Showing posts with label karnadyasolutions. Show all posts
Showing posts with label karnadyasolutions. Show all posts

Monday, July 28, 2008

Satu Penantian

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Aina Emir, Bikash, Mimie Afinie
Satu Penantian (Kumpulan Cerita Menarik) by Aina Emir, Bikash Nur Idris, Mimie Afinie


Terbitan KarnaDya Solutions 2008


Ekcili ni kali kdua baca nopen yg terkandung dlm buku ni. Sebelum ni tak sempat nak review. Sebab utama beli nopen ni adalah kerana tercetaknya nama 'bikash' di cover buku ni. hehe.. agaknya kalau bikash tulis novel tajuk "itik yang baik" pun saya akan beli! hehe.


Bagi yang suka cerita pendek dan menarik, cepat dibaca sesuailah memiliki nopen yang sebegini. Nopen ini mengumpulkan penulis2 yang ternama dan sudah mempunyai Novel2 box office yg mendapat sambutan. Alamak, macam teringin lah pulak nak baca novel pendek baru dari Oshun Muhamad :) Ekcili citer Bikash pun ada unsur-unsur komedi mencuit hati jugak especially dalam "Dalam Hati Ada Cinta" :)


5 kisah yang dilayarkan dalam Nopen ini adalah NKVE-Di Sebalik Tragedi, Dalam Hati Ada Cinta, Dogma 2 Hati oleh bikash nur idris, Satu Penantian by Aina Emir dan Buat Hati-hati yang Pernah Kulukai by Mimie Afinie.


1. NKVE - Di Sebalik Tragedi
bagi saya ini adalah genre baru utk Bikash kerana kisah2nya sebelum ni banyak menekan cinta sepasang kekasih. NKVE-DST ini lebih kepada kemanusiaan dan kasih sayang sejagat. Kisah ini membuka kisah di sebalik kisah. Kita mungkin pernah baca mengenai tragedi ini di dada2 akhbar tapi Bikash membuka kisah Abdul yang tersembunyi di sebalik tragedi ini.


2. Satu Penantian - Aina Emir
Ha! ni kisah kawin paksa. Satu2nya anak lelaki Zaharah yang berada di luar negara enggan pulang melainkan kalau ibunya menunaikan kehendaknya mahu berkahwin dgn wanita yang telah ditetapkan ciri2 yang dimahukannya, kalau tidak, Aidan enggan pulang ke tanah air sampai bila2 dan berkahwin dengan gadis Montreal. Zaharah terpaksa keluar masuk kampung mencari janda muda yg mempunyai anak sekurang-kurangnya seorang dan hidup dalam kemiskinan utk dijadikan menantu seperti yang dikehendaki Aidan.


Ameera, selain dari cantik, tinggi lampai, cerah kulitnya, dia amat menepati ciri2 yang Aidan mahukan... Demi keluarga tercinta dan anak tersayang, Ameera menerima pinangan ibu Aidan dan berdebar menunggu takdir yang mendatang.


3. Dalam Hati Ada Cinta - Bikash Nur Idris
part pengepit kuku, novel dan payung dalam beg yang besar tu reminds me of myself. aku pun kalau dtg opis bawak benda2 tu dlm beg. balik kg pun bawak. jalan2, ronda2 pun bawak. haha. Aku rasa macam penah pegi jer Apple Printing tu.. Ni kisah cinta alunan Bikash yang saya sudah biasa. Memang tak jemu dibaca dan sentiasa mengundang senyuman. :)


Qismina adalah gadis lepasan spm yg bekerja sementara di kedai percetakan. Jodoh kakak2nya semuanya berpunca dari ibunya secara sengaja atau tidak sengaja.. bukannya ibu nya ni jenis rekemen orang, tapi apa saja yang anak2 buat utk ibunya sentiasa menyebabkan mereka terserempak dengan jejaka yang menjadi jodoh mereka.. seperti sumpahan manis.


Disebabkan ibunya jugalah tetiba jer Qis termasuk ke dalam kereta seorang jejaka yang langsung tidak dikenalinya. Kereta sejibik sejibon macam keta Kak Juhara yang sepatutnya membawa dia ke tempat kerja. Pertemuan itu tanpa sedar mengikat hati mereka. Namun Qis seperti kecewa apabila menerima kad jemputan perkahwinan dari 'abg keta proton'. Tibalah giliran ibu Qis memainkan peranan terbaiknya utk menyatukan dua hati yang saling menyinta ;)


4. Buat Hati-Hati Yang Pernah Kulukai - Mimie Afinie
Tajuk yang menggambarkan penyesalan hati seorg perempuan. Leya bukanlah seorg perempuan yang jahat atau nakal. Dia gadis biasa yang menerima cinta yang datang dlm hidupnya. Syam sgt menyintainya dan merupakan kekasihnya sejak zaman sekolah lagi. Dunia pekerja membawa dia jauh dari Syam dan mengenalkan dia kepada Khai yang romantis dan penyayang. Dia tidak mahu menduakan cintanya. Hubungan dgn Syam diputuskan.


Ariff, bos Leya sudah lama menaruh hati kepadanya. Dia sering cuba menyakitkan hati Leya apabila terserempak Leya bermesra dgn Khai. Kata2 Ariff menyakitkan hati menyebabkan Leya membenci bos barunya itu. Kemesraan Khai mula melampaui batas mebuatkan Leya lemas dan terkenangkan Syam yang jauh lebih baik dari Khai. Hubungan dgn Khai ditamatkan. Ariff terus masuk line dan cuba memenangi hati Leya.


Pertunangan Syam membuatkan Leya kecewa, hilang sudah peluangnya utk kembali pada Syam. Leya sah2 tak nak kat Arif tapi Ariff seperti memaksa dan mungkin rasa kecewa dgn pertunangan Syam membuat Leya setuju utk memberi peluang kpd Ariff, tapi tu la, Ariff tu bukannya jenis cemburu tanda sayg, ni jenis cemburu buta dan kata2 yg menyakitkan hati selalu dilemparkan kepada Leya. Tindakan Ariff transfer sahabat baik Leya, Zain, jauh dari Leya menyebabkan Leya nekad utk berhenti kerja dan meninggalkan Ariff.


Dia pulang ke kg dgn kekecewaan berganda apb mengetahui majlis perkahwinan Syam semakin hampir. Membuatkan dia sedar bagaimana rasa bila dikecewakan, dia dpt merasakan kesakitan jiwa yg dialami Syam, Khai dan Ariff. Dia terlalu kecewa sampai tak nak tengok langsung foto tunangan Syam. Kalau lah dia tengok tentu dia tak sesedih itu :)


5. Dogma 2 Hati - Bikash Nur Idris
Perkara pertama yang saya buat biler nak baca tajuk ni adalah search maksud 'dogma'. Tak paham langsung apa maksud perkataan tu. So translation yang paling mudah utk perkataan ini adalah 'kepercayaan'.


Berbeza dgn Dalam Hati Ada Cinta, kisah ini juga ada daya tarikannya dan membuatkan pembaca menitiskan air mata. Sebuah akademi mengumpul pelajar2 dari golongan 'somebody/someone' dan golongan 'no one' yang biasanya dpt masuk ke akademi itu atas sokongan seorang someone. di kolej tu golongan some dan no tidak bertegur sapa dan bercampur gaul. Sirhan sedar keadaan dirinya dan menggunakan masa belajar sepenuhnya utk menjayakan diri. Cinta Mimya tidak dihiraukan tapi sinar mata Saraya, seorg some, sering menarik perhatiannya.


Puduraya menemukan mereka dan di kampung Sirhan mereka saling mengenali. Sirhan menyedarkan Saraya tentang kesungguhan ibu bapanya bekerja adalah demi kepentingan masa depannya dan bukan niat mereka utk membelakangi Saraya. Saraya mula berfikiran positif tentang keluarganya. Keluarga Sirhan mula disayanginya.


Kembalinya mereka ke akademi membuatkan Saraya resah. dia cuba mencari peluang mendekati Sirhan tetapi Sirhan memintanya menjauhkan diri. Saraya benar2 menjauhkan diri. Dia menghilangkan diri dari akademi kerana menghormati prinsip Sirhan.


5 tahun kemudian Sirhan terpaksa pulang ke kampung. Ada org datang merisik!


sure fine whatever
rinn



Sinopsis belakang buku:


Satu Penantian memuatkan lima kisah menarik daripada penulis-penulis kreatif tanah air yang berpengalaman. Ada kisah yang dipaparkan mengandungi plot2 yg menyayat hati, ada yg lucu & ada yg lebih serius. Namun, semuanya menghiburkan dan menyentuh perasaan.


NKVE - Di Sebalik Tragedi
Satu Penantian
Dalam Hati Ada Cinta
Buat Hati-hati Yang Pernah Kulukai
Dogma Dua Hati


Satu Penantian (berbentuk novel pendek atau NOPEN) mampu menjadi teman anda ketika sedang bersantai dgn ahli keluarga atau sedang dlm perjalanan menuju ke destinasi anda!


RM17.00
380 mukasurat

Monday, April 28, 2008

Kalau Ada Jodoh

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Mimie Afinie
Kalau Ada Jodoh by Mimie Afinie
Terbitan KarnaDya Solutions


Masa pegang buku ni teringat Bikash dok citer betapa best dan lawaknya citer nih. haaa kalau sapa dah lama tak baca citer romantik komedi memang sesuai lah sangat layan citer ni. heronya rambut panjang macam rocker tapi biler petik gitar, suaranya mengalunkan lagu 60-an! haha.. then dia suka naik skuter.. hehe teringat skuter merah menyala dgn gitar yang menghiasi ruang pameran KarnaDya semasa pesta buku yang lalu.


Masa baca permulaan cerita memang tak tergambar langsung unsur komedi citer ini. Marini melayari hidup sbg seorang isteri tetapi perasaannya terdera dgn sikap suami yang menurut kata ibunya dan kehendak isteri sendiri diketepikan. Ibu Faris sebenarnya dah ada calon isteri utk Faris tapi Faris pi kawin ngan Rini. Atas hasutan ibunya Faris menceraikan Rini sedangkan Rini pulang ke kampung setelah meninggalkan nota kpd suaminya kerana ibu Rini meninggal dunia. Ibu Rini pergi bersama kekecewaan dan ayahnya turut memulaukan dia kerana sudah lama tidak balik kampung.


Rini membawa diri dan menetap dgn kakak dan abg iparnya. haha abg ipar si Rini ni pun mcm biol. Kelakar jer melatah mengalahkan makcik2 sampai terjangkit kat Rini. Dah tu suka lagu Ahmad Jais pulak tu. Pertemuan dgn Abu Suffian menceriakan suasana cerita ini. Pyan yang mulanya kurang senang dgn Rini sudah mula syok kat janda muda tu dan mula menganyam impian utk memiliki wanita yang mak dia berkenan sangat2 ni. Tapi Ma (Pyan saja panggil Marini sbg Ma) sudah serik dgn lelaki. Dia menyalahkan Pyan kerana merosakkan persahabatan mereka dgn melafazkan kata cinta. Faris hadir semula dan merayu cintanya, tapi Marini sudah tak pasti dgn perasaan sendiri.

Secara keseluruhan citer ini menghiburkan, cuma saya kurang senang dgn sikap Marini. Dah tak nak kat Faris, jgn la layan.. kan orang tu dah salah faham. Dia yang dah teruk dikecewakan seolah-olah merelakan utk dilukakan sekali lagi dan tak sampai hati nak ignore Faris demi menjaga hati dan perasaan Faris. Sian kat Pyan. Part Marini send sms tu memang havoc la.. aku pun terkecut jantung. hehe sabar jer aku. Pyan merajuk sampai lari balik kampung.. haha.. terbalik, awek lak kena gi ngadap nenek pyan minta izin nak pujuk. haha.

sure fine whatever
rinn

sinopsis belakang buku:

Tiada sesiapa mahu sengsara. Tiada jua yang inginkan derita. Namun takdir Tuhan tiada siapa yang mampu menepis? Marini terpaksa mengharungi sebuah kehidupan yang berdepan dengan onak dan duri hinggalah dia menumpang di rumah kakaknya. Di sanalah perjalanan hidupnya mula berubah. Tiba-tiba sahaja dia bertemu dengan Pyan, lelaki yang punyai personaliti yang jauh beza daripada apa yang ada dalam kotak fikirannya. Pun begitu, Faris tidak pernah melupakannya. Kesilapan yang pernah dilakukannya mahu dipulihkan semula.


Kalau Ada Jodoh merupakan sebuah novel yang penuh dengan plot humor, ada yang menyentuh perasaan dan tentunya akan menghiburkan pembaca sekelian

RM19.90

Sunday, April 6, 2008

KL International Book Fair 2008




KL International Bookfair 2008


hari pertama memang sah2 tak dpat pegi sb kerja. 5-4-08 akak pegi ngan yam dan akan berjumpa sue di pwtc utk sama2 meredah orang ramai dan membeli buku2 idaman dan juga buku2 yang dipesan orang. kesian pulak hok yang jauh2 tu tak dapat nak cari buku. Rasanya Alia dulu ada pesan minta carikan buku bertajuk HARTINI terbitan cesb. akak dah cari la.. tak jumpa.. org cakap dah habis.. tatau la if minggu depan ada.. kalau my friend jadi datang ke pesta buku tu, insyallah next week pegi lagi. kalau dia tak datang akak x pegi la.. nanti kang bajet lari, ujung bulan minum air buku jer la haha.


Yang bestnya.. buku2 idaman berjaya diperolehi! yahuuu! Tangisan Bulan Madu - Samsiah Mohd Noor ada diskaun sehingga 50%.. wah!! then dapat buku terbitan iBook, Sentuhan Kasih - Halina Kamarudin. lega rasanya bila pencarian berakhir :) hilang penat dan dahaga.


Kitorang smpai awai.. tp orang dah ramai.. terus la gi cari Tangisan bulan madu kat booth Creative.. lepas sue sampai, kitorang gi cari kak noorsuraya.. di jemari seni, beli la buku2 yg kengkawan pesan n then sempat gak beli buku baru nazurah aishah dan bergambar ngan manjlara sbb buku dia awai2 lagi kiter dah beli. :D


kuar jer dari booth jemari seni, terus nampak Fauziah Ashari yang kecil molek tu, dia kata dia pakai blazer nak bagi nampak besar sikit. hehe. nasib baik la aku usung buku 'Rindu cintaku' utk dptkan tandatangan :)


Then jalan2 lagi kat2 situ bertembung pulak ngan booth karnadya yang cantik dan menarik.. 'ruang tamu' yang comel tu sangat menarik siap dgn kerusi panjang dan vespa&gitar seperti cover novel baru mimie Afinie "kalau ada jodoh". tentu la tak lepas peluang nak amik gambar ngan Aina Emir dan Mimie Afinie. tapi sayang buku masih ada rindu tertinggal kat rumah.. taktau pulak kak mimie ada. cantik backdrop kat karnadya, ada scroll banner yang sentiasa berputar. ha.. kak aina pun ada buku baru! bertajuk "Hanya Kita Berdua"


lepas kuar dari dewan 3 tu kitorang nak gi cari booth alaf yang ada penulis.. jalan punya jalan punya jalan, tengok kitorang tengah lintas sungai.. haha macam silap negeri jer.. terus contact rose.. rupa2nya kitorang tersilap tempat la.. tapi mungkin ada rezeki nak jumpa KUSYI HIRDAN di booth PTS. Ada sapa2 yang dah baca Rantaian Kasih & Takdir Nor Aida? haaa.. ini la penulisnya! muka familiar betul. Tengok2 la terbitan terbaru PTS ada dua karya science fiksyen terbaru dari Kusyi. Saya doakan Kusyi selamat pergi dan kembali dari Umrah.. amin.


then kitorang terus patah balik ke booth alaf. terus nampak kak Norzailina Nordin dgn Rose harissa. masa jengah2 kat situ, nampak jugak kak anis ayuni, aleya aneesa dan emma maizura yg makin meletup letup dengan karya terbarunya, Ada Cinta Di Hati. Jgn lupa dptkan di bookfair.. leh amik signature lagi ha. Rose thanks for the buah tangan.. sapa cepat dia dapat tau. peh tu kak lina.. cookies tu dah wasalam dah abis.. kalau gi minggu depan leh dpt lagi tak? nyum nyum sedap! apa2 pun Rose masih juara gelak ketawa yg menggegarkan.. kasi geggggarrrr.


Ni adalah kali pertama saya berbual bual dgn kak Lina. masa tahun lepas saya malu2 kanggaroo lagi sbb tak reti nak nyembang apa ngan kak lina yg femos tu. Bila kak Lina sebut buku terbaru dia "Menanti Kasih" berlokasikan Italy.. terus berdenting2 idea utk bertanya "buku ni macam buku Carissima ke". Tak sangka muka kak lina macam berubah sbb dia macam tak sangka ada orang baca buku tu. haha.. dah lama dah saya baca buku tu.. and kak lina kata dia rombak balik citer Carissima tu dan jadikan 'Menanti Kasih', so aku x pikir panjang terus la beli buku tu.. tu yang dapat cookies tu.


Aku segan sikit nak bagi kak anis sign buku 'suara hati'aku tu sebab dah lunyai.. plastik dia pun dah terjelir terangkat semua.. haha.. tapi kak anis tak kisah.. dapat gak sign dia. then amik signature Aleya aneesa utk buku terbarunya "Untukmu segalanya" dan juga kebetulan sebelum tu ada pegi fajar pakeer and beli buku 'untukmu sayang' cantik lah cover baru dia.. aleya pun nampak macam bangga kembang idung dgn cover buku tu yang cantik berseri. tahniah! And tak sabar nya nak mula baca novel Ada Cinta Di Hati by emma maizura sbb ia adalah antara novel yang paling byk dpt recomendation utk dibaca dan di review. saya penah baca 'tiada noktah cinta' oleh penulis ini dan memang tidak menghampakan.


sapa2 yang belum pegi dan berminat mengumpul novel2 alaf, jgn lupa dptkan yang tebaru antaranya Menanti Kasih by Norzailina nordin, Selagi Ada Dia by Aisya Sofia, Seribu Kali Sayang by Anis Ayuni dan Damya Hanna pun ada buku baru, bertajuk Ternyata Cinta, and oso buku baru kak Meen Zulaikha bertajuk Warna Hati. Buku2 ni mesti laris kan? haaa satu lagi Dr. HM Tuah pun ada buku baru bertajuk Pelangi Membeku.


lepas solat zohor kitorang gi queue nak jumpa dr sheikh muzafar. maaak aih. panjang betui queue.. syarat nak jumpa dia kena beli buku.. so aku jadi tukang amik gambar and yam beli buku sbb dia memang teringin la nak jumpa dr sms tu. tak sangka dapat lihat dr sms dari jarak kurang dari satu meter. abih aar malam tu yam tido mimpi gi ISS. hehe. tapi masa aku pegi nak jengah kat depan ni ada satu makcik ni dah angin satu badan dgn orang yg berimpit impit.. dia dah jadi nasi impit kot. .abih dia pi marah2 aku apa pasal ntah.. haha.. sabo jer.. dia nak amik gambar anak dia amik signature dr sms. dah tau kat tepi2 tu ramai orang, masuk la queue sekali ngan anak tu.. peh tu amik ler gambar sebyk mungkin. tu pun tak reti.. nasib baik la aku ni cerdik sikit. walaupun queue panjang, kitorang sabar menanti giliran dan akhirnya dpt jugak jumpa dr sms. ramai betul fanatik dr sms ni.. siap ada yg menjerit2.. terkejut kitorang. mmg macam2 ragam realiti manusia yang kita dapt lihat dlm keadaan yg macam ni. tua ka muda ka, memang ada yang kurang sopan dan tak reti nak beradab dgn sesama manusia. penat jer mak bapa hantar masuk sekolah tinggi2 tapi susah benar nak mengeluarkan perkataan 'tumpang lalu'. kan yam kan? tapi tu sorng dua saja la dan alhamdulillah ramai yang masih ingat sopan santun dan senyuman.


then gi cari bikash kat booth fajar pakeer tapi dia dah balik kot. Nor Rafishah pun sekali ngan dia.. so dua2 tak dapt jumpa.. haha padan muka aku.. mungkin lain kali lah kot.. kelaparan melanda tahap maksima bila masa mula menganjak ke pukul 5 ptg. lepas mendapatkan lakaran istimewa Sireh di booth MOY kitorang terus gi solat asar and then gi makan kat mcD the mall. masa makan tu ujan lebat giler.. bila nak balik tu nasib baik ujan dah berenti. memang letih aar sehari suntuk kat situ. thanks sue and yam sudi temankan saya gi pesta buku 2008 nih..


Keesokannya (ada lagi!) haha.. bukannya saja2 nak pi lagi byk kali.. ekcili nak jumpa cekputeh (bakal novelis terkenal! AMINNNNN cp, jangan putus asa, jgn takut terima kritikan dan komen terutamanya dari editor, tabahkan hati, jiwang2 jugak.) and also nak jumpa kak Mai Bristol eh.. bukan tanjung malim hehe.. Jumpa Cp dan kakmai kat booth buku kanak2 sbb cp melayan anak dia beli buku2 utk sekolah dan bacaan tambahan. lepas tu, kak mai tolong jaga tisya sementara kitorang gi jumpa lynn & hezzy. Lynn! thanks for the stiker keta.. cantik! yam pun say thanks, kak ima pun sama jugak. kan best kalau JBC pun ada sticker.. :D aku tengok nama 'ramlah rashid' ada tapi orangnya tiada.. so x berani la nak beli buku yang yam pesan 'sara kirana'.


Then kitorang pun mula jalan2 ke booth lain. aku bawa cp jumpa Aina Emir & Mimie Afinie.. akhirnya dpt juga bagi kak Mimie Afinie sain buku 'Masih ada Rindu' yang best bangat tu.. dan juga nopen 'Biarlah kusendiri'. Hari tu sempat menyembang2 panjang sikit ngan kak mimie sbb orang x ramai lagi awal2 pagi begitu.


Then kitorang terus pegi cari Kakmai ngan Tisya kat tingkat atas lagi, buku2 ilmiah.. tempat Kak Mai lah tu.. cp finally decided to buy HCT and kelihatan bertambah2 putih di mata lynn dayana. Pehtu aku dpt juga jumlah kak ramlah rashid n amik signature dia utk buku Qaseh Qaisy dan Sara Kirana. Peh tu amik signature Ramlee Awang Murshid.. sempat plak dia interview saya pasai tempat kat kedah yg banyak padi.. dia nak cari nama kawasan yang byk tanam padi di kedah utk dimasukkan dlm buku terbaru dia.


then kitorang gi hantar barang kat keta sebelum menapak ke the Mall utk makan tengahari.. dah kebulur dah. Kitorang makan kat Chicken Hut. sempat la nyembang2 pasai gambar terbaru FnA kat URTV tu.. haha.. terjiwang semula.. sabar jer.


then Cp ngan kak mai beli baju sendondon kat the mall tu.. peh tu.. masa utk balik.. Diorang balik tapi aku meneruskan pencarian buku 'Sentuhan Kasih' by Halina Kamarudin yg dipesan oleh Diana.. dpat jugak akhirnya.. walaupun agak panjang proses mendapatkannya.. tapi tak kisah la.. janji dapat! then nak gi jumpa kak noorsuraya sbb nak amik signature novel blockbuster kak Noorsuraya, Nyanyian tanjung sepi (aku dpt last copy utk hari tu) tapi booth jemari seni packed! perghhh.. so aku gi jumpa Fauziah ashari lagi.. saja la bertanya khabar dan mintak dia sain 'Setia Menanti'. Memandangkan booth jemari seni masih ramai orang, aku pi la tengok lynn dayana. tak sampai la hajat aku nak jumpa samsiah mohd nor.. sedih la pulak.. tak der rezeki nak jumpa dia.. lain tahun lah kot.


Then aku tengok ujan lebat giler.. so aku pegi la jumpa kaksu sebelum balik tu. lepas dpt signature aku terus ke LRT Star PWTC. Nasib baik la bawak payung.. tapi hajat nak sampai awai ke putrajaya tu tak kesampaian sbb 'perkhidmatan mengalami masalah 'kritikal'' utk semua destinasi ke sri petaling'. lama betul tren tu berenti kat bandar tun razak, aku tengok ramai jugak yang keluar dari tren sbb x sabar menunggu. aku duduk jer kat situ tak gi mana sbb dah x larat la nak jalan2. Alhamdulillah akhirnya sampai juga ke rumah.. nasib baik kat putrajaya ujan dah lama berenti.


nyenyak betul aku tido semalam tanpa bermimpi apa2 pun. sedar2 jer telefon aku dah menjerit lagu tema James Bond menandakan sudah pukul 6pg.


sure fine whatever
rinn

Sunday, February 3, 2008

Bunga-Bunga Kemboja

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Aina Emir
Bunga-Bunga Kemboja by Aina Emir
Terbitan KarnaDya Solutions

"Aku ingikan kehadiranmu di setiap langkah hidupku"

Ini adalah karya ketiga Aina Emir bersama KarnaDya yg saya baca. Saya rasa ini adalah terbaik berbanding Aura Cinta dan Kau Laksana Bulan tetapi masih belum dapat menandingi kisah2 yg Aina Emir hasilkan bersama Alaf 21 dahulu yg lebih jiwang-jiwang. Walau bagaimanapun AE seperti mahu lari dari kisah2 yg mementingkan jiwang2 ni ke genre yang disulam dengan kisah2 yg lebih berat. Bagi saya, bunga2 kemboja ada kelainan sendiri berbanding dgn kisah2 cinta selepas kawin yang lain. KAlau dibandingkan dgn kisah2 lain, NAbil mengahwini Nur Qahira atas sebab2 yang sangat logik dan boleh diterima dlm realiti sekarang.

Ntah bila kali terakhir saya membaca buku yang dikarang oleh wanita yg menggunakan cara penceritaan dari kaca mata seorang lelaki. Tapi AE sangat berjaya mendalami jiwa Nabil sebagai seorang lelaki melayu yg masih mencari diri. Demi memelihara agama dia mengahwini Qahira dan cuba melupakan Dya yg telah menghancurluluhkan hatinya. Perkahwinan mereka dirahsiakan dan Nabil tak sedar bahawa Qahira seorang wanita yg mampu berdikari dan menempuhi pelbagai dugaan tanpa pengetahuannya.

Saya amat suka dgn Nabil dlm separuh pertama cerita ini, namun kesukaan itu bertukar menjadi sedikit terkilan apabila Nabil bertindak melayan Dya dan menyemarakkan kembali cinta mereka setelah Nabil meniduri Qahira. Nabil kelihatan spt tamakkan perhatian dua wanita sdg kan dia sudah tahu kesungguhan Qahira mahu menjadi isterinya dlm erti kata sebenar.

KEmboja digambar dalam versi yang terbaik dalam kisah ini dan Nabil akhirnya menyedari sebenarnya dirinya terlalu kerdil jika dibandingkan dgn gadis berfikiran business seperti Qahira. Campaklah wanita itu ke mana, dia akan berdiri kukuh dan bersemangat waja. Nabil adalah lelaki yg paling beruntung di dunia, Qahira hanya mahu mendengar kata cinta darinya, tapi Nabil rasa dirinya terlalu inferior berbanding wanita itu.

sure fine whatever
rinn

sinopsis belakang buku:

Aina Emir kembali lagi dgn novel keenamnya yang menjanjikan sebuah jalan cerita yg menyayat hati dan penuh dgn sentuhan perasaan.

Mawar,

Sudah lama aku ingin mengatakan sesuatu kepada mu tetapi malangnya, aku tak berani utk meluahkan perasaan ku ini. Selama ini, aku tidak pernah menyatkaan kpd sesiapa jua.

Hari ini, aku hanya ada engkau shj sebagai teman. Tiada lg ibu bapa, tiada lg saudara-mara dan tiada lagi teman, kecuali kau Mawar.

Pernah suatu ketika dahulu aku jatuh cinta dgn seorang wanita yg cantik dan comel dan bertahun-tahun lamanya kami beradu kasih, tetapi malangnya cinta kami tidak kesampaian. Dia telah meninggalkan aku utk orang lain. Kerana perpisahan itulah, aku telah membawa diri merantau ke negara orang, nun jauh di utara. Ketika itu, tiada niat lain kecuali berjihad utk agamaku.

Semasa di perantauan itulah, aku telah bertemu dgn rakan baikmu. Juga wanita yg cantik dan menarik. Kerana agamaku aku telah mengorbankan diriku utknya. Namun, ikhlas aku lakukan utknya.

Mawar,

Sekalipun aku cuba utk menjadi lelaki yg baik, namun sebagai manusia biasa, aku masih lemah. Kerana kelemahanku itulah aku kerap terumbang ambing. Tidak tahu menangani emosiku. Aku tersepit antar cinta pertamaku dan perasaan syg yg ada pd temanmu itu. suatu ketika dulu, aku tidak tahu keputusan apa yg patut kupilih.

Maafkan aku mawar, sekiranya di matamu dan rakan baikmu itu, aku tidak kelihatan seperti seorang wira, walaupun itu yg mahu aku lakukan. Sampaikanlah salamku kpd rakan baikmu itu.. katakanlah yg dia masih teristimewa buatku.

Salam,
Muhammad Nabil Arief

Biar kujadi bunga2 kemboja yg terlekat di tangkainya bukan yg berguguran di atas tanah...

RM19.90
552 mukasurat

Saturday, January 12, 2008

Kalung

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Zahida Zarkasi
Kalung by Zahida Zarkasi
Terbitan KarnaDya Solutions

"Penantian yang menyeksakan... Namun kebenaran lebih menyakitkan"

SEkali sekala beralih ke novel thriller menarik juga. terima kasih AMY atas cadangan novel Kalung by Zahida Zarkasi. Sungguh2 betul makcik tu mempromosikan buku ni kat saya :) tapi saya terkilan sikit sbb amy terrrrrrrlepas citer part yang sepatutnya dia tak cakap.. aduih.. memang spoil. hehe.. tapi apa2pun citer ni memang saspen. Persoalan utama dalam citer ni "did he or didn't he?" dia yang bunuh ke? atau bukan dia? Nia, watak utama cerita ini amat yakin yang Aries bukan pembunuh seperti yang disangka seluruh penduduk kampungnya. Sbg pembaca kita turut tidak ketinggalan utk berfikir, siapa yang benar? Ada masanya kita rasa ARies tak mungkin seorang pembunuh.. ada juga masanya kita merasakan dia ni mungkin juga seorang pembunuh. susah juga kalau jadi juri dalam situasi yang macam ni.

Cerita ini dimulai dgn penghijrahan Nia bersama adiknya Irfan ke kampung yg ditinggalkan ibunya bertahun-tahun yang lalu. Ibunya nekad menyuruh Nia meninggalkan pembelajarannya dan pergi ke kg dgn serta merta. Misteri pertama. Mengapa? SEtelah sekian lama di kampung, ibu bapanya tak sampai2 sedangkan mereka sudah berjanji. Nia dan Irfan tersiksa dgn layanan Mak Longnya yg kejam mengalahkan mak tiri. benci sungguh dia pada ibu Nia.

Kemunculan ARies, kebaikannya terhadap Nia memang menghairankan sedangkan seluruh penduduk kampung amat takutkan Aries. Pada mulanya Nia yang tak berapa tahu cerita layan ajer Aries tu, tapi bila terlalu banyak cerita yg didengarinya, dia menjadi takut dan lari hingga tak cukup tanah bila terserempak dgn Aries. Kalung misteri yang dijumpainya bersama selonggok kayu api yang dihantar ke rumah maklongnya membingungkan Nia.

memang mendebarkan... tragedi yg menimpa Nia memang bertalu-talu. Pemergian Irfan, tragedi ngeri ibu bapanya, keraguannya terhadap keikhlasan Firham... semuanya menyakitkan, hanya cinta Aries yang menguatkan semangat Nia... tapi benarkan Aries pembunuh?

sure fine whatever
Rinn

sinopsis belakang buku:

Kenapa aku dipulaukan hanya kerana aku menyebelahi dia?
Kenapa aku dihina hanya kerana aku mempercayai dia?
Kenapa aku dibenci hanya kerana aku mencintai dia?
Sampai bilakah semua dugaan ini akan berhenti?
Sehingga saat maut menjemputnyakah?
Sedangkan kebahagiaan itu hanya dia yang memilikinya...

Gila! Sakitnya hati dilabel sebagai perempuan gila. Gilakan aku kerana sanggup mengorbankan segalanya demi dia?

Sampai bilakah kegilaan ini akan berhenti? Sampai bilakah aku mampu bertahan dengan semua ini?

Sehari? Seminggu? Sebulan? Setahun?

Sedangkan dia makin menjauh... Tanpa sebarang berita... Perginya pada hari yang sama saat aku kehilangan kalung... Hadiah pemberiannya...

...................

"Kalung bukan merupakan novel cinta, tetapi sebuah cerita yang berunsur thriller. Penuh dengan detik2 saspens. Pelbagai peristiwa tragis, misteri dan menyedihkan sentiasa menimpa watak utama, Nia. Novel ini akan membuat anda mahu menyelak setiap muka surat dari mula hingga akhir. Memang mendebarkan!" - Aina Emir, novelis "bestseller"-

RM16.00
380 muka surat

Wednesday, October 10, 2007

Tinggallah Pujaan

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Mimie Afinie
Tinggallah Pujaan… by Mimie Afinie
Terbitan KarnaDya Solutions



”Takkan terganti segenap memori. Takkan terpadam seluruh kenangan.”


Saya masih lagi kagum dengan karya ”Masih Ada Rindu” tulisan penulis ini. Citer yg best. Tu antara sebab membuatkan saya tak sabar nak baca ”Tinggallah Pujaan...” Cover buku ni kurang menarik tapi nama di kulit buku ni mampu menarik minat peminat2 buku untuk mencapai buku ni tanpa berfikir dua kali. Buku ni saya baca masa saya dihujani beban tugas yang agak luar biasa. Peh tu saya kena selsema, batuk, demam. Hari jumaat yang lalu baru sempat saya habiskan. Masa mula2 capai buku ni saya just flip randomly to one page (lebih kurang ketebalan 1cm towards the end). Dgn taktau ujung pangkal i just read wht i see and rasa sedih sungguh yg penyampaian ceritanya. Nangis wo. Ingat ker bila baca sampai habis dah tak sedih, tapi rupanya lagi berganda sedih dan sendu nya tu. Saya memang suka buku yang mampu buat saya menangis. Buku ni byk jugak scene romantis antara Norman dan Nurain.


Citer ni tentang Nurain yg di zaman kanak2nya tersangatlah nakal. Dia kamcing dengan Norman dan Haikal. Permergian Baizura, adiknya dan Norman yg berpindah menjadikan Nurain kecewa. Dia dan Haikal membesar bersama sebagai sahaja dan akhirnya mengaku saling jatuh cinta. Kemunculan semula Norman yg hampir dilupakan oleh Nurain menjadikan Nurain lebih ceria. Perubahan drastik sikap Haikal melukakan hati Nurain dan nekad menerima Norman yang meluahkan perasaan kpdnya. Nurain mula jatuh cinta dengan suaminya, kelahiran Muiz yg disangka menjadi pengikat kasih sayang rupa2nya menambah kecewa di hati Nurain kerana sikap ibunya yang enggan menyerahkan Muiz. Kehadiran Zureen yg mahu memancing Norman serta kerenah kakak kandung Nurain yg syok giler kat Norman menjadikan Nurain makin tertekan dan cemburu. Tetapi kepercayaan antara satu sama lain mengeratkan hubungan Nurain/Norman tapi Norman kecewa setelah mengetahui yang rupa2nya Haikal yg dianggap sbg adik rupa2nya pernah bercinta dgn Nurain. Dia diterpa rasa bersalah kerana memutuskan hubungan cinta antara sepasang kekasih. Pujaan manakah yg ditinggalkan?


Sure fine whatever
Rinn


Ringkasan belakang buku:


Hampir setahun Mimie Afinie menyepikan diri. Kini, beliau muncul lagi dengan hasil karya terbarunya. Selepas BISIKAN RINDU, MASIH ADA RINDU dan MAAFKAN KU SAYANG, Tinggalah Pujaan menjanjikan suatu kelainan. Sebuah novel romantik yang turut disulami dengan adegan-adegan lucu dan menyayat hati.



NURAIN seorg kanak2 nakal, lincah & periang. Meskipun tanpa ayah di sisi, dia tidak pernah peduli. Apatah lagi, dia punyai Norman sebagai tempat menumpang kasih dan manja. Normanlah abang dan Normanlah juga sahabat. Malah dia juga ada Haikal, teman akrab yang sentiasa bersedia menjadi pelindung.


Bahagianya tidak berpanjangan apabila Norman terpaksa mengikut keluarganya berpindah ke Selangor. Perpisahan itu bagai meragut seluruh cerianya. Dia rasa amat kehilangan. Saban hari dia menunggu kedatangan warkah & saban hari juga dia menanti kunjungan Norman. Namun, anak muda itu terus menyepi tanpa sebarang khabar berita.


Masa berlalu dan silih berganti. Kini Nurain bukan lagi gadis cilik yg tidak mengerti apa-apa. Kedewasaan mengajarnya erti cinta & rindu. Kpd siapa lagi harus ditumpahkan segenap rasanya itu kalau bukan Haikal? Lelaki yg sentiasa menemani di saat susah dan senang, di kala suka & juga duka.


Tatkala hati sudah melupakan, Norman hadir semula menceriakan hari-harinya dan hari-hari Haikal juga. Namun, kiranya kedatangan itu telah mengubah segalanya...


”Tinggallah Pujaan...” ungkapan yang amat memeritkan Nurain... Namun dia harus merelakan.


RM19.90
560 muka surat

Thursday, March 22, 2007

Kau Laksana Bulan

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Aina Emir
Terbitan KarnaDya Solutions
Kau laksana bulan by Aina Emir


"Aku tidak melihat cintamu dengan sepasang mataku... Aku menyuluhnya dengan mata hatiku"


Eh tak sangka saya dah baca hampir semua buku2 Aina Emir, kecuali Semalam Kubermimpi. Masa dengan alaf, semua tajuk bukunya mula dengan 'se' sesuci seharum setulus. Karya pertamanya dengan KarnaDya, Aura cinta, bagi saya kurang menyengat.. well Kau Laksana Bulan (KLB) cure rasa tak puas hati saya masa baca Aura Cinta dulu. KLB adalah sesuatu yg baru dari hasil tangan Aina Emir kerana menyelitkan unsur suspen thriller yg baik. Dia bijak memilih latar belakang character utama, iaitu seorang penulis bernama Adrianna yg merupakan penulis novel thriller/romantik. Bagi saya Adrianna ni seorang manipulator. Dia
impikan seorang kekasih yang handsome macam Syafik dan yang romantis macam Razif. Tapi Firas yg muncul tidak memiliki kedua-duanya tapi ada sesuatu yg memikat Adrianna. Takdir menemukan mereka dan terlalu byk kebetulan antara mereka spt nama character dan kerjaya watak utama utk novel terbaru Adrianna adalah sama dengan Firas.



Aina Emir byk berkongsi pengalaman menaiki perkhidmatan rel di malaysia spt LRT, Komuter dan ERL dalam buku ini.


berbalik kepada isu Adrianna sbg manipulator. Dia terpikat dgn Syafik sbb dia hensem. Dia terpikat dgn Razif sbb Razif hensem dan pandai berpuisi dan bermain dgn kata2. Syafik dan dia terpisah bila sambung belajar. Razif meninggal dunia.. membawa pertemuan dgn Firas, seseorang yg tidak memenuhi character idamannya tetapi Firas mempunyai senyuman menarik dan peribadi yang baik. Adrianna menggunakan Firas utk mencari maklumat bagi menyiapkan novel terbarunya. Firas kecewa bila tahu dia dipergunakan. apabila kehilangan Firas baru Adrianna tahu dia kasihkan Firas, semasa itu dia mempergunakan Eizlan utk
mengubat hatinya.


macam mana la Adrianna ni. Bila dia dan Firas kembali berbaik, Adrianna bertindak bijak dengan menceritakan semua sejarah silamnya dgn syafik, Razif dan Eizlan. Firas menerima dengan senang hati kerana Adrianna tidak lagi berahsia dgnnya tapi bila Razif yg disangka mati muncul kembali, Adrianna tersilap langkah kerana tak berterus terang dengan Firas meragut kepercayaan firas buat kali kedua.


Yg thrillernya adalah watak Eizlan yg mula obsess dengan dengan Adrianna. Dia jadi peminat fanatik yang ada masalah mental. Adrianna diburu seperti watak-watak utama dalam novelnya... watak Eizlan memang misteri dan memang tak sangka langsung siapa Eizlan sebenarnya.. kena baca la kalau nak tau.


Syafik seorang lelaki yg tidak berpendirian, byk mengikut telunjuk ibunya yg mementingkan status. syafik hampir2 bertunang dgn Adrianna tapi ibu syafik tak suka sbb Adrianna ni tak der kerja tetap, hanya seorang penulis novel. tapi biler novel2 nya meletup di pasaran dan mendapat liputan media, barula terhegeh hegeh nak masuk meminang tambah2 biler tengok Adrianna membesarkan lagi rumah kediaman keluarganya


sure fine whatever
Rinn


Terbitan KarnaDya Solutions
Sinopsis belakang buku:


Selepas SESUCI CINTA, SEHARUM KASIH, SETULUS JANJI, AURA CINTA dan SEMALAM KUBERMIMPI, AINA EMIR kembali lagi dengan sebuah novel romantis yang tentunya mempunyai kelainan daripada novel-novelnya sebelum ini.



Kau Laksana Bulan akan membawa anda bersama-sama Adrianna mengembara ke dunia karya dan alam cintanya!


Dunia penulisan yang diterokai, merenyahkan perjalanan hidupnya. Terlalu banyak 'kejadian' yang membebankan semangat untuk teruskan kerjaya.


Pun begitu, dunia percintaannya tidak mudah seperti diharapkan. Ibunya mahu melihat Adrianna berkahwin cepat, namun harapan dan impian tidak pernah terjadi seperti yang direncanakan. Walaupun sudah ada kriteria yang disusun rapi dalam hal memilih calon, malang baginya kerana sering terperangkap dalam bayangan yang dicpta.


Syafik merupakan cinta pertama, namun terputus buat seketika. Kini lelaki itu kembali mengetuk pintu hatinya. Sementara Razif pula, cinta kedua yang meninggalkan kesan perit dan sakit hinggakan hidupnya terumbang ambik, kecewa, seterusnya menutup ruang-ruang di hati untuk bercinta lagi. Firas, pemuda yang berbeza karakter daripada kriteria yang ada. dalam begitu, lelaki ini mampu mengganggu konsentrasinya. Akhir sekali, masih ada Eizlan yang muncul secara misteri dan kini mula menghantui hidupnya!


"Kau laksana bulan yang menyinari hidupku... dan akulah punggukmu yang sanggup menanti sang bulan tersenyum di langit."


Kau Laksana Bulan pastinya merupakan novel yang mendebarkan dan akan membuat anda mahu terus membaca untuk mencari jawapan kepada teka-teki dalam perjalanan cerita!


RM19.90
530 muka surat