Showing posts with label abot. Show all posts
Showing posts with label abot. Show all posts

Friday, February 6, 2009

Demi Cinta Khisa

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Abot
Demi Cinta Khisa by Abot
Terbitan Pekan Ilmu Publications
Tahun 2005


Aku dah pernah baca karya Abot sebelum ni, tajuknya 'Cinta Gonie' kalau tak silap. Cerita Demi Cinta Khisa ini mempunyai label 'novel remaja' di hadapannya. Bab pertama sahaja sudah membuat aku rasa kurang senang kerana babaknya sudah menceritakan tentang pandangan berahi dan juga kucup kucup. Aduih. Hmm tak sesuai rasanya bacaan begini disasarkan kepada golongan remaja. Tambahan pula, terlalu banyak dialog yang kasar sehingga aku agak kurang selesa membacanya. Mungkin realitinya memang ada orang bercakap dgn kawan2 yang dipanggil bodoh, bengong dan lain2 yang sewaktu dengannya. Kisah seks bebas, mabuk2 turut diceritakan dengan jelas dalam kisah ini. Agak tidak sesuai utk bacaan remaja rasanya.


Apa2pun memang menarik mengikuti perjalanan kisah hidup Yuslin, gadis tomboy yang masih bersekolah dan meminati muzik. Dia juga menyanyi utk sebuah band. Kakaknya bergaul bebas dengan rakan2 sehingga hubungan intim sudah menjadi terlalu biasa buatnya. Yuslin berbeza dari kakaknya dan pandai menjaga kehormatan diri. Yuslin sudah lama memendam perasaan kepada ketua bandnya, Khisa. Dia sentiasa cemburukan Jenny yang berjaya meraih cinta Khisa. Jenny-Khisa sudah lama menjalinkan hubungan terlarang dan Yuslin memang tau tentang hal ini namun dia terus menyintai Khisa dari jauh. Rasanya Yuslin ni syok kat Khisa sbb Khisa tu handsome macam salah seorg penyanyi F4. Kalau dari segi perangai rasanya mamat tu memang out.


Kemuncak cerita terletak di bab2 terakhir. Semasa Yuslin menghantar Khisa yg sedang mabuk pulang, Khisa telah meragut kehormatannya. Khisa tidak sedar kejadian itu dan Yuslin bertindak mendiamkan diri. Tetiba saja terbongkar wasiat bapa Yuslin yg mahu Yuslin berkahwin dgn Khisa. Yuslin serba salah dan Khisa kebingungan. Khisa hanya mengesyaki yang dia meragut kehormatan Khisa apabila menjumpai t-shirt Yuslin tapi Yuslin tu tak mengaku. Tak tau lah kenapa dia buat camtu. Bagaimanapun rahsia terbongkar melalui kakak Yuslin dan rasanya perkara itu sudah cukup utk membuat Khisa rasa bertanggung jawab dan menerima utk melaksanakan wasiat bapa Yuslin. Tapi part tu tak diceritakan lagi kerana bersambung dalam Demi Cinta Khisa2 yang aku pun tak baca lagi :) hehe.


Selain dari itu ada juga watak Rizz yang positif dan keluarganya menarik perhatian Yuslin lalu membuatkan dia menginsafi diri yang sudah lama meninggalkan tikar sembahyang. Kakak Yuslin, Yusra pula sudah mula tertarik dgn anak angkat arwah ayah mereka, Syariman.


Part tindakan Yuslin yg merahsiakan tindakan Khisa meragut kehormatannya tu mengingatkan aku kepada satu lagi buku terbitan Pekan Ilmu Publications yang bertajuk "Semalam Yang Berlalu" yg diterbitkan pada tahun 2008. dalam buku tu kesucian Afira diragut Aidil yang sedang mabuk setelah Afira menghantarnya pulang. Afira juga bertindak merahsiakan kejadian itu daripada Aidil seolah-olah utk menyembunyikan kesalahan Aidil.


sure fine whatever
rinn

Sinopsis belakang buku:


Cinta Khisa adalah impian.
Kenyataan pula bagai bermimpi sekejap hari
dia bisa memandang cinta Khisa dari jauh
Umpama merenung langit cantik di tepi pantai
bersandarkan persahabatan isi dan kuku,
rela padamkan perasaan manis
Tepuklah, tamparlah, guraulah, makilah sekasar mana,
itu tanda cinta Khisa.
Dia akan berdiri di situ
tetap berkorban jiwa dan raga
hanya wasiat bisa merubah segalanya
bisa buat khisa menoleh meneliti cintanya
Persoalan pula, bersediakah dia membuka
serkup cinta diamnya? beranikah dia Demi Cinta Khisa?

RM22.90
402 muka surat
isbn: 9789832567745


Monday, May 28, 2007

Cinta Gonie

Rating:
Category:Books
Genre: Teens
Author:Abot
Cinta Gonie by Abot

Terbitan Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd

Ni kisah budak-budak sekolah SPM yang amat sesuai utk bacaan remaja.
Kisah gadis bertubuh montel yang sering menjadi bahan buli gadis-gadis
cantik seperti mala, Nurain dan Aya. Gonie setia pada janji kasih
zaman kanak-kanaknya dgn Boboy dan cuba menepis cinta yang dihulurkan
oleh Rizal. Aya adalah watak yang kita tak pasti hala tujunya. Dia
macam ada agenda tersendiri terhadap Gonie dan Rizal. Adakala dia
macam menolong dan adakala dia macam sengaja memporak peandakan.
apa-apa pun, Aya lah pembakar semangat Gonie untuk membakar lemak2
dalam badannya supaya dia dapat berdepan dengan Boboy dgn penuh
keyakinana.

Ending cerita ni mengandungi harapan baru. Pertemuan semula dua hati
yang setia, Gonie dan Boboy, menunjukkan ada jalan utk sambungan kisah
mereka setelah boboy pulang dari luar negara nanti. Pasti dugaan besar
akan menimpa mereka berupa halangan dari ayah Boboy yang mementingkan
adat Negeri SEmbilan yg mau kan boboy kawin dgn Aya, sepupunya sendiri
demi menjaga kekuatan suku mereka.

Gaya penulisan yang agak dewasa dan ayat2 kasar mungkin menyebabkan
orang yg montel terasa hati. :p kesian gak baca part Gonie kena buli,
ni buli sakan ni sampai ada tumbuk menumbuk dan sepak terajang. Tak
sangka pulak Boboy tu sebenarnya Rizal yg turut setia dgn janji setia
zaman kanak2 tu tanpa mengira macam mana berubah pon keadaan fizikal
Gonie.

Kelakar jugak masa baca part Aya cuba menimbulkan isu utk berbincang
dgn Onyang Ngah nya yang tak berapa jelas pendengarannya.

sure fine whatever
Rinn

Sinopsis belakang buku:

Aya ada misi. Cinta setia Gonie semasa kana-kanak kepada Boboy
dimerterai tiga belas tahun dulu menyebabkannya menghindari Rizal.
Gonie terharu dengan perhatian yang diberikan oleh Rizal, walaupun dia
menyedari dirinya serba kekurangan dari segi fizikal.

Ksetiaan cinta Gonie terhadap Boboy tiada berbelah bagi, sungguhpun
janji itu hanya janji anak-anak kecil.

Rizal, remaja 'handsome' yang digilai oleh pelajar-pelajar perempuan
di sekolahnya, terutama Mala dan Norain, tidak pernah berputus asa
untuk menarik hati gadis montel Gonie. Cinta Rizal terhadap Gonie amat
dalam. Cinta Rizal tidak mengenal paras rupa.

Namun usaha Rizal untuk memikat hati Gonie sentiasa diganggu oleh Aya.
Siapakah Aya? Apakah keistimewaan yang ada pada Gonie sehingga
menyebabkan Rizal bersusah payah untuk menjejak cinta Gonie dan Aya
bersusah payah menggunakan Gonie berjumpa dengan cinta Boboy?

RM15.90
250 mukasurat