, kisah ini juga ada daya tarikannya dan membuatkan pembaca menitiskan air mata. Sebuah akademi mengumpul pelajar2 dari golongan 'somebody/someone' dan golongan 'no one' yang biasanya dpt masuk ke akademi itu atas sokongan seorang someone. di kolej tu golongan some dan no tidak bertegur sapa dan bercampur gaul. Sirhan sedar keadaan dirinya dan menggunakan masa belajar sepenuhnya utk menjayakan diri. Cinta Mimya tidak dihiraukan tapi sinar mata Saraya, seorg some, sering menarik perhatiannya.


Puduraya menemukan mereka dan di kampung Sirhan mereka saling mengenali. Sirhan menyedarkan Saraya tentang kesungguhan ibu bapanya bekerja adalah demi kepentingan masa depannya dan bukan niat mereka utk membelakangi Saraya. Saraya mula berfikiran positif tentang keluarganya. Keluarga Sirhan mula disayanginya.


Kembalinya mereka ke akademi membuatkan Saraya resah. dia cuba mencari peluang mendekati Sirhan tetapi Sirhan memintanya menjauhkan diri. Saraya benar2 menjauhkan diri. Dia menghilangkan diri dari akademi kerana menghormati prinsip Sirhan.


5 tahun kemudian Sirhan terpaksa pulang ke kampung. Ada org datang merisik!


sure fine whatever
rinn



Sinopsis belakang buku:


Satu Penantian memuatkan lima kisah menarik daripada penulis-penulis kreatif tanah air yang berpengalaman. Ada kisah yang dipaparkan mengandungi plot2 yg menyayat hati, ada yg lucu & ada yg lebih serius. Namun, semuanya menghiburkan dan menyentuh perasaan.


NKVE - Di Sebalik Tragedi
Satu Penantian
Dalam Hati Ada Cinta
Buat Hati-hati Yang Pernah Kulukai
Dogma Dua Hati


Satu Penantian (berbentuk novel pendek atau NOPEN) mampu menjadi teman anda ketika sedang bersantai dgn ahli keluarga atau sedang dlm perjalanan menuju ke destinasi anda!


RM17.00
380 mukasurat

Monday, April 28, 2008

Kalau Ada Jodoh

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Mimie Afinie
Kalau Ada Jodoh by Mimie Afinie
Terbitan KarnaDya Solutions


Masa pegang buku ni teringat Bikash dok citer betapa best dan lawaknya citer nih. haaa kalau sapa dah lama tak baca citer romantik komedi memang sesuai lah sangat layan citer ni. heronya rambut panjang macam rocker tapi biler petik gitar, suaranya mengalunkan lagu 60-an! haha.. then dia suka naik skuter.. hehe teringat skuter merah menyala dgn gitar yang menghiasi ruang pameran KarnaDya semasa pesta buku yang lalu.


Masa baca permulaan cerita memang tak tergambar langsung unsur komedi citer ini. Marini melayari hidup sbg seorang isteri tetapi perasaannya terdera dgn sikap suami yang menurut kata ibunya dan kehendak isteri sendiri diketepikan. Ibu Faris sebenarnya dah ada calon isteri utk Faris tapi Faris pi kawin ngan Rini. Atas hasutan ibunya Faris menceraikan Rini sedangkan Rini pulang ke kampung setelah meninggalkan nota kpd suaminya kerana ibu Rini meninggal dunia. Ibu Rini pergi bersama kekecewaan dan ayahnya turut memulaukan dia kerana sudah lama tidak balik kampung.


Rini membawa diri dan menetap dgn kakak dan abg iparnya. haha abg ipar si Rini ni pun mcm biol. Kelakar jer melatah mengalahkan makcik2 sampai terjangkit kat Rini. Dah tu suka lagu Ahmad Jais pulak tu. Pertemuan dgn Abu Suffian menceriakan suasana cerita ini. Pyan yang mulanya kurang senang dgn Rini sudah mula syok kat janda muda tu dan mula menganyam impian utk memiliki wanita yang mak dia berkenan sangat2 ni. Tapi Ma (Pyan saja panggil Marini sbg Ma) sudah serik dgn lelaki. Dia menyalahkan Pyan kerana merosakkan persahabatan mereka dgn melafazkan kata cinta. Faris hadir semula dan merayu cintanya, tapi Marini sudah tak pasti dgn perasaan sendiri.

Secara keseluruhan citer ini menghiburkan, cuma saya kurang senang dgn sikap Marini. Dah tak nak kat Faris, jgn la layan.. kan orang tu dah salah faham. Dia yang dah teruk dikecewakan seolah-olah merelakan utk dilukakan sekali lagi dan tak sampai hati nak ignore Faris demi menjaga hati dan perasaan Faris. Sian kat Pyan. Part Marini send sms tu memang havoc la.. aku pun terkecut jantung. hehe sabar jer aku. Pyan merajuk sampai lari balik kampung.. haha.. terbalik, awek lak kena gi ngadap nenek pyan minta izin nak pujuk. haha.

sure fine whatever
rinn

sinopsis belakang buku:

Tiada sesiapa mahu sengsara. Tiada jua yang inginkan derita. Namun takdir Tuhan tiada siapa yang mampu menepis? Marini terpaksa mengharungi sebuah kehidupan yang berdepan dengan onak dan duri hinggalah dia menumpang di rumah kakaknya. Di sanalah perjalanan hidupnya mula berubah. Tiba-tiba sahaja dia bertemu dengan Pyan, lelaki yang punyai personaliti yang jauh beza daripada apa yang ada dalam kotak fikirannya. Pun begitu, Faris tidak pernah melupakannya. Kesilapan yang pernah dilakukannya mahu dipulihkan semula.


Kalau Ada Jodoh merupakan sebuah novel yang penuh dengan plot humor, ada yang menyentuh perasaan dan tentunya akan menghiburkan pembaca sekelian

RM19.90

Tuesday, April 1, 2008

Biarlah Ku Sendiri: Koleksi Nopen

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Bikash, Dewi, Izza, Mimie, Oshun, Tanne
Biarlah Kusendiri by Bikash Nur Idris, Dewi Sukma, Izza Aripin, Mimie Afinie, Oshun Muhamad, Tanne Hadihaz
Terbitan KarnaDya Solutions
(Kumpulan Cerita-Cerita Menarik)


Rasanya kali kedua saya beli citer kompilasi, selain Buatmu Kekasih karya Aisya Sofea. Sebab utama saya beli buku ni tentula nama Bikash Nur Idris yang tertera di cover buku ini. Siap order lagi dgn pakcik kedai buku kat Puduraya. hehe. Dapat jer buku ni saya terus selak ke muka surat 211 utk membaca NOPEN karangan Bikash Nur Idris yg bertajuk "Aku Cinta Padamu". Memang dah lama rindu dgn karya baru Bikash. Bikash never fail to create a jiwang mode between the main characters. Adam menggunakan pendekatan yang sama dgn Akif Zamani (dlm Kau Sayangku) untuk memerangkap Jan agar meluahkan perasaannya.
Adam: "Mmm... isteri Adam tak boleh kerja tau."
Jan: "Tapi Jan nak ker..."


Serba sedikit kisah "Aku Cinta Padamu" Jan dan Adam sudah lama bersahabat dan mereka kekal sbg sahabat pena (jan di KL Adam di Penang) walaupun sudah 11 tahun berlalu. Jan sudah lama cintakan Adam tetapi setelah Adam memperkenalkannya kepada Izani yang cantik jelita, Jan kecewa dan tidak menggantungkan harapan kepada Adam tambah2 Izani pernah warning dia yang Izani adalah kekasih kawan baiknya. Izani menganggap Jan tidak padan dgn Adam. Warkah terbaru dari Adam mengajaknya keluar bersama, Jan siap angkut dua lagi rakan serumahnya sbg teman. Izani mulanya seperti memarahi Adam tetapi kemudian mcm menggalakkan Adam mendekati Jan pulak, tambah2 masa tu Ash tengah mengayat Jan yg dah serba salah. Adam akhirnya dtg kpd Jan dgn cinta dan Jan takkan mengelak. *sengih*


SEbenarnya lepas baca "Aku Cinta Padamu" saya terus tutup buku tu dan sambung pembacaan buku yg sedang saya baca, sehinggalah minggu lepas saya berkursus 4 hari di KL dan saya travel daily dgn ERL dan teksi. saya jadikan buku ini teman perjalanan saya dan berjaya menghabiskannya.


Tajuk "Biarlah Ku Sendiri" itu diambil dari NOPEN karangan Mimie Afinie yang mengisahkan Suria yang sering gagal bercinta. PErtunangannya sentiasa putus di tengha jalan apabila dia membuka kisah sejarah hitam hidupnya kpd lelaki yang berkenan memperisterikannya. Semua yang berlalu pergi kecuali Nasri, tapi ada takdir yang lebih besar yang menyelubungi Nasri.


NOPEN kedua bertajuk Merajuk. Tajuknya macam biasa saja tapi saya rasa teknik penceritaan Oshun Muhamad agak menarik. Nurin menyingkap rahsia keluarganya kpd suami tercinta melalui helaian2 album yang diselaknya. Description gambar yg dilihat diselang seli dengan flashback Nurin mengenai kisah hidup silamnya yg penuh kesedihan disiksa keluarga sendiri semata-mata kerana harta.


NOPEN ketiga bertajuk Cinta Terakhir by Izza Aripin. Cinta yang berbunga mekar di zaman persekolahan, tetapi akibat fitnah dan perangkap Shah Firdaus dan Kay Azlinda saling membenci. 10 tahun kemudian kebenaran terbongkar membuatkan Shah Firdaus mencari kay Azlinda dan mahu menyambung kasih. Kay Azlinda menyesal kerana Shah Firdaus tidak percaya kpdnya dan perlu membuktikan yg dia bersungguh sungguh dgn mencabar Shah Firdaus mencarinya di bandar Tokyo (ni bandar padat dgn penduduk nih). Shah Firdaus merasakan harapan makin berbunga.


NOPEN keempat bertajuk Pelangi Senja by Dewi Sukma (adik beradik Putera Sukma ke? Penulis jugak tu). Rin bertemu semula dgn anak majikan ibu bapanya di menara gading. Dia tidak berani menyimpan perasaan kpd Farhan krn sikap ibu Farhan yg mementingkan darjat. Farhan meluahkan rasa suka kpd rakan sebilik Rin, Nurul Azwa yg dipanggil kak long. tapi kaklong sudh berpunya dan kemudian menderita penyakit kanser. Kaklong meninggalkan sebuah diari yg mengandungi wasiat utk Farhan & Rin. dia seperti dpt membaca perasaan Rin. 10 tahun berlalu Rin bertindak tidak mempedulikan wasiat itu namun Farhan pula seperti mahu menunaikan wasiat itu walaupun Rin sudah bertunang dgn sepupunya atas aturan keluarga. Namun tunangannya curang dan pertunangan terputus, Rin terkedu apabila ibu Farhan yang sudah insaf mahu menerima Rin sbg menantu demi memenuhi wasiat kak long.


NOPEN kelima 'Aku Cinta Padamu' by Bikash nur idris. kat atas dah citer so kiter terus ke NOPEN keenam, Pak mat Kengkang by Oshun Muhammad. Surprisingly NOPEN keenam ini yang paaaaaaling aku suka. Oshun Muhammad managed to make me laugh out loud masa dalam ERL sampai semua kepala terjengah keluar mencari 'bunyi apa tu?' haha.. yg gelak kuat tu part pak mat kengkang 'bertahan' kat atas pokok dengan kain pelekat yang kian melurut ke bawah sedangkan masa tu ada sekor babi hutan moody kat bawah pokok dok menunggu nak menyondolnya. Oshun Muhammad juga berjaya membuatkan saya menitiskan air mata masa membaca NOPEN yang penuh pengajaran dan peringatan ini. Pak Mat Kengkang yang gemar menggunakan soalan "Ada duit tak?" sering menimbulkan salah faham org yang baru mengenali dirinya tetapi bagi Hamdan Pak Mat Kengkang membuka pintu rezekinya. Kebaikannya kpd Pak Mat Kengkang menimbulkan salah faham anak dan isterinya. Hamdan perlu membuka mata mereka utk mengerti mulianya kedudukan Pak mat Kengkang dlm keluarga mereka.


NOPEN terakhir, ketujuh, 'Sebuah Kepalsuan' by Tanne Hadihaz. Ain yg sebatang kara tiba2 mengetahui dia mempunyai ibu saudara, Pn Nora. Dia terharu dgn kebaikan Pn. Nora yg membawa nya ke bandar dan membenarkan dia menyambung pelajaran. mula2nya kehadiran Ain tidak menyenangkan hati Aidyn. Aidyn cuba mengawal hatinya dari jatuh cinta pada Ain kerana tidak mahu rancangan tersembunyi ibunya berjaya, namun kasihnya jatuh juga buat Ain. Perbualan antara Pn Nora dan Aidyn berkaitan harta datuknya yang diwasiatkan kepada Ain membuatkan Ain terkejut, kecewa dan rasa tertipu. Pn. Nora mahu dia dan Aidyn berkahwin supaya harta itu dpt mereka bolot dan singkirkan Ain. Ain melarikan diri ke rumah rakannya, Mimah di kampung halamannya. Aidyn sanggup meninggalkan harta kekayaannya demi mendapatkan cinta Ain dan sanggup tinggal spt orang kampung yang lain di rumah buruk Ain. Pn Nora kesal dgn sikapnya dan pergi memujuk Aidyn, dia mahu membawa pulang Aidyn dan Ain.


sure fine whatever
rinn

Sinopsis belakang buku:

Biarlah Ku Sendiri memuatkan tujuh kisah menarik daripada penulis-penulis kreatif tanah air yang berpengalaman. Kisah-kisah dalam buku ini tidak terlalu panjang namun padat dgn plot-plot yang pastinya membuatkan anda terus membaca. Ada yang berunsur lucu, ada yang bersifat serius, ada juga yang sedih, tetapi semestinya menghiburkan dan menyentuh perasaan.

Biarlah Ku Sendiri (berbentuk novel pendek atau NOPEN) mampu menjadi teman anda ketika anda sedang bersantai, berehat dgn ahli keluarga, atau sedang berada dalam bas, kapalterbang, keretapi atau tren komuter, menuju ke destinasi anda.

Jadikan buku ini teman baik anda di mana jua anda berada!

RM16.00
315 mukasurat.

Wednesday, October 10, 2007

Tinggallah Pujaan

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Mimie Afinie
Tinggallah Pujaan… by Mimie Afinie
Terbitan KarnaDya Solutions



”Takkan terganti segenap memori. Takkan terpadam seluruh kenangan.”


Saya masih lagi kagum dengan karya ”Masih Ada Rindu” tulisan penulis ini. Citer yg best. Tu antara sebab membuatkan saya tak sabar nak baca ”Tinggallah Pujaan...” Cover buku ni kurang menarik tapi nama di kulit buku ni mampu menarik minat peminat2 buku untuk mencapai buku ni tanpa berfikir dua kali. Buku ni saya baca masa saya dihujani beban tugas yang agak luar biasa. Peh tu saya kena selsema, batuk, demam. Hari jumaat yang lalu baru sempat saya habiskan. Masa mula2 capai buku ni saya just flip randomly to one page (lebih kurang ketebalan 1cm towards the end). Dgn taktau ujung pangkal i just read wht i see and rasa sedih sungguh yg penyampaian ceritanya. Nangis wo. Ingat ker bila baca sampai habis dah tak sedih, tapi rupanya lagi berganda sedih dan sendu nya tu. Saya memang suka buku yang mampu buat saya menangis. Buku ni byk jugak scene romantis antara Norman dan Nurain.


Citer ni tentang Nurain yg di zaman kanak2nya tersangatlah nakal. Dia kamcing dengan Norman dan Haikal. Permergian Baizura, adiknya dan Norman yg berpindah menjadikan Nurain kecewa. Dia dan Haikal membesar bersama sebagai sahaja dan akhirnya mengaku saling jatuh cinta. Kemunculan semula Norman yg hampir dilupakan oleh Nurain menjadikan Nurain lebih ceria. Perubahan drastik sikap Haikal melukakan hati Nurain dan nekad menerima Norman yang meluahkan perasaan kpdnya. Nurain mula jatuh cinta dengan suaminya, kelahiran Muiz yg disangka menjadi pengikat kasih sayang rupa2nya menambah kecewa di hati Nurain kerana sikap ibunya yang enggan menyerahkan Muiz. Kehadiran Zureen yg mahu memancing Norman serta kerenah kakak kandung Nurain yg syok giler kat Norman menjadikan Nurain makin tertekan dan cemburu. Tetapi kepercayaan antara satu sama lain mengeratkan hubungan Nurain/Norman tapi Norman kecewa setelah mengetahui yang rupa2nya Haikal yg dianggap sbg adik rupa2nya pernah bercinta dgn Nurain. Dia diterpa rasa bersalah kerana memutuskan hubungan cinta antara sepasang kekasih. Pujaan manakah yg ditinggalkan?


Sure fine whatever
Rinn


Ringkasan belakang buku:


Hampir setahun Mimie Afinie menyepikan diri. Kini, beliau muncul lagi dengan hasil karya terbarunya. Selepas BISIKAN RINDU, MASIH ADA RINDU dan MAAFKAN KU SAYANG, Tinggalah Pujaan menjanjikan suatu kelainan. Sebuah novel romantik yang turut disulami dengan adegan-adegan lucu dan menyayat hati.



NURAIN seorg kanak2 nakal, lincah & periang. Meskipun tanpa ayah di sisi, dia tidak pernah peduli. Apatah lagi, dia punyai Norman sebagai tempat menumpang kasih dan manja. Normanlah abang dan Normanlah juga sahabat. Malah dia juga ada Haikal, teman akrab yang sentiasa bersedia menjadi pelindung.


Bahagianya tidak berpanjangan apabila Norman terpaksa mengikut keluarganya berpindah ke Selangor. Perpisahan itu bagai meragut seluruh cerianya. Dia rasa amat kehilangan. Saban hari dia menunggu kedatangan warkah & saban hari juga dia menanti kunjungan Norman. Namun, anak muda itu terus menyepi tanpa sebarang khabar berita.


Masa berlalu dan silih berganti. Kini Nurain bukan lagi gadis cilik yg tidak mengerti apa-apa. Kedewasaan mengajarnya erti cinta & rindu. Kpd siapa lagi harus ditumpahkan segenap rasanya itu kalau bukan Haikal? Lelaki yg sentiasa menemani di saat susah dan senang, di kala suka & juga duka.


Tatkala hati sudah melupakan, Norman hadir semula menceriakan hari-harinya dan hari-hari Haikal juga. Namun, kiranya kedatangan itu telah mengubah segalanya...


”Tinggallah Pujaan...” ungkapan yang amat memeritkan Nurain... Namun dia harus merelakan.


RM19.90
560 muka surat

Sunday, April 1, 2007

Masih Ada Rindu

Rating:★★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Mimie Afinie
Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad


Weekend tak pegi mana2 so dapatla habiskan buku ni dlm masa sehari.
Kalau nak compare dengan Bisikan rindu, Masih Ada Rindu by mimie
afinie ni jauh lebih best la. cuma saya tak puas hati cara watak
hakim dibawa 'pergi'. Hakim jelas bahagia dengan Syafika. ibu
bapanya juga gembira dgn pilihannya. Kenapa hakim sengaja
meninggalkan medicationnya (dia mengidap asma) kalau dia betul2
ingin terus bersama syafika? secara logicnya mesti lah dia akan
lebih menitik beratkan kesihatannya supaya dia dapat hidup lebih
lama dengan syafika. Hakim seolah-olah sengaja meninggalkan
ubat2nya, alasan yg diberi kpd ibunya adalah dia terlalu gembira
dengan syafika. yg lain2 semua best, cuma part tu saja la yg saya
rasa mcm boleh dipersoalkan.


serba sedikit ttg kisah ni, syafika dan hakim berkahwin selepas
hakim grad. mak syafika tak merestui perkahwinan mereka dan dia
tidak lagi dianggap sebagai anak oleh ibunya, walau bagaimanapun
bapanya tetap mengambil berat tentang syafika. syafika amat bernasib
baik kerana ibu dan bapa mertuanya sangat baik dan menjaganya
seperti anak sendiri. dia sgt bahagia bersama hakim, tetapi hakim
tiba2 diserang asma dan meninggal dunia. mula2 ingat ker Imran,
sepupu syafika yang hensem tu yg akan dpt syafika, tapi dpt kan
orang lain la pulak.


surely ni pon dalam favourite collection those yang suka novel. well
this one is in my fav. list jugak.


sure fine whatever
Rinn


MASIH terasa manisnya detik bulan madu pabila secara tiba-tiba Hakim pergi meninggalkannya. Pergi begitu sahaja, tanpa pamitan tanpa sebarang pesan. Lalu kepada siapa lagi harus dia bergantung harap? Kepada siapa lagi harus dia mengadu nasib? Apakah sepanjang usia dia harus mengendong duka ini?


Syafika sedar, air mata bukan penyelesai masalah. Tangisan juga tidak mampu merungkai segala kekusutan. Ada kala dia tidak setabah itu untuk menghadapinya berseorangan. Ada ketika dia tewas jua.


Tatkala hati masih dibalut lara, muncul insan lain yang sudi menjadi pengganti. Namun, cintanya terhadap Hakim terlalu mendalam dan tidak mungkin padam. Rindunya masih ada dan tetap menyala. Tapi dia sedar... perjalanannya masih terlalu jauh. Dia tidak harus karam dalam badai kerinduan ini. Dia tidak harus hanyut dalam arus cinta yang bukan miliknya lagi. Akhirnya, dia nekad untuk menerima.


Sayangnya, di saat kelukaan hampir pulih dan hati mula belajar untuk menyayangi, hatinya dilukai. Kecewa dengan apa yang terjadi, dia nekad melarikan diri. Dalam pelarian itu dia mula merasakan sesuatu. Dalam benci, kiranya masih ada rindu buat si dia.


Dan tanpa disedari... bibit-bibit cinta mula bersemi di hatinya.


RM 17.00
448 mukasurat

Tuesday, March 20, 2007

Bisikan Rindu

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Mimie Afinie
Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
Bisikan Rindu by Mimie Afinie


"Ada getar di dalam dada bila kau menyeru namaku"


kisah percintaan yg agak biasa, boleh dikatakan stereotype, seorang
gadis, Dina dicintai 2 lelaki.. shahrul, dina anggap sbg kawan dan
seorang lagi, Ikhwan adalah kekasih. konflik timbul bila Ikhwan sering
ber prasangka walaupun Dina sangat ikhlas dan setia. part Dr Johan yg
gilakan Dina sampai bertindak di luar jangkaan tu mcm tak berapa nak
logic utk seorang doktor berperangai sebegitu.. apa2 pun, ending
diletakkan di tempat yang sepatutnya, nasib baik.. tak la rasa sia2
membaca.


Mungkin kerana ini karya pertama, so ada yg rasa tak sempurna, tapi karya beliau yg selepas karya ini memang best best :)



sure fine whatever


sinopsis belakang buku:


Antara Shahrul dan Ikhwan kedua-duanya sama kacak, sama baik. Tapi jika di hati tiada rasa cinta, salah seorang harus berkorban. Jika mulut berkata sayang sedangkan hati berkata tidak, untuk apa sebuah percintaan?


Sekuat manapun cinta Shahrul kepada Dina, hatinya tetap milik Ikhwan. Kehadiran Ikhwan telah mengajar Dina erti sebuah rindu. Namun percintaan mereka sering diuji dengan salah faham dan kebetulan.


Akhirnya, Dina mengalah. Perginya bukan kerana kalah, tetapi pergi mencari harga diri yang dicampak oleh lelaki yang amat dicintai. Kerana cinta itu Dina sanggup tinggalkan Ikhwan dan segalanya.


Setelah agak lama menyepi, Dina nekad ingin kembali. Sayangnya kepulangan Dina dalam keadaan yang tidak terduga! Tiada kata maaf, tiada pelukan mesra. Yang ada hanya tangisan... Gembira atau duka?


RM 16.00
448 muka surat