Showing posts with label cintasekolah. Show all posts
Showing posts with label cintasekolah. Show all posts

Saturday, November 10, 2012

Jatuh Cinta Lagi

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Rehal Nuharis
Jatuh Cinta Lagi

Penulis: Rehal Nuharis
Mini Novella
Terbitan Fajar Pakeer
RM8.90
Sabah/Sarawak: RM11.90



Kisah cinta kedua. Sekali terluka jangan serik untuk membiarkan cinta kedua mengubatinya.



Baru di tingkatan 6, An Nur Sudah putus tunang dengan sahabat sepermainannya, Razif. Pertunangan itu diaturkan oleh atuk-atuk diorang. Razif menyedari tiada cinta untuk sahabatnya itu lalu pertunangan mereka diputuskan. An Nur kecewa kerana sekian lama dia menyemai perasaan kasih buat Razif. An Nur membuat keputusan utk menyambung pelajaran ke tingkatan 6 di sekolah lain.



Kehadiran Adzim mencuri perhatinya tetapi dibuat tak endah kerana ada peristiwa antara mereka yang membuat An Nur untuk mengangkat muka memandang Adzim, lagipun sahabat baik An Nur turut menyimpan perasaan kasih terhadap Adzim. Adzim juga pernah kecewa bercinta. Amboi diorang ni... baru tingkatan 6 dah mula mencari cinta kedua untuk mengubat hati.



Penceritaan penulis menggunakan nada dewasa untuk melagukan kisah ini membuatkan kisah ini terasa matang dan serius walaupun watak-watak utamanya adalah remaja di tingkatan 6. Kalau baca sinopsisnya memang tak sangka langsung ini kisah alam persekolahan. Kisah yang pendek diceritakan dengan baik dan tidak meleret.



sure fine whatever

rinn



Blurb/Sinopsis



Pertemuan tanpa dirancang antara An Nuur dan ADzim membuatkan mereka berkongsi rasa yg sama. Masing2 kecewa dgn cinta pertama. Dalam An Nuur cuba mengubah hidupnya bersama teman baru, Razif kembali untuk

menagih kesetiaannya.



dlm kekalutan yg singkat, mainan perasaan menghantui empat hati ini. Izan cintakan Adzim sedangkan Azim sudah mula menyukai An Nuur. Razif yg dahulunya meninggalkan An Nuur semata-mata utk Dilla kini mula faham yg Dilla tidak mampu menjadi seperti An Nuur. Apakah An Nuur akan jatuh cinta lg kepada Razif, bekas tunangnya atau memilih Adzim lalu mencalarkan persahabatan antaranya dgn Izan? Atau sebaliknya?



"Kalau dia jodoh awak, dia akan cari awak."

Monday, October 10, 2011

Prince Charming

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ratu Bulan
Prince Charming
Editor: Suri Mohd Adam / Sari Hermawati
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan Fajar Pakeer
Cetakan 1: 2010
496 mukasurat
RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90
9789673650163


"Dia memang tak romantik, tetapi bila dia jadi romantik, orang lain pun boleh jadi angau"


Ni kisah budak sekolah yang ala-ala cerita-cerita highschool amerika yang ada team football dan ramai gadis di sekolah tergila-gilakan mereka. Bila membaca versi Malaysia cerita team bola sepak sekolah yang digilai ramai gadis, terasa seperti budak-budak sekolah ni lebih pentingkan bolasepak dan cinta sahaja. Memang menarik kisah misteri Carta Prince Charming tu, tapi bagi pompuan pangkat mak-mak macam aku ni rasa risau pulak memikirkan anak-anak pergi sekolah, ini lah antara kerjanya dan kegilaannya. Umur 17 tahun ke bawah dah serius mencari cinta. Kalau latar cerita dan latar usia dinaikkan ke peringkat pelajar kolej atau universiti, mungkin lebih selesalah aku membacanya (kot). :)


Watak paling intersting dan unik dalam cerita ini adalah Nazrul. Memang aku tak pernah lagi membaca kisah santai menceritakan watak komplikated seperti Nazrul. Mungkin cara penceritaan yang santai membuatkan Nazrul dan masalah 'split personality'nya tidak terasa sesuatu yang serius atau membahayakan. Lawak juga membayangkan Nazrul yang sedang terlena dalam mesyuarat boleh tiba-tiba panggung kepala dan memberi maklumat berkaitan apa yang dibincangkan. Hehe... mesti lawak muka Nurul pada masa itu :D Nazrul ni tak boleh ingat nama sekolah tapi dia boleh ingat nama Pengetua sekolah. Sekolah Haji Mansur, Sekolah Haji Harun. haha... lawak giler.


kisah ini bermula dengan kejadian Nurul mengoyak carta prince charming yang menjadi pujaan gadis-gadis sekolahnya. Dia seperti terkena sumpahan carta apabila hampir-hampir terlibat dalam kemalangan ngeri, namun dia diselamatkan oleh seseorang yang memakai sweater pasukan bola sepak. Dia mula tercari-cari siapakah penyelamatnya sedangkan sebelum ini dia langsung tidak berminat dengan pasukan bola sepak sekolahnya. Sofea telah memasukkan nama Nurul dalam senarai calon temuduga sebagai pengurus pasukan bola sepak sekolah. Kejayaan Nurul mengejutkan Nazrul dari lena membuatkan budak-budak team bola sepak sangat kagum dan teruja. :)


Nazrul ni ada 'sleep disorder' yang serius. Dia boleh terlena di mana-mana saja pada bila-bila masa. Rasa macam tak sesuai pula meletakkan dia sebagai penjaga gol. Memang pernah dia terlena di pintu gol. Sabar jer aku.


Rezza dan Fiq adalah prince charming yang sentiasa mendapat tempat di hati gadis-gadis sekolah. Nurul pun terpikat juga tapi siarannya sering terganggu dengan kehadiran Nazrul yang sering memaksa Nurul menukar tumpuan.


Kehadiran 'Nazrin' dalam diri Nazrul membuat Nurul rasa lebih selesa. Baginya 'Nazrin' baik dan gentleman. Nazrul lebih suka mencari gaduh dan berbalah dengan dia. Ada dua misteri yang Nurul (dan pembaca) nak tahu, siapakah pembuat Carta Prince Charming dan siapakah Nazrin yang sebenarnya dalam hidup Nazrul. Dua jiwa dalam satu badan? hmmm...


Cerita remaja ini diakhiri dengan Nurul dilamar sebagai kekasih hati seorang Prince Charming yang berjaya mencuri hatinya setelah mereka berdua ditabal sebagai pasangan ideal dalam sebuah 'annual dinner' kampus. Ni membuat kita terfikir lagi ala-ala seperti 'prom night' sekolah dalam filem-filem remaja highschool Amerika. Walaupun ada kisah cinta budak sekolah, tetapi tak ada adegan yang tak sesuai dibaca oleh budak-budak. Terima kasih penulis :)


Bagi aku kalau cerita melibatkan watak-watak budak sekolah ni lebih baiklah elakkan kisah cinta-cinta sebab budak-budak sekarang ni memang dah betul-betul ikut budaya barat. Jalan peluk-peluk, pegang tangan, bergurau-gurau manja, malah bercium di tempat public pun ada. Siapa penah ternampak? Kalau mencari terbitan Fajar Pakeer, bagila anak-anak sekolah tu baca kisah-kisah FP Junior. hehe. Aku rasa tindakan Fajar Pakeer memberi peluang kepada penulis-penulis yang sudah ada nama popular menulis dalam genre 'FP Junior' adalah sangat bagus kerana menarik perhatian budak-budak sekolah membaca buku yang lebih sesuai dengan umur mereka.


sure fine whatever
rinn


blurb/sinopsis belakang buku:


Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semua gara-gara dia mengoyak carta Prince Charming - carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti memang dia langsung tidak percaya dgn sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan carta Prince Charming.




"Sumpahan Puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku nie? Puteri bunian? Puteri Lindungan bulan?"




Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahjaa prince charming yang dicarinya. Namun untuk mencari Prince Charming bukannya mudah namun dia yakin antara mereka pasti salah seorangnya, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.




Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, "sayalah yg selamatkan awak daripada kena langgar semalam." Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari prince charming!




Antara Rezza, Fiq, Nazrul, Hayrul dan Najmi, siapakah prince charming yang sebenar? Atau bukan dalam kalangan mereka. Ada apa dengan Carta Prince Charming? Siapa yg membuatnya? apakah misteri di sebaliknya? Benarkah sumpahan itu benar?

Friday, January 16, 2009

Dahlia

Rating:★★
Category:Books
Genre: Parenting & Families
Author:Radzemah Bolhassan
Dahlia by Radzemah Bolhassan
Terbitan Utusan Publications
Tahun 2003


"Dahaga kasih memaksa Dahlia meneguk madat asmara..."


Cerita kemelut jiwa anak remaja yang ada konflik dalaman keluarga. Walaupun diulit kekayaan, dia rasa terpinggir dan cuba mencari perhatian di luar. Cerita yang sesuai utk remaja sekolah.

Mengisahkan Dahlia, anak gadis 15 tahun yg ketandusan kasih sayang ibu bapa. Dia menjauhi sahabat karibnya, Sarina utk mendekati Syahirah, Asri dan Maulana. Dia terlibat dalam kegiatan mencuri di pasaraya lalu tertangkap. Dahlia menyangka Muiz mendekati Sarina utk memikat Sarina, namun Muiz sebenarnya bimbangkan Dahlia yang bercampur gaul dengan group yang tidak baik. Kes mahkamah yang melibatkan Dahlia telah memburukkan nama baik bapanya. Mereka bersetuju dengan hajat Dahlia utk bersekolah di kampung. Di sana dia lebih tenang menghadapi PMR. Lia bertemu semula kawan-kawannya di sebuah majlis kesyukuran. Lia hadir bersama surat balasan buat Muiz yang setia menunggu.


sinopsis belakang buku:


Dahlia tahu pada Auntie Hanalah banyak rahsia Puan Zaharah tersimpan dan Dahlia pernah terdengar sekali ibu bercerita betapa dia berasa payah utk memahami ayah. Namun, semua itu tergantung. Bukan Dahlia sengaja utk mencuri dengar tetapi mungkin terlalu asik meluah rasa sehingga ibu tidak menyedari kehadiran Dahli


Akhirnya Dahlia Pasrah. Kemelut yang melanda menuntut luahan rasa. Kasih yang dicari terlindung di sebalik celaan dendam. Dirinya perlukan teman untuk berkongsi rasa.


RM10.00
155 mukasurat
isbn: 9789676114170



Sunday, December 14, 2008

[tunas]

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Hlovate
[tunas] by Hlovate
terbitan Jemari Seni
Tahun 2008


"the aim of life is to live, and to live means to be aware, joyously, drunkenly, serenely, divinely aware (henry miller)"


[tunas] ni tersadai kat rumah di kampung. sebab tu la aku lambat baca. Biler abis jer baca [tunas] aku terus sambung baca aA+bB. Saja nak amik feel. :) [tunas] buat membaca aA+bB jadi lagi best :) rasa macam rancak jer baca buku nih. macam diiringi satu tempo yg laju. Mengekek-ngekek gelak. I really enjoy membaca buku nih. Lagipun nostalgia la baca kisah2 sekolah nih. Aku dulu pun budak sains jugak. Teringat2 zaman2 mengulit buku2 fizik, kimia, bio dulu. Operasi 'tolong kawan' belakang lab pun ada. keh keh. nasib baik terlepas, kalau tak ntah la. Alhamdulillah abis form 5 aku sambung dalam bidang sains jugak tapi sains kesetiausahaan eksekutif. keh keh keh.


Kisah ini dibahagikan kepada 3 bahagian. Bhg pertama Greatroublemaker_i, mengisahkan perjalanan hidup Addin sbg pelajar tingkatan 4 di Kolej Tunas bersama rakan2 pioneernya di situ. Memang con tahap gaban lah geng diorang nih. Bahagian ke2 Greatroublemaker i'm a senior Addin dan rakan2 melangkah ke tingkatan 5. Peranan con terpaksa di underground kan oleh Addin kerana dia terpilih sebagai Head Girl skolah tu. masa form 5 nilah dia bertemu dgn Benz Alif. Budak taiko yg baru kat skolah tu. Kehadiran Magnificient 7 byk memudahkan tugas2 underground Addin, tapi mereka tu jugaklah yang membuatkan dia kelihatan seperti ada apa2 dengan budak taiko tu.


Tindakan Benz menghinanya di tempat public menyebabkan Addin mendendaminya sampai bila2 (nilah yang terbawa-bawa hingga ke kisah aA+bB). Benz dan Addin berpisah tanpa sebarang penjelasan mengapa Benz buat mcm tu. So kenalah baca aA+bB utk tau kesinambungannya :)


Kisah ketiga lebih menumpu kepada Magnificent 7 yang masuk ke tingkatan 5. Paling seronok baca kisah Air-jee & Tina berperang ala2 saintis. siap ada letusan2 nih. hebat betul. Satu projek menemukan mereka dan memaksa mereka bekerjasama dan bukannya saling menentang. Namun projek tulah yang membuat mereka sedar hanya mereka berdua yang memahami antara satu sama lain. orang lain akan jadi blurr tapi mereka terangguk-angguk faham sambil tersenyum puas :)


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


“Akak nak bunga apa? Sebut aje.” Lee pula yang menyambung.
“Bunga ros? Bunga matahari? Bunga carnation? Bunga lili? Bunga raya?” Dia membilang dengan jari tangan.
“Bunga bakawali? Bunga teratai? Bunga orkid? Bunga plastik? Bunga lawang? Bunga cengkih?”


Budak bertujuh itu memandang Addin tak berkelip.


“Tulip ada?”


“Kenapa mesti akak mintak the only flower yang kita orang tak ada?”


A-Cid berpaling ke belakang. “Benz, one red rose, full-bloom, with baby's breath in a bouquet, please. Wrap with white organza." Dia memetik jari. “Pink ribbon.”


Benz memandang A-Cid dengan muka yang tak boleh dibaca. “The I-Love-You ensemble?" Keningnya terangkat sebelah.
Addin jatuh rahang bawah. The-what???


“A-Cid! Akak memang tak main la benda-benda macam tu....”


“I’m Panah Arjuna. I spread the love.” Selamba dia menuturkan dengan muka toya.


Masihkah anda ingat pada Benz dan Addin, dalam novel aA+bB?


Kini HLOVATE, mengundur beberapa tahun ke belakang, untuk menyingkap sebahagian persoalan, sebahagian rasa dan sebahagian kisah, tentang Addin & Benz serta Magnificent 7 suatu waktu dulu.


----------------------
Kini HLOVATE, mengundur beberapa tahun ke belakang, utk menyingkap sebahagian persoalan, sebahagian rasa dan sebahagian kisah, tentang Addin & Benz serta magnificent 7 suatu waktu dahulu.


ISBN No: 978-967-5118-06-7
RM21.00
540 mukasurat


Friday, October 3, 2008

Bila Nysrah Kata Tak Mahu

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Parenting & Families
Author:Aidil Khalid
Bila Nysrah Kata Tak Mahu by Aidil Khalid
Terbitan Jemari Seni
2008


"Kemunculan pengarang berpotensi ini pasti memeriahkan dunia sastera tanah air
~ Faisal Tehrani, Sasterawan"


Nysrah seorang gadis manis yang penuh emosi, penuh rasa ingin tahu. Sangat real. Kagum betul dengan cara Aidil Khalid menghayati dan melakarkan watak2 pelbagai warna dalam novel ini. Sangat sangat berkesan penyampaiannya.


Cerita ini sangat real, menutup buku ini adalah seperti menutup sebuah akhbar harian. Terasa Nysrah is still around, lingering, tak der closure. Saya kurang puas dgn penutup kisah ini walaupun penulis sendiri membuat special appearance di akhir cerita. Saya masih tertanya-tanya.. apa khabar Nysrah sekarang? Betul2 macam baru lepas baca berita dalam newspaper. Cerita yang sama sekali tidak mengarut, amat mendebarkan, menyakitkan.. aduh seperti ada tangan yg meramas jantung. Reality bites. Jgn salah faham ye. Delivery citer ini bukan seperti delivery berita dalam akhbar, cuma perasaan saja rasa macam tu. Kisah ini sangat tersusun, tidak memeningkan. Ini sekadar luahan rasa seorg pembaca santai.


Memang susah nak berenti bila dah mula membaca kisah ini. Nysrah seperti open target. Bila2 masa saja dia akan kena peluru sesat. Dirinya sentiasa dlm bahaya dan org sekelilingnya seperti tak peduli. Kalau saya seorang ibu membaca kisah ini gerenti saya takkan benarkan anak belasan tahun saya belajar2 jauh2 begitu. Bayangkan orang yang tugasnya menjaga keselamatan yg menjadi orang yang meragut segala-galanya dari Nysrah. Penyelamat-penyelamat yang digaji dalam kisah ini yg menjadi duri. Budi yang hanya mahu berbudi ketika Nysrah masih suci juga menjadi elemen penyumbang kepada rasa sakit hati. Apa khabar ya Nysrah sekarang? Rasa kerisauan terhadap Nysrah hampir sama darjahnya dgn risaunya saya dengan keselamatan adik2 saya (saya ada 4 adik perempuan).


Nysrah seperti menerima pembalasan dari ketelanjurannya dgn Budi tetapi insan2 lain yang 'tidak baik' dalam citer ni ada juga yang tidak menerima pembalasan setimpal.. tu salah satu sebab lagi membuat saya tak puas membaca kisah ini. Seperti masih ada lagi perkara yang perlu disampaikan. Aduh, nampak sangat saya membaca utk lari dari realiti kan? hmmm apa khabar ya Nysrah sekarang?


sure fine whatever
Rinn


Sinopsis belakang buku:


Apa yang Nysrah tak mahu?


Cerita ini mengungkap tentang Nysrah, si manis 17 tahun yang berkereta api sendirian, berulang alik dari Tanah Merah ke Bahau pada setiap kali cuti sekolah tiba. Cerita penuh debar, penuh benci, penuh sinis, penuh pengajaran, namun sarat dengan hakikat ini, akan membuat kita berfikir seratus kali, sebelum melepaskan anak gadis berkelana malam-malam seorang diri ke mana-mana!


Kenapa pula Nysrah tak mahu?


Inilah sebuah cerita tentang Nysrah, dan perjalanannya. Tentang masa indah bersama teman-teman, jua tentang rasa indah dalam usia suntinya tatkala hatinya disapa kasih dia. Namun kenapa ada yang tega calarkan citra indahnya?
Cerita Nysrah dengan dia. Cerita Nysrah dengan Dia.


Aidil Khalid menulis secara telus dan lantang. Penulis muda, mantan Minggu Penulis Remaja (MPR) 2007 – anjuran Dewan Bahasa & Pustaka ini, memaparkan isu yang tidak terduga. Pelajar perundangan ini mempertaruhkan naratif yang jitu untuk membawa Bila Nysrah Kata Tak Mahu ke dunia sastera.


Harga: RM18.00
ISBN No: 978-967-5118-05-0

Wednesday, August 27, 2008

Joget Cinta Pertama

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Matt Romeo
Joget Cinta Pertama by Matt Romeo
Terbitan Creative Enterprise Sdn bhd
Tahun 1994


"Relakah emak melihat anak emak ini menderita? Sanggupkah emak melihat anak emak ini berbinikan perempuan yang bernama jantan? Sampai hatikah emak membiarkan anak emak memeluk kaki katil pada malam pengantinnya?"


Masa korek2 kotak kemas rumah kat kampung terserempak dgn buku lama ni. Ntah la sapa punya. Matt kembali dalam kisah Joget Cinta Pertama ini dan memang dari sekolah lagi tahap miang dia aduih.. bukan main. Matt ni dalam hati lain, cakap yg terkeluar lain. Control gitu. Disebabkan rasa sayang yg meluap2 buat haslinda dia mengirimkan warkah cinta kpd gadis cantik itu. Tak sangka pulak haslinda tu nak sambut salam cinta Si Matt hingga jadi couple glamer kat skolah.. first time aku baca pepatah ditelan mati katak diluah mati pucuk. aduih.. memang gelak jer biler layan citer nih.


Bukan saja haslinda yg syokkan Matt ada jugak la hati2 lain yg terpikat termasuklah sorang gadis bersama Azizan tapi matt terang-terangan reject sbb tak lawa. Percintaan dgn Haslinda telah menjadikan seorg yg lebih rajin belajar sbb Haslinda rajin bertanya tentang pelajaran kpdnya.


Walau bgmanapun ada pertelingkahan keluarga berkaitan dgn tanah Tokwan Matt dengan bapa Haslinda.. Berjayakah Matt berbinikan Haslinda?


sure fine whatever
Rinn



Sinopsis belakang buku:

"MUlanya dia buat hal juga"
"Hal macam mana?"
"Dia terus buka seluar... huh, buruk betul. Nampak macam katak tak pakai baju!"
"Ah, tak senonoh."
Haslinda mencubit lenganku dan sekaligus memaksa aku mengaduh kecil.
"Cakaplah betul-betul Matt... dia buat apa?"
"Okey." Aku meneguk liur.


RM10.90
180 mukasurat
isbn 9838931411

Monday, August 25, 2008

Kau Kesayanganku

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Shamimi Subri
Kau Kesayanganku by Shamimi Subri
Terbitan Pekan Ilmu Publications Sdn. bhd
Tahun 2008


Gaya penceritaan kisah cinta remaja yg sesuai dgn remaja yg sukakan bacaan santai dan tidak berat. Kisah gadis cantik yang digilai ramai jejaka. Ally namanya. Dia ni bakal amik STPM. Fariz Mukhriz ketua pengawas yang cintakan Ally tapi cara dia menunjukkan cinta tu memang mengong. Adakah dgn cara menyakitkan hati sigadis akan menjadikan si gadis membalas cintanya? Yg si Ally tu pun dalam benci2 tak suka seperti cover for Fariz mukhriz pulak especiallya masa dia dipaksa Fariz Mukhriz utk bersukan walaupun kakinya sakit. Memang patutpun Ally ignore org hampeh cam Fariz mukhriz tu. Ran yg hampir menghembus nafas terakhir pun turut mencuba nasib meluahkan perasaan cinta pada Ally. Ally lebih kpd bersimpati seorang sahabat.


Satu hari ally dimaklumkan yang dia sudah ditunangkan dgn orang London sejak berusia 4 tahun. ally ni bukan anak derhaka so dia menerima saja dgn syarat dia tak mahu tahu apa2 tentang bakal suaminya shinggalah hari dia dinikahkan. Penulis cuba menjadikan watak bakal suami ally sb elemen of surprise tapi kurang terasa 'curiosity' nya walaupun baka l suaminya memang tak disangka langsung. Watak e-jump/qadri/qayyum kurang menyengat walaupun dia sebenarnya puncak terurainya misteri romantis kisah ini. Kalau sentuhan kisah ini lebih teratur dan matang, tentu sangat menarik hasilnya. Yg betul2 berjaya buat saya terkejut adalah bila Siti (kwn baik Ally) bersanding dgn along yg sweet tu :) Watak Julia diselitkan di hujung2 cerita utk menggegar istana cinta dan semuanya langsai dgn pantas dan they lived happy ever after (and a baby coming soon) :)


sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku


semalam aku mengenal cinta dan esoknya aku mengenal erti tiada. Kelemasan aku dalam kekecewaan. Dan hari ini aku dalam kebahagiaan.

Kasih sayangku ini tidak pernah luntur walau badai taufan mlanda sekalipun. aku takkan pernah berubah hati andai kata ujian tiba bersama dugaan yg maha hebat.


Namun, aku akan terus jua andai kesetiaanku ini diragui oleh mu. Percayalah aku tidak pernah goyah dgn kesetiaanku, malah cintaku juga semakin hari semakin membara.


RM13.90
240mukasurat

Monday, August 4, 2008

Mencari Diri

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Lily Haslina Nasir
Mencari Diri by Lily Haslina Nasir
Terbitan Creative Enterprise Sdn Bhd
1995


"Terlalu mahalkah harga pendirian lelaki itu"
"Inikah hasil cernaan fikiran gadis yang abang kagumi. Inikah dia wahana gadis yang menjunjung budaya Minang? Budaya yg mengangkat martabat wanita? Syg gadis itu tersilap perhitungan. Perkiraannya jelas menghumbankan wanita ke kelas ketiga!"


Kisah kolej yang seperti ni membuat saya teringatkan zaman2 saya belajar di kolej dulu. macam2 pengalaman ada.


Kisah ini tentang Yana dan Azmi. Ada cinta antara mereka namun isu 'gadis Minang' selalu menjadi punca pertengkaran antara mereka, dari sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya hingga kan bermasam muka. tapi bila berjauhan mereka mula merindu. walaupun mereka selalu bergaduh, mata spotlight Yana sudah memikat hati Azmi. Mata mereka boleh berbicara dalam bisu. rasanya kalau nak bahagia, diorang ni kena berbicara dgn mata jer.. kalau cakap jer, ada la benda yg nak digaduhkan :) hehe


Bila keangkuhan bertemu keegoan, alangkah sulitnya percintaan ini.


Tak puas rasanya baca kisah ni. Mungkin sebab rasa tak ada closure untuk Azmi dan Yana.


sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:


Terlalu berhargakah prinsip dan pendirian Azmi? Sehingga terputusnya jalinan perkenalan yang berputik dengan Dayana. Betapa pun prinsip dan pendirian yang dipertahankan turut menggigit jiwanya dek rindu yang mencengkam.


RM12.90
194 mukasurat
ISBN 983-893-269-8

Tuesday, July 29, 2008

Bintang Hatiku

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Khairuddin Ayip
Bintang Hatiku by Khairudin Ayip
Terbitan 'K' Publishing & Distributors Sdn. Bhd 1989


Citer ni sesuai utk golongan sekolah menengah .. lebih dekat di hati. Saya kali pertama baca buku ni pun masa di sekolah menengah. Masa kemas2 laci balik kampung hari tu terjumpa buku ni.. kertasnya ada yang dah tercabut, tapi saya selotep balik. Kira operasi baikpulih lah. hehe. Saya ingat lagi masa baca buku ni dulu merambu rambu air mata mengenang nasib Amira sbg artis baru. Tadi masa saya ulang baca buku ni, sangka saya takkan la nak ternangis lagi.. tapi gaya penulisan Khairuddin Ayip memang menyentuh perasaan. Terkedip2 mato menahan air mata menitis ni.. dh la baca kat opis. hehe.

Kisah ni tentang Amira. Dia dilamar syarikat rakaman setelah menjuarai pertandingan nyanyian. Ayahnya memang dari awal tak merestui minatnya itu dan menganggap Amira membawa sial kpd dirinya. Kelahiran Amira melambangkan zaman keruntuhan buat En. Dahari. Dia lebih sayangkan Azimah berbanding Amira. Ibu Amira sentiasa menyokongnya dan disebabkan ibunyalah dia mula menapak ke dunia nyanyian.


Menjadi pelajar dan penyanyi pada masa yang sama memang sulit. Gosip yang ntah dari mana memburukkan nama Mira dan sekolahnya. Lagi memeningkan kepalanya apabila ayahnya bercinta dan akan berkahwin dgn ibu Bad, boyfriend dia! Yg nangis tu sbb kesian kat Amira dan geramkan En. Dahari yang tak abis2 nak marah2 Amira dan ibunya. Amira ni belajar tak der la pandai sangat, dia pelajar yg sederhana. Masalah yg bertimpa timpa menyebabkan pelajaran nya merosot.


Walaupun last2 tu En. Dahari tak jadi kawin ngan mak Bad, tapi ada chance ker Amira ngan Bad tu. hmm bygkan nak ker En. Dahari & isteri berbesan dengan x mak we yg hampir2 dikahwini.. adus.. kesian Amira!


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Bintang Hatiku memaparkan kisah suka duka Amira, pelajar tingkatan 5 yang berminat dlm bidang nyanyian namun mendpt tentangan daripada ayahnya. Bermula dari mnjuarai pertandingan Juara Wilayah, dia ditawarkan menjadi recording artist. Dlm waktu yg singkat, dia sudah dikenali sbg penyanyi. Melalui liku sbg artis tidaklah seindah yg dijangka.


Dunia nyanyian tidak mengundang kebahagiaan kecuali kepedihan. ini menyebabkan dia mengambil keputusan utk bersara. Pd hari terakhir persembahannya, dia mengharapkan ibu dan ayahnya hadir, tetapi tidak muncul2. Dgn jiwa tertekan dia menyanyi utk kali terakhir. Selesai persembahannya, ayahnya tiba2 muncul. Adakah ayahnya meneruskan hasrat utk berkahwin lagi? Bagaimanakah pula perhubungannya dgn Badlizaman? Bab-bab terakhir menceritakan kesemuanya...


Khairuddin Ayip, penulis kreatif yg bertugas sbg pendidik ini sekali lagi berjaya menghasilkan karyanya dgn bahasa yg segar dan memikat hati pembaca.


127 mukasurat

Tuesday, July 8, 2008

Gadis Bermata Biru

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Khairuddin Ayip
Gadis Bermata Biru by Khairuddin Ayip
Terbitan Mastika Publisher 1988


Jee seorg anak muda cemerlang yg bakal menghadapi STPM. Kepulangannya ke kg utk mendapatkan byran yuran peperiksaan menemukan dia dgn kebenaran yg rumahnya sudah tergadai akibat huang sedikit2 yang dilakukan oleh arwah ayahnya demi menyara mereka sekeluarga. disebabkan hutang berjumlah RM2000 dan makin berbunga-bunga, tanah pusaka mereka tergadai. Jee mendendami manusia kaya yang menindas.


Ayu, si gadis bermata biru adalah rakan sekolahnya. Ayu sangat menyenangi Jee yang berjiwa penyair. Jee menjual rotan utk menampung perbelanjaannya.


Jee bertindak berani meluahkan apa yg terbuku dlm hatinya terhadap lelaki yang menipu tanah pusaka keluarganya di hadapan penduduk kampung ketika sesi ucapan utk meraih undi. Itu telah menimbulkan dendam di hati En. Bakhtiar dan Tok Penghulu yang korapsi. Cubaan mengambil balik tanah pusakanya telah menyebabkan Jee dipukul orang2 Bakhtiar sehingga masuk hospital. Hadiah Tokoh Kepimpinan sekolah yg diterima Jee menjadi tidak bermakna apabila hadiah itu disampaikan oleh YB En. Bakhtiar Borhan. Semakin parah luka Jee apabila di hari jadi Ayu dia mengetahui bahawa YB Bakhtiar itu bapa Ayu. Melengkapkan kedukaan itu, ibunya yg tersayang pergi utk selama2nya mengadap ILAHI. Perit sungguh dugaan buat anak semuda Jee yg berhati waja. Jee nekad menjauhi Ayu.


Takdir menemukan En. Bakhtiar dan Jee di hospital. Nyawa En. Bakhtiar masih panjang dengan sumbangan darah dari Jee. Jee berharap dgn mengalirnya darahnya dalam pembuluh darah En. Bakhtiar akan menyerapkan kemanusiaan ke jiwa lelaki itu.

Akhirnya Jee dan Ayu bertemu semula, by accident, literally. Ntah ler idup ker mati Jee tu.. cerita tamat di situ.

Tajuknya mungkin akan membuatkan pembaca merasa ini kisah remaja riang ria.. tapi ekcili ini adalah kisah yg agak heavy yang berlatar belakang kan zaman 80-an, suasana kekampungan yang masih segar. namun ending tu buat saya rasa 'unresolved'


sure fine whatever
rinn



sinopsis belakang buku:

Cinta yg besar membuatkan jiwa manusia besar, tetapi berapa ramai yg berhasil memiliki nya?


Ayu mencintai Jee, tetapi Jee berusaha menolak kerana menyedari dirinya serba kekurangan.

"Aku bermata hitam, engkau bermata biru, siapalah aku..."
"Apa Jee cakap ni?"


Hati remaja memang tidak pernah mengerti!


Jee terus mendendami En. Bakhtiar. Keraa lelaki itulah dirinya terlantar di hospital dan harta pusaka arwah ayahnya tergadai. Di majlis hari jadi Ayu, mereka bertemu. Tahulah Jee siapa En. Bakhtiar. Bagaimanakah hubungannya dgn Ayu?


Tiba-tiba ibu Jee meninggal dunia. Bagaimana nasib Jee dan adik2nya?

Sekali lagi Khairuddin Ayip menyangguh sejumlah kesedihan untuk anda. Novel ini utk remaja yg berjiwa besar tetapi sering merintih...

RM2.25
100 mukasurat

Wednesday, December 19, 2007

Koqin Karemo

Rating:
Category:Books
Genre: Romance
Author:Samsiah Mohd Nor
Koqin Karemo by Samsiah Mohd Nor

Kisah cinta remaja STPM skolah. Pelik betul nama watak utama dalam
citer ni, 'koqin karemo'. Sikap dia pun pelik gak. Mak pak dia hantar
belajar skolah kat kg sebab kat bandar dia ni macam tak belajar.
Kehadirannya di sekolah baru menarik perhatian. Sikapnya memikat hati
beberapa pihak, dan turut juga mengundang rasa tk puas hati beberapa
pihak. Bila latar belakang keluarganya terbongkar, dia anak orang
kaya rupanya. Tetiba jer gadis yang amat membencinya (Julina) berubah
menjadi mesra. Koqin agak tersentuh dgn kehadiran gadis ini sebab
wajahnya seiras dengan x girlfrend dia. Rakan sekelasnya ARsila
menyimpan perasaan kat Koqin ni sehingga sanggup mempertahankan Koqin
bila dia dituduh melawan ketua pengawas. Persahabatan dgn ARsila dan
Ajak menjadikan Koqin lebih menitik beratkan pelajaran.

perhubungan Koqin dan Juliana dicemburui boipren Julina, merangkap
ketua pengawas yg memang dendam ngan koqin ni. Koqin kena blasah
teruk dan Julina pulak menjadi sangat caring kat koqin ni. Arsila
mula rasa cemburu. Koqin sudah mula memahami perasaan ARsila dan
hanya tersenyum dengan sikap Arsila yg resah, bila peperiksaan tamat
barulah koqin meluahkan perasaannya terhadap arsila.


Saya kurang suka dgn nama pendek yang diguna untuk Arsila, iaitu
Ars.. kalau in english, macam sensored jer bunyi nyer.. Wanita kat
cover tu siapa ye? tak nampak remaja seperti watak2 dalam citer ni
pon, takkan mak koqin kot :p :)

sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:

Pada mulanya dia yakin, dia tidak akan betah hidup dalam keadaan yang
dianggapnya kolot dan merisikan di desa. Desa yang sepi dan kosong.
Namun ketenangan dan kedamaian yang ditemui akhirnya menjerat hati
dan perasaan cinta pada desa. Dan kini, dia terpaksa pula berperang
melawan perasaan yang begitu sukar untuk dimengertikan apabila
jiwanya mula terusik dengan dua hati gadis desa.

RM4.90
130 mukasurat

Awek Cun

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ahadiat Akashah
"Satu dekad Satu Kisah"
"Berulang-ulang cetak, 18 ribu naskah terjual"

Salah satu sebab saya capai buku ni adalah kerana tak tebal sangat dan malam tu aku memang tak der benda nak buat.. aduih.. mana la aku tau ada hantu/roh dalam citer ni.. tak sampai separuh, aku tutup buku ni dan lampu bilik aku biar menyala sampai pagi. Esoknya baru lah aku abiskan baca buku nih.

Memang tak sangka langsung yg citer ni citer seram rupanya... Kisah remaja yang dihidangkan dalam buku ni memang mampu menarik pembaca2 remaja untuk menghayati citer ni.

Mengisahkan Danial dan Danny, pasangan kembar yang seiras tapi tak ngam langsung antara satu sama lain. Danial tak se agresif Danny yg dah macam samseng. Suatu malam bapa mereka menyerahkan sebuah kotak turun temurun kepada Danial yg merupakan anak sulung lelaki dalam keluarganya. nanti bila Danial ada anak lelaki sulung, dia pulak kena serahkan kotak tu kepada anaknya. Dia diamanahkan supaya tidak membuka kotak itu walau apa pun yang terjadi. Tapi Danial tewas di tangan Danny yg tak bertanggung jawab dan terus mencungkil kotak tu dan terserlahlah rahsia dalam kotak tu, ada duit singapore yg ada gambar todak tu.

Danny ketawa berdekah dekah manakala Danial pulak berdebar-debar menunggu sumpahan keturunan yang bakal melanda dirinya sebab tidak menjaga amanah dgn baik.Danny tu siap ajak kawan dia Grr main spirit of the coin guna duit todak tu kat rumah mak we dia yg kebetulan masa tu balik kg. Memang macam2 roh yang datang, tapi ada satu roh ni bernama Niki yang enggan pulang bila disuruh. Yang menghairankan Danial, dia yang sedang mengendap aktiviti Danny dan Grr dapat melihat Niki dgn mata kasarnya.

Niki ada agenda tersendiri, dia memerlukan cinta suci Danial untuk kembali ke alam maya dan bapa Danial memegang rahsia terbesar mengenai misteri duit todak tu.

sure fine whatever
Rinn

Sinopsis belakang buku:

"Kau nampak tak angin yang sedang bertiup tu?" Niki senyum melihat angin yang berbentuk dan bercorak itu. Ada yang nakal, dan ada yang baik. Angin juga mempunyai beberapa karektor. Niki gemar melihat telatah angin yang bermacam ragam tu...

Nampak angin? sumpah aku tak nampak. mana boleh nampak angin! Danial ternganga. Di mana aku saat ini? Adakah aku ni masih hidup ataupun sudah mati? Dia tak pasti...

RM8.90
140 muka surat

Sunday, December 2, 2007

Riana

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Samsiah Mohd Nor
Riana by Samsiah Mohd Nor
Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd.



"Riana tersenyum melihat tabir biru yang melambai-lambai disapa angin petang. Tabir yang selama ini menyimpan seribu rahsia cinta yang terpendam"



Nasib baik tak beli lagi buku ni, rupa2nya my sis dah penah beli masa dia skolah2 dulu. tapi dah lusuh benar buku ni hehe. takpa.. masih buleh dibaca. nipisnya buku ni, tak sampai 120 muka surat. tak puas baca, sekejap jer dah abis citernyer. cinta watak2 utama baru nak berputik, dah abis citer. The ending is a new beginning.



Mengisahkan seorg gadis si manis 17 yang sudah lama jatuh hati diam2 dengan abg sepupunya, Ronnie. Ronnie menganggapnya seperti adik tetapi layanan Riana menyentuh hati Ronnie yang sudah mempunyai kekasih hati. tapi kekasih hatinya tu kuat benor merajuknya. Ronnie terlintas membuat perbandingan di antara Amalia yang jauh lebih matang dari Riana dari segi umur tetapi kerenahnya seperti budak2, manakala Riana pula seorang yg matang dgn caranya yg tersendiri dan penyabar walaupun masih bergelut dgn SPM.



sure fine whatever
Rinn


Sinopsis belakang buku:



Menangguk api cinta di birai pelangi, adalah sama indahnya dengan mencintai Ronnie. Riana telah gugurkan sayap cintanya ke dalam sangkar hati Ronnie. Tetapi sayang, kerana di dalam sangkar itu sudah ada kuntuman lain yang lebih dulu hadir. Riana tidak peduli tetap bertekad untuk menyambar cinta Ronnie yang sudah pun berputik.



115 muka surat

Monday, May 28, 2007

Cinta Gonie

Rating:
Category:Books
Genre: Teens
Author:Abot
Cinta Gonie by Abot

Terbitan Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd

Ni kisah budak-budak sekolah SPM yang amat sesuai utk bacaan remaja.
Kisah gadis bertubuh montel yang sering menjadi bahan buli gadis-gadis
cantik seperti mala, Nurain dan Aya. Gonie setia pada janji kasih
zaman kanak-kanaknya dgn Boboy dan cuba menepis cinta yang dihulurkan
oleh Rizal. Aya adalah watak yang kita tak pasti hala tujunya. Dia
macam ada agenda tersendiri terhadap Gonie dan Rizal. Adakala dia
macam menolong dan adakala dia macam sengaja memporak peandakan.
apa-apa pun, Aya lah pembakar semangat Gonie untuk membakar lemak2
dalam badannya supaya dia dapat berdepan dengan Boboy dgn penuh
keyakinana.

Ending cerita ni mengandungi harapan baru. Pertemuan semula dua hati
yang setia, Gonie dan Boboy, menunjukkan ada jalan utk sambungan kisah
mereka setelah boboy pulang dari luar negara nanti. Pasti dugaan besar
akan menimpa mereka berupa halangan dari ayah Boboy yang mementingkan
adat Negeri SEmbilan yg mau kan boboy kawin dgn Aya, sepupunya sendiri
demi menjaga kekuatan suku mereka.

Gaya penulisan yang agak dewasa dan ayat2 kasar mungkin menyebabkan
orang yg montel terasa hati. :p kesian gak baca part Gonie kena buli,
ni buli sakan ni sampai ada tumbuk menumbuk dan sepak terajang. Tak
sangka pulak Boboy tu sebenarnya Rizal yg turut setia dgn janji setia
zaman kanak2 tu tanpa mengira macam mana berubah pon keadaan fizikal
Gonie.

Kelakar jugak masa baca part Aya cuba menimbulkan isu utk berbincang
dgn Onyang Ngah nya yang tak berapa jelas pendengarannya.

sure fine whatever
Rinn

Sinopsis belakang buku:

Aya ada misi. Cinta setia Gonie semasa kana-kanak kepada Boboy
dimerterai tiga belas tahun dulu menyebabkannya menghindari Rizal.
Gonie terharu dengan perhatian yang diberikan oleh Rizal, walaupun dia
menyedari dirinya serba kekurangan dari segi fizikal.

Ksetiaan cinta Gonie terhadap Boboy tiada berbelah bagi, sungguhpun
janji itu hanya janji anak-anak kecil.

Rizal, remaja 'handsome' yang digilai oleh pelajar-pelajar perempuan
di sekolahnya, terutama Mala dan Norain, tidak pernah berputus asa
untuk menarik hati gadis montel Gonie. Cinta Rizal terhadap Gonie amat
dalam. Cinta Rizal tidak mengenal paras rupa.

Namun usaha Rizal untuk memikat hati Gonie sentiasa diganggu oleh Aya.
Siapakah Aya? Apakah keistimewaan yang ada pada Gonie sehingga
menyebabkan Rizal bersusah payah untuk menjejak cinta Gonie dan Aya
bersusah payah menggunakan Gonie berjumpa dengan cinta Boboy?

RM15.90
250 mukasurat

Wednesday, April 11, 2007

Virus Cita-Cita

Rating:
Category:Books
Genre: Romance
Author:Rosli Osman
Virus Cita-Cita by Rosli Osman
Terbitan Rhythm

"Antara cinta dan cita-cita - haluan manakah yang perlu dipilih"

Cerita budak-budak yg bakal menduduki SPM. Udin seorang pelajar yg berpotensi. Persahabatan yg dihulurkan oleh Intan disalahertikan dengan cinta. Farid yg cuba menagih cinta Intan mengundang rasa cemburu Udin. Pergaduhan menyebabkan Udin ditahan polis dan digantung sekolah. dia mula mengatur semula hidup dan masa depannya. Kejadia langgar lari meragut nyawa bapanya menjadikan Udin seorang anak yang lebih bertanggungjawab terhadap keluarga dan pelajaran. cintanya disalurkan kepada pelajaran dan membuatkan hasil yang membanggakan.

Cara penulisan agak dewasa utk penceritaan kisah remaja, agak menyenangkan.

sure fine whatever
rinn

sinopsis belakang buku:

Pengaruh cinta hampir memusnahkan masa depan Udin. Udin sanggup melakukan apa saja utk memiliki Intan. Akibatnya Udin digantung sekolah dan ditahan polis. Udin terpaksa membuat pilihan antara harapan ibu bapanya atau terus hanyut menagih cinta daripada Intan.

Thursday, March 22, 2007

Budak-Budak Setan I, II & III

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Idzham Asyikin
Terbitan Sri Ayu Publishers
Budak-Budak Setan I, II & III by Idzham Asyikin

Buku2 ni kelihatannya seperti buku utk bacaan budak2 kecik, tulisannya, cara permulaan babnya.. kulit dihiasi gambar awek2 cun. tapi jangan tertipu.. kalau tengok tajuk tu mungkin kita pikir ni citer2 set2 jenis Ali setan dan Budak Setan by Ahadiat Akashah tu.. ni bukan citer2 macam tu! ni memang setan betul setan ni.. ala yang jenis menjelma sana sini, hadir dalam bentuk bayangan, mengganggu penghuni2 asrama.. eeeeeeeeeeeee takot! nyesal pulak baca.. tapi bg yg suka citer seram/thriller buleh la baca.. persekitaran nya di kawasan sekolah/asrama.. kisah2 cikgu2 dan murid2 di situ.. Ada yg mengalami sesuatu dan nampak orang lain terlibat, tapi biler ditanya, orang tu tak tau pulak.. macam tu la.. lebih kurang, aku nak citer pon takut..

antara yg dipaparkan kisah seorang murid dan gurunya yang seperti ada kisah silam tersendiri, saling bermusuh dan si cikgu macam ada rasa takut dgn murid tu, may sebab ada 'ilmu' yg dipraktikkan.

kisah cinta seorang guru dgn anak muridnya yang sering berjumpa secara rahsia utk memadu asmara. kisah sepasang pasangan halimunan, beberapa cikgu pernah terserempak ngan diorang ni tapi tak nampak..

dalam buku ketiga baru di revealkan pasangan kekasih tu dibunuh kerana
berlaku sumbang oleh bapa si gadis. ni siap potong2 kepala nih. akhir cerita seperti memberi hint kat kita orang yg selama ini kita rasa jahat rupa2nya menentang kejahatan yg menyerupai seseorang yg biasa2 saja.

yg pastinya pembaca(sayala) seraaaaaaaaaaaaaaam..

p/s ptg semalam lepas baca buku ni apa sal macam bau wangi2 jer..
*tengok kiri, tengok kanan*

sure fine whatever
Rinn

RM7.90 each

Wednesday, March 21, 2007

Aku Cinta Padamu

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Airin Zamani
Terbitan Nylea Publishing
Aku Cinta Padamu by Airin Zamani


"Salahkah aku mencintaimu, kekasih?"


perkara yg sering terdetik sepanjang membaca buku ini adalah, penceritaan watak2 dalam buku ini seolah-olah tidak menepati sasaran umur mereka. Nurul, Dayah, Lokman dan Iskandar seolah-olah terlalu dewasa untuk dikatakan sebagai pelajar-pelajar yang bakal menduduki SPM.


Lokman awal-awal lagi sudah berfikir dengan kritis dan serius siapakah calon terbaik sebagai isterinya? dua sahabat baiknya iaitu Dayah dan Nurul. Dayah seorang sahabat setia yang penyabar atau Nurul yang cantik jelita, kaya tetapi kuat merajuk sangat tidak penyabar.


Cerita tentulah menumpu kepada Nurul seorang anak orang kaya yang tandus kasih sayang ibu dan bapanya. Hanya bermanja dgn orang gajinya mak nab. ntah berapa ribu kali mak nab terasa hati dengan Nurul yang kuat mengamuk, sikit2 merajuk. hinggakan mak nab sendiri pun bungkus kain baju dan blah meninggalkan Nurul sorang2 di pagi raya haji. mak nab cuma kembali selepas mendapat berita kematian ibu Nurul. itu pun selepas itu Nurul buat hal lagi dan kali ni mak nab blah terus, malas nak kesian dan kot.


Nurul yg mungkin terlalu ingin bercinta menerima Iskandar sbg kekasihnya sedangkan Iskandar mempunyai agenda sendiri utk membuktikan kelebihannya kepada Lokman. Pertama jawatan ketua pengawas dirampas dan kedua, memiliki Nurul yang turut diminati Lokman.


Dayah memang ada hati dengan Lokman tetapi dia menyembunyikannya sbb dia mengagak Lokman lebih cintakan Nurul.


Agak pelik jugak bila baca bab budak2 skolah yang serius merancang nak kawin, SPM pon tak amik lagi. Nurul yang kehilangan ibunya tinggal seorang dlm rumah besar, kawan2 lelaki perempuan bebas kuar masuk. rasanya kalau budak bawah umur yang tak der keluarga mesti dijaga waris2 terdekat kan?


Lokman jelas memilih Nurul sebab Nurul lebih cantik. kalau ikutnya dayah tu lebih reasonable lah, penyabar, baik pun baik. mementingkan kawan, tak der nyer nak mengamuk merajuk tak tentu pasal.


sure fine whatever



terbitan Nylea Publishing
Sinopsis belakang buku:


Dia hampir hilang arah dalam menentukan perjalanan hidupnya. Di usia remaja dia hidup tanpa pedoman. Kehilangan ayah yang mentalakkan ibunya semata-mata kerana mengikut kata hati sendiri, dia berasa terlalu kosong.


Ghairahnya dalam mengejar cinta tetap sama seperti gadis-gadis remaja lain. Dia cuba memperolehi cinta sejati. Dia cuba mencari makna kasih yang sebenar. Namun dia sering terpedaya dalam menilai antara cinta dan kasih yang pura-pura.


Tidak sedar betapa diri dipergunakan semata-mata untuk kesenangan seorang lelaki yang mementingkan diri sendiri.


Dia juga hampir kehilangan kasih sejati seorang sahabat. Semuanya kerana dia terlalu dahagakan kasih dan belaian seorang lelaki. Namun kehilangan ibu tersayang buat selama-lamanya membuatkan dia kembali tersedar betapa hidupnya kosong dan sia-sia.


harga : RM18.90
332 muka surat

Aura Kasih

Rating:
Category:Books
Genre: Romance
Author:Roslaila Jaafar
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Aura Kasih by Roslaila Jaafar

"sayangku melebih kasih majnun kepada lailanya."

berkisar kisah seorng pelajar, Mira yang liar kelakuannya, satu tragedi mengubah sikapnya, pemergian ibunya menginsafkan dirinya. jatuh cinta dengan gurunya dan cintanya tidak bertepuk sebelah tangan walaupun guru itu sudah beristeri, isteri nya itu adalah cinta pertamanya. Adddduh, dasar lelaki tak cukup dgn satu. may be plot ini yg membuat saya kurang tertarik dengan cerita ini.. digambarkan Cikgu suhaimi sehandsome Aamir khan. dalam citer ni banyak tunang/kawin sepupulah.. Mira penah bertunang dengan sepupunya Amir yg memutuskan pertunangan selepas tragedi Mira ditikam gengstar semasa keluar berdua-duaan dengan Fikri. Ema yang frust dengan Azman yang masih menyintai Mira menerima sepupunya sebagai tunangan. dan Cikgu Suhaimi sendiri bertunang dan berkahwin dengan sepupunya Kamisah.


diakhiri dengan Mira dpt menyambung pelajaran ke UM, tak disebut course apa. ckgu suhaimi dan Mira berat hati nak berpisah tapi itu yang terbaik buat mereka. cikgu suhaimi tk sanggup curang pada isteri dan Mira sendiri tak sanggup memusnahkan kepercayaan kamsiah yg baik hati tu. Tapi tu la, dalam surat cikgu suhaimi minta Mira jgn lupakan dia.. tak sesuwei.. perjalanan hidup mira masih jauh, kalau setakat habis sekolah menengah dah byk lelaki yang jatuh cinta dengan dia, masa kat U macam mana agak ek?


sure fine whatever



terbitan ALAF 21 sendirian berhad
sinopsis belakang buku:


KETAMPANAN dan kebaikan Cikgu Suhaimi telah memikat hati dua orang pelajarnya Mira dan Marina. Pandangan pertama mengundang cinta di hati mereka. Cikgu baru itu sungguh kacak, sasa dan cukup bergaya sekali. Sejak itu, Mira tidak pernah ponteng sekolah. Begitu juga dengan Marina. Masing-masing terpaksa bersaing untuk memenangi hati lelaki itu.


Namun tanpa pengetahuan mereka berdua, rupa-rupanya Cikgu Suhaimi telah mempunyai kekasih. Seorang gadis solehah yang mencintainya sekian lama. Berita perkahwinan Cikgu Suhaimi dengan gadis itu benar-benar mengejutkan Mira dan Marina. Mereka amat kecewa.


Bagaimanapun selepas beberapa bulan berkahwin, Cikgu Suhaimi tiba-tiba jatuh cinta pada Mira. Kekerapan Mira datang ke rumahnya untuk kelas tambahan menyebabkan Cikgu Suhaimi semakin tidak mengerti perasaannya. Dalam diam, kedua-duanya sering bertemu di luar untuk meluahkan perasaan mereka.


Tapi haruskah Mira merampas lelaki ini dari isterinya yang baik dan penyayang itu kerana bak kata pepatah Melayu, kalau tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Jadi, antara mereka bertiga siapakah yang harus berundur dalam sketsa cinta ini?