Rating: | ★★★★ |
Category: | Books |
Genre: | Romance |
Author: | Mimie Afinie |
Terbitan KarnaDya Solutions
”Takkan terganti segenap memori. Takkan terpadam seluruh kenangan.”
Saya masih lagi kagum dengan karya ”Masih Ada Rindu” tulisan penulis ini. Citer yg best. Tu antara sebab membuatkan saya tak sabar nak baca ”Tinggallah Pujaan...” Cover buku ni kurang menarik tapi nama di kulit buku ni mampu menarik minat peminat2 buku untuk mencapai buku ni tanpa berfikir dua kali. Buku ni saya baca masa saya dihujani beban tugas yang agak luar biasa. Peh tu saya kena selsema, batuk, demam. Hari jumaat yang lalu baru sempat saya habiskan. Masa mula2 capai buku ni saya just flip randomly to one page (lebih kurang ketebalan 1cm towards the end). Dgn taktau ujung pangkal i just read wht i see and rasa sedih sungguh yg penyampaian ceritanya. Nangis wo. Ingat ker bila baca sampai habis dah tak sedih, tapi rupanya lagi berganda sedih dan sendu nya tu. Saya memang suka buku yang mampu buat saya menangis. Buku ni byk jugak scene romantis antara Norman dan Nurain.
Citer ni tentang Nurain yg di zaman kanak2nya tersangatlah nakal. Dia kamcing dengan Norman dan Haikal. Permergian Baizura, adiknya dan Norman yg berpindah menjadikan Nurain kecewa. Dia dan Haikal membesar bersama sebagai sahaja dan akhirnya mengaku saling jatuh cinta. Kemunculan semula Norman yg hampir dilupakan oleh Nurain menjadikan Nurain lebih ceria. Perubahan drastik sikap Haikal melukakan hati Nurain dan nekad menerima Norman yang meluahkan perasaan kpdnya. Nurain mula jatuh cinta dengan suaminya, kelahiran Muiz yg disangka menjadi pengikat kasih sayang rupa2nya menambah kecewa di hati Nurain kerana sikap ibunya yang enggan menyerahkan Muiz. Kehadiran Zureen yg mahu memancing Norman serta kerenah kakak kandung Nurain yg syok giler kat Norman menjadikan Nurain makin tertekan dan cemburu. Tetapi kepercayaan antara satu sama lain mengeratkan hubungan Nurain/Norman tapi Norman kecewa setelah mengetahui yang rupa2nya Haikal yg dianggap sbg adik rupa2nya pernah bercinta dgn Nurain. Dia diterpa rasa bersalah kerana memutuskan hubungan cinta antara sepasang kekasih. Pujaan manakah yg ditinggalkan?
Sure fine whatever
Rinn
Ringkasan belakang buku:
Hampir setahun Mimie Afinie menyepikan diri. Kini, beliau muncul lagi dengan hasil karya terbarunya. Selepas BISIKAN RINDU, MASIH ADA RINDU dan MAAFKAN KU SAYANG, Tinggalah Pujaan menjanjikan suatu kelainan. Sebuah novel romantik yang turut disulami dengan adegan-adegan lucu dan menyayat hati.
NURAIN seorg kanak2 nakal, lincah & periang. Meskipun tanpa ayah di sisi, dia tidak pernah peduli. Apatah lagi, dia punyai Norman sebagai tempat menumpang kasih dan manja. Normanlah abang dan Normanlah juga sahabat. Malah dia juga ada Haikal, teman akrab yang sentiasa bersedia menjadi pelindung.
Bahagianya tidak berpanjangan apabila Norman terpaksa mengikut keluarganya berpindah ke Selangor. Perpisahan itu bagai meragut seluruh cerianya. Dia rasa amat kehilangan. Saban hari dia menunggu kedatangan warkah & saban hari juga dia menanti kunjungan Norman. Namun, anak muda itu terus menyepi tanpa sebarang khabar berita.
Masa berlalu dan silih berganti. Kini Nurain bukan lagi gadis cilik yg tidak mengerti apa-apa. Kedewasaan mengajarnya erti cinta & rindu. Kpd siapa lagi harus ditumpahkan segenap rasanya itu kalau bukan Haikal? Lelaki yg sentiasa menemani di saat susah dan senang, di kala suka & juga duka.
Tatkala hati sudah melupakan, Norman hadir semula menceriakan hari-harinya dan hari-hari Haikal juga. Namun, kiranya kedatangan itu telah mengubah segalanya...
”Tinggallah Pujaan...” ungkapan yang amat memeritkan Nurain... Namun dia harus merelakan.
RM19.90
560 muka surat
hmm... buku ni best. jalan ceritanya juga ok. allright. but then dari awal dah dapat agak ceritanya bagaimana. penghujung cerita juga macam dah biasa dengan letakkan nama anak dengan nama lelaki yang meninggal tu. rasanya benda tu biasa. tapi siesly kalau baca cite ni memang rasa nak gelak2 pasal kak mimie pandai buat lawak. madhavan la.a.... apala... pandailah dia. memang best la cerita ni. boleh buat baca untuk mengubat duka lara dan ambil iktibar dengan cerita ni supaya berani berterus terang. jangan biarkan hati terluka dengan memendam rasa. then, jangan hukum orang yang tidak bersalah. siasat dulu perkara sebenar... jangan main terjah je. kekadang... ada sebab mengapa seseorang tu berubah hati. kalau drastik la. tentu ada sebab. pasal once kita suka sumbdy... kita tak akan semudah itu nak lupakan dia. n kalau tetiba orang tu tanak close ngan kita secara drastik pasti ada puncanya. cam kena buat dek orang ke... tak pon kita memang ada buat salah... atau kita kena fitnah. so, pape pon bawa bincang2 dulu baru buat keputusan. then, kalau tade penyelesaian... blah je lah. yang penting bina hidup baru and hepi2. pasti ada hikmahnya...
ReplyDeletekak rinn, norman & nurain berpisah ke???
ReplyDeletesedih la citer ni.. nangis wo.. diorang back together gether at last :) happy ending.
ReplyDeletebnyk kali nk bli tp x jd..last2 ble nk bli dh x de..haha
ReplyDeletebleh aar fad bli skali dengan nopen suatu penantian nanti.. hehe
ReplyDeletetunggu bookfair dlu r
ReplyDeletennty ble ad bookfair akk bgtaw ek...
byasenye bln april kan
ha'ah.. dlam lingkungan bulan apr-mei camtu lah.. blum nampak promo lagi.. kalau ada tu nanti ada lah tu orang war-warkan :)
ReplyDeleteApsal saya bacer tak raser sedih pun ? rasa letih ada la bacer mainan perasaan c Ain ni--last2 saya tgk part belakang..letih sangat x tau apa jadik..he..he. Tapi sian c Haikal, c Ain ni kok yer pun siasat la dulu..main rela jer berpisah..kenal dah 20 tahun tu, tak kan la bila Haikal cakap nak putus terus give up--sekurang-kurangnya meroyan la dulu 4-5 bulan... Yang c Norman plak bila tau yg Haikal ngan Ain tu dulu pasangan kekasih x bley terima plak--ko pikirkan bini ko tu barangkah bole di pas-pas...ayo la hai...dalam penat ngan kerenah diorang ni habis gak buku ni kubacer..nasib bek la pinjam..kalau saya punya dah kena perah-perah dah cam yg Rin selalu buat..he..he
ReplyDeletehaha suruh meroyan 4-5 bulan!
ReplyDeletedemi keselamatan buku, lagi elok baca buku pinjam kan? hehe kurang la sikit keinginan utk memerah, menggigit atau membaling buku orang.