Friday, February 6, 2009

Demi Cinta Khisa

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Abot
Demi Cinta Khisa by Abot
Terbitan Pekan Ilmu Publications
Tahun 2005


Aku dah pernah baca karya Abot sebelum ni, tajuknya 'Cinta Gonie' kalau tak silap. Cerita Demi Cinta Khisa ini mempunyai label 'novel remaja' di hadapannya. Bab pertama sahaja sudah membuat aku rasa kurang senang kerana babaknya sudah menceritakan tentang pandangan berahi dan juga kucup kucup. Aduih. Hmm tak sesuai rasanya bacaan begini disasarkan kepada golongan remaja. Tambahan pula, terlalu banyak dialog yang kasar sehingga aku agak kurang selesa membacanya. Mungkin realitinya memang ada orang bercakap dgn kawan2 yang dipanggil bodoh, bengong dan lain2 yang sewaktu dengannya. Kisah seks bebas, mabuk2 turut diceritakan dengan jelas dalam kisah ini. Agak tidak sesuai utk bacaan remaja rasanya.


Apa2pun memang menarik mengikuti perjalanan kisah hidup Yuslin, gadis tomboy yang masih bersekolah dan meminati muzik. Dia juga menyanyi utk sebuah band. Kakaknya bergaul bebas dengan rakan2 sehingga hubungan intim sudah menjadi terlalu biasa buatnya. Yuslin berbeza dari kakaknya dan pandai menjaga kehormatan diri. Yuslin sudah lama memendam perasaan kepada ketua bandnya, Khisa. Dia sentiasa cemburukan Jenny yang berjaya meraih cinta Khisa. Jenny-Khisa sudah lama menjalinkan hubungan terlarang dan Yuslin memang tau tentang hal ini namun dia terus menyintai Khisa dari jauh. Rasanya Yuslin ni syok kat Khisa sbb Khisa tu handsome macam salah seorg penyanyi F4. Kalau dari segi perangai rasanya mamat tu memang out.


Kemuncak cerita terletak di bab2 terakhir. Semasa Yuslin menghantar Khisa yg sedang mabuk pulang, Khisa telah meragut kehormatannya. Khisa tidak sedar kejadian itu dan Yuslin bertindak mendiamkan diri. Tetiba saja terbongkar wasiat bapa Yuslin yg mahu Yuslin berkahwin dgn Khisa. Yuslin serba salah dan Khisa kebingungan. Khisa hanya mengesyaki yang dia meragut kehormatan Khisa apabila menjumpai t-shirt Yuslin tapi Yuslin tu tak mengaku. Tak tau lah kenapa dia buat camtu. Bagaimanapun rahsia terbongkar melalui kakak Yuslin dan rasanya perkara itu sudah cukup utk membuat Khisa rasa bertanggung jawab dan menerima utk melaksanakan wasiat bapa Yuslin. Tapi part tu tak diceritakan lagi kerana bersambung dalam Demi Cinta Khisa2 yang aku pun tak baca lagi :) hehe.


Selain dari itu ada juga watak Rizz yang positif dan keluarganya menarik perhatian Yuslin lalu membuatkan dia menginsafi diri yang sudah lama meninggalkan tikar sembahyang. Kakak Yuslin, Yusra pula sudah mula tertarik dgn anak angkat arwah ayah mereka, Syariman.


Part tindakan Yuslin yg merahsiakan tindakan Khisa meragut kehormatannya tu mengingatkan aku kepada satu lagi buku terbitan Pekan Ilmu Publications yang bertajuk "Semalam Yang Berlalu" yg diterbitkan pada tahun 2008. dalam buku tu kesucian Afira diragut Aidil yang sedang mabuk setelah Afira menghantarnya pulang. Afira juga bertindak merahsiakan kejadian itu daripada Aidil seolah-olah utk menyembunyikan kesalahan Aidil.


sure fine whatever
rinn

Sinopsis belakang buku:


Cinta Khisa adalah impian.
Kenyataan pula bagai bermimpi sekejap hari
dia bisa memandang cinta Khisa dari jauh
Umpama merenung langit cantik di tepi pantai
bersandarkan persahabatan isi dan kuku,
rela padamkan perasaan manis
Tepuklah, tamparlah, guraulah, makilah sekasar mana,
itu tanda cinta Khisa.
Dia akan berdiri di situ
tetap berkorban jiwa dan raga
hanya wasiat bisa merubah segalanya
bisa buat khisa menoleh meneliti cintanya
Persoalan pula, bersediakah dia membuka
serkup cinta diamnya? beranikah dia Demi Cinta Khisa?

RM22.90
402 muka surat
isbn: 9789832567745


6 comments:

  1. yg smbgn novel ni pun xbaca lagi hehe
    adehla, cm malas ckt nk baca coz p'ceritaan Abot ni cm kurangla
    xtau pe yg kurang

    ReplyDelete
  2. kalau dari segi plot citer memang mcm heavy, cuma watak seorang remaja tu membuatkan kisah ni rasa ringan. akak pun sure jugak kenapa ada yang tak menangkap dgn kisah ni. Mungkin sambungan dia membuatkan kisah ni best?

    ReplyDelete
  3. mungkin jugak tu
    so kne baca la next story dia hehe

    ReplyDelete
  4. 2nd part ni mesti citer mcm kisah cinta lepas kawin ;)

    ReplyDelete
  5. aikk? dh baca ke second part?
    try cari xjumpa pulak, rasenya nk g library la
    pinjam buku ni hehe

    ReplyDelete
  6. 2nd part belum baca lah airina. ada peluang nanti nak jugak tau akhir citer ni.

    ReplyDelete