Tuesday, July 8, 2008

Gadis Bermata Biru

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Khairuddin Ayip
Gadis Bermata Biru by Khairuddin Ayip
Terbitan Mastika Publisher 1988


Jee seorg anak muda cemerlang yg bakal menghadapi STPM. Kepulangannya ke kg utk mendapatkan byran yuran peperiksaan menemukan dia dgn kebenaran yg rumahnya sudah tergadai akibat huang sedikit2 yang dilakukan oleh arwah ayahnya demi menyara mereka sekeluarga. disebabkan hutang berjumlah RM2000 dan makin berbunga-bunga, tanah pusaka mereka tergadai. Jee mendendami manusia kaya yang menindas.


Ayu, si gadis bermata biru adalah rakan sekolahnya. Ayu sangat menyenangi Jee yang berjiwa penyair. Jee menjual rotan utk menampung perbelanjaannya.


Jee bertindak berani meluahkan apa yg terbuku dlm hatinya terhadap lelaki yang menipu tanah pusaka keluarganya di hadapan penduduk kampung ketika sesi ucapan utk meraih undi. Itu telah menimbulkan dendam di hati En. Bakhtiar dan Tok Penghulu yang korapsi. Cubaan mengambil balik tanah pusakanya telah menyebabkan Jee dipukul orang2 Bakhtiar sehingga masuk hospital. Hadiah Tokoh Kepimpinan sekolah yg diterima Jee menjadi tidak bermakna apabila hadiah itu disampaikan oleh YB En. Bakhtiar Borhan. Semakin parah luka Jee apabila di hari jadi Ayu dia mengetahui bahawa YB Bakhtiar itu bapa Ayu. Melengkapkan kedukaan itu, ibunya yg tersayang pergi utk selama2nya mengadap ILAHI. Perit sungguh dugaan buat anak semuda Jee yg berhati waja. Jee nekad menjauhi Ayu.


Takdir menemukan En. Bakhtiar dan Jee di hospital. Nyawa En. Bakhtiar masih panjang dengan sumbangan darah dari Jee. Jee berharap dgn mengalirnya darahnya dalam pembuluh darah En. Bakhtiar akan menyerapkan kemanusiaan ke jiwa lelaki itu.

Akhirnya Jee dan Ayu bertemu semula, by accident, literally. Ntah ler idup ker mati Jee tu.. cerita tamat di situ.

Tajuknya mungkin akan membuatkan pembaca merasa ini kisah remaja riang ria.. tapi ekcili ini adalah kisah yg agak heavy yang berlatar belakang kan zaman 80-an, suasana kekampungan yang masih segar. namun ending tu buat saya rasa 'unresolved'


sure fine whatever
rinn



sinopsis belakang buku:

Cinta yg besar membuatkan jiwa manusia besar, tetapi berapa ramai yg berhasil memiliki nya?


Ayu mencintai Jee, tetapi Jee berusaha menolak kerana menyedari dirinya serba kekurangan.

"Aku bermata hitam, engkau bermata biru, siapalah aku..."
"Apa Jee cakap ni?"


Hati remaja memang tidak pernah mengerti!


Jee terus mendendami En. Bakhtiar. Keraa lelaki itulah dirinya terlantar di hospital dan harta pusaka arwah ayahnya tergadai. Di majlis hari jadi Ayu, mereka bertemu. Tahulah Jee siapa En. Bakhtiar. Bagaimanakah hubungannya dgn Ayu?


Tiba-tiba ibu Jee meninggal dunia. Bagaimana nasib Jee dan adik2nya?

Sekali lagi Khairuddin Ayip menyangguh sejumlah kesedihan untuk anda. Novel ini utk remaja yg berjiwa besar tetapi sering merintih...

RM2.25
100 mukasurat

8 comments:

  1. penulisan akan segar bila kita membacanya. kalau novel yang nampak dah nak lebur pun saya akan baca :)

    ReplyDelete
  2. best kak rin ni...
    cun xde masa nak membaca...
    ada lg 28 buah novel tersadai kat rak buku...huhuhu

    ReplyDelete
  3. 28...! banyaknya...sy 1 pun blom smpai lg..hu..hu... ; (

    ReplyDelete
  4. tu la pasal...bukan susut bila non-stop membaca...tapi makin bertambah bilangan lak...musykil

    ReplyDelete
  5. novel ni sy tak pernah baca lagi..tp kalo novel Tuai Padi Antara Masak karya penulis yg sama sy pernah baca...buku tu memang best..tp sayang tak diulang cetak lgi..sy tercari2 sesiapa yg ader buku ni..

    ReplyDelete
  6. Tuai padi antara masak? menarik tu... nanti kita ramai2 jengah2 kot2 terjumpa buku ni. teringin gak nak baca :)

    ReplyDelete