Monday, July 28, 2008

Satu Penantian

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Aina Emir, Bikash, Mimie Afinie
Satu Penantian (Kumpulan Cerita Menarik) by Aina Emir, Bikash Nur Idris, Mimie Afinie


Terbitan KarnaDya Solutions 2008


Ekcili ni kali kdua baca nopen yg terkandung dlm buku ni. Sebelum ni tak sempat nak review. Sebab utama beli nopen ni adalah kerana tercetaknya nama 'bikash' di cover buku ni. hehe.. agaknya kalau bikash tulis novel tajuk "itik yang baik" pun saya akan beli! hehe.


Bagi yang suka cerita pendek dan menarik, cepat dibaca sesuailah memiliki nopen yang sebegini. Nopen ini mengumpulkan penulis2 yang ternama dan sudah mempunyai Novel2 box office yg mendapat sambutan. Alamak, macam teringin lah pulak nak baca novel pendek baru dari Oshun Muhamad :) Ekcili citer Bikash pun ada unsur-unsur komedi mencuit hati jugak especially dalam "Dalam Hati Ada Cinta" :)


5 kisah yang dilayarkan dalam Nopen ini adalah NKVE-Di Sebalik Tragedi, Dalam Hati Ada Cinta, Dogma 2 Hati oleh bikash nur idris, Satu Penantian by Aina Emir dan Buat Hati-hati yang Pernah Kulukai by Mimie Afinie.


1. NKVE - Di Sebalik Tragedi
bagi saya ini adalah genre baru utk Bikash kerana kisah2nya sebelum ni banyak menekan cinta sepasang kekasih. NKVE-DST ini lebih kepada kemanusiaan dan kasih sayang sejagat. Kisah ini membuka kisah di sebalik kisah. Kita mungkin pernah baca mengenai tragedi ini di dada2 akhbar tapi Bikash membuka kisah Abdul yang tersembunyi di sebalik tragedi ini.


2. Satu Penantian - Aina Emir
Ha! ni kisah kawin paksa. Satu2nya anak lelaki Zaharah yang berada di luar negara enggan pulang melainkan kalau ibunya menunaikan kehendaknya mahu berkahwin dgn wanita yang telah ditetapkan ciri2 yang dimahukannya, kalau tidak, Aidan enggan pulang ke tanah air sampai bila2 dan berkahwin dengan gadis Montreal. Zaharah terpaksa keluar masuk kampung mencari janda muda yg mempunyai anak sekurang-kurangnya seorang dan hidup dalam kemiskinan utk dijadikan menantu seperti yang dikehendaki Aidan.


Ameera, selain dari cantik, tinggi lampai, cerah kulitnya, dia amat menepati ciri2 yang Aidan mahukan... Demi keluarga tercinta dan anak tersayang, Ameera menerima pinangan ibu Aidan dan berdebar menunggu takdir yang mendatang.


3. Dalam Hati Ada Cinta - Bikash Nur Idris
part pengepit kuku, novel dan payung dalam beg yang besar tu reminds me of myself. aku pun kalau dtg opis bawak benda2 tu dlm beg. balik kg pun bawak. jalan2, ronda2 pun bawak. haha. Aku rasa macam penah pegi jer Apple Printing tu.. Ni kisah cinta alunan Bikash yang saya sudah biasa. Memang tak jemu dibaca dan sentiasa mengundang senyuman. :)


Qismina adalah gadis lepasan spm yg bekerja sementara di kedai percetakan. Jodoh kakak2nya semuanya berpunca dari ibunya secara sengaja atau tidak sengaja.. bukannya ibu nya ni jenis rekemen orang, tapi apa saja yang anak2 buat utk ibunya sentiasa menyebabkan mereka terserempak dengan jejaka yang menjadi jodoh mereka.. seperti sumpahan manis.


Disebabkan ibunya jugalah tetiba jer Qis termasuk ke dalam kereta seorang jejaka yang langsung tidak dikenalinya. Kereta sejibik sejibon macam keta Kak Juhara yang sepatutnya membawa dia ke tempat kerja. Pertemuan itu tanpa sedar mengikat hati mereka. Namun Qis seperti kecewa apabila menerima kad jemputan perkahwinan dari 'abg keta proton'. Tibalah giliran ibu Qis memainkan peranan terbaiknya utk menyatukan dua hati yang saling menyinta ;)


4. Buat Hati-Hati Yang Pernah Kulukai - Mimie Afinie
Tajuk yang menggambarkan penyesalan hati seorg perempuan. Leya bukanlah seorg perempuan yang jahat atau nakal. Dia gadis biasa yang menerima cinta yang datang dlm hidupnya. Syam sgt menyintainya dan merupakan kekasihnya sejak zaman sekolah lagi. Dunia pekerja membawa dia jauh dari Syam dan mengenalkan dia kepada Khai yang romantis dan penyayang. Dia tidak mahu menduakan cintanya. Hubungan dgn Syam diputuskan.


Ariff, bos Leya sudah lama menaruh hati kepadanya. Dia sering cuba menyakitkan hati Leya apabila terserempak Leya bermesra dgn Khai. Kata2 Ariff menyakitkan hati menyebabkan Leya membenci bos barunya itu. Kemesraan Khai mula melampaui batas mebuatkan Leya lemas dan terkenangkan Syam yang jauh lebih baik dari Khai. Hubungan dgn Khai ditamatkan. Ariff terus masuk line dan cuba memenangi hati Leya.


Pertunangan Syam membuatkan Leya kecewa, hilang sudah peluangnya utk kembali pada Syam. Leya sah2 tak nak kat Arif tapi Ariff seperti memaksa dan mungkin rasa kecewa dgn pertunangan Syam membuat Leya setuju utk memberi peluang kpd Ariff, tapi tu la, Ariff tu bukannya jenis cemburu tanda sayg, ni jenis cemburu buta dan kata2 yg menyakitkan hati selalu dilemparkan kepada Leya. Tindakan Ariff transfer sahabat baik Leya, Zain, jauh dari Leya menyebabkan Leya nekad utk berhenti kerja dan meninggalkan Ariff.


Dia pulang ke kg dgn kekecewaan berganda apb mengetahui majlis perkahwinan Syam semakin hampir. Membuatkan dia sedar bagaimana rasa bila dikecewakan, dia dpt merasakan kesakitan jiwa yg dialami Syam, Khai dan Ariff. Dia terlalu kecewa sampai tak nak tengok langsung foto tunangan Syam. Kalau lah dia tengok tentu dia tak sesedih itu :)


5. Dogma 2 Hati - Bikash Nur Idris
Perkara pertama yang saya buat biler nak baca tajuk ni adalah search maksud 'dogma'. Tak paham langsung apa maksud perkataan tu. So translation yang paling mudah utk perkataan ini adalah 'kepercayaan'.


Berbeza dgn Dalam Hati Ada Cinta, kisah ini juga ada daya tarikannya dan membuatkan pembaca menitiskan air mata. Sebuah akademi mengumpul pelajar2 dari golongan 'somebody/someone' dan golongan 'no one' yang biasanya dpt masuk ke akademi itu atas sokongan seorang someone. di kolej tu golongan some dan no tidak bertegur sapa dan bercampur gaul. Sirhan sedar keadaan dirinya dan menggunakan masa belajar sepenuhnya utk menjayakan diri. Cinta Mimya tidak dihiraukan tapi sinar mata Saraya, seorg some, sering menarik perhatiannya.


Puduraya menemukan mereka dan di kampung Sirhan mereka saling mengenali. Sirhan menyedarkan Saraya tentang kesungguhan ibu bapanya bekerja adalah demi kepentingan masa depannya dan bukan niat mereka utk membelakangi Saraya. Saraya mula berfikiran positif tentang keluarganya. Keluarga Sirhan mula disayanginya.


Kembalinya mereka ke akademi membuatkan Saraya resah. dia cuba mencari peluang mendekati Sirhan tetapi Sirhan memintanya menjauhkan diri. Saraya benar2 menjauhkan diri. Dia menghilangkan diri dari akademi kerana menghormati prinsip Sirhan.


5 tahun kemudian Sirhan terpaksa pulang ke kampung. Ada org datang merisik!


sure fine whatever
rinn



Sinopsis belakang buku:


Satu Penantian memuatkan lima kisah menarik daripada penulis-penulis kreatif tanah air yang berpengalaman. Ada kisah yang dipaparkan mengandungi plot2 yg menyayat hati, ada yg lucu & ada yg lebih serius. Namun, semuanya menghiburkan dan menyentuh perasaan.


NKVE - Di Sebalik Tragedi
Satu Penantian
Dalam Hati Ada Cinta
Buat Hati-hati Yang Pernah Kulukai
Dogma Dua Hati


Satu Penantian (berbentuk novel pendek atau NOPEN) mampu menjadi teman anda ketika sedang bersantai dgn ahli keluarga atau sedang dlm perjalanan menuju ke destinasi anda!


RM17.00
380 mukasurat

14 comments:

  1. laku jugak yer nopen ni. saya tengok kat mph alamanda baru sampai stok baru yg banyak utk nopen ni :)

    ReplyDelete
  2. yeah..finally dapat pinjam kat libry... cuma suka Dogma 2 Hati > Sirhan & Saraya (cam sweet gitu Saraya pulak masuk minang Sirhan..hehehe) & Dalam Hati Ada Cinta > Qis & Adam [abg kreta proton..]...

    ReplyDelete
  3. satu penantian pun menarik jugak. They both learn to build up trust.
    kalau citer bikash saya mmg suka part yg sweet sweet jiwang2 hehe.

    ReplyDelete
  4. Memang best NOPEN Satu Penantian nie.. Bikash punya karya tak payah ceritalah.. Dah mestinya saya akan suka karya Penulis kegemaran saya nie.. Karya Aina Emir & Mimie Afinie niepun menarik gak.. Rasa nak mula kumpulkan gaklah karya mereka berdua nie...

    ReplyDelete
  5. kan? kan? kalau karya Aina Emir yang paling saya suka adalah Sesuci Cinta, ermm Seharum Kasih pun menarik juga.. kalau Mimie Afinie tentula yang best sekali Masih Ada Rindu & Kalau Ada Jodoh. :)

    ReplyDelete
  6. nk beliii but x penah nmpk pon...tunggu bookfair thn dpn la..hehehe..kat pwtc cm byase...hehe

    ReplyDelete
  7. nopen ni saya beli kat mph jer... masa tu baru kuar.. skrg ni taktau la ada lagi ker tidak.. tapi lagi untuk beli kat pestabuku... koman2 ada diskaun 20%!

    ReplyDelete
  8. x pe la cmtu..tunggu thn dpn je la..kumpul dwet..pastu boronggg...cm taun ni..aritu gi bli borong novel..haha..beshh

    ReplyDelete
  9. tula tahun lepas borong buku macam shopping kat pasar borong. menyenget jer bawak buku naik tren.

    ReplyDelete
  10. hahaha..same la..penat giler..seb bek gi 3 org..leh mntk tlg bwkkan sket..haha..besh sbb dpt jumpe aina emir..sukee

    ReplyDelete
  11. haa!! mesti tangkap gambar kat vespa merah tu.. hehehe.. kiter pun sempat gak gi menempek kat situ.. kebetulan masa tu mimie afinie pun ada.. bestnya.. hehe

    ReplyDelete
  12. aritu fad gi hari last...x jmpe mimie afinie..jumpe aina emir je..pastu kat JS ade gak but lupe laa..nnty check balik..hehehe...yup..mmg amek gambo dkt vespa merah tu..lawaa

    ReplyDelete
  13. rindu pulak kat citer vespa merah nih :D

    ReplyDelete